You are on page 1of 2

Model ASSURE Rekabentuk Pengajaran

Tajuk: Haiwan Peliharaan Guru: Intan Yusnani binti md yusuf Tahun: Prasekolah ( 4-5 tahun ) Mata Pelajaran: Tunjang Sains dan Teknologi Tempoh Masa: 1 jam Analisis Pelajar -Melibatkan 25 orang pelajar , 15 orang lelaki dan 10 orang perempuan.. -kanak-kanak yang terlibat terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti hiperaktif dan pasif. -kanak-kanak yang terlibat berumur sekitar antara 4-5tahun Nyatakan Objektif -diharapkan murid dapat 1) membunyikan 3 daripada 5 jenis haiwan peliharaan iaitu kucing, ayam, itik, kambing dan lembu 2) mengenali haiwan 3 daripada 5 jenis haiwan peliharaan iaitu kucing, ayam, itik, kambing dan lembu Pemilihan Media, Kaedah dan Bahan -media : video dan audio -bahan : kad imbasan dan puzzle haiwan peliharaan -kaedah : berpusatkan murid dan kumpulan kecil Penggunaan Media, Bahan dan Kaedah -murid-murid dipaparkan dengan video haiwan peliharaan -murid diperdengarkan audio bunyi haiwan peliharaan dan mengecamnya. -murid mencantumkan puzzle haiwan peliharaan berdasarkan kad imbasan. -murid melakukan aktiviti dalam kumpulan kecil mengikut stesen yang telah ditetapkan.

Penglibatan Pelajar -semua murid melibatkan diri secara aktif dengan menyumbangkan idea dalam menyelesaikan puzzle. -murid teruja menonton video haiwan peliharaan dengan mengikut pergerakan haiwan seperti merangkak sambil meniru bunyi haiwan.

Menilai dan Menyemak Semula

Page 1 of 2

-guru dapati bahawa kemahiran interpersonal kanak-kanak semakin meningkat dengan adanya aktiviti seperti ini. -secara tidak langsung, guru dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam diri kanak-kanak seperti bekerjasama, bertolak ansur dan tolong menolong.

Page 2 of 2

You might also like