You are on page 1of 1

Amalan pertama.

Selepas Fajar ataupun Solat Subuh - Baca Bismillah 1 kali - Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali. - Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali - Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat) - Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali. Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa. Amalan kedua. -Suami hendaklah membaca Ya Mutakabbir (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak. -Isteri hendaklah membaca Ya Awwal (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari. -Isteri hendaklah membaca setiap hari Ya Zaljalaali Wal Ikram 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum. -Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari. Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya

1. Ambil 4 biji buah kurmasuami genggam 2 biji, isteri genggam 2 biji 2. Kemudian,buang biji kurma tu 3. Blend @ kisarkan kurma tadi bersama dengan susu kambing 4. Minum air campuran kurma dan susu kambing tersebut sorang segelas. 5. Amalkan sekali sahaja dalam seumur hidup. 6. Kemudian, amalkan minum susu kambing setiap hari waktu pagi.

You might also like