You are on page 1of 55

KANDUNGAN 1- Sistem Penjanaan 2- Prinsip Operasi Enjin 3- Jenis-Jenis Bateri dan Penggunaan

4- Asas Janakuasa
5- Prinsip Asas Penjanaan 6- Pembinaan Asas Janakuasa 7- Asas Keluaran Janakuasa 8- Ulangan Sebuah Pengulangalik 9- Jenis Jenis Pengulanngalik 10-Kuasa Janakuasa 11- Pelaras Voltan Otomatik 12- Penguja 13- Kadaran Sesebuah Janakuasa 14- Janakuasa Tunggu Sedia 15- Bilik Janakuasa Tunggu Sedia 16- Papan AMF 17- Generetor Open Circuit Test

ARB

Sistem Penjanaan:Penjanaan tenaga elektrik merupakan proses tenaga lain kepada tenaga elektrik seperti: 1-Tenaga mekanikal kepada tenaga elektrik 2-Tenaga kimia kepada tenaga elektrik 3- Tenaga solar kepada tenaga elektrik 4- Tenaga udara kepada tenaga elektrik 5- Tenaga nuklear kepada tenaga elektrik Contoh:Sistem janakuasa haba.

Arang

Steam

Turbine

Alternator

Tenaga kimia

haba

mekanikal

Tenaga elektrik

ARB

Dalam sistem penjanaan kecil atau sederhana kebanyakkan bahan bakar yang mudah diperolehi ialah desil. Kebiasaan janakuasa yang menggunakan injen desil beroperasi dalam dua cara a) Sebagai janakuasa tunggu sedia b) Janakuasa yang beoperasi secara terus

a. Janakuasa tunggu sedia berpunsi semasa berlaku gangguan bekalan atau , terputus bekalan, janakuasa dihidupkan melalui satu panel kawalan AMF board , (Automatic main failure) yang mana telah dirancang dari segi sistem litar kawalan . Ia dapat dihidupkan secara Auto,Test dan manual.
, Janakuasa tungu sedia kebanyakkan dipasang pada bagunan yang mengguna kan beban yang melebihi 150Amp, biasanya hanya satu set janakuasa sahaja. Janakuasa ini perlu didaftar dengan SuruhanJaya Tenaga dan kadar bayaran fee nya adalah mengikut jumlah kw. Bagi mengendali dan mengawal janakuasa tunggu sedia, pihak pengurusan perlu melantik seorang yang memegang satu perakuan kekompeten penjaga jentera kategori A4-1. ,

ARB

b) Janakuasa yang berpunsi secara beterusan biasanya diguna dan dipasang pada sesebuah kawasan yang terpencil seperti Pulau Tioman, kawasan perladangan dan di tapak pembinaan yang besar, yang mana sukar untuk mendapat bekalan dari pihak berkuasa bekalan. Kebanyakkan loji janakuasa ini terdapat lebih daripada satu janakuasa. Oleh sebab ia menggunakan beban yang tinggi di mana, ia nya melebihi keupayaan satu janakuasa maka ianya perlu di-segerakkan dengan janakuasa yang lain supaya dapat menampong beban yang diperlukan. Dalam sistem loji janakuasa yang memiliki lebih dari tiga janakuasa, janakuasa tersebut dihadkan masa operasi setiap lapan jam, dan akan diganti dengan janakuasa yang lain, dimasa inilah tugas-tugas Synchronize dilaksanakan sama ada cara manual ataupun Auto, bagi melaksanakan tugas penyegerakkan seseorang itu perlu memegang atau memiliki satu perakuan kekompeten penjaga jentera kategori A4 .

ARB

Prinsip operasi enjin:Prinsip pergerak enjin disel terbahagi kepada, 1- 4 lenjang 2- 2 lenjang Lenjang-lenjang tersebut ialah: 1- Lenjang sedut 2- Lenjang mampatan 3- Lenjang kuasa 4- Lenjang ekzos 2-

Lenjang ialah pergerakan omboh ke atas dan ke bawah di dalam silinder. Setiap kali pergerakan omboh tersebut, ia akan melakukan tindak kerja salah satu daripada empat lenjang yang tersebut di atas.
Operasi pergerakan enjin empat lenjang:

Lenjang sedut:
Gambarjah A,B, dan C ialah proses lenjang sedut. Injap masuk terbuka, udara masuk ke dalam selinder melalui injap masuk dan injap keluar tertutup.

ARB

Langkah 1
Injap keluar Injap masuk Selinder

Udara masuk ke dalam selinder

Omboh

Rod rangkai

Aci engkol

Lengan engkol

(A)
Bering utama

(B)

(C)

Omboh begerak dari atas ke bawah(Lenjang Sedut)

ARB

Langkah 2

Injekter bahan bakar

Lenjang mampat Lihat gambar rajah D, kedua-dua injap masuk dan keluar tertutup udara dimampatkan, tekanan dan suhu udara meningkat, injekter menyembur bahan api apabila omboh menghampiri bahagian atas.

