You are on page 1of 4

KATA GANDA

1 2 Kata ganda ialah perkataan yang terhasil atau terbentuk daripada perkataan yang digandakan, sama ada sebahagiannya atau keseluruhannya. Kata ganda terbahagi kepada tiga bentuk seperti yang berikut: (a) Kata ganda penuh (b) Kata ganda separa (c) Kata ganda berentak

Kata Ganda Penuh


1 2 Kata ganda penuh ialah kata ganda yang seluruh kata dasarnya digandakan tanpa sebarang perubahan bentuk. Kata dasar yang boleh digandakan keseluruhannya boleh terdiri daripada pelbagai kelas kata seperti yang berikut: Kelas Kata kata nama tunggal kata nama berimbuhan kata nama majmuk kata kerja kata adjektif kata adverba kata tanya jam-jam jalan-jalan pemberita-pemberita pelatih-pelatih kekasih-kekasih guru-guru besar setiausaha-setiausaha duduk-duduk geleng-geleng hitam-hitam indah-indah ragu-ragu awal-awal laju-laju pura-pura mana-mana Kata Ganda Penuh kereta-kereta serangga-serangga sekolah-sekolah permaidani-permaidani soalan-soalan persatuan-persatuan makanan-makanan peralatan-peralatan seniman-seniman kejayaan-kejayaan jam-jam tangan bom-bom tangan jawatankuasa-jawatankuasa kakitangan-kakitangan gelak-gelak pusing-pusing agah-agah muntah-muntah muda-muda kaya-kaya jinak-jinak gagah-gagah hebat-hebat susah-susah betul-betul jarang-jarang diam-diam sama-sama malam-malam sedikit-sedikit apa-apa

INFO BAHASA (a) Sesetengah kata nama tunggal, setelah digandakan, tidak menyatakan maksud bilangan banyak/jamak. Sebaliknya, perkataan-perkataan itu menyatakan maksud bilangan tunggal kerana hanya wujud dalam bentuk penggandaan penuh. Contoh perkataan-perkataan tersebut adalah seperti yang berikut: agar-agar kura-kura labi-labi kura-kura onde-onde kanak-kanak biri-biri jemput-jemput ampai-ampai biri-biri anai-anai angkut-angkut

(b) Frasa setara tidak boleh diulang atau digandakan sama ada sebahagian atau keseluruhannya untuk menyatakan maksud jamak (bilangan banyak). Contoh: Ibu-ibu bapa (X) * Ibu bapa () Pinggan-pinggan mangkuk. (X) * Pinggan mangkuk ()

Pearson Malaysia Sdn Bhd 2009

Ideal Bahasa Malaysia Tahun 3

(c) Bagi kata ganda penuh yang sudah bermakna jamak oleh sebab penggandaan, kata ganda itu tidak boleh disertai kata bilangan. Contoh: Tiga biji gelas-gelas itu telah retak. (X) * Gelas-gelas itu telah retak. () * Tiga biji gelas itu telah retak. () (d) Dalam binaan ayat, sekiranya kata ganda penuh yang terdiri daripada kelas kata adjektif telah sedia membawa makna jamak, kata nama yang diterangkan oleh kata adjektif itu tidak boleh digandakan lagi. Contoh: Gelas-gelas itu cantik-cantik belaka. (X) * Gelas itu cantik-cantik belaka () (e) Kata bilangan boleh digunakan bersama-sama kata ganda penuh yang menyatakan makna tunggal. Contoh: Tiga ekor rama-rama hingap pada bunga itu. Empat orang kanak-kanak itu cacat penglihatan.

