You are on page 1of 39

kumpulan 5

SOALAN 29 Apa yang dimaksudkan dengan kontrak pembelajaran ? Jelaskan fungsi dan cara penilaian melalui kontrak pembelajaran ini

KONTRAK PEMBELAJARAN
Persetujuan atau kontrak yang dibuat antara guru dengan pelajarnya (secara individu / kumpulan) berhubung dengan tugasan yang dibuat secara bertulis. Persetujuan meliputi kriteria-kriteria yang berkaitan dengan tugasan seperti : Bentuk akhir tugasan dihasilkan Bagaimana tugasan dihasilkan (individu / kumpulan)? Tempoh menyiapkan tugasan / tarikh tugasan dihandar kepada guru Kaedah penilain dibuat )secara proses atau hasil akhirnya sahaja) Tindakan / akibat yang akan diterima oleh pihak yang gagal mematuhi kontrak Kontrak biasanya ditandatangani oleh kedua-dua pihak yang bersetuju dengan syarat-syarat atau kriteria yang disenaraikan.

FUNGSI
Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran untuk membolehkan : * Pelajar mengenal pasti dan merekod objektif dan matlamat pembelajaran kendiri kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat jangka masa pelaksanaan dan penghasilannya bukti menunjukkan objektif tercapai bagaimana dan pada tahap mana hasil pembelajaran akan dinilai * Memberi peluang pelajar menentukan matlamat pembelajaran masing-masing mengikut minat dan keupayaan sendiri * Menghasilkan kerja yang terancang * Membantu pelajar membuat refleksi sepanjang proses kerjanya

CARA PENILAIAN
Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem pengredan untuk keseluruhan proses pelaksanaan tugasan ATAU Guru menentukan sistem pengredan untuk kaedah penilaian keseluruhan proses pelaksanaan tugasan ATAU Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru dan pelajar berdasarkan kriteria yang ditentukan ATAU Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya. Guru hanya memantau penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaannya

SOALAN 30 Jelaskan dengan alasan yang munasabah prinsip-prinsip penyoalan yang wajar diamalkan oleh para guru semasa membuat penilaian secara penyoalan.

1. Pembentukan soalan. 2. Teknik mengemukakan soalan 3. Penerimaan Jawapan Pelajar.

Untuk menggunakan kemahiran penyoalan dengan berkesan dalam aktiviti pengajaran, guru haruslah memahami dan mematuhi prinsip-prinsip berikut:

1. Pembentukan soalan.
Aras soalan hendaklah sesuai mengikut umur, kebolehan dan pengalaman pelajar. contohnya aras rendah seperti pengetahuan dan pemahaman bagi kanak-kanak prasekolah. Guru haruslah merancang jenis-jenis soalan yang berkaitan sebelum aktiviti pengajaran dimulakan.contohnya soalan betul salah, isi tepat kosong. Padankan bersesuaian dengan kanak-kanak prasekolah.

Perkataan dan istilah yang digunakan haruslah mudah difahami oleh kanak-kanak. Sesuai dengan peringkat umur contohnya istilah yang tidak sesuai digunakan seperti rumuskan, tafsirkan, buat hipotesis dan sebagainya.

Bentuk soalan hendaklah diubah dari masa ke semasa untuk menarik minat pelajar. Contohnya siapa, kenapa, bila, apa dan lain-lain lagi. Bentuk soalan yang mendorong pelajar berfikir. elakkan soalan yang mengandungi jawapan sendiri seperti bumi kita berbentuk sfera yang besar, betulkah? Bentuk soalan haruslah ringkas, tepat dan jelas.

2. Teknik mengemukakan soalan


Untuk menggalakkan setiap pelajar memikirkan jawapan ,guru haruslah mengemukakan soalan terlebih dahulu, berhenti sekejap untuk memberi masa mereka berfikir, kemudian menyebut namanya supaya menjawab.

