You are on page 1of 6

Like

13k

Sumbangan Dana Kebajikan

Borang Sukarelawan HALUAN

Keahlian HALUAN

UTAMA

KENALI KAMI

KHIDMAT KAMI

PROGRAM UTAMA

MEDIA HALUAN

HUBUNGI KAMI

Search...
Bahan Tarbiah 19) Amal Soleh

Ikuti HALUAN di:

19) Amal Soleh


Tweet PENGERTIAN AMAL SOLEH Amal soleh ialah segala amalan yang diredhai Allah Subhanahuwataala, yang memenuhi dua syarat: a. Amalan itu hendaknya sesuai dengan ajaran Islam b. Amalan itu bertujuan untuk mencapai keredhaan dan ketaatan kepada Allah Subhanahuwataala. Apabila sesuatu amalan tidak memenuhi kedua syarat di atas, atau hanya dapat memenuhi salah satu daripada dua syarat tersebut, maka ia tidaklah termasuk amalan yang diredhai Allah Subhanahuwataala dan tidak akan mendapat pahala atau ganjaran daripada Allah Subhanahuwataala. Allah Subhanahuwataala berfirman:

Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Rabnya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Rabnya . (Al-Kahfi:
110)

Oleh itu dapatlah dikatakan bahawa amal soleh itu ialah amalan benar yang sesuai dengan ajaran Islam dan niat dalam melakukannya adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah Subhanahuwataala. KEDUDUKAN AMAL SOLEH DALAM ISLAM Kedudukan amal soleh dalam Islam sangat penting. Amal soleh adalah buah keimanan kepada Allah Subhanahuwataala, hari kiamat dan Rasul-Nya. Amal soleh adalah menifestasi dari kandungan syahadah dalam bentuk amal perbuatan. Kita temui banyak ayat-ayat di dalam Al-Quran yang menerangkan pentingnya amal soleh. Kadangkadang amal soleh dihubungkan dengan keimanan dan diterangkan ganjaran serta pahalanya. Kadang-kadang diterangkan amal soleh bermanfaat bagi manusia pada hari akhirat dan Allah Subhanahuwataala tidak melupakan pahala serta ganjaran amal soleh seseorang. Di samping itu kita temui juga ayat-ayat yang menerangkan amal soleh itu sebagai penghapus sesuatu dosa. Dosa akan membawa manusia kepada kerugian. Oleh itu, tidak ada jalan yang lain bagi manusia dan tidak ada jalan yang perlu ditempuh oleh manusia kecuali beramal soleh. Allah Subhanahuwataala berfirman:

Allah telah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh (bahawa) untuk mereka ampunan dan pahala yang besar (Al-Maidah: 9) Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, bagi mereka kebahgiaan dan tempat kembali yang baik." (Ar-Rad: 29) Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan. (An-Nahl: 97) Sesunggunya mereka yang beriman dan beramal saleh, tentulah kami tidak akan mempersiasiakan pahala orang-orang yang mengerjakan amalan(nya) dengan yang baik. (Al-Kahfi: 30) Dan Allah akan menambah petunjuk kepada mereka yang telah mendapat petunjuk, dan amal-amal soleh yang kekal itu lebih baik pahalanya di sisi Rabmu dan lebih baik kesudahannya.
(Maryam: 76)

Dan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, benar-benar akan kami hapuskan dari mereka dosa-dosa mereka dan benar-benar akan kami beri mereka balasan yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan. (Al-Ankabut: 7) Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh benar-benar akan kami masukkan mereka ke dalam (golongan) orang-orang yang soleh. (Al-Ankabut: 9) Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali, orang-orang yang

beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran. (Al-Asr: 1-3)
MENGANUT ISLAM SEBAGAI SYARAT PENERIMAAN AMAL Amalan yang diredhai Allah Subhanahuwataala, seperti yang diterangkan di atas, disyaratkan orang yang beramal itu adalah orang yang beriman kepada Allah Subhanahuwataala. Kerana itulah Allah Subhanahuwataala selalu menghubungkan amal soleh dengan iman. Syarat penerimaan sesuatu amalan hendaklah orang yang melakukannya menganut din Islam, iaitu din yang dibawa oleh Nabi Muhammad Sallallahualaihiwasallam. Allah Subhanahuwataala berfirman:

Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi. (Ali-Imran: 85)
Berdasarkan ayat di atas, dapat difahami bahawa jika seseorang itu beramal dengan amalan yang sesuai dengan ajaran Islam, dari segi bentuknya dan juga zahirnya telah sempurna menurut ajaran Islam, serta niat dalam melakukannya adalah untuk mencari keredhaan Allah Subhanahuwataala, akan tetapi jika pelakunya tidak menganut Islam dan tidak mempercayai Muhammad sebagai Rasul dan Nabi, maka amalan yang dilakukannya itu tidak akan diterima dan tidak akan mendapat pahala. ISLAM SANGAT MELARANG BIDAH Amalan soleh adalah amalan yang sesuai dengan ketentuan syariat Islam dan dilakukan untuk mendapatkan keredhaan Allah Subhanahuwataala. Perbuatan bidah di dalam agama, baik dengan menambah atau mengurangi ajarannya adalah dilarang. Orang-orang yang melakukan bidah tidak diberikan pahala meskipun dengan niat untuk beribadah kepada Allah Subhanahuwataala. Rasulullah Sallallahualaihiwasallam bersabda: Maksudnya: Barangsiapa mengadakan suatu amalan baru dalam urusan kami ini, yang tidak ada

darinya (ajaran Islam), maka ia ( amalan itu) tertolak."


