You are on page 1of 14

http://b17nitrilosides.blogspot.com/2010/10/kanser-paru-paru-b17amygdalina.

html

Kanser Paru-paru & B17Amygdalina

Pengenalan Kanser paru-paru merupakan pertumbuhan sel-sel yang tidak normal dan tidak terkawal di sebelah atau kedua-dua belah paru-paru. Asas Saintifik Paru-paru adalah sepasang organ seperti span. Apabila kita bernafas, udara akan melalui hidung dan saluran udara sebelum memasuki paru-paru. Paru-paru akan menyedut oksigen, yang diperlukan oleh sel-sel tubuh untuk hidup dan berfungsi secara normal. Apabila kita menghembus nafas, paru-paru akan mengeluarkan karbon dioksida yang merupakan hasil buangan dari sel-sel tubuh. Satu struktur yang digelar alveolus merupakan kawasan di mana berlakunya pertukaran oksigen dan karbon dioksida. Setiap organ di dalam tubuh, termasuklah paru-paru mengandungi sel-sel yang khusus untuk menjalankan fungsi masing-masing. Untuk organ tersebut berfungsi dengan baik, sel-sel yang telah rosak atau mati perlu diganti dengan sel-sel yang baru. Terdapat juga tindak balas dalaman yang mengawal sel-sel ini yang tumbuh dan berpecah sehingga mencapai satu tahap dan saiz yang ditentukan. Karsinogen merupakan agen luaran yang menyebabkan pembentukan kanser. Ia akan masuk ke dalam sel, dan menyebabkan sel menjadi abnormal dan proses pertumbuhannya menjadi terganggu. Sel-sel abnormal ini akan terus berpecah membiak tetapi sel-sel baru masih belum diperlukan. Jisim sel yang berlebihan ini menghasilkan sejenis tumor (ketumbuhan) yang dikenali sebagai neoplasma. Jenis-jenis kanser paru-paru Kanser paru-paru secara amnya dibahagikan kepada dua jenis yang utama, kanser sel kecil paru-paru (small cell lung cancer) dan kanser sel bukan-kecil paru-paru (non-small cell lung cancer). Setiap jenis kanser ini berbeza-beza dan setiap jenis darinya juga

memerlukan rawatan yang berbeza. Kanser paru-paru sel bukan-kecil adalah yang paling biasa berlaku, meliputi hampir 80% kanser paru-paru. Terdapat 3 jenis kecil kanser paru-paru jenis ini iaitu: karsinoma sel skuamus, adenokarsinoma dan karsinoma sel besar paru-paru (large cell carcinoma) Karsinoma sel skuamus biasanya bermula di bronkus. Ia tumbuh dengan lebih lambat berbanding kanser-kanser jenis lain. Ia merupakan kanser paru-paru yang paling biasa berlaku pada kaum lelaki. Ia juga dikenali sebagai karsinoma epidermoid. Adenokarsinoma mula tumbuh berdekatan dengan bahagian luar paru -paru dan kadar pertumbuhannya adalah berbeza-beza. Kanser jenis ini adalah yang paling biasa berlaku di kalangan wanita dan mereka yang tidak pernah merokok. Kasinoma sel besar bermula di permukaan paru-paru dan ia tumbuh dengan cepat sekali.

