You are on page 1of 7

Merancang Perjalanan Aktiviti Hujung Minggu ke Teluk Batik Perak. Pengenalan.

Ungkapan Otak yang cergas datangnya daripada badan yang sihat yang sering kali kita dengar memang mempunyai kebenarannya. Jika diteliti ungkapan tersebut, ia menyeru supaya kita menjaga kesihatan badan supaya minda akan sentiasa sempurna

perkembangannya. Untuk mendapatkan badan yang sihat seharusnya kita mengamalkan gaya hidup sihat . Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang

membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara contoh kehidupan yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula. Sudah pasti dalam kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan ini gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai segera. Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat ini. Di antara amalan budaya hidup sihat ialah mengambil makanan seimbang setiap hari. Makanan seimbang yang dimaksudkan ialah makan yang mengandungi zat dan vitamin yang mencukupi. Pengam bilan sayur-sayuran dan buah-buahan amatlah digalakkan dalam Pemakanan yang sihat ada hubung kait dengan

mengamalkan pemakanan yang sihat. piramid makanan yang sempurna.

mesti diamalkan oleh setiap warga yang inginkan kesihatan yang

Selain itu bersenam setiap hari boleh dijadikan sebagai amalan untuk gaya hidup sihat. Berjogging, menunggang basikal , berkebun dan berbagai-bagai aktiviti yang dapat

mengeluarkan peluh adalah salah satu daripada amalan gaya hidup sihat. Mendapat rehat yang secukupnya perlu bagi setiap orang untuk mengumpulkan tenaga yang telah hilang sebelum itu . Setiap orang memerlukan waktu tidur sekurang-kurang 8 jam Amalan gaya hidup sihat yang seterusnya ialah adalah penting untuk mendapat

untuk mendapat rehat yang mencukupi. menjalani rawatan secara berkala.

Rawatan berkala

kesempurnaan dalam mengamalkan gaya hidup sihat.

Apabila umur seseorang mencapai ke

40-an seharusnya setiap orang membuat rawatan keseluruhan tubuh badan untuk mengelakkan daripada penyakit yang serius dan kronik. Kebaikan mengamalkan gaya hidup sihat

Pengamalan

gaya hidup sihat akan dapat memperkukuh keharmonian dan perpaduan

Negara. Contoh melalui amalan bergotong royong, aktiviti sukaneka, dan sebagainya. Selain itu ia juga akan dapat memupuk semangat patriotisme di kalangan rakyat. Untuk

menghasilkan masyarakat yang berdisiplin dan boleh berdaya saing boleh diinterpretasikan melalui amalan gaya hidup sihat. Contoh dengan menjalani rawatan yang berkala akan dapat mewujudkan masyarakat yang bebas penyakit. Oleh itu mereka dapat menjalankan tugas

seharian dan ini akan dapat meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi dan seterusnya dapat meningkatkan ekonomi negara. Dalam sebuah negara yang terdiri daripada berbilang Perpaduan akan dapat diterapkan melalui

kaum, dan agama perpaduan amatlah penting.

aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti aktiviti sukaneka, majlis kenduri kendara, aktiviti aktiviti riadah yang lain. Dengan cara menyertai aktiviti tersebut mereka dapat bertegur sapa,

bertanya khabar dan seterus mengeratkan ikatan silaturahim di kalangan mereka. Perpaduan yang kukuh akan dapat memberi kekuatan dari segi mental dan fizikal rakyat. Salah satu cabang integrasi nasional dan alat penyatuan kaum yang berkesan untuk membina semangat patriotik dan cintakan Negara. Amalan gaya hidup sihat, memberi faedah

kepada kecergasan fizikal yang seterusnya memanfaatkan diri, organisasi dan Negara. Pekerja yang cergas dan aktif akan lebih sihat serta berdaya saing selain dapat meningkatkan prestasi kerja lebih produktif. Kesihatan mental akan lebih stabil di samping tekanan sentiasa dapat dikawal dan lebih motivasi serta berfikiran positif. Secara tidak langsung amalan sukan