Tujukan soalan kepada seluruh kelas dan bukan kepada pelajar cerdas sahaja. Elakkan memberi soalan mengikut susunan tempat duduk pelajar dalam kelas.
Untuk memastikan semua pelajar mengambil perhatian terhadap jawapan yang diberi oleh seorang pelajar , guru boleh memanggil seorang pelajar lain

Untuk menarik perhatian pelajar guru hanya menyebut soalan sekali sahaja dengan syarat sebutan guru cukup lantang dan jelas didengar oleh semua pelajar. Pastikan juga semua pelajar telah bersedia mendengar soalan guru

3. Penerimaan Jawapan Pelajar.


Pujian hendaklah diberikan kepada pelajar yang telah memberi jawapan yang betul untuk menggalakkan pelajar berusaha memberi jawapan dengan baik

Elakkan amalan mengulangi jawapan pelajar. Ini akan menggalakkan pelajar lain tidak memperdulikan jawapan yang diberi oleh pelajar.
Jika jawapan yang diberi adalah baik dan penting, minta pelajar lain mengulangi jawapan itu.

Jika jawapan kurang lengkap, minta pelajar lain melengkapkannya atau guru boleh memberi maklumat kepada jawapannya.
Jika pelajar tidak boleh menjawab, guru boleh mengubah aras soalan ke peringkat yang lebih rendah atau memberi petua-petua yang berkaitan.

Guru hendaklah melarang pelajar memberi jawapan secara beramai-ramai. Memberi jawapan secara beramai-ramai bukanlah tujuan menyoal.

SOALAN 31 Jeniskan teknik pengujian untuk menguji kemahiran mendengar

i. Ujian Mendengar Petikan ii. Ujian Mendengar Pragraf iii. Ujian Imlak

i. Ujian Mendengar Petikan


Cara menjalankan ujian ini: Peringatan: Petikan tidak diedarkan kepada pelajar kerana ini bukan kemahiran membaca. Pelajar hanya dikehendaki mendengar petikan yang dibaca oleh guru dan kemudiaannya menjawab soalan yang ditanyakan.

ii. Ujian Mendengar Paragraf Paragraf yang dimaksudkan dalam teknik ini ialah perenggan kecil. Dalam teknik ini paragraf pendek yang diperdengarkan (dibacakan dengan nyaring) oleh guru berasingan dari segi cerita, tema atau isinya, dan tidak berkaitan antara satu dengan yang lain. Yang demikian misalnya, setiap paragraf merupakan satu petikan yang dikutip daripada sumber yang berlainan. Sesuatu ujian itu mungkin terdiri daripada beberapa petikan (paragraf) A, B, C, D, E, F dan seterusnya. Setiap petikan mempunyai 2 atau 3 soalan yang berkaitan dengannya.

Cara menyediakan soalan kefahaman mendengar bagi setiap petikan atau paragraf tersebut sama dengan teknik aneka pilihan. Cara mentadbirkan ujian adalah hampir sama. Perbezaannya ialah cuma dari segi murid menjawab soalan, iaitu menurut giliran selepas guru selesai memperdengarkan sesuatu petikan seperti Petikan A, B, C, D dan seterusnya. Kertas soalan bagi setiap petikan itu perlu diedarkan oleh guru sebelum ujian dimulakan.

Petikan paragraf yang digunakan itu diperdengarkannya sekali, dan pelajar-pelajar dikehendaki menjawab 2 atau 3 soalan yang berkaitan dengan sesuatu petikan paragraf itu selepas guru selesai membacanya. Misalnya, selepas guru selesai membaca petikan (A), pelajar akan menjawab soalan petikan (A); dan kemudian baru guru membacakan petikan (B). Apabila selesai, pelajar dikehendaki menjawab soalan yang disediakan bagi petikan (B). Demikianlah seterusnya menurut giliran.

Ujian kefahaman mendengar paragraf ini dianggap lebih sesuai bagi pelajar menengah rendah, seperti tingkatan satu dan dua. Perlu diingatkan kepada para guru bahawa ini ialah ujian kefahaman mendengar dan bukan ujian kefahaman membaca. Oleh sebab ini ialah ujian kefahaman mendengar, maka paragraf tersebut hanya diperdengarkan kepada pelajar-pelajar melalui bacaan nyaring oleh guru yang menjalankan ujian.

iii. Ujian Imlak Imlak sebagai satu ujian kemahiran mendengar telah diutarakan oleh Oller (1979). Menurut beliau, ujian imlak bukanlah sematamata ujian tentang ejaan malahan lebih daripada itu. Bagi beliau, imlak menguji konstrak kemahiran mendengar dalam sesuatu bahasa dan kefahaman mengenainya dalam bahasa yang didengar. Seseorang itu tidak mungkin faham bunyi bahasa yang diperdengarkan dalam imlak sekiranya dia tidak faham struktur linguistik bahasa tersebut, sama ada dari segi fonologi (sistem bunyi), tatabahasa, perbendaharaan kata dan semantik (sistem maknanya). Dengan itu, imlak tepat menguji kefahaman pendengaran dalam sesuatu bahasa, dan bukan ejaan semata-mata. Kemahiran mengeja menjadi penting kerana pendengar dikehendaki menulis semula apa-apa yan didengarnya dalam ujian imlak. Ujian imlak yang dimaksudkan oleh Oller ialah menulis semula sesuatu keratan (petikan paragraf) yang diperdengarkan.