Karsinoma sel kecil paru-paru (small cell carcinoma) meliputi hampir 20% dari kesemua jenis kanser paru-paru. Ia juga dikenali sebagai kanser sel oat kerana sel kanser kelihatan seperti oat bila dilihat di bawah mikroskop. Kedua-dua jenis kanser ini merupakan kanser paru-paru yang biasa berlaku, meliputi lebih 90% dari semua jenis kanser paru-paru. Penyebab Asap Rokok Kebanyakan kanser paru-paru dikaitkan dengan tabiat merokok. Merokok mampu meningkatkan risiko kanser paru-paru. Merokok dan menyedut asap rokok boleh mendedahkan seseorang itu kepada sebatian-sebatian yang hadir di dalam asap rokok. Terdapat tiga komponen utama dalam asap rokok yang telah dikenalpasti mampu menyebabkan kesan sampingan terhadap kesihatan: nikotin, tar dan karbon monoksida. Di antara ketiga-tiga sebatian ini, tar merupakan penyebab utama kanser paru-paru di kalangan orang yang merokok. Tar menyebabkan berlakunya gangguan kronik pada sistem penafasan yang menyebabkan pertumbuhan sel-sel abnormal yang tidak terkawal. Asap dari Persekitaran dan di Tempat Kerja Asbestos dan radon merupakan dua penyebab utama kanser paru-paru. Mereka yang menghidu asap yang mengandungi asbestos menghadapi risiko yang lebih tinggi mendapat kanser paru-paru. Kanser paru-paru yang dikaitkan dengan asbestos ini dikenali sebagai mesothelioma. Radon merupakan gas radioaktif yang juga mampu menyebabkan kanser paru-paru. Agen-agen lain yang hadir di tempat kerja, yang mampu menyebabkan kanser termasuklah produk arang batu, yang biasanya melibatkan pelombong-pelombong. Perokok termasuklah perokok pasif Mengandungi karsinogen. Karsinogen merupakan sebatian yang memulakan pertumbuhan sel-sel abnormal dan seterusnya menyebabkan pembentukan kanser. Bagi para perokok, risiko untuk memperolehi kanser paru-paru, berkemungkinan bergantung juga pada jumlah rokok yang dihisap. Mereka yang menghidu asap rokok (perokok pasif) juga memiliki risiko yang sama seperti perokok. Lebih daripada 80% kes kanser paru-paru disebabkan oleh asap rokok. Penghisap paip dan cerut juga berisiko tinggi untuk mendapat penyakit ini. Namun begitu risiko mereka adalah kurang dibandingkan dengan perokok biasa.

Pendedahan terhadap karsinogen yang hadir dalam alam sekitar dan di tempat kerja Mereka yang bekerja di kawasan yang sentiasa terdedah dengan karsinogen memiliki risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit ini. Contoh-contoh karsinogen di tempat kerja termasuklah asbestos dan gas radon. Pendedahan terhadap karsinogen ini dapat dilihat di kawasan perindustrian seperti industri perkapalan dan perlombongan asbestos. Pendedahan terhadap beberapa bahan pencemar udara seperti hasil pembakaran bahan api juga telah dikenalpasti mampu meningkatkan risiko pembentukan kanser paru-paru. Parut pada paru-paru Mereka yang memiliki parut pada paru-paru yang disebabkan oleh penyakit saluran udara kronik seperti bronkitis atau emfisema lebih mudah memperolehi kanser paruparu. Kanser ini lebih cenderung untuk terbentuk di kawasan yang berparut. Sejarah keluarga dan peribadi Seseorang yang pernah menghidap penyakit kanser paru-paru ini akan menghasilkan kecenderungan untuk memperolehi kanser paru-paru untuk kali kedua berbanding mereka yang belum pernah menghidapnya. Mereka yang mempunyai ahli keluarga terdekat seperti ibu bapa, abang, kakak atau adik yang pernah menghidap kanser paruparu, memiliki risiko yang tinggi sedikit untuk mendapat penyakit ini. Pemeringkatan Pemeringkatan juga merupakan salah satu cara penyiasatan yang penting bagi kanser paru-paru. Ia merupakan proses yang dilakukan oleh para doktor bagi mengenalpasti tahap kanser tersebut. Ini boleh dijalankan dengan cara mengambil sampel tisu nodus limfa sama ada dengan menggunakan jarum ataupun melalui pambedahan. Rawatan dan harapan untuk menyembuhkan pesakit bergantung kepada peringkat kanser berkenaan. Klasifikasi TNM digunakan untuk pemeringkatan kanser sel paru-paru bukan kecil (non small cell lung cancer). 'T' merujuk kepada saiz dan lokasi tumor primer. 'N' pula merujuk kepada penglibatan nodus limfa dan peningkatan kebarangkalian metastasis. 'M' merujuk kepada ketiadaan (0) atau kehadiran (1) metastasis. Di bawah merupakan sistem pengkelasan TNM. Karsinoma Okulta (occult) Pesakit ini diklasifikasikan sebagai TX N0 M0. Mereka mempunyai sel malignan yang dapat dikesan daripada rembesan bronkopulmonari, tetapi tumor ini tidak disahkan melalui kaedah bronkoskopi ataupun radiografi. Peringkat IA & Peringkat IB Kesemua lesi Peringkat I keseluruhannya masih berada di dalam kawasan paru-paru tanpa sebarang bukti bahawa tumor tersebut telah merebak ke nodus limfa ataupun

