You are on page 1of 17

Kerja Amali Bahasa Melayu (BMM 3117)

1.0

Pengenalan Guru berperanan penting bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab

menyampaikan pengajaran bahasa dengan baik dan berkesan. Guru adalah perantara penentu kejayaan pelajar. Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim fatt dan Ab. Rahim Selamat (1997) menggariskan empat peranan guru Bahasa Melayu iaitu sebagai perancang pengajaran dan pembelajaran, penggerak dan pendorong pengajaran dan pembelajaran, pembimbing murid dan pemupuk semangat dan pembentuk sahsiah murid. Rancangan pengajaran merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran

pembelajaran untuk dijalankan oleh guru di dalam kelas dalam satu jangka waktu yang telah ditetapkan. Rancangan Pengajaran Harian yang lengkap dan sempurna menjadi titik tolak bagi seseorang guru itu untuk menyampaikan isi pelajaran kepada pelanggannya iaitu murid-muridnya. Ini membolehkan seseorang guru lebih berkeyakinan dapat mencapai objektif harian tersebut.

Lazimnya kita mendengar pendapat bahawa tiada terdapat mana-mana kaedah yang terbaik sekali untuk menguasai minat murid terhadap pelajaran. Ini amat benar kerana kaedah-kaedah mengajar mestilah diatur untuk membentuk strategi pengajaran mengikut keadaan di mana proses pengajaran itu berlaku. Jelasnya sesuatu kaedah pengajaran tidak menjaminkan pelajaran. Yang lebih penting adalah interaksi kaedah itu dengan kaedah-kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai supaya tumpuan lebih terarah. Apa yang boleh dibuat setakat ini ialah sesuatu strategi pengajaran menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran yang optimum sekali amat berguna. Strategi yang baik akan menggunakan

masa, tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran pembelajaran yang paling maksimum.

2.0

TEKNIK PENGAJARAN BAHASA MELAYU 2.1 Teater Bercerita Teater bercerita merupakan teknik drama naratif yang dilakonkan secara spontan untuk menghiburkan penonton. Ia terdiri daripada seorang pencerita dan beberapa orang pelakon. Skrip untuk bercerita dibekalkan dan boleh juga berdialog secara spontan. Objektif utama teater bercerita ialah untuk melatih kemahiran mendengar, bertutur, pemahaman dan mengarang. Ia juga dapat memupuk sikap kerjasama, toleransi dan disiplin murid. Teknik ini juga boleh mengasah bakat lakonan murid dan memperkayakan penguasaan bahasa. Di samping itu ia juga dapat menambah perbendaharaan kata, pembentukan ayat, ungkapan, peribahasa dan lain-lain. Cerita boleh dilakonkan dan juga mempunyai mesej dan nilai yang positif. Selain itu, teknik ini dapat meransang murid berintraksi.

2.2

Dikon Teknik pengajaran dikon memerlukan seorang murid mendeklamasikan sajak atau

puisi dan seorang murid lain akan melakonkan aksi cerita tersebut. Bacaan sajak juga boleh diiringi oleh beberapa orang murid bergantung kepada kesesuaian atau mesej yang hendak disampaikan. Teknik dikon amat bersesuaian untuk tema pembelajaran sajak atau puisi.

2.3

Pentomin

Lakonan situasi tanpa dialog, skripnya akan dibaca oleh murid lain yang mengiringi lakonan tersebut. Memberi peluang kepada murid untuk berlakon tanpa memikirkan masalah untuk menghafal dialog.

2.4

Main Peranan ( Teknik Yang Dipilih) Murid melakonkan satu watak daripada satu suasana yang dipetik

daripada peristiwa, novel,cerita atau situasi. Murid menghayati dan berlagak seperti watak dengan menggunakan laras bahasa yang sesuai. Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, di mana pelakonpelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada pelajarpelajar lain supaya mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan. Proses ini lazimnya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya. Contoh aktiviti main peranan: Contoh situasi: a) Situasi di dalam kelas b) Situasi di pejabat sekolah 3.0 Definisi Rancangan Pengajaran Harian

Rancangan Pengajaran Harian merupakan satu rekod khas yang disediakan lebih awal oleh guru sebelum menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran. Rancangan Pengajaran Harian ini dibina sebagai panduan para guru untuk mengajar dengan lebih sistematik dan efektif serta mampu untuk mencapai apa yang diobjektifkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kelak.
3