Berbanding dengan teknik lain, ujian imlak lebih praktis kerana lebih mudah dari segi menyediakan bahan ujian, mentadbirnya dan memeriksanya.

Dari segi persediaan, guru hanya memilih keratan yang hendak diperdengarkan. Ia tidak memerlukan peralatan seperti mesin taip, stensil, mesin pendua, dakwat cetakan, radio atau kaset. Ia dianggap sangat praktis kerana tidak memakan masa yang banyak dari segi persediaan.
Dari segi mentadbirkan ujian, guru tidak perlu mengedarkan kertas soalan dalam bentuk aneka pilihan, seperti mana yang diperlukan apabila menggunakan teknik lain. Guru hanya membacakan bahan yang sesuai yang telah dipetik daripada buku atau majalah.

Dari segi tindak balas pelajar, mereka dikehendaki mendengar dengan teliti, memahami apa yang didengar dan menulis semula apa yang didengar. Teknik ini dianggap sesuai bagi peringkat rendah dan menengah. Pemeriksaan dan pemarkahannya adalah secara objektif; dan ketekalan pengukuran antara pemeriksa adalah sangat tinggi.

Arahan Bagi Ujian Imlak Adalah amat penting bagi pelajar-pelajar diberikan arahan yang jelas tentang ujian ini pada peringkat awal, sebaik sahaja ujian tersebut hendak dijalankan. Arahan seperti yang berikut boleh diberikan secara lisan:

Cara Membacakan Keratan Imlak Mula-mula bacakan keratan satu kali kepada pelajar sebelum Ujian Imlak itu dijalankan. Selepas imlak dijalankan , bacakan teks itu keseluruhannya sekali lagi untuk semakan pelajar. Jadi guru membacakan teks itu tiga kali, iaitu sebelum pengujian, sewaktu pengujian dan selepas pengujian. Kadar kelajuan bacaan hendaklah sesuai dengan kesempatan pelajar mendengar, memahami dan menulis; dan keratan dibacakan dengan gaya yang natural (biasa). Bacaan hendaklah mengikut tanda bacaan, jeda (pauses) dan intonasi yang betul.

SOALAN 32 Mengapakah kemahiran pertuturan penting dan perlu diajarkan di sekolah ?

KEPENTINGAN KEMAHIRAN BERTUTUR


Kemahiran bertutur diajarkan untuk membolehkan murid bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam pelbagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan rakanrakan, guru, ibu bapa serta dalam aktiviti perbahasan dan syarahan. Dalam menguasai kemahiran tersebut, guru haruslah memastikan murid boleh bertutur dalam bahasa Melayu dengan betul dari segi sebutan, intonasi serta menggunakan perkataan dan ayat dengan tepat.

Pengajaran dan pembelajaran bertutur haruslah membolehkan murid; (a) Menyebut dengan jelas. (b) Menyampaikan atau melahirkan pendapat peribadi. (c) Menunjukkan arah. (d) Bertemu ramah. (e) Memberi penerangan dan memberi alasan. (f) Membina soalan untuk mencari maklumat. (g) Bertukar-tukar pendapat dan maklumat. (h) Melaporkan peristiwa dan memberi sesuatu huraian dengan tepat. (i) Bertutur secara bertatasusila. (j) Bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengar dan situasi.

SOALAN 33 Apakah perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan semasa menyediakan instrumen penilaian lisan ?

Soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahan rangsangan perlu jelas dan mudah difahami. Aktiviti atau bahan boleh merangsang murid untuk mengeluarkan idea tersendiri. Pelbagai bentuk soalan seperti soalan bertumpu atau bercapah digunakan untuk merangsang murid berfikir. Aras kesukaran perlu sesuai dengan kebolehan murid.