kebahagian-bahagian lain. Peringkat IA diklasifikasikan sebagai T1 N0 M0 manakala peringkat IB diklasifikasikan sebagai T2 N0 M0. Peringkat IIA & Peringkat IIB Peringkat IIA ditakrifkan sebagai T1 N1 M0 manakala Peringkat IIB pula ialah T2 N1 M0 dan T3 N0 M0 (tumor telah memasuki kawasan ekstrapulmonari tanpa penglibatan nodus limfa) Peringkat IIIA Pesakit di peringkat ini ditakrifkan dengan lesi yang telah melibatkan kawasan ekstrapulmonari (T3) dan penglibatan nodus limfa yang terhad (N1 atau N2). Pesakit diklasifikasikan samada T3 N1 M0 ataupun T1-3 N2 M0. Peringkat IIIB Klasifikasi Peringkat IIIB merujuk kepada pesakit yang telah mengalami penglibatan ekstrapulmonari termasuklah : Mediastinal kontralateral atau nodus limfa hilar Supraklavikular ipsilateral atau kontralateral ataupun nodus scalena Nodus mediastinal yang meluas tetapi belum merebak ke bahagian lebih jauh Efusi pleura positif malignan melalui sitologi Pesakit-pesakit ini boleh diklasifikasikan sebagai samada T1-3 N3 M0 ataupun T4 N0-3 M0. Peringkat IV Peringkat ini ditakrifkan sebagai sebarang penglibatan metastatik. Pesakit-pesakit ini diklasifikasikan sebagai M1 dengan sebarang T dan sebarang N. Insidens Kanser paru-paru merupakan kanser yang paling kerap berlaku dan telah menyebabkan jumlah kematian yang paling ramai di Malaysia. Ia menyumbangkan lebih kurang 12% dari kesemua penyakit kanser dalam negara. Lebih kurang 18 daripada 100,000 penduduk mati disebabkan kanser ini. Setiap tahun lebih kurang 7000 kes baru kanser paru-paru dikesan. Fakta-fakta menarik mengenai Kanser Paru-Paru Merupakan kanser yang paling kerap terjadi di seluruh dunia Kanser yang paling kerap terjadi di kalangan kaum lelaki di kebanyakan negara

Kemandirian atau survival terhadap kanser paru-paru adalah buruk (hampir 10% dalam 5 tahun) Kanser paru-paru merupakan salah satu dari kesan-kesan utama yang disebabkan oleh rokok. Terdapat peningkatan insidens kanser paru-paru. Di Barat, insidens kanser paru-paru di kalangan wanita semakin meningkat kerana lebih ramai kaum wanita yang merokok, sebaliknya insidens di kalangan lelaki semakin menurun. Tanda - tanda dan gejala Gejala yang dialami adalah berbeza-beza. Ia bergantung sama ada tahap penyakit itu telah merebak ke tempat lain di dalam badan ataupun tidak. Kanser paru-paru boleh jadi asimptomatik (tanpa simptom yang jelas) terutamanya di peringkat awal penyakit. Ini menyukarkan usaha untuk mengesan lebih awal. Ia mungkin boleh dikesan secara tidak sengaja sewaktu pemeriksaan rutin apabila X-ray dilakukan. Di antara gejala yang utama adalah : Batuk Batuk yang dialami biasanya adalah kronik dan kering. Kahak yang terhasil mungkin berdarah sedikit. Kesesakan nafas Ini mungkin disebabkan oleh lumen bronkus tersumbat menyebabkan paru-paru rebah (collapse) atau tumor tersebut menekan saluran udara menjadikannya lebih sempit. Biasanya cecair boleh terbentuk di kaviti dada (efusi pleura) dan menyebabkan tekanan ke atas paru-paru. Sakit Sakit dada, bahu dan sakit belakang disebabkan oleh tumor yang merebak ke tulang dan tisu berdekatan Bengkak muka Disebabkan tumor menekan vena yang membekalkan darah ke bahagian dada Suara garau Disebabkan saraf di kawasan dada ditekan dan menyebabkan kelumpuhan pada saraf laringeal Apabila kanser paru-paru telah merebak ke organ-organ yang lain, ia boleh menyebabkan o Sakit tulang o Lemah atau kebas di kawasan tangan dan kaki