(D) Omboh begerak dari bawah ke atas(Lenjang Mampat)

ARB

Langkah 3

Penyembur bahan apai

Lenjang kuasa: Gambar E dan Fmenunjukan proses lenjang kuasa. Omboh begerak dari atas ke bawah, kedua-dua injap masuk dan keluar tertutup, daya pembakaran bertindak ke atas omboh dan menolaknya ke bawah.

Gas panas bertindak ke atas omboh

(E) (F)

ARB

Langkah 4
Ekzos gas dikeluarkan dari selinder

Lenjang ekzos: Gambar rajah G dan H menunjukan proses lenjang ekzos, Omboh bergerak dari bawah ke atas, injap masuk tertutup dan injap keluar terbuka.Pergerakan omboh ke atas menolak lebihan pembakaran keluar melalui injap keluar.

Injap ekzos terbuka

(G) (H)

ARB

Sistem bahan api:Sistem bahan api adalah untuk menakong minyak dan menghantar minyak daripada tangki ke-injekter, penghantaran bahan api mestilah tepat dan mempunyai kuasa tekanan yang cukup untuk mengisi dan menyempurnakan kehendak kelajuan dan beban yang ditugaskan ke atas sesuatu enjin mengikut keadaan perjalanan enjin tersebut. Bahagianbahagian utama sistem bahan api: a)Tangki minyak untuk menakung atau menyimpan minyak bahan api. b)paip saluran di mana bahan api mengalir dari tangki ke injekter. c)penapis pertama / kedua, sebagai penapis segala kekotoran yang terdapat pada , bahan api. d)pam bekalan bahan api digunakan untuk menghantar bahan api dari tangki ke , pam penyembur bahan api dengan tekanan yang tertentu mengikut pergerakan , enjin. e)pam penyembur bahan api ialah satu bahagian yang bertujuan untuk , menghantar bahan api yang bertekanan tinggi ke injekter lenjang yang tertentu. f)injekter ialah satu alat untuk menyemburkan bahan api ke dalam ruang , pembakaran dalam bentuk semburan yang halus.

ARB

Jenis-jenis sistem penghantaran bahan api:Sistem penghantaran bahan api yang selalu digunakan ialah, a) Sistem kuasa tarikan graviti yang terdapat pada enjin-enjin kecil. b) Sistem yang menggunakan kuasa mekanikal yang mana dipasangkan pam , penghantaran bahan api. c) Pam bahan api menggunakan kuasa elektrik jarang diguna pada enjin diesel. Gambar-gambar di bawah menunjukan rangkaian sistem bahan api.
gauge Final stage filter Nozzle holder

Over flow valve nozzle

Fuel supply pump Secondary filter

Primary filter

ARB

Sistem penyejuk:sistem penyejuk berfungsi mengalirkan air penyejuk ke bahagian-bahagian enjin yang memerlukan penyejuk dan bertugas untuk mengalirkan haba yang tidak di kehendaki dari bahagian-bahagian enjin supaya masalah berikut dapat diatasi:

1-Panas berlebihan menyebabkan minyak kurang kelikatannya. 2-Sekiranya panas berlebihan juga akan menyebabkan logam-logam akan hilang , keupayaan. 3-Ketegangan di dalam atau di antara bahagian-bahagian enjin di sebabkan suhu , yang tidak seimbang.
Sistem pelinciran:Sistem pelinciran pada enjin diesel mempunyai beberapa persamaan dengan sistem pelinciran enjin petrol. Di sebabkan enjin diesel mempunyai tenaga pembakaran yang lebih kuat daripada enjin petrol, maka minyak pelincir yang di gunakan pada enjin diesel lebih pekat. Sistem pelinciran merupakan salah satu sistem utama pada enjin. Bermula daripada tempat menyimpan minyak, penapis, pam dan paip saluran minyak untuk menyalurkan minyak pelincir ke bahagian-bahagian yang memerlukan pelinciran.

ARB

Sebuah enjin memerlukan udara, minyak,tekanan,pelinciran, penyejukkan dan kuasa penggerak, iaitu bateri. Enjin diesel juga perlu dilakukan kerja penyenggaraan bagi memastikan enjin diesel dapat beroperasi pada bila-bila masa yang di perlukan .

