You are on page 1of 12

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN, 22200 BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN.

PISMP SEMESTER 5 AMBILAN JANUARI 2011

TENAGA DALAM KIMIA (SCE 3109)

PRAKTIKAL 4

PENGOKSIDAAN DAN PENURUNAN


NAMA NO I/C UNIT PENSYARAH : : : : UMMUL ZETTY BT MOHD YUSOFF 900828-07-5824 5PISMP SAINS TUAN HAJI MAZLAN BIN MOHD NOOR

EKSPERIMEN 4 Tajuk Tujuan Teori :Pengoksidaan dan penurunan :Untuk menyiasat proses penurunan dan pengoksidaan untuk pemindahan elektron pada satu jarak. : Dalam sel redoks, dua elektrod disambungkan antara satu sama lain oleh wayar penyambung. Dua elektrod tersebut diletakkan dalam larutan yang mengandungi agen pengoksidaan dan agen penurunan. Asid sulfurik biasanya digunakan sebagai titian garam dengan fungsi untuk memisahkan agen pengoksidaan daripada agen penurunan. Antara contoh proses redoks ringkas yang melibatkan proses penurunan dan pengoksidaan ialah seperti pengoksidaan karbon untuk menghasilkan karbon dioksida dan penurunan karbon oleh hidrogen untuk menghasilkan metana. Istilah redoks (redox) datangnya daripada dua konsep iaitu penurunan (reduction) dan pengoksidaan (oxidation). Pemindahan elektron berlaku daripada agen penurunan kepada agen pengoksidaan melalui wayar penyambung elketrik. Elektrod yang direndam dalam larutan agen penurunan yang mengalami pengoksidaan melalui kehilangan elektron bertindak sebagai terminal negatif. Elektron yang terhasil itu akan mengalir melalui wayar penyambung ke elektrod yang direndam dalam larutan agen pengoksidaan. Elektrod ini akan bertindak sebagai terminal positif.

Bahan

: 2.0 moldm-3 asid sulfurik, 0.5 moldm-3 larutan ferum(II) sulfat (disediakan semasa larutan ini digunakan sahaja), 0.2 moldm-3 larutan kalim manganat(VII) berasid, 0.5 moldm-3 larutan kalium iodida, 0.2 moldm-3 kalium dikromat (VI) berasid, 0.2 moldm-3 larutan kalium tiosianat dan larutan kanji 1 % .

Alat Radas

: Tiub - U, galvanometer, penyambung klip buaya, elektrod karbon, kaki retot dan pemegang, tabung uji, penitis dan penutup satu lubang.

Prosedur : 1. Letakkan tiub U pada pemegang kaki retot. 2. Masukkan asid sulfurik cair ke dalam tiub-U sehingga paras 6 cm dari mulut tiub-U. 3. Dengan menggunakan penitis, tambahkan dengan berhati-hati larutan 0.5 moldm-3 ferum(II) sulfat ke satu lengan tiub-U sehingga paras larutan ferum(II) sulfat mencapai 3 cm. 4. Seterusnya dengan berhati-hati, tambahkan 0.2 moldm-3 larutan kalium dikromat (VI) berasid ke lengan tiub-U yang satu lagi. 5. Letakkan elektrod karbon ke dalam setiap satu lengan tiub-U. 6. Sambungkan elektrod ke galvanometer seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2. Berasaskan pesongan jarum galvanometer, tentukan elektrod yang bertindak sebagai terminal positif dan elektrod yang bertindak sebagai terminal negatif. 7. Biarkan radas tersebut selama 30 minit, perhatikan sebarang perubahan yang berlaku. 8. Gunakan penitis yang bersih, keluarkan 1 cm3 larutan ferum(II) sulfat dari tiub-U dam masukkannnya ke dalam tabung uji.Tambah beberapa titis larutan 0.2 mol dm-3 kalium tiosianat ke dalam tabung uji tersebut. Rekodkan pemerhatian anda. 9. Ulangi langkah 1 hingga 7 menggunakan larutan 0.5 moldm-3 kalium iodida dan 0.2 moldm-3 larutan kalium manganat (VII) berasid bagi menggantikan larutan ferum (II) sulfat dan larutan kalium dikromat(VI) berasid 10. Ulangi langkah 8 untuk menguji larutan kalium iodida dengan larutan kanji 1 %.