o Pening kepala o Jaundis (warna kuning di kulit dan mata) o Kehadiran jisim di kawasan berdekatan dengan permukaan tubuh yang disebabkan oleh sel-sel kanser telah merebak ke nodus limfa di leher atau berdekatan dengan tulang selangka. Gejala yang biasa Hilang selera makan, anoreksia dan penurunan berat badan Lemah dan kekurangan tenaga Susut badan disebabkan penyusutan otot. Komplikasi Komplikasi yang teruk dari penyakit ini boleh disebabkan oleh perebakan setempat ataupun ke tempat-tempat lain (metastasis). Komplikasi setempat (local) mungkin disebabkan oleh tumor yang menekan saluran udara ataupun kesakitan yang disebabkan oleh serangan tumor ke atas struktur setempat. Metastasis bermaksud perebakan sel-sel kanser dari tempat asal tumor ke bahagianbahagian lain dalam badan melalui sistem limfa atau saluran darah. Ia kemudiannya akan menuju ke organ-organ lain di dalam badan dan membentuk satu tapak kanser yang baru dengan menghasilkan gejala-gejala tertentu. Ujian - Ujian Doktor akan mengkaji gejala-gejala dan memeriksa anda untuk memperolehi punca bagi gejala yang dialami. Doktor akan menyoal anda mengenai latar belakang peribadi dan keluarga anda dan juga tabiat merokok serta latar belakang pekerjaan anda. Di samping itu, pemeriksaan fizikal juga dilakukan. Doktor kemudiannya akan meminta supaya x-ray dada, sitologi kahak dan bronkoskopi dijalankan. Apa itu Sitologi Kahak? Prosedur ini membolehkan sel-sel yang dibatuk keluar dari paru-paru atau saluran udara diperiksa. Sitologi sputum yang positif biasanya diikuti dengan ujian lanjutan, biasanya x-ray dan biopsi. Imbasan Tomografi Berkomputer (Computed Tomography Scan)

Imbasan CT mengeluarkan x-ray bertenaga rendah yang kemudiannya memberikan imej tisu-tisu lembut dan tulang di bahagian dada. Ia mampu mengesan lokasi tumor termasuklah di bahagian lain dalam paru-paru ataupun organ-organ lain yang mungkin terlibat. Jika X-ray dada atau imbasan CT menunjukkan kawasan yang mencurigakan, sampel tisu dari kawasan tersebut boleh diambil untuk diuji melalui biopsi. Apakah Bronkoskopi? Bronkoskopi ialah memasukkan teleskop yang fleksibel ke dalam tiub bronkus yang terlibat (laluan udara ke paru-peru) untuk melihat dan mengambil sampel kawasan yang abnormal. Apakah Biopsi Paru-Paru ? Biopsi merupakan satu ujian di mana tisu daripada tumor yang disyaki diambil dan dilihat di bawah mikroskop untuk memeriksa kewujudan sel-sel kanser. Biopsi boleh dilakukan dengan cara : Biopsi jarum berongga (hollow needle biopsy), melalui dinding dada unt uk mengambil satu sampel tisu. Proses ini dilakukan dengan bantuan imbasan CT sebagai panduan untuk mengenalpasti kedudukan tumor tersebut. Pembedahan (biopsi terbuka), dengan pengambilan kesemua tisu yang abnormal. Pembedahan ini biasanya diperlukan apabila pengambilan sampel tidak dapat dijalankan melalui bronkoskopi atau biopsi yang berpandukan imbasan CT. Ujian-ujian rutin lain yang boleh dijalankan bagi menyiasat kanser paru-paru termasuklah Pengiraan sel darah Ujian darah fungsi hati dan ginjal Untuk mengesan perebakan kanser paru-paru, doktor mungkin meminta agar ujianujian berikut dilakukan : Imbasan CT mungkin boleh dilakukan bagi mengesan perebakan kanser ke nodus limfa dan bahagian-bahagian lain. Imbasan radionuklid terhadap tulang, otak atau hati juga boleh membantu doktor menentukan perebakan kanser paru-paru MRI (Imbasan Resonans Magnetik) juga boleh digunakan untuk mengesan samada kanser telah merebak ke otak atau korda spina (tulang belakang). Imbasan Ultrasound boleh dilaksanakan untuk mengesan perebakan ke hati