Bagi enjin tunggu sedia perlu dihidupkan seminggu sekali selama satu jam, bagi tujuan memanaskan bahan logam, mengalirkan pelincir ke tempat yang di perlukan serta sistem penyejukkan dan lain-lain keperluan dapat beroperasi.
Enjin diesel perlu diganti minyak pelincir pada tiap-tiap enam bulan sekali sama ada ia beroperasi secara terus atau tunggu sedia. Alat-alat yang perlu diganti pada masa yang sama: 1-Penapis udara. 2-Penapis minyak pelincir. 3-Mengganti air penyejukkan. 4-Penapis minyak diesel. Pastikan bahagian pelinciran luaran dipam minyak grease dan enjin sentiasa berada dalam keadaan bersih serta tiada bahagian yang longgar atau tidak bergeger semasa enjin dihidupkan.

ARB

Jenis-jenis bateri dan penggunaan:Bateri ada dua atau lebih sel disambung secara siri,ia akan menghasilkan voltan dan arus terus. Tindak balas kimia di antara elektrolit dan plat menghasilkan tenaga elektrik.

Bateri terdiri dari dua jenis:


1. Sel kering yang banyak di gunakan dalam penggunaan domestik, beberapa jenama terkenal telah menggunakan nikel kadmium untuk bateri jenis ini di mana ia lebih tahan lama untuk tugas ringan dan boleh dicaj semula sebanyak 1000 kali. 2. Sel basah lebih popular untuk tugas berat, ia dikenali sebagai sel basah kerana jenis ini menggunakan tindak balas cecair kimia dalam menghasilkan sumber arus terus. Terdapat dua jenis bateri sel basah dalam pasaran: a. Bateri nikel kadmium direka dan dikilang untuk empat jenis kegunaan. i)Untuk tujuan am yang tahan dengan beban terus menerus selama tiga jam atau lebih seperti bekalan kepada pencahayaan kecemasan, pensuisan pelantik, penggera kebakaran dan bekalan tunggu sedia.

ARB

ii) Untuk prestasi sederhana beban terus menerus selama setengah jam hingga dua jam seperti bekalan kepada pencahayaan kecemasan, tugas-tugas luar pantai, penggera kebakaran dan bekalan tunggu sedia. iii) Untuk prestasi tinggi beban terus menerus selama kurang dari setengah jam seperti bekalan kuasa tanpa gangguan (UPS), pemulaan enjin, penutupan suis dan elektromagnet. iv) Untuk penggunaan berulang di mana bateri berkeadaan caj dan nyacaj seperti pencahayaan dalam lokomotif, sistem lokomotif, tugas-tugas luar pantai dan solar. b) Bateri asid plumbum direka dan dikilang untuk empat jam. i)Plat (plate) yang berjangka hayat 20 tahun hingga 25 tahun dan biasa digunakan di sistem janaelektrik, penutupan suis, pencahayaan keselamatan, bekalan kuasa tanpa gangguan (UPS) dan memulakan enjin. ii) Taburan berjangka hayat 15 tahun dan biasa digunakan pada sistem telekomunikasi, sistem janaelektrik dan lokomotif. iii) Plat rata (flat plate) berjangka hayat selama 10 tahun dan digunakan pada suis pelantik penutupan, pencahayaan keselamatan, bekalan kuasa tanpa gangguan (UPS) dan PABX (Public Automatic Branch Exchange). ARB

iv) Jenis kedap yang berjangka hayat selama 10 tahun dan biasa digunakan untuk sistem telekomunikasi, bekalan kuasa tanpa gangguan (UPS), permulaan enjin, suis pelantik, pertolongan di laut, penggera kebakaran, panel pengesan gas dan sebagainya.

3. Ciri-ciri teknikal bagi bateri:


Asid Pelumbum Voltan Namaan Voltan Apong Voltan Galak Kecekapan Ampere Jam Kadar Caj Maksimum 2.0 V 2.16 V 2.25 V 2.4 V 2.7 V 90% 14% C10 Nikal Kadmium 1.2 V 1.4 V 1.5 V 1.53 V 1.7 V 75% - 80% 33% C5

ARB

4. Bateri Untuk Jana kuasa:Bagi set janakuasa bateri digunakan untuk menghidupkan enjin dan membekalkan tenaga elektrik kepada litar penunjuk seperti lampu, alat jangka dan alat kawalan. Bateri yang digunakan akan kehilangan kuasa dan perlu dicas semula supaya kuasanya dipulihkan dan boleh digunakan pada bila-bila masa. Sistem cas di perlukan untuk tujuan ini. 5. Cara cara Memeriksa Bateri:a) Pastikan bateri diikat kukuh pada tempatnya

b) Pastikan jika sambungan kepala bateri longgar, berkarat atau rosak.


c) Gunakan grease kepada kepala bateri dan terminal bagi menghalang karat dan pertambahan rintangan akan menyukarkan operasi menghidupkan enjin. Namun begitu jika bahan tidak bekarat digunakan untuk kepala dan penyambungan bateri, grease tidak perlu digunakan. Ini adalah kerana minyak grease akan mengumpul habuk.