Rancangan ini sangat mustahak dan berguna agar guru dapat menyampaikan input pembelajaran kepada para murid. Ia juga penting untuk dijadikan bahan bukti bahawa guru telah membuat perancangan rapi terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam kelas. Rancangan Pengajaran Harian yang dibina haruslah berdasarkan Rancangan Pengajaran Tahunan. Selain itu, butiran yang perlu dicatatkan dalam Rancangan Pengajaran Harian adalah hari dan tarikh, mata pelajaran dan kelas, masa, tajuk dan objektif, kemahiran yang hendak dicapai, aktiviti yang dijalankan serta impak atau refleksi. Guru dalam kelas menggunakan berbagai teknik dan kaedah untuk

membolehkan murid melakukan proses pembelajaran.

Aktiviti pembelajaran seperti

set induksi, penerangan, penyoalan, tunjuk cara, variasi rangsangan, peneguhan, penggunaan gerak-geri , gerak-isyarat, sikap dan perlakuan bukan lisan seperti senyum, anggukan kepala ,gerakan tangan dan sebagainya akan menentukan keberkesan guru. Guru yang berkesan akan memilih kemahiran-kemahiran yang sesuai dengan umur dan kebolehan murid serta objektif pelajaran, juga perlu memikirkan organisasi dan disiplin kelas. Pengajaran mikro membolehkan guru pelatih melatih diri dengan satu kemahiran pada satu masa, dan apabila satu kemahiran itu telah dikuasai, barulah dapat digabungjalinkan kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam pengajaran mereka. Pengajaran mikro juga dapat meningkatkan latihan perguruan dan kesedaran terhadap teknik pengajaran.

4.0

PENGAJARAN MIKRO Micheel J. Wallace berkata, Pengajaran mikro adalah penemuan pengajaran

yang dimudahkan.

Pengertian itu membawa makna iaitu satu situasi pengajaran

yang telah dikurangkan skopnya, iaitu tugas guru dipermudahkan, mata pelajaran dipendekkan dan bilangan murid dikecilkan.

4.1

Kemahiran Pengajaran Mikro Pengajaran mikro tidak memberi semua kemahiran yang diperlukan dalam

pengajarannya.

Ia berkaitan hanya dengan kemahiran-kemahiran yang digunakan

oleh guru dalam perhubungan persemukaan di bilik darjah. Dengan itu, kemahiran pengajaran mikro adalah perlakuan bilik darjah yang tertentu, boleh dilihat, ditakrifkan, ditunjukkan perkaitan dengan pembelajaran murid. Pengajaran mikro adalah melatih diri sendiri, pelajar dilatih pengajarannya dari segi kemahiran mengajar yang boleh diukur, dinyatakan, dilihat dan dikawal, membantu pelajar bersiap sedia untuk membuat latihan pengajaran mikro dengan berkesan. Kemahiran-kemahiran berikut adalah komunikasi dua hala guru-murid dalam bidang pengajaran dan pengajaran seperti kemahiran:

Set induksi Tunjuk cara Variasi rangsangan Peneguhan Penyoalan Mengilustrasi dengan menggunakan contoh
5

Penerangan Aprisiasi Penggunaan Bahan Sumber Pengajaran & Pembelajaran Penutup

4.2

Kemahiran Set Induksi. Kemahiran ini ada hubungan dengan cara guru memperkenal atau memulakan

sesuatu pelajaran atau satu unit tertentu sesuatu pelajaran. Pada setiap episod pengajaran, guru perlu menegaskan kepada muridnya, tugasan yang akan dibuat. Guru perlu mengekalkan dan menarik perhatian muridnya serta menggerakkan mereka untuk membuat aktiviti, berfikir dan belajar. Memandu muridnya ke arah manakah tujuannya, membina perkaitan yang jelas dengan pengalaman lalu/sedia ada. 1. Menarik perhatian Guru dapat menggunakan suara, gerak geri dan pandangan mata untuk menarik perhatian murid ke arah pelajaran yang diajar. Ia juga dapat menggunakan bahan bantu mengajar atau alat bantu mengajar dan pelbagai intraksi yang lain.
2.

Menimbulkan pergerakan Guru dapat menggerakkan muridnya dengan menunjukkan kemesraan dan

menunjukkan semangat serta kesungguhan perkara yang diajarnya. murid dengan bercerita atau memulakan aktiviti.