Bidah bermakna merubah ajaran Islam dan ketentuan-ketentuan syariat Islam dengan perkiraan ia kurang lengkap atau masih memerlukan tambahan untuk menyempurnakannya. Bidah termasuk perbuatan masiat. Amalan bidah tidak boleh dilakukan dan akan mendatangkan dosa yang besar. Rasulullah Sallallahualaihiwasallam memperingatkan: Maksudnya: Jauhilah oleh kamu akan menambah-nambah perkara agama, kerana setiap

penambahan (dalam agama) adalah bidah dan setiap bidah akan masuk ke dalam neraka.

Oleh itu, sebaik-baik amalan adalah amalan yang sesuai bentuknya dengan perintah syariat Islam dan mengikut ketentuan Islam sepenuhnya. JENIS-JENIS AMALAN SOLEH Amalan soleh beranika jenis. Ia mencakup segala perintah Allah Subhanahuwataala samada yang wajip ataupun yang sunat, samada dalam bidang ibadah ataupun dalam bidang muamalah. Maka, apabila seseorang muslim beramal kerana Allah Subhanahuwataala dan mengikuti petunjuk din Islam, maka beliau dianggap beramal soleh. Amalan soleh yang paling penting ialah ibadah. Antara ibadah yang terpenting ialah solah, puasa, zakat dan haji. Ibadah-ibadah ini termasuk dalam rukun Islam, yang sama sekali tidak boleh diabaikan dan tidak boleh diremehkan. PENTINGNYA IBADAH DALAM ISLAM Ibadah dalam Islam adalah merupakan tali penghubung antara seorang hamba dengan Allah. Ibadah menjadi bukti pengakuan sebagai hamba terhadap Allah Subhanahuwataala. Ibadah adalah hak Allah Subhanahuwataala ke atas hamba-Nya. Ibadah yang terpenting ialah solah. Ibadah harus dipelihara sebaik-baiknya. Ibadah tidak boleh dianggap remeh. Ibadah, secara umumnya, untuk menanam dan memperkuatkan iman ke dalam setiap jiwa muslim. Ibadah sangat penting bagi manusia sepertimana pentingnya air bagi tumbuh-tumbuhan. Iman seseorang akan bertambah apabila ibadah dilaksanakan. PENTINGNYA IBADAH SOLAH Untuk memperlihatkan betapa pentingnya solah, maka ia telah difirmankan Allah Subhanahuwataala dalam berpuluh-puluh ayat dan diiringi pula dengan banyak hadith-hadith Rasulullah. Solah dinyatakan sebagai pemisah antara muslim dan bukan muslim. Solah adalah sifat bagi orang-orang beriman dan bertaqwa. Solah sekali-kali tidak boleh ditinggalkan, baik semasa berada di kampung halaman sendiri mahuvpun semasa bermusafir, baik dalam keadaan damai mahu pun dalam keadaan perang, baik dalam keadaaan sihat mahu pun dalam keadaan sakit. Orang-orang yang mengabaikan atau meninggalkan solah dicap sebagai munafik. Wasiat Rasulullah Sallallahualaihiwasallam kepada umatnya di kala beliau hampir wafat ialah agar memelihara solah. Solah adalah amalan pertama yang akan dipersoalkan ke atas umat manusia pada hari kiamat di hadapan Rab. Solah membersihkan jiwa manusia, sebagai tali penghubung antara hamba dan Rab, dan sebagai peringatan berterusan untuk menyedarkan jiwa manusia akan dirinya sebagai hamba kepada Allah Subhanahuwataala. Solah pembersih rohani dan penyuci jiwa daripada kekotoran masiat. Solah adalah amalan yang paling disenangi oleh setiap muslim yang khusyu. Apabila seorang muslim menghadapi kerumitan dan kesulitan dalam hidupnya, maka hendaklah beliau mendirikan solah. Solah juga mencegah pengamalnya daripada kejahatan dan kemungkaran.

Bacaan dalam solah, samada ayat-ayat Al-Quran, tasbih, doa mahu pun zikir, semuanya adalah peringatan bagi setiap muslim dan perisai daripada kejahatan dan kemungkaran. Rujukan: Risalah at-Tarif jilid 1.

BERITA HALUAN KOLUMNIS BAHAN TARBIAH TOPIK PILIHAN PALESTIN KAUNSELOR HALUAN KALENDAR AKTIVITI

Bacaan Popular
Memperkasa Sistem Pendidikan Bagi Menangani Masalah Sosial Permasalahan sosial yang sedang meruncing kini seharusnya mendapat perhatian semua pihak yang cintak Read More...

Kelahiran Pertama Anak Melayu di Jalur Gaza

GAZA, 3 Mei 2012 -- Di tengah-tengah keperitan Jalur Gaza yang terkepung dari dunia luar oleh sekata Read More...

Yahudi, Bani Israel atau Zionisme?

Dalam memahami sengketa antara dunia Islam dengan Zionist, kita perlu memahami perbezaan Istilah yan Read More...

Gaza terkini: 660 terbunuh, 2950 cedera Gaza - Pada hari ke-11 aksi jenayah penaklukan mereka ke atas bumi Palestin, tentera Israel berhadap Read More...

Pandangan Qaradawi tentang boikot Israel

20 Muharram 1423 AH 4 April 2002 Soalan: Apakah kita dibenarkan membeli barangan dari sumber Isra Read More...

You might also like