ARB

d. Periksa paras elektrolyte bateri. Sepatutnya 0.4 in (10mm) dari atas plat bateri e. Periksa jika ada kerosakan luar kepala bateri f. Ukur voltan bateri menggunakan meter voltan d.c yang sesuai, selalunya 12 v atau 24 v digunakan. g. Periksa ketumpatan bandingan (specific gravity) elektrolyte setiap sel bateri menggunakan hydrometer. h. Jika membuka kabel bateri buka kabel negative dahulu.

i. Bateri boleh hilang kuasa walaupun tidak digunakan. Oleh itu ia perlu di cas selalu jika tidak digunakan.
j. Jangan membuat ujian dengan melintar pintaskan punca positive dan negative bateri kerana perbuatan itu menghasilkan percikan bunga api dan bahaya di mana kebakaran boleh terjadi.

ARB

6.Ketumpatan Bandingan:Ketumpatan bandingan elektrolyte adalah 1.26 pada suhu 20 C. Jika perubahan suhu berlaku ketumpatan bandigan akan berubah pada setiap 1 C dengan nilai 0.0007. Jika ketumpatan bandingan elektrolyte bateri tidak sama seperti di atas walaupun bateri telah dicas penoh, ketupatan bandingan boleh diperolehi dengan menggunakan air sulin atau larutan sulfuric acid yang mempunyai nilai ketumpatan bandingan 1.45 atau lebih rendah. 7. Sistem Cas:-

Sistem cas yang kerap digunakan ialah:


a) Trickle cas - untuk menggantikan cas bateri yang hilang secara neutral b) Boost cas c) Float cas - mengecas bateri dengan arus tinggi dan masa yang pendek - mengecas bateri yang sedang digunakan kuasanya

ARB

8. Cas bateri:Terdapat beberapa cara mengecas bateri: a) Cas kering (Dry Charge) di perlukan untuk bateri baru. Kemudian dalam masa 24jam selepas elektrolyte diisi, ia perlu dicas semula. Jumlah arus elektrik yang diperlukan untuk mengecas bateri mestilah tidak melebihi 0.05 dari kapasiti bateri dan cas selama 5 hingga 10 jam. b) Untuk cas biasa bateri yang kurang tenaga arus elektrik 0.1 dari kapasiti bateri. Jumlah masa yang perlu dicas boleh diperolehi dengan formula di bawah. =electricity discharge (AH) X Faktor ( 1.2 atau 1.5 ) Arus charging Contoh:Jika kapasiti bateri 110AH mempunyai ketumpatan bandingan 1.2 , 40% . Dischage = 40 x 110 /100 =44AH Arus charging = 110 x 1 / 10 = 11A

Masa charging = 44 x 1.2 / 11 = 4.8jam.

ARB

Menguji kuasa bateri:-

HydroVolt alat uji ketumpatan bandingan .(nilai Air Bateri) 1. Warna merah = discharge

Bateri Tester, alat uji nilai voltan tiap-tiap sel. 1. Warna merah = discharged 2. Warna kuning = normal ( biasa) 3. Warna hijau 4. Warna putih = penoh = fullup

2. Warna putih = normal ( biasa)


3. Warna hijau = penoh

ARB

Bateri Tester, ini diguna untuk ujian bateri seminggu sekali sebelum enjin di hidupkan selama satu jam setiap minggu, Lihat Gambar Rajah A Bateri Tester ini tidak sama dengan multimeter ia menyukat nilai voltan bersama beban. Dalam kata lain ia menyukat kekuatan tekanan voltan, yang ada pada sesebuah sel bateri itu dan penunjuk jarum meter pada Warna Merah (dischaged ) Kuning ( Normal ) Hijau (Penoh ) Putih (Fullup ). bateri tester tidak boleh diguna untuk menjalankan kerja kerja Commissioning battery bank ( Discharge Battery )

9. Ketumpatan Bandingan Elektrolyte Dan Discharge:-

Ketumpatan bandingan
Lebih 1.230 1.19 > 1.230 Kurang 1.19

Discharge volume
kurang 25% 25% > 49% lebih 50%

Charging
tidak perlu perlu perlu

10. Langkah langkah Keselamatan:1- Bateri perlu di letakkan tegak kecuali bateri kering 2- Memakai cermin mata keselamatan apabila membuat kerja

3- Menggunakan perkakas bertebat


4- Memakai pakaian pelindung apabila berkerja dengan elektrolyte 5- Jangan merokok berhampiran bateri 6- Elakkan elektrolyte dari terkena kulit dan pakaian 7- Jangan biarkan bahan-bahan logam terletak di atas bateri atau jatuh merentang tamatan 8- Jangan memakai pakaian nylon kerana di khuatiri menghasilkan elektrostatik ARB