Galvanometer

Elektrod karbon Larutan ferum (II) sulfat Tiub-U Asid sulfurik Rajah 2 Larutan berasid kalium dikromat (VI)

Titiskan 0.2 moldm-3 larutan kalium dikromat (VI) berasid

Sambungkan elektrod ke galvanometer

Perhatikan perubahan yang berlaku Keputusan :

Bandingakn perubahan yang berlaku di elektrod karbon

A. Tindak balas larutan ferum (II) sulfat dengan larutan kalium dikromat (VI) berasid

Pemerhatian

Arah pengaliran elektron

Terminal negatif (FeSO4) ke terminal positif (K2Cr2O7)

Penunjuk galvanometer

Jarum galvanometer bergerak ke arah kanan

Perubahan larutan ferum (II) sulfat

Larutan ferum (II) sulfat bertukar daripada warna hijau muda kepada larutan berwarna kuning

Perubahan larutan kalium dikromat (VI) berasid

Larutan kalium dikromat (VI) berasid bertukar daripada warna jingga kepada warna hijau

Tindak balas larutan kalium triosonat

Larutan bertukar menjadi merah bata

Jadual 1

B. Tindak balas larutan kalium iodida dan larutan kalium manganat (VII) Pemerhatian

Arah pengaliran elektron

Terminal negatif (KI) ke terminal positif (KMnO4)

Penunjuk galvanometer

Jarum galvanometer bergerak ke arah kanan

Perubahan larutan kalium iodida

Larutan kalium iodida bertukar daripada warna jernih kepada warna perang

Perubahan larutan kalium manganat (VII)

Larutan kalium manganat (VII) bertukar daripada warna ungu kepada warna jernih

Tindak balas larutan kanji

Larutan kanji menjadi biru tua

Jadual 2

Kesimpulan

Dalam tindak balas redoks, pemindahan elektron berlaku daripada agen penurunan kepada agen pengoksidaan melalui sambungan wayar litar.

Soalan:

1)

Tuliskan persamaan redoks untuk kedua-dua tindak balas redoks yang dijalankan dalam amali ini.

a. Tindak balas larutan ferum (II) sulfat dengan larutan kalium dikromat (VI) berasid

Tindak balas terminal negatif Fe (ak) Fe (ak) + e


2+ 3+ -

Tindak balas terminal positif

Cr2O72- (ak) + 14H+ (ak) + 6e 2Cr3+ (ak) + 7H2O (ce) Tindak balas redoks keseluruhan: [ Fe2+ (ak) Fe3+ (ak) + e- ] x 6 6Fe2+ (ak) 6Fe3+ (ak) + 6eCr2O72- (ak) + 14H+ (ak) + 6e 2Cr3+ (ak) + 7H2O (ce) 6Fe2+ (ak) + Cr2O72- (ak) + 14H+ (ak) 6Fe3+ (ak) + 2Cr3+ (ak) + 7H2O (ce)

b. Tindak balas larutan kalium iodida dan larutan kalium manganat (VII) Tindak balas terminal negatif 10I- (ak) 5I2 (ak) + 10eTindak balas terminal positif : :

2MnO4- (ak) + 10e + 16H+ (ak) 2Mn2+ (ak) + 8H2O (ce) Tindak balas redoks keseluruhan: 10I- (ak) 5I2 (ak) + 10e2MnO4- (ak) + 10e + 16H+ (ak) 2Mn2+ (ak) + 8H2O (ce) 10I- (ak) + 2MnO4- (ak) + 16H+ (ak) 2Mn2+ (ak) + 5I2 (ak) + 8H2O (ce)