Rawatan Farmakologi Kemoterapi Kemoterapi menggunakan dadah antikanser yang dimasukkan melalui vena secara intravena atau melalui mulut (secara oral) untuk merawat kanser paru-paru. Dadahdadah ini akan memasuki saluran darah dan boleh sampai ke semua bahagian tubuh. Rawatan ini adalah amat berguna untuk kanser yang telah merebak ke organ-organ lain. Kemoterapi bagi kanser paru-paru biasanya menggunakan gabungan dadahdadah antikanser seperti cisplatin dan etoposida. Kemoterapi boleh diberikan sebagai rawatan utama ataupun sebagai rawatan tambahan kepada pembedahan. Ini bergantung kepada jenis dan peringkat kanser paru-paru tersebut. Kemoterapi mungkin digunakan secara bersendirian ataupun digabungkan besama radioterapi. Apabila kemoterapi digunakan bersama-sama radioterapi, ia meningkatkan keberkesanan rawatan bagi membantu memusnahkan sel tumor. Komplikasi daripada rawatan Rawatan kanser paru-paru terdiri daripada pembedahan, radioterapi dan kemoterapi. Setiap rawatan ini mempunyai kesan sampingan yang tersendiri. Pesakit yang melalui pembedahan akan mengalami beberapa halangan dalam aktiviti fizikal mereka untuk sekurang-kurangnya selama setahun. Komplikasi-komplikasi lain yang mungkin berlaku, ialah pendarahan dalaman, jangkitan pada luka dan terjadinya jangkitan dada termasuklah pneumonia atau radang paru-paru. Mereka yang menerima radioterapi boleh mengalami kesukaran untuk menelan disebabkan oleh keradangan esofagus Kesan sampingan kemoterapi termasuklah keguguran rambut, penurunan berat badan dan hilang selera makan. Bilangan sel darah yang boleh dikira juga akan menurun selepas kemoterapi dijalankan. Namun begitu keadaan ini boleh kembali pulih kepada keadaan biasa. Rawatan Bukan Farmakologi Rawatan pilihan bagi kanser paru-paru sel bukan kecil adalah pembedahan, terapi radiasi dan kemoterapi samada secara bersendirian ataupun gabungan dari tiga kaedah tersebut, bergantung kepada peringkat tumor yang dihidapi. Pilihan rawatan bagi kanser paru-paru sel kecil pula adalah kemoterapi dan radioterapi. Pembedahan jarang dilakukan atau tidak diperlukan. Pembedahan Pembedahan boleh dilakukan pada peringkat awal kanser ataupun jika pesakit tersebut dapat bertahan untuk pembedahan dilakukan. Pembedahan boleh dilaksanakan untuk membuang kanser dan tisu-tisu di sekeliling paru-paru.

