You are on page 1of 1

Dalam usaha merealisasikan hasrat negara untuk memiliki masyarakat yang mempunya i minda kelas pertama serta berdaya

saing, kemahiran insaniah merupakan elemen y ang penting dan perlu diterapkan dalam diri setiap individu terutamanya golongan pendidik seperti guru dan pensyarah. Kemahiran insaniah secara umumnya merupakan kemahiran yang dimiliki selain darip ada bidang pengajian atau teknikal yang dipelajari di sekolah mahupun di pusat p engajian tinggi. Pengarah Pusat Inovasi dan Pembangunan Pelajar, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, kemahiran ini terdiri daripa da tujuh bahagian termasuklah komunikasi, kepimpinan, kerja berkumpulan, nilai d an etika, pembelajaran sepanjang hayat, keusahawanan, pemikiran kritis dan penye lesaian masalah. Elemen utama iaitu kemahiran komunikasi merupakan kemampuan untuk menyampaikan ma klumat dengan tepat, cepat, ringkas dan berkesan serta kemahiran untuk memahami nilai dan etika komunikasi yang berkesan, katanya. Beliau berkata demikian pada Seminar Pembangunan Profesional Guru Bimbingan dan Kaunseling Peringkat Kebangsaan di UPM Serdang, Selangor, baru-baru ini. Seminar anjuran Universiti Putra Malaysia (UPM) itu bertujuan bagi menyediakan k epakaran membantu peserta seminar yang terdiri daripada guru-guru bimbingan dan kaunseling untuk meningkatkan tahap kompetensi mereka dengan lebih berkesan. Ia seterusnya diharap dapat memberi impak positif kepada sekolah dan secara tida k langsung memberi faedah kepada institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan. Menurut Mohammad Shatar lagi, selain kemahiran komunikasi, para pendidik juga pe rlu mahir dalam kemahiran kepimpinan selari dengan tugas mereka memimpin para pe lajar ke arah yang lebih cemerlang dan berilmu pengetahuan. Kemahiran kepimpinan merupakan kemampuan untuk membantu ahli kumpulan menuju dest inasi yang cemerlang dengan memiliki ciri kepemimpinan berkesan, ujarnya. Beliau menjelaskan, terdapat beberapa ciri-ciri kepimpinan yang dibahagikan meng ikut kesesuaian sesuatu bidang kerja termasuklah kepimpinan berkarisma, kepimpin an partisipatif, kepimpinan situasional, kepimpinan transaksional, kempimpinan t ransformasional, kepimpinan bekerja dan kepimpinan pendiam. Kesemua ciri-ciri kepimpinan ini mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang terte ntu dan ia perlu disesuaikan dengan situasi serta latar pekerjaan setiap pemimpi n itu agar kesan kepimpinan tersebut mampu memberi impak terhadap setiap individ u di dalamnya, ujar beliau lagi. Sebagai contoh beliau memberitahu, ciri-ciri kepimpinan partisipatif perlulah me rupakan seorang ketua yang mampu melibatkan semua ahli yang berkaitan dalam memb uat keputusan. Pemimpin ini juga harus sentiasa memohon bantuan dan penglibatan ramai serta lebi h mengutamakan pandangan ramai dan suara orang bawahan. Dengan itu, para pengikutnya akan lebih memberi komitmen kerana mereka turut dili batkan di dalam proses membuat keputusan. Keputusan yang dibuat oleh ramai ahli mungkin jauh lebih baik daripada keputusan yang dibuat secara individu, jelasnya lagi. Selain itu katanya, kemahiran bekerja secara berkumpulan juga merupakan antara e lemen penting yang perlu dikuasai oleh guru-guru ini sebagai pelengkap kepada di ri mereka. Kemampuan seseorang untuk bekerja dalam satu pasukan tanpa mengira siapa atau dar i kumpulan mana sangat perlu kerana nilai ini jelas dapat membantu memperkukuhka n lagi sesebuah kumpulan selain menjadikan kerja lebih sempurna dengan sumbangan input yang pelbagai. Kemahiran-kemahiran insaniah yang lain seperti Kemahiran Pemikiran Kritis, Kemahi ran Keusahawanan, Kemahiran Etika dan Nilai Profesional serta Kemahiran Pembelaj aran Sepanjang Hayat juga amat relevan untuk dikuasai oleh para pendidik bagi me ningkatkan kecemerlangan dalam bidang kerjaya mereka, tambah beliau.

You might also like