Persedian alat alat pengujian:1. Multimeter 2. Discharge load 1nos 1nos

3. Hydrovolt (Uji Air Bateri) 1nos 4. Clampmeter D/C 1nos

Ujian discharge bateri bank ( Commissioning battery Bank) dilakukan bagi tujuan masa charge dan discharge mengambil masa yang sama. 1-Sebelum membuat ujian dicas bateri kuasa charge di offkan, setelah kuasa bateri benar-benar sudah penuh. Guna discharge load bagi membuang cas yang ada pada bateri. Buat permulaan ambil bacaan nilai voltan keseluruhan dan ambil bacaan voltan untuk tiap-tiap sel bateri.

2-Ambil bacaan ketumpatan bandingan ( Specific Gravity) untuk tiap-tiap sel bateri
3-Bacaan perlu diambil setiap satu jam sekali sehingga bacaan voltan menjadi nilai kosong, lihat gambar rajah B

ARB

Atur cara melaksana ujian:-

Ujian mingguan:Bateri tester Bateri tester

Ujian keselurohan sel mendapat nilai voltan 12v hingga 13.5v d/c

Ujian dilakukan pada tiap tiap sel 1.2v d/c

Ujian ini bertujuan bagi menyukat nilai voltan dan beban


Hedrovolt tester Ujian ketumpatan bandingan (Specific Gravity) diuji tiap tiap sel dan ambil bacaannya

Kedua dua ujian diatas diuji pada tiap tiap minggu sebelum enjin dihidupkan.

Gambar Rajah A

Commissioning battery bank:Multimiter Ujian dilakukan pada tiap tiap sel

Ujian ini bertujuan bagi menyukat nilai voltan sahaja


Hedrovolt tester Ujian ketumpatan bandingan (Specific Gravity) diuji tiap tiap sel dan ambil bacaannya

Ujian di atas dibuat dan diambil bacaan sebelum discharge bateri dibuat

Gambar Rajah B langkah pertama

Commissioning battery bank:-

Ujian ini bertujuaan membuang cas yang ada pada tiap tiap sel bateri

Load discharege

Gambar Rajah B langkah kedua

BATTERY DISCHARGE TEST RESULTS: Substation : Battery type: Discharge time: Hours 0 No S/G Volt 1 2 3 1 Volt 2 Volt 3 Volt Nominal voltage: Ambient temp: 4 Volt 5 Volt 6 Volt 7 Volt Date: Make: Discharge amp: 8 9 Volt volt 10 Remarks Volt S/G

4
5 6 7

8
9 10

Tested by:

(Specific gravity) ketumpatan bandingan.

1- Asas Janakuasa Janakuasa ialah sebuah mesin yang menukar tenaga mekanikal kepada tenaga elektrikal.Sebaliknya mesin yang boleh menukar tenaga elektrik kepada tenaga mekanikal dipanggil motor.Binaan terdiri dari Stator dan Rotor.Asas janakuasa ialah apabila seutas kabel/pengalir yang boleh membawa arus digerakkan atau memotong kearah medan magnet kekal,dan akan ujud di pengalir tersebut (lihat rajah 1.00) di samping itu sebaliknya medan kekal boleh juga digerak kearah kabel tadi yang dalam kedudukan tidak bergerak (stationary) arus juga wujud di kabel/pengalir tersebut. Proses ini dipanggil atau di kenali sebagai aruhan elektromagnet (electromagnet induction).

Rajah 1.00 Penukaran Urat Daya Mengaruhkan Daya Gerak Elektrik

ARB

Asas Janakuasa Di samping kita menggunakan satu magnet kekal untuk mengeluarkan urat daya magnet, satu cara lain boleh juga di perolehi iaitu dengan melilit pengalir di sekeliling sekeping besi lembut ( soft iron ). Dan mengalirkan arus terus ke pengalir tersebut seperti digambar rajah 1.01. Kekuatan urat daya magnet dapat dikawal oleh arus.