(ii) Dalam setiap tindak balas, nyatakan agen pengoksidaan dan agen penurunan. a. Tindak balas larutan ferum (II) sulfat dengan larutan kalium dikromat (VI) berasid

Agen pengoksidaan

Cr2O72- (ak) + 14H+ (ak) + 6e 2Cr3+ (ak) + 7H2O (ce) Di elektrod positif (anod), ion dikromat (VI), Cr 2O72- diturunkan kepada ion kromium (III), Cr3+ dengan menerima elektron.

Agen penurunan Fe2+ (ak) Fe3+ (ak) + e-

Di elektrod negatif (katod), iron ferum (II), Fe2+ dioksidakan kepada ion ferum (III), Fe3+ dengan pembebasan elektron.

b. Tindak balas larutan kalium iodida dan larutan kalium manganat (VII) Agen pengoksidaan :

2MnO4- (ak) + 10e + 16H+ (ak) 2Mn2+ (ak) + 8H2O (ce)

Ion 2MnO4- menerima elektron untuk menghasilkan ion-ion manganat, Mn2+, maka tindak balas penurunan berlaku di elektrod positif (anod). Oleh itu, ion manganat ialah agen pengoksidaan.

Agen penurunan 10I- (ak) 5I2 (ak) + 10e-

Ion-ion iodida, I- mendermakan elektron, maka tindak balas pengoksidaan berlaku di di elektrod negatif (katod). Oleh itu, ion iodida ialah agen penurunan. Tunjukkan arah pengaliran elektron dalam setiap tindak balas redoks tersebut. Tindak balas larutan ferum (II) sulfat dengan larutan kalium dikromat (VI) berasid Negative terminal (FeSO4) to positive terminal (K2Cr2O7) Tindak balas larutan kalium iodida dan larutan kalium manganat (VII) Negative terminal (KI) to positive terminal (KMnO4)

(4m) 2. Nyatakan fungsi asid sulfurik yang digunakan. Asid sulfurik cair bertindak sebagai titian garam. Fungsi titian garam adalah untuk memisahkan agen pengoksidaan daripada agen penurunan dan melengkapkan litar elektrik supaya ion-ion dapat bergerak melaluinya (2m)

3. Tuliskan dua pasangan larutan lain yang boleh digunakan dalam amali di atas. (4m) Larutan magnesium sulfat (MgSO4) dengan kalium klorida (KCl) Larutan plumbum (II) nitrat (Pb (NO3)2) dan kalsium sulfat (K2SO4)

4. Mengapakah larutan kalium bromida tidak boleh digunakan untuk menggantikan asid sulfurik? Kalium bromida tidak boleh digunakan bagi menggantikan asid sulfurik kerana elektrolit ini adalah elektrolit lemah yang tidak membolehkan ion-ion bergerak melaluinya. Kalium bromida juga tidak sesuai untuk dijadikan titian garam yang efisyen (2m)

Rujukan Soo, T. P. (2005). Siri Teks Referens Kimia SPM Tingkatan 4 & 5. Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Toon, Y. T. et all (2005). Sukses Kimia SPM. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. Toon, Y. T. (1997). Kuasai Peperiksaan Kimia STPM. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. http://cikguzainida.blogspot.com/2011_06_01_archive.html akses pada 15/3/2013 http://chemistry.about.com/od/chemicalreactions/a/oxidation-reductionreactions.htm akses pada 15/3/2013 http://www.scribd.com/doc/84436086/PRAKTIKAL-4 akses pada 15/3/2013 http://www.rsc.org/learn-chemistry/resource/res00000467/an-oxidation-andreduction-reaction akses pada 15/3/2013 http://intro.chem.okstate.edu/HTML/SEXP17.HTM akses pada 15/3/2013

You might also like