Guru dapat juga

menggerakkan muridnya dengan merangsang naluri ingin tahu atau menarik minat

3. Struktur

Guru menentukan perkara bagi tugasan yang diberikan kepada muridnya, seperti, Pagi ini kita akan melihat beberapa keping gambar dan kemudian kita akan bincangkannya. Selepas perbincangan ini, kamu akan menulis ceritanya. Guru membantu muridnya dengan mencadangkan beberapa cara untuk menulis cerita itu. 4. Membuat perkaitan Guru dapat membuat perbandingan dan perbezaan, seperti membandingkan suasana mengajar di dalam kelasl dan suasana di padang. Guru merujuk kepada situasi semasa untuk menarik perhatian. Set induksi yang berkesan ialah,
1. Set induksi hendaklah bermakna kepada murid dari segi umur, kebolehan dan

minat. 2. Set induksi hendaklah berkait dengan isi pelajaran dan objektif pelajaran.
3. Pelajaran baru hendaklah dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada murid,

belajar daripada yang telah diketahui kepada yang akan diketahui.

4.3

Perkembangan isi Pelajaran Dalam pengajaran bahasa Melayu, guru perlu memahami dan menguasai isi

kandungan bahasa Melayu yang terdiri daripada 4 kemahiran bahasa yang sering dijalankan dalam bilik darjah. Kemahiran-kemahiran itu ialah kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan kemahiran menulis. Selain dari kemahiran tersebut, guru Bahasa Melayu perlu juga menguasai sistem bahasa dan pengisian kurikulum.

Guru perlu merancang kemahiran fokus dan kemahiran-kemahiran sampingan yang mengukuhkan kemahiran fokus. Misalnya, jika bacaan dan kefahaman menjadi kemahiran fokus maka kemahiran menulis sebagai kemahiran sampingan mengukuhkan kemahiran bacaan. Masa yang lebih banyak ditumpukan kepada kemahiran membaca dan kefahaman. Guru boleh menggabungjalinkan beberapa atau semua kemahiran itu dalam sesuatu pengajaran. Dalam membuat susunan kemahiran atau cara penggabungjalinan itu mungkin mudah berubah. Ia mungkin wujud sama ada kebetulan ataupun secara terancang. Seandainya ia dirancangkan, maka guru hendaklah mengetahui .

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


8

BAHASA MELAYU TAHUN 5

Tarikh Masa Tahun Mata Pelajaran Unit Aras Tema Tajuk

: 20 April 2012 : 60 minit : 5 Amanah : Bahasa Melayu : 5 : 1 : Sekolah : Guru Kelas Saya

Hasil Pembelajaran ( Fokus utama) 4.2. Mengemukakan komen yang sesuai berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan maklumat yang disampaikan oleh pihak lain Aras 3 i. Mengemukakan pandangan yang membina tentang sesuatu perkara yang dilihat, dibaca atau didengar. 8.2. Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk. Aras 3 i. Membina pelbagai jenis ayat dalam sesuatu penulisan teks. 11.1 Menyatakan pandangan tentang perkara yang menarik dalam sesebuah karya Aras 1 i. Meneliti perkara yang menarik dalam bahan yang ditonton atau dibaca
9

Hasil Pembelajaran (fokus sampingan) 7.2. Membaca dan mengenal pasti perkataan pelbagai jenis ayat dan gaya bahasa yang terdapat dalam teks sastera dan bukan sastera Aras 1: Mengecam perkataan istilah dan ayat dalam karya prosa dan puisi yang dibaca

Objektif: Pada akhir pelajaran murid akan:


1.

Murid dapat menggunakan sekurang-kurangnya dua ayat tunggal dalam perbualan yang sesuai dengan situasi.