Rajah 1.01 Kesan arus pada gelung ( Elektromagnet )

ARB

2- Prinsip Asas Penjanaan Sama ada suatu pengalir melalui medan magnet atau medan magnet digerakkan melalui pengalir, asalkan wujud gerakkan diantara pengalir, maka akan tetaruh daya gerak elektrik ( d,e,g ). Dari rajah 1.00 dapat di tunjukkan kesan apabila magnet digerakkan melalui pengalir berbentuk gegelang, yang mana dapat dijelaskan seperti berikut: Nilai pesongan jangka Galvanian berkadar terus dengan halaju gerakan ( v ) gegelung dan magnet. Apabila magnet dikeluarkan dari dalam gegelung, jarum jangka Galvanian terpesong ke arah yang bertentangan dengan arah semasa magnet dimasukkan. Pengunaan bahan magnet yang lebih kuat ( urat daya B ) akan memberi pesongan yang lebih. Penambahan bilangan lilitan ( I ) gegelung akan menyebabkan pesongan yang lebih. Dari ujikaji di atas, magnitud pesongan jangka Galvanian boleh di anggapkan sebagai ukuran d,e,g yang terjana. Di sini dapat dilihat bahawa magnitud pesongan jangka Galvanian ini bergantung kepada kekuatan urat daya magnet ( B ) halaju gerakan ( v ) dan bilangan lilitan atau pun panjangnya pengalir ( I ). Juga arah pesongan jangka bergantung kepada arah medan magnet dan gerakan.

ARB

Prinsip asas penjanaan

Hukum Fleming Tangan Kanan ( Janakuasa ) Dari Rajah diatas dapat difahami bahawa satu medan magnet pegun dengan ketumpatan fluks B dengan panjang pengalir I begerak melalui halaju v memotong garisan fluks pada sudut 0. d,e,g terjana akan bertambah sepadan dengan keamatan fluks dan halaju gerakan. Ia juga akan bertambah jika panjang pengalir ( lilitan ) bertambah.

ARB

Prinsip asas penjanaan Jika d,g,e adalah E = BLv Sine 0 maka EaB EaI E a v dan E a Sine 0 Sudut di mana pengalir memotong garisan fluks adalah faktor penting d,g,e menjadi maksima apabila pengalir bergerak sudut tepat dan menjadi sifar apabila bergerak selari dengan garisan fluks .Pada kedua-dua keadaan di atas,boleh dikatakan bahawa ,dengan mengambilkira semua hubungan diatas,dimana EaB EaI E a v, dan E a Sine 0 Satu persamaan umum diperolehi,yakni, E = BLv Sine 0

ARB

Prinsip asas penjanaan Di mana , E= d,g,e yang terjana didalam volt ( V ) B= Keamatan fluks di dalam tesla ( T ) L= Panjang pengalir di dalam meter ( m ) V= Halaju pengalir dan medan magnet di dalam meter persaat ( m/s ) 0= Sudut di antara arah gerakan pengalir dan garisan fluks.

ARB

Pembinaan asas janakuasa

Rajah 3.00 Pembinaan asas janakuasa Sebuah janakusa mengandungi dua bahagian asas (sila pandukan rajah 3.00 iaitu pemutar (rotor) dan pemegun (stator). Pemegun atau bahagian yang tidak bergerak sesebuah penjana biasanya menempatkan lilitan utama tiga fasa kuasa ulangalik. Pemutar yang digerak oleh kuasa penggerak utama (Prime mover) mengandungi kutup medan magnet yang dihasilkan oleh bekalan arus terus merentasi ruang udara kelilitan pemegun (stator coil) daya gerak elektrik d,g,e tiga fasa terhasil di punca keluaran penjana generator output terminals. D,g,e yang terjana ditunjukkan sebagai satu gelombang sine. Proses ini di kenali sebagai aruhan elektromagnet. ARB

Pembinaan asas janakuasa Di mana E= Daya gerak elektrik B= Urat daya magnet L= Panjang pengalir/bilangan lilitan dan 0= Sudut di antara arah gerakan prngalir dan garisan flugs. Berus berus karban (Carbon brush) yang dipasang di atas gelang arus (slip ring) adalah berfungsi untuk memugut arus elektrik yang dijana di dalam angker dan membawanya ke litar luaran untuk dibekalkan ke beban elektrik.Gelang arus dan berus karban terpaksa digunakan di sebabkan satu bahagian berputar dan satu lagi bahagian tidak beputar. Namun begitu janakuasa jenis gelung berputar ini sudah tidak banyak dikeluarkan dan digunakan sebab memerlukan senggaraan yang lebih. Jenis yang banyak digunakan sekarang ialah jenis tanpa berus karban.

ARB

Asas keluaran janakuasa


1 2 3 4 5

1/4

1/2 Own Revolution

3/4

induced

+ -A Rajah 4.00

D Berpandukan pada rajah 4.00 voltan yang dijana oleh janakuasa ialah voltan ulang alik oleh kerana ianya mengikut masa dan kedudukan dari positif ke negatif.Oleh kerana voltannya berubah ubah atau berulang alik maka arus sentiasa dikaitkan dengan voltan ulang alik. Voltan ulang alik akan menghasilkan arus ulang alik.

