You are on page 1of 5

RASULULLAH S.A.

W BERSABDA, TERDAPAT 3 CARA KITA BOLEH MEMBANTU ALLAHYARHAM DAN ALLAHYARHAMAH YANG TELAH MENINGGAL DUNIA :1. Bantuan oleh anak kepada Ibu Bapa yang telah meninggal dunia. 2. Bantuan oleh saudara/kawan-kawan kepada mereka yang telah meninggal dunia. 3. Kita sendiri yang membantu diri sendiri agar bila berada di alam akhirat kelak pahala akan terus berpanjangan.

SEBAGAI SEORANG ANAK :Rasulullah S.A.W telah mengingatkan terdapat 7 perkara harus dilakukan oleh seorang anak bagi memastikan agar pahala akan terus berpanjangan sampai kepada Ibu Bapa yang telah meninggal dunia. i. Hendaklah sianak itu sendiri yang menjadi Imam untuk Solat Jenazah Ibu / Bapanya. Rasionalnya, semasa solat jenazah tersebut ada doa maka sudah pastinya doa sianak serta diaminkan para jemaah lain terlebih mustajab/afdal berbanding bila jenazah diimamkan oleh orang lain yang tiada kena-mengena . Tambahan pula pahala kebajikan daripada solat itu tadi akan terus sampai kepada Ibu /Bapa yang telah meninggal dunia tadi. ii. Sentiasa mendoakan kepada ibu/bapa. Selain berdoa setiapkali selepas solat fardhu, kita boleh juga amalkan berdoa. Contohnya -agar semua dosa-dosa lalu ibu/ bapa diampunkan Allah SWT tak kira masa sepanjang ibu/bapa masih hidup dahulu. iii. Sentiasa menyambung silaturrahim dengan kawan-kawan ibu/bapa ketika hayatnya. Rajin-rajin pergi ziarah ke rumah / hadiri kendurikendara, bantu sahabat / kawan-kawan mereka terdahulu. Bertanya khabar dan teruskan silaturrahim yang terjalin sebelum ini. Setiapkali kita menziarahi kenalan lama mereka, pahala tersebut akan dapat/sampai kepada Allahyarham/Allahyarhamah secara terus, InsyaAllah. iv. Membayar nazar puasa / hajat yang masih tertangguh. Sekiranya semasa hayat mereka pernah bernazar puasa dan kita tahu mereka tak sempat menunaikannya, maka kita wajib menggantikan puasanya. Hanya Imam Syafie menyatakan bahawa sekiranya ibu/bapa yang meninggal dunia tidak sempat menggantikan puasa Ramadhan, maka sianak boleh membayar fidyah saja, sekiranya sianak tak mampu nak mengqadakan puasa bagi pihak arwah. Atau, jika kita tahu arwah ada hajat nak bantu jiran/kawannya sekiranya ada rezeki lebih(Contoh yang diberikan Ustaz : Niatnya sebelum ini kalau dapat duit KWSP nak tolong jiran buat tangga baru .Sianak haruslah bantu jiran tersebut bagi memberitahu hajat mereka yang tak sempat ditunaikan semasa ibu/bapa masih hidup). v. Gantikan haji bagi ibu / bapa yang tak sempat tunaikan ibadah haji. Upah haji untuk ibu / bapa yang tak berpeluang menunaikan haji semasa hayatnya. vi. Buat amal soleh dan kebajikan dan niatkan untuk mereka. Setiap kali kita bersedeqah , mengaji, dan lakukan sesuatu kebajikan, selalulah NIATKAN sekali untuk mereka. Pahala tersebut akan sampai kepada mereka secara langsung (sepantas cahaya) dan akan berpanjangan pahalanya. vii. Menunaikan janji mereka. Menunaikan janji-janji yang kita ketahui mereka tak sempat ditunaikan. SEBAGAI SEORANG KAWAN /SAUDARA :1. Hendaklah kamu talkinkan kawan kamu disaat sakaratulmaut. Maksudnya, ketika mereka sedang menghadapi sakaratulmaut, maka hendaklah kita membaca talkin ( sebutkan kalimah Lailahaillah ) ke telinganya agar beliau sempat menyebut / mendengar kalimah Allah. Kita boleh tengok / tahu keadaan mereka yang nazak ini antaranya dengan memegang kakinya, kalau sejuk itu tandanya beliau sedang hadapi sakaratul maut, atau tengok kakinya jatuh, perutnya berombakombak, peluh bulat-bulat keluar didahinya, hidungnya jatuh. Terdapat juga amalan membaca Yassin untuk membantu beliau diringankan sedikit sakit semasa proses nyawa ditarik keluar daripada jasad. ii. Dengan mendoakan kawan / saudara ketika teringat mereka. Apabila teringat mereka ini, berdoalah agar mereka diberikan keampunan oleh Allah SWT. Contohnya dalam Solat Jumaat, ada doa untuk semua orang Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. iii. Tolong kawan selesaikan hutangnya jika kita tahu mereka tak sempat jelaskannya. Contohnya , kita tahu kawan kita makan sama-sama di kantin pagi tadi dan terlupa bawa duit atau duit tak cukup dan berjanji nak bayar pada petang itu tapi tak sempat nak bayar, dah datang ajalnya, maka kita yang tahu hal ini, tolonglah bayarkan untuknya. Dalam hal bayarkan hutang kawan ini kita kena ikutlah kemampuan diri kita sendiri, sebab roh mereka yang tak selesaikan hutangnya akan tergantung antara langit dan bumi sehinggalah hutangnya selesai.