SOALAN 34 Jelaskan aspek yang boleh dinilai secara lisan

KEMAHIRAN MENDENGAR
o Mendengar deretan bunyi o Memahami bunyi-bunyi yang didengar o Menilai bunyi-bunyi yang didengar o Bertindak terhadap bunyi

KEMAHIRAN BERTUTUR
o o o o o o o o o o Sebutan Tekanan Panjang-pendek (Mora) Kefasihan Laras Bahasa Tatabahasa Jeda Intonasi Nada Kelancaran

o Sebutan
murid-murid telah diajar dan dilatih mengenal huruf dan bunyi setiap huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat. Bertujuan untuk melatih murid-murid supaya dapat menyebut sesuatu dengan tepat dan seperti yang sepatutnya mengikut bunyi, ejaan dan makna. Satu cara menyebut perkataan, frasa atau ayat dengan memberikan tekanan pada tempat-tempat tertentu. Biasanya dilakukan pada suku kata. Lambangnya ialah /?/. Dalam BM, tekanan tidak membezakan makna dan digunakan untuk menyedapkan ayat sahaja seperti dalam sajak.

o Tekanan

o Panjang-pendek (Mora)
Kadar sesuatu bunyi itu diucapkan Lambangnya ialah [:], [::] adalah 2 mora, [.] adalah setengah mora

o Kefasihan
boleh bercakap dan membunyikan kata dalam bentuk yang kemas, teratur, lancar, tepat dan jelas.

o Laras bahasa
kemampuan mengguankan bahasa dalam pelbagai konteks, suasana, atau situasi yang sesuai Melatih pelajar menggunakan bahasa mengikut laras Bertujuan untuk berkomunikasi

o Tatabahasa
merupakan satu sistem pertuturan atau undang-undang yang menggabungkan perkataan untuk membentuk ayatayat. Tatabahasa terdiri daripada fonologi, morfologi, dan sintaksis Fonologi murid harus boleh membunyikan kata dan menyebut dengan tepat. Morfologi murid harus memilih, membina dan menggunakan perkataan dengan tepat dan betul Sintaksis murid harus boleh membina ayat-ayat dengan menggunakan tatabahasa yang betul, jelas dan kemas. Penggunaan intonasi, tekanan, jeda, gaya dan sebagainya harus sesuai dengan bahasa yang dituturkan.

o Jeda Persendian Digunakan untuk memisahkan elemen-elemen linguistik seperti perkataan, rangkai kata atau ayat. Dalam sesuatu ayat yang digunakan, jeda digunakan sebagai hentian sebentar. lambang /#/ (apabila digunakan ia boleh membawa makna yang berbeza) /+/ = lambang pemisah antara suku kata atau perkataan.

o Intonasi Merupakan sesuatu ayat yang menaik atau menurun. Intonasi ayat dalam BM biasanya tidak sama dan berbeza-beza mengikut jenis ayat yang dituturkan. Intonasi boleh menaik, menurun, mendatar, meninggi dan sebagainya. o Nada Keadaan bunyi yang menaik atau menurun sewaktu sesuatu perkataan atau suku kata dilafazkan. Nada tidak bersifat fonemik.

o Kelancaran Boleh bertutur atau bercakap dengan baik dan kemas. murid boleh mengeluarkan idea, pendapat, dan pandangan dengan baik dan menuturkannya dengan baik dan dalam bahasa yang kemas, licin, dan teratur.

SOALAN 35 Dalam pengajaran bahasa, apakah kemahiran lisan yang boleh dinilai?

Kemahiran mendengar Kemahiran bertutur

KEMAHIRAN MENDENGAR
o Mendengar deretan bunyi o Memahami bunyi-bunyi yang didengar o Menilai bunyi-bunyi yang didengar o Bertindak terhadap bunyi

KEMAHIRAN BERTUTUR
o o o o o o o o o o Sebutan Tekanan Panjang-pendek (Mora) Kefasihan Laras Bahasa Tatabahasa Jeda Intonasi Nada Kelancaran

Rujukan
http://ilmugemalasaktiemami.blogspot.com/2011/09/interaksiminggu-9-penilaian-kemahiran.html http://cemerlangbmpmr.com/index.php?optio n=com_content&view=article&id=81:persiapa n-kemahiran&catid=50:motivasipelajar&Itemid=58 http://azaha83.blogspot.com/2012/04/penilai an-kemahiran-mendengar-sama-ada.html

You might also like