ARB

Ulangan sebuah pengulangalik Ulangan arus ulangalik yang dijana oleh sebuah pengulangalik bergantung kepada bilangan kutup dan kelajuan pemutar.

Kaitan di antara ulangan yang dijana disebut dalam kitaran sesaat,kelajuan disebut dalam pusingan seminit dan bilangan kutup adalah seperti fomula dibawah ini.
F= P N/120 Hz Di mana

F= Keluaran ulangan dalam Hz (hertz)


N=Putaran janakuasa pusingan seminit (p,m,s,) P= Jumlah bilangan kutup utara dan selatan 120 = Angkatap

ARB

Jenis jenis pengulangalik Ada dua jenis pengulangalik iaitu: a) Pengulangalik jenis angker bergerak / berputar b) Pengulangalik jenis medan bergerak / berputar

Rajah 6.00 Kegunaan biasanya voltan rendah

ARB

Pengulangalik tiga fasa jenis medan bergerak

Rajah6..01 kegunaan biasanya voltan tinggi


Jenis angker yang bergerak berputar melalui medan yang pegun. Manakala arus ulangalik yang dijana disalurkan ke beban melalui gelang arus (lihat rajah 6.00). Walau bagaimanapun biasanya jenis pengulangalik angker yang bergerak hanya yang berkadaran kecil sahaja. Di samping itu ia tidak digunakan dengan meluas.Pengulangalik jenis medan bergerak mengandungi lilitan angker yang pegun dan medan yang bergerak.

ARB

Pengulangalik tiga fasa jenis medan bergerak Kebaikan jenis angker yang pegun ialah voltan yang dijana boleh disambung terus ke beban tanpa gelong arus dan berus karban. Di samping itu sambungan yang dibuat berserta dengan tebatan yang berkesan di punca sambungan jenis angker yang pegun.Oleh itu pengulangalik jenis voltan tinggi biasanya dari jenis angker yang pegun dan medan magnet yang bergerak. Kuasa janakuasa Pengulangalik berkadaran mengikut voltan dan arus keluaran.Inibermakna kadaran pengulangalik tersebut dalam Volt-Ampere (VA). Bagi mesin yang besar ianya berkadaran Kilovolt-Ampere (KVA) dan (MVA) untuk janakuasa yang terbesar,selaras dengan kuasa yang mampu dikeluarkan oleh pengulangalik tersebut. Pelaras voltan otomatik(Generator automatic voltage regulator)

Voltan keluaran sebuah janakuasa tiga fasa yang biasa digunakan di Malaysia 240v / 415v. Mengikut peraturan IEE perubahan voltan ialah +5% dan -10% ia disambung secara bintang (star). Titik bintang dibumikan. Oleh itu sistem iniadalah sistem 3 fasa empat dawai. Penentuan voltan yang dijana oleh sebuah janakuasa ialah dengan menyelaras perubahan medan. Sila lihat rajah 8.00 satu contoh pelaras voltan. ARB

Rajah 8.00 satu contoh pelarasan voltan (Pengujian luar)

ARB

Pelaras voltan secara manul (Manul operated voltage regulator) Dalam sebuah janakuasa voltan keluaran berubah ubah dengan beban dan dengan tambahan susutan IR (Stator dan talian)dan satu lagi susutan dalam lilitan yang dikenali sebagai susutan IXL. Kedua dua susutan IR dan IXL boleh menurunkan keluaran voltan sebaik saja beban meningkat. Perubahan voltan dari tiada beban kepada adanya beban penuh adalah dipanggil pengaturan voltan (voltage regulation). Untuk kegunaan satu reostat dengan operasi manual (manual operation) didalam kitar medan boleh digunakan bagi menyelaraskan kekuatan medan. Tetapi oleh kerana banyak janakuasa mengalami bebanan yang tidak seimbang secara berterusan, adalah perlu dibuat banyak pengubahsuian.Oleh itu alat yang beroperasi secara automatik adalah lebih sesuai (sila lihat rajah 8.01). Pelaras voltan untuk sistem mengecas bateri kereta adalah contoh sebuah pelaras voltan otomatik.

ARB

Rajah 8.01 Janakuasa ujaan diri dengan bantuan AVR (Automatic voltage regulator)

ARB

Automatic voltage regulator

Sensing wire for AVR load

PMG stator

Exciter stator Main generator stator

PMG Rotor

Exciter Rotor

Rotating rectifiers

Main generator rotor

Janakuasa pengujaan PMG dan AVR

ARB

Pengujaan (Exciter) Telah dijelaskan bahawa arus terus perlu dibekalkan kepada lilitan medan bagi tujuan mengujudkan medan magnet supaya voltan keluaran janakuasa dapat distabilkan.Proses ini dipanggil pengujaan janakuasa.Pada janakuasa tunggu sedia, tiga jenis pengujaan yang sering digunakan adalah seperti berikut. 1- Pengujaan ujaan diri 2- Pengujaan PMG bantuan AVR 3- Pengujaan ujaan luar.