BANTU DIRI SENDIRI i. Tolong diri sendiri dengan memperbanyakkan amal jariah. Kita hendaklah rajin dan sentiasa mengerjakan amal kebajikan yang pahalanya akan berpanjangan sehingga ke akhirat. Contoh daripada Ustaz : Daripada mengerjakan 5-6 kali umrah, alangkah baiknya duit terlebih itu kita sponsor sesiapa yang nak belajar, seperti seorang anak yang tak cukup duit nak belajar kursus perubatan. Sebaik jadi doktor nanti segala amal kebajikan yang dilakukannya kita juga akan dapat pahalanya, Insya'Allah. WALLAHU ALAM

Bagaimana Melakukan Kebajikan Kepada Ibu Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Seseorang anak wajib mentaati dan berbakti kepada kedua ibu bapanya, tetapi adakah ia mamadai atau terbatas ketika keduanya masih hidup sahaja?. Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat yang menyentuh dan memerintahkan agar seseorang anak berbakti atau membuat kebajikan terhadap kedua ibu bapanya dan ianya tidak terbatas ketika keduanya masih hidup. Terdapat beberapa amalan kebajikan yang boleh disumbangkan oleh seseorang anak kepada kedua ibu bapanta setelah meninggal dunia 1. Menjelaskan hutang Islam amat menitikberatkan dalam persoalan memberi, menerima dan membayar semula hutang kerana ia melibatkan hubungan sesame manusia ketika hidup di dunia hingga ke akhirat kelak. Seseorang yang berhutang wajib menjelaskan segala hutangnya dan sekiranya ia meninggal dunia sebelum sempat menyelesaikan hutangnya maka tanggungjawab untuk membayarkan hutang adalah ke atas warisnya. Semua hutang samada melibatkan orang perseorangan, pihak bank dan sebagainya hendaklah dibayar tanpa mengira jumlahnya yang sedikit atau pun banyak. Sabda Rasulullah s.a.w.: Dari Abu Hurairah r.a.: "Telah dibawa kepada baginda, jenazah yang berhutang. Rasulullah s.a.w.bertanya : Adakah mayat ini meninggalkan harta untuk membayarnya? Sekiranya ia ada meninggalkan harta untuk membayarnya, maka sembahyanglah ke atasnya , jika tiada Nabi s.a.w. bersabda, sembahyanglah kamu ke atas sahabat kamu ini. Setelah pembukaan kota Makkah, Nabi s.a.w.bersabda : Aku lebih utama untuk melunaskan hutang orang yang telah meninggal dunia, sekiranya ia ada meninggalkan harta, maka ia untuk warisnya". ( Riwayat Bukhari dan Muslim) 2. Membayarkan zakat Seseorang yang meninggal dunia dan belum membayar zakat, maka wajib bagi warisnya menjelaskan zakat tersebut kerana zakat yang belum dibayar itu adalah merupakan hutang seseorang hamba kepada Allah s.w.t. Kewajipan membayarnya pula didahulukan sebelum menjelaskan hutang yang lain, memenuhi wasiat dan pembahagian harta pusaka. Sabda Rasulullah s.a.w.: Dari Ibnu Abbas r.a.: "Bahawasanya seorang wanita datang kepada Rasulullah s.a.w. maka ia berkata : Sesungguhnya ibuku telah nebibggal dunia dan dia ada meninggalkan sebulan puasa. Bersabda Nabi s.a.w.: Bagaimana pendapatmu sekiranya ibumu mempunyai hutang, adakah kamu akan membayarkan untuknya? Wanita itu menjawab : Ya Rasulullah s.a.w. bersabda : Maka hutang dengan Allah lebih utama untuk ditunaikan" (Riwayat Bukhari dan Muslim) Daripada hadis tersebut dapatlah difahami bahawa sebarang hutang oleh seseorang hamba kepada Allah s.w.t.adalah lebih utama dibayar. Ia termasuklah urusan pembayaran zakat sama ada zakat fitrah, zakat harta, zakat perniagaan dan sebagainya.