dan gaya hidup sihat dalam kehidupan mampu melahirkan masyarakat minda kelas pertama. Tabiat buruk dan kesannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, orang ramai lebih suka mengambil makanan yang bersifat mudah seperti mengamalkan pengambilan makanan ringan ataupun makanan segera. Tidak kurang juga masyarakat kita hari ini yang lupa kesan pengambilan makanan berlemak ataupun makanan yang mempunyai kandungan garam, gula atau sodium glutamit yang tinggi. Hal ini boleh mendatangkan pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi ataupun kencing manis yang juga menjadi punca kematian tertinggi di negara kita. Orang ramai juga mesti menjauhi amalan buruk seperti merokok atau meminum arak kerana kesannya amat membahayakan. Kepada mereka yang menghadapi tekanan hidup, mereka mungkin boleh mendapatkan bantuan daripada pakar motivasi ataupun rakan-taulan di sekeliling mereka. Hal ini perlu kerana tekanan yang dialami boleh menjuruskan seseorang pada perlakuan negatif seperti mendera, menagih dadah atau melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan. Hasil kajian

yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan tahun 2006 mendapati bahawa amalan gaya hidup masyarakat di negara ini menyebabkan banyak masalah kesihatan yang kronik. Apabila masyarakat terdedah dengan faktor risiko yang lebih menjurus kepada amalan gaya hidup akan mengundang kepada penyakit berbahaya seperti jantung, kencing manis, angin ahmar, kanser, darah tinggi, kegagalan buah pinggang, kerosakan paru- paru dan penyakit tulang. Antara ciri yang boleh mendatangkan risiko penyakit berbahaya yang tidak berjangkit adalah gaya pemakanan yang tidak sihat di mana didapati seramai 8.7 juta (7.8 peratus) daripada masyarakat kita tidak memakan sayur- sayuran dan buah- buahan. Manakala sebanyak 7.2 juta (60.1 peratus) rakyat tidak menjalankan aktiviti fizikal yang sepatutnya. Dan juga ciri gaya hidup yang lain seperti merokok, minum arak, kegemukan, buncit juga mendatangkan risiko kesihatan. Jika diteliti hasil kajian ini, menunjukkan bahawa pemakanan secara seimbang dan aktiviti fizikal tidak dititikberatkan dalam gaya hidup masyarakat Malaysia. Sebab itulah pesakit kanser, jantung, diabetes dan darah tinggi adalah antara golongan yang paling banyak menerima rawatan di hospital kerajaan sepanjang tahun 2006 (Kementerian Kesihatan) di mana penyakit tersebut adalah penyakit yang disebabkan oleh faktor pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat. Rancangan aktiviti. Pada cuti sekolah ini saya dan keluarga telah mengadakan perancangan untuk berkelah di pantai Teluk Batik Perak. Terdapat berbagai-bagai aktiviti yang kami telah rancang semasa berada di sana . Antaranya ialah berenang, menunggang basikal mengelilingi

kawasan tepi pantai dan aktiviti memancing yang boleh dilakukan bersebelahan dengan chalet yang terdapat di kawasan Teluk Batik. Berbagai-bagai peralatan dan bahan telah disediakan untuk kemudahan kami menjalankan aktiviti riadah di sana nanti seperti khemah untuk berteduh, bahan makanan mengelakkan kelaparan. pelampung. seperti nasi, lauk pauk, sayur-sayuran dan buah-buahan untuk Kami juga menyediakan peralatan untuk berenang seperti

Paling penting kami juga menyediakan bahan dan peralatan memancing yang Sebuah

secukupnya agar tidak berlaku kekalutan untuk mendapat bahan jika kehabisan.

kamera juga kami sediakan untuk merakam segala aktiviti, peristiwa dan berbagai-bagai-bagai lagi yang boleh dijadikan kenangan apabila kami balik ke rumah nanti.

