You are on page 1of 3

LikeComment

Senang Hamil (Page) Surah Bacaan Ketika Mengandung ; Surah Al-Fatihah untuk terang hati dan kuat ingatan. Surah Maryam Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat. Surah Luqman Untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa. Surah yusuf Untuk memperolehi anak cantik rupa dan cantik akhlak. Surah Hujurat Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati. Surah Yaasin Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada

maksiat. Surah At-Taubah Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat. Surah An-Nahl Untuk melahir anak yang berdisiplin. Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: Bacalah oleh kamu Al-Quran, sesungguhnya Al-Quran itu datang pada hari kiamat menjadi syafaat kepada pembacanya. (Riwayat Muslim) Antara Cara Pendidikan Semasa Mengandung ; Mengamalkan solat wajib dan sunat Mengamalkan zikir Membaca al-Quran Mendengar muzik yang tenang Membaca buku-buku ilmiah Berbual dengan anak dalam kandungan Menjaga adab dan emosi Tidak tertekan atau stress Lakukan kerja-kerja ringan di rumah sebagai senaman ringan Memakan makanan yang baik di segi zahiriah dan batiniah (halal) Tidak bersifat dendam, dengki, menghasut dan sebagainya Sentiasa melemparkan senyuman dan bersabar

IMPAK DARIPADA SIKAP IBU BAPA KETIKA IBU MENGANDUNG TERHADAP BAYI SETELAH LAHIR ; Negatif Ibu bapa sering bergaduh => Anak menjadi ganas dan panas baran Positif Ibu bapa sering bersedekah => Hati anak lembut Negatif Ibu mengidam benda pelik => Petanda tidak baik terhadap sikap anak Positif Ibu tidak meninggalkan solat => Anak mudah mendapat hidayah Negatif Ibu bermain kayu tiga => Anak menjadi penderhaka dan gemar maksiat Positif Ibu sering membaca al-Quran => Dapat anak yang bijak Positif Ibu mengawal emosi => Anak soleh dan sentiasa mengawal keadaan

You might also like