3. Mengqada'kan puasa Waris atau anak-anak disunatkan supaya mengqada' puasa ibu bapanya yang telah meninggal dunia, ia termasuk puasa ramadhan, puasa nazar dan puasa kaffarah, Sabda Rasulullah s.a.w.: Sayyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w.bersabda : " Barangsiapa yang mati sedangkan ia ada kewajipan berpuasa, maka walinya berpuasa untuknya". (Riwayat Bukhari dan Muslim) Dalam hadis yang lain baginda bersabda : Dari Ibnu Abbas r.a. katanya : "Bahawasanya seorang wanita datang kepada Rasulullah s.a.w. maka ia berkata : Sesungguhnya ibuku telah nebibggal dunia dan dia ada meninggalkan sebulan puasa. Bersabda Nabi s.a.w.: Bagaimana pendapatmu sekiranya ibumu mempunyai hutang, adakah kamu akan membayarkan untuknya? Wanita itu menjawab : Ya Rasulullah s.a.w. bersabda : Maka hutang dengan Allah lebih utama untuk ditunaikan" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

4. Membayarkan fidyah puasa Fidyah puasa itu memberi sedekah dalam kadar satu cupak makanan asasi penduduk sesebuah negara samada daripada beras, gandum atau seumpamanya. Di Selangor kadar timbangan satu cupak itu ialah 900 gram bersamaan dengan RM 1.10. Mereka yang diwajibka membayar fidyah puasa ialah : i. Orang sakit yang tidak akan harapan untuk sembuh penyakitnya. ii. Orang tua yang tidak beruapaya atu menemui kesukaran untuk berpuasa dengan sebab tuanya. Bagi mereka yang tersebut di atas yang tidak berupaya untuk berpuasa, maka diwajibkan bagi mereka memberi makan seorang miskin untuk setiap hari yang ditinggalkan puasa dengan satu cupak atau nilai yang bersaan dengannya. Firman Allah s.w.t.: Maksud:.Dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa ( kerana tua dan sebagainya )membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. ( Al-Baqarah:184 ) 5. Mendoakan ibu bapa Doa daripada anak yang soleh merupakan khazanah ibu bapa yang amat berharga dan ia akan sentiasa mendoakan keduanya. Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : Maksudnya : Apabila seseorang anak Adam meninggal dunia, maka putuslah segala amalannya melainkan tiga perkara : sedekah jariah atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang berdoa untuknya. 6. Menghubungkan tali silaturrahim Menghubungkan tali silaturrahim adalah termasuk dalam perkara yang amat penting dan ianya merupakan salah

satu tuntutan syariat yang harus mendapat perhatian utama dari umat Islam. Mengeratkan hubungan silaturrahim dan berbuat baik dengan kaum kerabat dan sahabat ibu bapa adalah sebahagian daripada cara berbuat amal untuk keduanya yang telah meninggal dunia. Abdullah bin Umar r.a. meriwatkan, Rasulullah s.a.w. bersabda : Maksud : Sesungguhnya sebaik baik kebajikan adalah seseorang itu menghubungkan silaturrahim dengan orang yang dikasihi bapanya. (Riwayat Muslim) 7. Menziarahi kubur Menziarahi kubur ibu bapa adalah sunat muakkad dan besar ganjarannya disisi Allah. Adalah lebih baik jika diziarahi pada setiap hari Jumaat dan dibacakan surah Yaasiin untuknya. Kelebihan mengenang ibu bapa dengan berdoa dan menziarahi kuburnya membawa kebajikan yang bukan sahaja kepada anak-anak yang solehtetapi juga kepada anak yang derhaka. Adab ziarah kubur i. Hendaklah bersih daripada hadas ( sunat berwuduk). ii. Sunat memberi salam secara umum kepada ahli kubur sebaik sahaja sampai di tanah perkuburan. Sabda Rasulullah s.a.w.: Dari Abu Hurairah r.a. katanya "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. hadir ke kawasan perkuburan. Maka baginda berdoa : Salam sejahtera kepada kamu sekalian di perkampungan kaum mukminin dan kami juga Insya Allah akan menurut kamu (apabila sampai gilirannya) ". (Riwayat Bukhari dan Muslim)

