You are on page 1of 15

AMALAN GAYA HIDUP LESTARI: PENGLIBATAN AKTIVITI DAN PERTUBUHAN PENJAGAAN ALAM SEKITAR

KUMPULAN 4

PENGENALAN
Alam sekitar merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai harganya. Sebagai rakyat yang prihatin terhadap alam sekitar,mereka hendaklah sentiasa merenung keindahannya disamping berusaha menjaganya setiap masa. Oleh itu,pelbagai inisiatif boleh diambil dalam usaha untuk Memulihkan,

INISIATIF-INISIATIF YANG PATUT DIAMBIL


PERANAN KERAJAAN PERANAN SEKTOR KORPORAT PENGGUNAAN TEKNOLOGI PERANAN PENGGUNA PERANAN PERSATUAN ALAM SEKITAR MENGIKIS SIKAP TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

PERANAN KERAJAAN

Beberapa akta untuk melindungi keindahan alam sekitar telah digubal. Antaranya termasuklah Akta Kualiti Alam Sekitar.Di bawah akta ini,pihak pencemar alam dikenakan hukuman berat. Garis Panduan Penilaian Kesan Alam Sekitar(EIA) pula menimbangkan kerosakan terhadap alam sekitar oleh sesuatu projek. Masyarakat yang mengetahui tentang kegiatan yang menjejaskan kualiti alam yang berlaku di sekeliling mereka hendaklah segera menghubungi Jabatan

Program kitar semula yang di uar-uarkan oleh kerajaan perlu diambil perhatian kerana mampu mempertingkatkan kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar. Bahan-bahan buangan boleh diproses semula untuk digunakan sekali lagi dan kita boleh mengklasifikasikan bahanbahan yang tidak diperlukan ke dalam tong-tong kitar semula. Contohnya, bahan buangan boleh diproses menjadi baja nutrien bagi

PERANAN SEKTOR KORPORAT

membuat pelaburan untuk mengindahkan sesuatu kawasan sebagai destinasi pelancongan. Kumpulan Berjaya umpamanya,telah berkerjasama dengan pencinta alam untuk membangunkan dan mengindahkan Pulau Redang. Sunway Lagoon dan Mines wonderland juga dibina di tapak bekas lombong yang gersang. disamping dapat menhijaukan alam, pihak ini juga dapat mengaut keuntungan yang lumayan.

PENGGUNAAN TEKNOLOGI
Sektor swasta boleh berusaha mengitar semula barang buangan untuk menghasilkan barangan yang bermutu. Sebagai contoh ,plastik boleh dihancurkan menjadi serat halus. Serat halus boleh digunakan untuk menghasilkan kain khemah ,baju hujan ,dan sebagainya

sektor swasta juga boleh menjaga alam sekitar dengan mengeluarkan barang-barang terbiodegradasikan atau barang mesra alam yang mudah reput. Dengan ini ,sampah sarap yang berlonggokan dapat dikurangkan.

PERANAN PENGGUNA
orang awam perlu mengambil berat dan memberikan perhatian terhadap kebersihan didalam dan juga diluar rumah Cthnya, tidak membuang sampah ke dalam longkang dan sistem perparitan yg menyebabkan saliran tersumbat dan akhirnya akan membawa kepada masalah-masalah lain seperti berlaku banjir dan sebagainya.

setiap rumah juga digalakkan menanam pokok dan membangunkan taman bunga sendiri. Sayur-sayuran juga boleh ditanam untuk sara diri dan juga menjaga kehijauan alam. Suri rumah tangga yang membeli belah juga digalakkan membawa bakul sendiri

PERANAN PERSATUAN ALAM SEKITAR


Kita boleh menyertai persatuan alam sekitar,pertubuhan sukarela,dan badan sosial yang lain. Di Malaysia,terdapat Persatuan Perlindungan Alam Sekitar(MASA) dan Persatuan Pengurusan dan Penyelidikan Alam Sekitar(ENSEARCH). Kempen-kempen kesedaran dianjurkan oleh pertubuhan sedemikian.

Kita boleh menganggotai pertubuhan sedemikian atau menghulurkan bantuan kewangan. Sumbangan kita pasti membolehkan kegiatan menyelamatkan alam lebih berjaya.

MENGIKIS SIKAP TIDAK BERTANGGUNGJAWAB


Sikap membuang sampah sesuka hati,menconteng pokok-pokok, dan sebagainya perlu dijauhi. Kita tidak boleh mementingkan keuntungan semata-mata sehingga sanggup memusnahkan alam. Sebagai contoh,penternak perlulah menyediakan loji pelupusan air kumbahan agar air kumbahan ternakan mereka tidak mencemari alam

Pengilang pula janganlah membuang bahan sisa bertoksik terus ke alam. Mereka harus mendirikan loji pelupusan bahan sisa bertoksik untuk menyelamatkan alam.

SEKIAN. MEKASEH!!!

You might also like