Jenis pembedahan yang dilakukan bergantung kepada kedudukan dan tahap tumor tersebut. Terdapat tiga jenis pembedahan: Reseksi yang bermaksud membuang sebahagian kecil dari paru-paru Lobektomi yang bermaksud membuang keseluruhan lobus paru-paru Pneumonektomi pula merupakan istilah yang digunakan untuk pembedahan yang membuang keseluruhan paru-paru Radioterapi Ia juga dikenali sebagai terapi sinaran. Ia melibatkan penggunaan sinaran bertenaga tinggi untuk membunuh sel-sel kanser. Radioterapi juga digunakan sebagai modaliti primer untuk rawatan kanser paru-paru jika pesakit tidak dapat bertahan untuk pembedahan. Terapi radiasi ditujukan kepada satu kawasan tertentu dan hanya memberi kesan ke atas sel-sel di kawasan itu sahaja. Ia juga boleh digunakan untuk mengecutkan sel tumor sebelum pembedahan ataupun untuk memusnahkan sel kanser yang tertinggal selepas pembedahan. Radioterapi juga boleh digunakan untuk meredakan simptom seperti kesesakan nafas, kesakitan dan pendarahan. Terdapat dua jenis radioterapi : Sinaran pancaran luaran menggunakan sinaran yang dipancarkan dari luar tubuh dan difokuskan ke tapak kanser Brakiterapi menggunakan sumber radioaktif yang kecil yang dilmasukkan ke dalam bronkus dan diletakkan secara langsung ke dalam lumen yang bertentangan dengan ketumbuhan. Pemantauan / Amaran Mereka yang berisiko tinggi perlulah menjalani ujian penyaringan bagi mengesan kanser paru-paru. Ujian penyaringan ini amat disyorkan kepada mereka yang menghadapi risiko yang tinggi mendapat kanser paru-paru. Ujian penyaringan untuk kanser paru-paru ini termasuklah : X-ray dada Sitologi kahak Berhati-hatilah terhadap risiko untuk mendapat penyakit ini. Jika anda merokok ataupun perokok pasif atau anda sentiasa berisiko untuk menyedut sebatian-sebatian yang boleh menyebabkan kanser, berhati-hati dengan simptomnya. Gejala awal ini termasuklah batuk yang menghasilkan kahak berdarah. Apabila gejala-gejala ini muncul, rujuk masalah anda kepada doktor dengan segera. Pengesanan awal kanser paru-paru ini boleh meningkatkan peluang anda untuk hidup dengan lebih lama. Adalah amat penting bagi mereka yang berisiko tinggi menjalani ujian penyaringan yang berterusan untuk mengesan kanser paru-paru. Pengesanan awal adalah amat penting

untuk memberi peluang yang lebih baik kepada orang ramai bagi mendapat kejayaan dalam rawatan nanti.

Prognosis Prognosis adalah berbeza antara kanser sel kecil paru-paru dan kanser sel bukan kecil. Prognosis bagi kanser sel kecil paru-paru atau kanser sel oat pada umumnya adalah buruk. Penentu utama kemandirian pesakit bergantung pada tahap penyakit tersebut samada terhad ataupun sudah merebak. Pengesanan awal memungkinkan pembedahan dijalankan kerana penyakit pada tahap ini masih belum merebak keluar dari kawasan paru-paru. Apabila pembedahan dilakukan, peluang seseorang itu untuk hidup boleh mencecah sehingga 35 - 40%. Pencegahan Langkah Pencegahan Satu-satunya cara untuk mengurangkan risiko mendapat penyakit ini ialah dengan mengelakkan diri dari merokok. Di bawah merupakan cara-cara untuk mengurangkan risiko. Berhenti merokok Merokok meningkatkan risiko mendapat kanser paru-paru. Ia juga meningkatkan risiko penyakit jantung. Berhenti merokok adalah cara terbaik untuk mengekalkan badan dan kehidupan yang sihat. Di sini merupakan beberapa petua untuk membantu anda berhenti merokok : Elakkan diri dari menerima pelawaan rokok dari rakan-rakan anda Jauhkan diri dari perokok Beritahu keluarga dan rakan-rakan anda mengenai keputusan anda untuk berhenti merokok. Dengan galakan dan dorongan mereka, akan memudahkan anda berhenti merokok. Libatkan diri dengan hobi ataupun aktiviti fizikal seperti berenang, berjalan kaki, berjoging dan sebagainya untuk mengisi masa lapang dan mengelakkan stres. Buang segala rokok, mancis, pemetik api dan tempat habuk rokok. Banyak memakan buahbuahan dan sayur-sayuran. Minum air dengan banyak dan jauhkan alkohol, kopi serta minuman lain yang boleh merangsang anda untuk merokok. Cuba bina dan kekalkan satu sikap yang positif Dapatkan bantuan profesional, rujuk kepada doktor anda. Elakkan diri dari menyedut asap rokok

