You are on page 1of 7

Amalan Memperoleh Zuriat [Part 2]

Tips tambahan dari Syikin. [1] Untuk mendapatkan zuriat: Amalkan zikir "Ya Khaliq", " Ya Bari' " dan "Ya Musawwir" semasa 'bersama'. Baca dalam hati daripada awal hingga akhir. [2] Semasa 'pancutan', niatkan untuk mendapatkan anak. Zikir dan doa ini untuk suami atau isteri atau kedua-duanya amalkan. Wallahu a'lam.

Amalan Memperoleh Zuriat


Dalam berdoa, kita disuruh menaruh harapan 100% kepada Allah SWT dan yakin bahawa Allah SWT sahaja yang berkuasa untuk mengabulkan doa kita. Yang paling penting, mulakan doa dengan pujian kepada Allah SWT dan selawat kepada Rasulullah SAW. Begitu juga semasa menutup bacaan doa. Mungkin anda dan suami boleh mencuba amalan berikut. Semoga Allah SWT memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda yang dalam penantian mendapatkan zuriat. AMALAN PERTAMA 1. Selepas Fajar ataupun solat Subuh

Baca Bismillah 1x Kemudian selawat ke atas Rasulullah SAW 3x Setelah itu, sujud dan baca kalimah syahadah 101x Dalam sujud tersebut, mohonlah kepada Allah SWT apa yang kita hajatkan. [Umpamanya: "Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba-Mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat."] Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3x

2. Suami dan isteri digalakkan mengamalkan cara ini selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil. Jangan cepat putus asa kerana Allah SWT tidak suka terhadap hamba-Nya yang suka berputus asa. AMALAN KEDUA 1. Suami hendaklah membaca "Ya Mutakabbir" [Allah Yang Maha Memiliki Keagungan] sebanyak 11x sebelum mengadakan jimak. 2. Isteri hendaklah membawa "Ya Awwal" [Yang Tiada Permulaan ada-Nya] 333x setiap hari. 3. Setiap hari, isteri juga hendaklah membaca "Ya Zaljalaali Wal Ikram" 11x, kemudian tiup di dalam air dan minum air tersebut. 4. Suami isteri hendaklah membaca Surah Yusuf, Surah Maryam setiap hari. Amalkanlah dengan penuh keyakinan agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang soleh dan solehah serta mendapat rahmat daripada-Nya. Wallahu a'lam.

Tips Mendapatkan Anak [Part 2]


Tips ini saya copy paste dari website Fauzynm. Credits to him. AMALAN 1. Tiga bulan amalkan meminum air suam bercampur madu asli(warna hitam)setiap awal pagi (utk si suami). 2. Buat senaman batin tiap2 kali bgn tidur waktu pagi (utk si suami). 3. Amalkan bersedekah setiap hari jumaat, bila ke masjid. Insya-Allah jika diamalkan berhasil. 4. Doa Nabi Zakaria.

5. Surah Al-Waqiah selepas subuh. 6. Lepas maghrib amalkan Al-Mulk (kekuasaan Allah SWT). 7. Banyak bersedekah kepada bayi2 yang baru lahir. DIET PEMAKANAN 1. Badam (almond) 5 Biji tiap hari. 2. Buah Delima. 3. Buah Zaitun. 4. Buah Kurma. 5. Jauhkan /pantang makan benda2 masam, nanas, minuman bergas pendek kata benda yang berasid. Lepas tu amik seafood, amik supplements, salah satunya Spirulina amik secara tetap kira2 30 tablet setiap hari, makan sayur & buah. Suami banyakkan makan makanan jenis berasid spt daging, ayam dll. 6. Jangan minum ais dan minum air kelapa. CARA SENAMAN BATIN 1. Duduk bersila badan tegak. 2. Lepas itu luruskan kaki kanan ke depan. 3. Tangan kanan pegang ibu jari kaki kanan, tangan kiri pula pegang lutut kiri, tarik nafas dalam2 (perlahan). 4. Setelah nafas penuh di dada, bawa tgn kiri tadi ke sebelah kanan hingga menyentuh lantai sebelah kanan (jgn lepaskan nafas,tahan selama 7 saat) atau ikut kemampuan.

5. Ulangi perkara di atas dgn kaki kiri pula. 6. Buat 3x / 7x setiap kali selepas solat subuh. Jika betul caranya, peluh akan keluar walaupun baru buat 3x (3x kiri, 3x kanan).

Amalan Mendapatkan Zuriat

Surah Maryam: Ayat 5 - 15 Fadhilat ayat ini ialah untuk mendapatkan zuriat. Caranya: 1. Hendaklah pasangan suami isteri berpuasa pada hari Jumaat. 2. Ketika berbuka, makanlah buah tamar sahaja dan jangan minum sebarang minuman. 3. Selepas solat maghrib, makanlah pula makanan2 ringan seperti roti, tamar, kuih-kuih yang manis, juga jangan minum air. 4. Setelah itu, tuliskan ayat-ayat ini pada bekas kaca dengan berdakwatkan madu lebah yang tidak disentuh api (madu asli). 5. Setelah itu, hapuskanlah tulisan tersebut dengan air mutlak. 6. Ambil 223 biji kacang putih, dibacakan ayat ini pada setiap biji kacang itu. 7. Rebuslah kacang2 ini dengan api yang besar. 8. Sementara menunggu ia masak, suami dan isteri hendaklah sama2 solat Isyak secara berjemaah. 9. Selesai solat, bacalah Surah Maryam dari awal hingga akhir. 10. Setelah itu, masukkanlah air hapusan ayat ini ke dalam rebusan kacang tadi. 11. Sebaik-baiknya, ditambahkan padanya sedikit air anggur. 12. Kemudian bahagikan campuran yang telah masak itu kepada dua. Satu untuk si suami dan satu lagi untuk si isteri. Makanlah sehingga habis. 13. Setelah selesai, tidurlah selama 1 jam. Kemudian, bangunlah untuk 'bersama' isterinya.

Insya-Allah, pada malam itu juga Allah SWT akan permudahkan jalan baginya untuk mendapatkan zuriat. Sebaik-baiknya diamalkan selama 3x Jumaat, sekalipun tidak berturut-turut. Wallahu a'lam. [Sumber: Khasiat dan Fadhilat Ayat-ayat Al-Quran oleh Abu Al-Baqir AlBurhami]

You might also like