Kata Ganda Separa


1 2 Kata ganda separa ialah kata ganda yang sebahagian kata dasarnya sahaja digandakan. Kata ganda separa boleh terdiri daripada pelbagai kelas kata seperti yang berikut: Kelas Kata kata nama tunggal Kata Ganda Separa Kata nama tunggal gegelang, pepohon, kekura, lelaki, sesiku, sesungut, kekisi, bebola, jejentik, lelabah, kekunci, tetamu, rerambut, reriang, kekacang, bebuli, jejari Kata nama berakhiran sayur-sayuran, kenang-kenangan, orang-orangan, bayang-bayangan, bunga-bungaan, burung-burungan Kata kerja berimbuhan awalan berlari-lari, berkata-kata, tertanya-tanya, tersenyum-senyum, dimarah-marah, dipicit-picit, mencari-cari, meronta-ronta, bantu-membantu Kata kerja berakhiran an dan i tinggal-tinggalkan, doa-doakan, amat-amati, puku-pukuli Kata kerja berapitan bersalam-salaman, berkenal-kenalan, bertumbuk-tumbukan, berkejar-kejaran, menggosok-gosokkan, menanya-nanyakan, menghentak-hentakkan, memukul-mukuli, membohong-bohongi, mengulang-ulangi dibisik-bisikkan, ditinggal-tinggalkan, dimanja-manjakan Kata adjektif berawalan secantik-cantik, sebaik-baik, sepandai-pandai, sekuat-kuat Kata adjektif berakhiran Kecil-kecilan, besar-besaran, jadi-jadian, rindu-rinduan Kata adjektif berapitan kebarat-baratan, kemerah-merahan, kemalu-maluan, kebodoh-bodohan kata adverba Kata adverba berawalan berdikit-dikit, bersungguh-sungguh, teresak-esak, terburu-buru, setinggi-tinggi Kata adverba berakhiran mati-matian, gila-gilaan, habis-habisan, kecil-kecilan,

kata kerja

kata adjektif

Pearson Malaysia Sdn Bhd 2009

Ideal Bahasa Malaysia Tahun 3

INFO BAHASA (a) Kata ganda separa, daripada kelas kata nama tunggal, boleh menyatakan maksud bilangan tunggal atau menyatakan maksud bilangan banyak/jamak. Contoh perkataan-perkataan tersebut adalah seperti yang berikut: Maksud bilangan tunggal tetamu lelayang kekuda tetulang jejentik sesiku kekabu sesendi lelada kekotak jejala dedaun Maksud bilangan banyak dedahan jejari pepohon bebuluh

(b) Kata bilangan tidak boleh digunakan kepada kata ganda separa yang telah sedia membawa maksud bilangan banyak/jamak. Contoh: Beberapa helai dedaun kering itu diterbangkan oleh angin ke udara. (X) * Dedaun kering itu diterbangkan oleh angin ke udara. () * Beberapa helai daun kering itu diterbangkan oleh angin ke udara. () (c) Kata bilangan boleh digunakan kepada kata ganda separa yang membawa maksud bilangan tunggal. Contoh: Tiga ekor lelabi itu mati di dalam air sungai yang telah tercemar itu. Lima ekor pepijat merayap di atas tilamnya. (d) Sekiranya kata ganda separa daripada kata kerja yang digunakan dalam ayat sudah menyatakan maksud saling, perkataan saling tidak perlu dibubuh di hadapan kata ganda separa itu. Contoh: Kedua-dua orang pemandu kereta lumba itu saling potong-memotong. (X) * Kedua-dua orang pemandu kereta lumba itu potong-memotong. () * Kedua-dua orang pemandu kereta lumba itu saling memotong. ()

Kata Ganda Berentak


1 2 3 Kata ganda berentak ialah kata ganda yang kata dasarnya digandakan mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan ini, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Kata dasar yang boleh digandakan keseluruhannya boleh terdiri daripada pelbagai kelas kata seperti yang berikut: Kelas Kata kata nama kata kerja kata adjektif kata adverba lauk-pauk warna-warni saudara-mara bolak-balik cerai-berai ulang-alik kusut-masai compang-camping hingar-bingar serta-merta Kata Ganda Berentak kuih-muih sayur-mayur gunung-ganang kayu-kayan anak-pinak sedu-sedan lalu-lalang huyung-hayang gotong-royong tunggang-langgang guling-gantang lekak-lekuk gelap-gelita kacau-bilau gilang-gemilang lintang-pukang susup-sasap sedu-sedan mundar-mandir

Pearson Malaysia Sdn Bhd 2009

Ideal Bahasa Malaysia Tahun 3

INFO BAHASA Sesetengah kata ganda berentak telah sedia membawa makna sangat atau paling; maka kata penguat tidak boleh digunakan lagi bagi menguatkan maksud kata ganda berentak itu. Contoh: (a) Lantai bilik air itu sangat licin-licau. (X) * Lantai bilik air itu licin-licau. () * Lantai bilik air itu sangat licin. () (b) Rambut orang gila itu sangat kusut-masai. (X) * Rambut orang gila itu kusut-masai. () * Rambut orang gila itu sangat kusut. ()

Pearson Malaysia Sdn Bhd 2009

Ideal Bahasa Malaysia Tahun 3

You might also like