2 Setiap murid dapat menulis sekurang-kurangnya empat ayat tunggal dalam lembaran kerja yang disediakan..

Pengetahuan sedia ada : Bahan Bantu Belajar: Sistem bahasa :

Murid pernah ke sekolah untuk belajar Petikan, gambar digital, lembaran kerja, a) Morfologi kata adjektif seperti rajin, ceria,bertanggungjawab b) Sintaksis : ayat tunggal c) sebutan dan intonasi : kesantunan berbahasa d) kosa kata: kasih-sayang, kerjasama, menghargai

Langkah dan Masa

Huraian hasil pembelajaran dan kandungan

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran


10

Catatan

Induksi set 5 minit

Lagu, Guruku, Sayang Murid murid menyanyi

BBB. Gambar guru Carta lagu

Langkah Mengemukakan komen 1 yang sesuai 10 minit berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan maklumat yang disampaikan oleh pihak lain Langkah Mengemukakan 2 pandangan yang 20 minit membina tentang sesuatu perkara yang dilihat, dibaca atau didengar. Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.

Guru bersoal jawab dengan murid tentang peranan dan tugas guru di sekolah. Guru meminta seorang murid berperanan sebagai guru di dalam kelas

BBB: Gambar situasi di dalam kelas Nilai ; -menghormati guru - disiplin

Murid diminta membentuk empat kumpulan murid cara menghormati guru di sekolah. Murid membaca teks dengan sebutan dan BBB: Petikan intonasi yang betul Guru dan murid berbincang tentang petikan. Murid membina ayat tunggal berdasarkan situasi main peranan.

Teknik; main peranan -Di dalam kelas

Langkah Meneliti perkara yang 3 menarik dalam bahan 20 minit yang ditonton atau dibaca.

Guru membahagiBBB: Teka murid kepada 3silang orang dalam satukata/lembaran kerja/komputer kumpulan Murid menjawab lembaran kerja teka silang kata dalam
11

kumpulan.

Ketua kumpulan membaca jawapan Murid menulis 4 ayat tunggal berdasarkan - sekolah - Kebersihan - Berdisiplin - kerjasama

KB: Menjawab teka silang kata Kecerdasan pelbagai

Penutup Menyanyi 5 minit

Guru dan murid menyanyikan lagu, Guruku Sayang.

Bahan audio Lagu

5.0

REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO

12

Rajah 1 Peranan Sebagai Doktor

Rajah 2 membaca petikan adab berziarah

Rajah 3 adab di hospital

5.1

Sekitar Sesi Main Peranan.

Membantu kawan yang cedera

Bersama-sama menziarah

13

Aksi main peranan yang dilakonkan oleh murid

Bertanya khabar kawan

6.0

RUMUSAN

Guru dicadangkan untuk mempelbagaikan penggunaan strategi pengajaran. Walau bagaimanapun, penggunaan strategi berpusatkan murid adalah digalakkan. Ianya adalah lebih baik. Ini adalah untuk memastikan murid memperoleh hasil yang terbaik.
14

Penentuan strategi harus membolehkan penggabungjalinan isi/kandungan pelajaran dengan kaedah / teknik penyampaian. Isi pelajaran dapat dialihkan secara terus daripada guru kepada pelajar dengan pelbagai cara seperti tunjuk cara, bersoal jawab dan latih tubi. Ataupun isi pelajaran boleh dialihkan secara tidak langsung dengan menggunakan cara pembelajaran melalui aktiviti simulasi, main peranan, sumbang saran, kumpulan, inkuiri dan penemuan serta lakonan. Pemilihan strategi pengajaran dan pembelajaran yang mencakupi kaedah dan teknik yang sesuai akan memastikan keberkesanan atau penambahan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran tersebut. Penentuan strategi yang melibatkan dan yang menambah kemahiran berfikir pelajar perlu ditekankan. Di samping itu, penggabungjalinan kemahiran-kemahiran 3 M ( membaca, menulis dan mengira) mesti juga dititikberatkan.

SENARAI KANDUNGAN

Muka Surat HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN JUDUL PENGHARGAAN


15

ISI KANDUNGAN 1.0 2.0 3.0 4.0 Pengenalan Teknik Pengajaran Bahasa Melayu Definisi Rancangan Pengajaran Harian Pengajaran Mikro Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu 5.0 6.0 Refleksi Pengajaran Mikro Rumusan 1 2 3 5 9 13 15

Rujukan

RUJUKAN

Abd. Aziz Abd.Talib(2000). Pedagogi B :Prinsip, Kaedah Dan Teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publication Dan Distributors Sdn. Bhd.

Raminah Haji Subran Dan Rahim Syam(1986). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu.
16

Petaling Jaya, Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Bobezani.tripod.com/ teknikhtm. 20 April 2012

Notakuliahpismp.blogspot.com. 20 April 2012

17

You might also like