iii. Setelah sampai dekat kubur ibu bapa hendaklah berdiri rapat di tepi kubur dengan mengadap muka si mati sambil memberi salam khusus kepadanya. Contohnya : jika si mati itu bapa, lafazsalamnya adalah: "Assalamualaikum wahai ayahku " iv. Membaca Al-Quran dan menghadiahkan pahalanya kepada kedua ibu bapa. v. Hendaklah mengadap kiblat dan berdoa untuk kedua ibu bapa semoga Allah mengampuni dosa dan melimpahkan rahmat kepada keduanya. 8. Menyelesaikan harta pusaka mengikut faraid Pembahagian harta pusaka hendaklah dibuat setelah dijelaskan segala hutang si mati samada hutang dengan Allah mahupun sesama manusia, wasiat dan segala perbelanjaan pengurusan jenazah. Firman Allah s.w.t.: Maksud : Adapun sekiranya kamu mempunyai anak, maka isteri-isteri kamu hanya mendapat satu perlapan (1/8) sahaja dari peninggalanmu - iaitu sesudah dikeluarkan untuk wasiat dan hutang kamu. (An-Nisa' : 12) Maksud: Allah telah memerintahkan pembahagian harta pusaka terhadap anak-anak kamu iaitu bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan. (An-Nisa' : 11)

9. Memohon keampunan bagi dosanya Perkara yang paling mudah dan dapat dikerjakan oleh semua orang pada bila-bila masa ialah berdoa serta mohon keampunan bagi dosa kedua ibu bapanya samada yang masih hidup, lebih-lebih lagi yang telah meninggal dunia sepertimana doa yang dianjurkan dalam Al-Quran : Maksud : Wahai tuhan kami, berilah keampunan kepadaku dan kepada kedua ibu bapaku dan juga kepada semua orang mukmin pada hari terjadinya hisab. (Ibrahim : 41) Firman Allah s.w.t.: Maksud : Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka) - " Wahai tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya dengan memelihara dan mendidikku semasa kecil ". (Al-Isra ': 24) 10. Membuatkan haji untuknya Anak-anak digalakkan untuk membuatkan haji bagi kedua ibu bapanya yang telah meninggal dunia tetapi belum sempat menunaikan haji. Ia boleh dilakukan dengan membuat sendiri ( bagi yang telah menunaikan haji untuk diri sendiri ) atau dengan cara mengupahkan kepada orang lain. Walau bagaimanapun sekiranya kedua ibu bapa telah bernazar untuk menunaikan haji tetapi tidak berkesempatan kerana telah meninggal dunia, maka wajib bagi anak atau waris melakukan haji untuknya dengan segala perbelanjaan adalah daripada harta peninggalan si mati. Sabda Rasulullah s.a.w.: Dari Al-Fadhl r.a : " Bahawa seorang wanita dari Khas ' am bertanya : Wahai Rasululla, sesungguhnya bapaku telah tua, dan ke atasnya ada kefardhuan haji tetapi dia tidak mampu untuk menunggang unta ( lantaran terlalu tua ). Bersabda Nabi s.a.w.: Maka kerjakanlah haji untuknya ". (Riwayat Bukhari dan Muslim) Sebagai kesimpulannya, marilah sama-sama kita menghayati semula peranan seorang anak kepada ibu bapa. Tanpa mereka siapalah kita dan adakah kita boleg berada dalam keadaan dan kedudukan yang kita miliki pada hari ini? Sedarlah bahawa tanpa keredhaan mereka, kita juga tidak akan mendapat keredhaan Allah s.w.t.. Semoga kita akan tergolong dalam golongan yang diredhai dan memasuki syurga Allah.

You might also like