Tentatif perjalanan ke Teluk Batik Perak. Masa 0700 pagi Aktiviti catatan penting untuk kekalutan

Kami bersiap-siap untuk Sangat

pergi ke Teluk Batik. menyiapkan segala

Ibu mengelakkan

bahan semasa berada di Teluk Batik.

makanan dan keperluan lain yang diperlukan. saya dan abang

memastikan tiada bahan dan peralatan yang tertinggal.

0730 pagi - 0800 pagi

Kami semua bersarapan pagi Penting untuk mengelakkan sebelum bertolak. kelaparan. Kami makan roti bakar dan air panas.

0800 pagi - 10.30 pagi

Bertolak ke Teluk Batik dan sampai pada jam 1030 pagi

10.40 pagi - 11.00 pagi

Memasang

khemah

dan Memastikan ada tempat untuk

menyediakan peralatan untuk berehat dan berteduh. berenang dan memancing.

11.00 pagi - 1200 tgh.

Saya dan keluarga mandi di pantai. Mempraktikkan

kemahiran berenang.

1230 tgh 0300 ptg

Memancing ikan di kawasan Dapat menenangkan fikiran tepi laut. Mendapat ikan dan mengelakkan stress.

kerapu yang kecil dan seekor ketam. Mengambil gambar di sekitar tepi pantai melibatkan

flora dan fauna.

0430 petang

Bertolak pulang ke rumah.

Faedah menjalankan aktiviti riadah. Melalui aktiviti yang kami telah jalankan saya dapat merasai kasih sayang ibu dan ayah yang tidak berbelah bagi kepada kami sebagai anak-anaknya. Mereka sentiasa memberi

perhatian dan sokongan dalam apa sahaja yang kami lakukan demi untuk kebaikan kami di masa hadapan. Mereka sentiasa mengingatkan kami agar tidak melakukan perkara yang tidak baik dan boleh mengaibkan diri sendiri dan keluarga. Aktiviti yang dijalankan pada hujung

minggu ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengisi masa lapang kami. Walaupun kami melalui perjalanan yang agak jauh tapi saya merasa amat gembira dengan perjalanan itu. Melalui aktiviti ini saya dapat menilai betapa penting nilai kasih sayang di dalam sesebuah keluarga melalui kehidupan seharian kita. Saya akan menjadikan pengalaman ini sebagai

pembakar semangat kepada saya untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh demi untuk masa depan saya dan membalas jasa ibu bapa yang telah banyak dicurahkan kepada saya dan keluarga. Kesimpulan. Aktiviti amalan gaya hidup sihat perlu dirancang untuk mendapat impak yang maksimum. Tanpa perancangan yang rapi tidak mustahil aktiviti yang dijalankan tidak memenuhi objektif perjalanan yang dirancang dengan sempurna. Untuk membuat perancangan segala mungkin kemungkinan mestilah difikirkan demi untuk kebaikan kesudahan aktiviti yang dirancang. Pemilihan makanan, aktiviti, pakaian, dan bahan keperluan lain perlu di ambil berat. Makanan yang dipilih mestilah tidak menimbulkan kemudaratan walaupun ia merupakan aktiviti percutian keluarga. Walaupun ia cuma jenis makan yang ringkas tetapi mestilah seimbang. Begitu juga aktiviti yang hendak dilakukan mestilah dapat memberi kesan positif kepada diri dan keluarga. Sesungguhnya apa yang diharapkan amalan gaya hidup sihat ini akan dapat saya amalkan seterusnya dapat mengelakkan berlakunya kesan negatif ke atas diri saya sendiri khususnya dan keluarga amnya.

Rujukan Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan Bulan Pemakanan Malaysia 2012, Tip Gaya Hidup Sihat, Panduan pemakanan praktikal untuk keluarga, 2012, Sekretariat Versacomm, Petaling Jaya Selangor. Ustaz Ismail Kamus, Indahnya Hidup Bersyariat,2011, Penerbitan Telaga Biru, Petaling Jaya Selangor.

You might also like