Kadaran sesebuah janakuasa


Bagi menentukan kadaran janakuasa faktor seperti di bawah ini perlu diambil kira: a)Penggunaan sama ada untuk tunggu sedia,kuasa punca atau beterusan b)Beban puncak dalam KW c)Peratus lebihan beban d)Faktor kuasa beban e)Voltan dan fasa (satu atau tiga fasa) f) Suhu sekeliling

ARB

Kadaran sesebuah janakuasa g)Had jumlah voltan h)Had kejatuhan kelajuan i)Senarai saiz motor dan ciri ciri permulaan j)Maklumat mengenai jumlah beban yang mungkin wujud di talian apabila sebarang r motor besar dimulakan. k)Peratus down rated Janakuasa tunggu sedia Janakuasa tunggu sedia adalah merupakan sistem bekalan elektrik yang tidak digunakan dalam keadaan bekalan elektrik adalah normal,ianya digunakan apabila bekalan kuasa elektrik yang biasa diterima terputus atau mengalami gangguan. Bilik janakuasa tunggu sedia Janakuasa hendaklah ditempatkan di dalam bilik yang sesuai dan cukup keluasannya. Keperluan bilik tersebut antaranya ialah: a)Cukup keluasan dan ketinggiannya b)Bersebelahan atau hampir dengan bilik papan suis utama. c)Laluan keluar masuk hendaklah mudah untuk tujuan senggaraan. d)Mempunyai peredaran udara yang mencukupi

ARB

Bilik janakuasa tunggu sedia e)Mempunyai alat atau sistem pemadam api dari jenis yang sesuai dan diluluskan f)Mempunyai lampu dan soket 13A yang secukupnya. g)Mempunyai tikar getah setebal 5mm dihadapan papan AMF board dengan saiz yang tidak kurang dari lebar AMF board itu sendiri. h)Dilengkapkan dengan sistem pembumian untuk badan logam janakuasa titik bintang. i)Dilengkapkan dengan sistem penyerap bunyi. j)Mempunyai trench jika berada ditingkat bawah. k)Dilengkapkan dengan tanda notis bahaya dan kuncikan pintu masuk.

Papan AMF
Funsi utama papan AMF digunakan untuk menghidupkan engin diesel apabila bekalan TNB terputus atau mengalami gangguan. Selain daripada itu ia juga melindungi engin diesel dan janakuasa .

Apabila engin diesel djalankan dengan jayanya,Bekalan dari janakuasa akan disalurkan kepapan suis utama melalui suis tukar alih otomatik empat kutup(Four pole automatic chenng over switch) suis tersebut diatas perlu dilengkapkan dengan kuat punca elektrikal dan mekanikal. ARB

Generator open circuit test:Sebelum menjalankan ujian open circuit test pastikan MCCB janakuasa dioffkan dahulu, pastikan peralatan untuk menjalankan ujian telah disediakan. Alatan pengujian:a) Multimeter 4nos b) Clamp meter D/C 1nos c) Transformer A/C to D/C 30V 15Amp 1nos Ujian open circuit test bertujuan memastikan Exciter coil, Rotating rectifier dan main Generator dalam keadaan baik, ia juga dapat dilihat dari curve hasil ujian yang menunjukan semakin tinggi voltan d/c diinject pada exciter semakin besar nilai voltan a/c yang keluar dari main stator. Ujian ini dijalankan semasa pemasangan baru dan setelah mejalankan kerja-kerja penyenggaraan janakuasa.

ARB

Prosedur melaksanakan Open circuit test:-

Generator open circuit curve:350v

300v

250v

200v 150v

100v

50v 0v 0 0.1 0.2 0.3 0.4 0.5 0.6 0.7 1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8 1.9 2.0 2.1 2.2

ARB

OPEN CIRCUIT TEST RESULTS: Substation : Gen-set type: Exciter Volt D/C: Gen-set Output Volt A/C: Ambient temp: 1Fasa: RPM: Date: 3Fasa:

Exciter I (Arus)
0 0.1 0.2

Exciter Volt D/C

Gen-set Output Volt A/C


1Phase 3Phase

0.3
0.4 0.5 0.5 0.7

0.8
0.9 1.0 1.1

ARB

Exciter I (Arus)
1.2 1.3 1.4

Exciter Volt D/C

Gen-set Output Volt A/C


1Phase 3Phase

1.5
1.6 1.7 1.8 1.9 2.0 2.1 2.2 2.3

Perbezaan Voltan D/C dengan A/C fasa tunggal antara 5% hingga 15%

ARB

You might also like