Ini merupakan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan diri anda dari menjadi perokok pasif : Jika anda tinggal bersama perokok, cuba minta agar mereka berhenti merokok dan cadangkan supaya mereka hanya merokok di luar rumah sahaja. Jika anda tidak boleh mengelakkan diri anda dari asap rokok, pastikan peng udaraan adalah baik di sekeliling anda Jika tempat kerja anda tidak bebas dari asap rokok, minta majikan anda sediakan zon larangan merokok. Pakai alat perlindungan untuk mencegah pendedahan di tempat kerja. Jika anda bekerja di kawasan yang terdedah, pastikan anda mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya untuk mengurangkan pendedahan. Pakai alat perlindungan yang sempurna untuk mengurangkan faktor risiko. Ambil makanan yang tinggi kandungan beta-karotena Kajian terkini menunjukkan bahawa satu sebatian semulajadi yang diperolehi di dalam makanan tertentu boleh memberikan sedikit perlindungan terhadap beberapa jenis kanser, termasuklah kanser paru-paru. Sebatian ini dikenali sebagai beta-karotena, yang akan ditukarkan di dalam tubuh untuk menjadi vitamin A. Ia boleh didapati pada sayur-sayuran dan buah-buahan yang berwarna merah dan kuning, terutamanya lobak merah dan juga sayur-sayuran hijau seperti brokoli dan bayam. Mengambil Makanan yang mengandungi B17 Terutama biji apricot, Kesukaran memakan biji apricot adalah di sebabkan rasanya yang pahit maka anda boleh menggunakan kapsul apricot, Pengalaman membuktikan bahawa pengambilan biji apricot dan kapsul apricot secara kosisten akan membuat sel kanser paru-paru dapat di kawal. Tapi untuk membunuhnya memerlukan kandungan B17 yang tinggi Dr Ernst Krebs mencadangkan:

Fasa

pertama

Rawatan menggunakan Vitamin B17 ( Amigdalina ) Injections 21-30 Hari.Bersamaan dengan pengambilan Vitamin di Bawah ini.
(Doses Recommended by Metabolic Physicians Ernesto and Fransisco Contreras of the Oasis of Hope Hospital)

Vitamin B15 ( Pangamic Asid ) 1 biji 3x Sehari selepas makan Preven-Ca 1 biji 2 kali sehari . - Pancreatic Enzymes Univase Forte ( Megazyme Forte enzyme) 3 Biji x 3 ( 9 biji sehari ).
-

Nasihat mengenai gaya hidup pesakit kanser paru-paru Hidup aktif Dapatkan rehat yang cukup Pergaulan dan hubungan yang baik dengan masyarakat dan kekalkan kehidupan sosial yang sederhana. Jadilah seorang yang aktif - pilih aktiviti yang sesuai dengan anda Teruskan bekerja sepenuh masa atau separuh masa jika boleh Makan secara sihat Makan makanan seimbang dan minum air dengan banyak untuk melawan kesan sampingan daripada rawatan dan juga membolehkan anda lebih kuat untuk menentang jangkitan. Untuk meningkatkan selera makan : o Makan dalam hidangan yang sedikit ataupun ambil snek o Pelbagaikan diet anda dengan makanan dan cuba gunakan resipi baru. o Pergi berjalan-jalan sebelum anda makan kerana ini akan membuatkan anda lebih lapar o Jangan ubah waktu makan anda o Jika boleh, jangan makan berseorangan o Minum air sebanyak mungkin untuk mengekalkan cecair di dalam tubuh. Amalkan kesihatan mental yang baik Berbicaralah dengan jujur dan terbuka bersama keluarga, rakan -rakan ataupun doktor berkenaan isu-isu seperti kehilangan mata pencarian, kehilangan perlindungan insurans, kecacatan fizikal, kelemahan dan kematian. Berjumpalah kanselor, pakar terapi ataupun pekerja sosial jika anda perlukan bantuan profesional Sertai kumpulan sokongan bagi mereka yang memiliki masalah penyakit yang sama yang mungkin boleh membantu anda menyesuaikan diri dengan kanser.

You might also like