You are on page 1of 2

IPG Malaysia Institut Pendidikan Guru Kami sentiasa bersedia Menjulang etika kerja Berkorban jiwa raga Menjunjung

aspirasi Bangsa negara tercinta Berwibawa berintegriti Keunggulan peribadi Berteraskan keimanan Mendidik anak bangsa Kami bangga menjadi guru Kerjaya dihormati Tidak jemu menimba ilmu Bakti setulus hati dan budi IPG Malaysia berikrar Membentuk guru berkualiti Penyayang berakhlak mulia Mendokong visi misi IPG

Rangkap pertama lagu ini membawa maksud, sebagai seorang guru, kita perlu sentiasa bersedia dengan setiap apa yang berlaku. Kita juga perlu sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan para murid dengan pelbagai kerenah dan latar belakang. Selain itu, tugas guru bukan sahaja untuk mengajar, sebaliknya, guru merupakan satu profesyen yang penuh dengan etika. Seorang guru adalah contoh teladan terbaik, maka, guru seharusnya mempunyai etika kerja yang baik untuk melahirkan imej para guru yang baik. Sebagai seorang guru, kita seharusnya mempunyai rasa cinta akan tanah air dan bersedia untuk menyokong segala aspirasi negara. Kita adalah agen kerajaan dan seharusnya sentiasa bersedia untuk menjayakan setiap misi kerajaan. Rangkap kedua pula menyatakan bahawa guru adalah role model terbaik untuk para pelajar dan selalunya guru dijadikan idola para pelajar. Oleh sebab itu, para guru perlu mempunyai sikap yang baik dan sentiasa mengamalkan nilai murni seperti berwibawa, berintegriti, mempunyai peribadi yang unggul dan beriman. Nilai-nilai ini seharusnya diamalkan oleh para guru selain menjalankan amanah mendididk anak bangsa. Seterusnya, sabagai seorang guru, kita seharusnya bangga dengan profesyen kita. Hal ini kerana guru adalah sebuah profesyen yang mulia. Seorang guru yang baik akan sentiasa belajar untuk menambah ilmu pengetahuan mereka seiring dengan peredaran zaman. Sebagai seorang guru yang cemerlang, kita perlulah mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat. Guru juga seharusnya sentiasa berbakti dengan hati ynag ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan. Rangkap terakhir pula menyatakan bahawa sebagai guru pelatih, kita seharusnya membentuk diri kita agar menjadi guru yang berkualiti kelak. Guru yang berkualiti bukan sahaja menjalankan tanggungjawabnya untuk mengajar, bahkan guru perlulah membimbing anak murid dari pelbagai aspek. Para guru juga perlu menunjukkan contoh teladan yang baik. Akhir sekali, para guru pelatih seharusnya mendukung setiap misi IPG yang telah dinyatakan iaitu IPG peneraju kecemerlangan dan Pendidikan Guru IPG melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program pembangunan guru yang dinamik ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia.

You might also like