You are on page 1of 4

PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG

PENGENALAN : Program ini bertujuan membantu murid-murid Tahun 1 menghadapi perubahan di dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal di rumah atau tadika ke pendidikan formal Tahun 1 sekolah rendah. Program ini juga memastikan semua murid Tahun 1 yang datangnya daripada latar belakang,pengalaman dan sosio ekonomi akan melakukan proses pembelajaran di Tahun 1 melalui tahap pencapaian yang hampir sama.Keadaan sangat diperlukan agar proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru Tahun 1 berjalan dengan lancar dan diikuti oleh muird tersebut dalam keadaan yang gembira.

TUJUAN : Murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran guru-guru dan kawankawan baru dalam masa yang singka Guru dapat menyelaraskan keperluan murid seperti kognitif,emosi dan jasmani secara menyeluruh sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran secara formal di Tahun 1 Meningkatkan minat dan semangat murid untuk datang dan meneruskan pembelajaran tanpa menimbulkan banyak masalah di sekolah

RASIONAL

Murid yang masuk ke Tahun 1 datangnya dari pelbagai latar belakang dan pengalaman yang berbeza.Keadaan yang menimbulkan banyak perbezaan di kalangan mereka yang boleh memberi kesan yang berterusan.Antara perbezaan tersebut ialah :

Perbezaan antara murid Tahun 1 : Perbezaan hampir 11 bulan

Kebolehan memberi perhatian dan tubuh mereka yang cepat letih menyebabkan mereka selalu ingin bergerak

Kesediaan untuk belajar : Perbezaan pengalaman prasekolah.perkembangan fizikal dan umur yang berbea turut memberi kesan kepada kesediaan murid untuk belajar Pengetahun dan kemahiran :

Perbezaan kecekapan sosio emosi dan perkembangan psikologi yang berbeza di kalangan murid-murid seperti ada murid yang mempunyai keyakina yang tinggi dan ada yang datang dengan perasaan takut,bimbang dan rasa tidak selamat akan memberi kesan pada pembelajaran mereka OBJEKTIF :

1. Murid dapat meningkatkan kemahiran tematik,bersepadu dan main sambil belajar. 2. Selepas tiga bulan tidak dapat perbezaan yang ketara antara murid bagi membolehkan guru merealisasikan proses pengajaran dan pembelajaran secara formal. 3. Meningkatkan kefahaman tentang konsep awal kanak-kanak.

4. Memantapkan kefahaman tentang kesinambungan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan tingkah laku murid. 5. Mengamalkan teknik pemudahcaraan yang berkesan dan penekanan konsep pembelajaran penyayang yang berterusan. MINDA CERDAS MATA BERCAHAYA Minda Cerdas Kemampuan murid-murid Tahun Satu membina dan mengaplikasikan kemahiran berfikir secara aktif melalui aktiviti berkumpulan dan saling bantu membantu di antara satu sama lain serta penglibatan menyeluruh dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang awal lagi menunjukan minda cerdas.Dalam masa yang sama, murid-murid juga diharapkan dapat meningkatkan perasaan ingin tahu mereka malalui aktivitiaktiviti yang mencabar serta bersesuaian dengan tahap umur dan pencapaian sedia ada.Selain dari itu, malalui aktiviti-aktiviti tersebut akan wujud proses komunikasi yang dapat meningkatkan tahap keyakinan diri dalam kalangan murid di samping dapat memantapkan pemupukan nilai-nilai murni yang ada atau yang dibawa dari prasekolah.

Mata Bercahaya: Murid-murid Tahun Satu ini dapat merasakan satu keseronokan untuk terus belajar bersama-sama dengan kawan-kawan,suasana,persekitaran dan guru-guru yang baru.Semangat dan minat mereka akan terus meningkat dari masa ke semasa melalui aktiviti aktiviti yang disediakan tanpa menimbulkan sebarang permasalahan kepada sekolah,guru mahupun ibu bapa atau penjaga mereka.Keadaan ini dapat diterjemahkan melalui sinar mata mereka yang sentiasa bercahaya pada setiap masa dan ketika untuk meneruskan proses pembelajaran mereka di Tahun Satu.

1)Kalau PJ hari Isnin pelajar perlu memakai baju sekolah terlebih dahulu tetapi kalau PJ selain daripada hari Isnin,murid boleh memakai baju sukan terus sehingga sesi persekolahan tamat.

2)Ibubapa diingatkan supaya berpesan kepada anak-anak supaya tidak mengikut kawan balik,tidak mengikut orang yang tidak dikenali dan jangan keluar selepas masuk ke kawasan sekolah.Pejabat sekolah tutup pada jam 530 petang.

3)Periksa jadual pembelajaran anak-anak,tolong susunkan buku mengikut jadual

4)Gunting,pembaris besi dan pisau adalah DILARANG sama sekali dibawa ke sekolah.

5)Tulis nama pada setiap barang anak.

6)Tulis no telefon ibubapa di belakang tanda nama anak-anak dan di beg sekolah mereka untuk memudahkan pihak sekolah menghubungi ibubapa jika kecemasan. 1-Mulai 2012 dasar kerajaan adalah memberikan pendidikan secara percuma. Semua yuran persekolahan,yuran aktiviti agama dan suka dimansuhkan.Apa yang kekal cuma yuran PIBG yang mana kadarnya berdasarkan keputusan mesyuarat agong selewat-lewatnya pada Mac 2012)

2-Murid yang mula mendaftar tahun 2012 turut layak memperolehi RM100 setiap orang.Tarikh akan dimaklumkan sekitar bulan Januari dan Februari.

3-Bermula 2011 sistem pendidikan menggunapakai KSSR di mana ujian dalaman dijalankan ke atas murid.Kelas berbeza akan menduduki ujian yang berbeza tetapi silibus sama.

4-Ujian akan dijalankan secara beberapa peringkat: Fasa 3 bulan sekali Ujian pertengahan tahun Ujian akhir tahun

5-Pada 2012, jumlah murid tahun satu adalah 530 orang iaitu sebanyak 13 kelas.U do the maths:)-

K6-ekangan kelas: Ko kurikulum diadakan pada hari Rabu bermula 11 Januari 2012. .Boleh pakai baju sukan:)-

You might also like