Professional Documents
Culture Documents
Fatma El-Zahra untuk awet muda, menawan dan berseri. Kita boleh amalkan kesemua cara-cara di bawah ataupun boleh amalkan 1 cara sahaja, asalkan kita istiqamah mengamalkannya. Cara 1: Dilakukan selepas solat Isyak ambil air segelas baca al-Fatihah sekali Ayatul Qursi sekali Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga. Surah al-waqiah ayat 35 -38 Cara 2: Zikir di bawah dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut : Baca Ya Badiyah 1 x Baca Ya Nur 1x Baca Ya Hadi 1 x Baca Ya Allah 3x Baca zikir di atas dan tiup ke tapak tangan, kemudian sapu ke muka kita. Lakukan setiap hari. Cara 3: Amalkan membaca ayat2 seperti berikut ; Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah pada tiap selepas solat subuh. Selepas baya ayat2 ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut. Kaedah ini diamalkan supaya kelihatan cantik, muda dan bertenaga luar dan dalam.