You are on page 1of 5

KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN ANATOMI DAN FISIOLOGI AMALI 9 : Sistem Jantung

Nama: NURFATIHA BT ROZLAN Arahan : 1. Melabel dan mengenalpasti bahagian-bahagian jantung. 2. Fungsi-fungsi bahagian jantung. 3. Proses pertukaran darah dalam jantung. Jawapan : 1. Melabel dan mengenalpasti bahagian-bahagian jantung. Opsyen: MATEMATIK 6

2. Fungsi-fungsi bahagian jantung.

a) Atrium Terbahagi kepada dua, iaitu atrium kanan dan kiri. Atrium kanan menerima darah kurang beroksigen daripada tisutisu tubuh. Atrium kiri menerima darah yang kaya dengan oksigen daripada paru-paru. b) Ventrikel c) Injap Terbahagi kepada dua, iaitu ventrikel kanan dan kiri. Ventrikel kanan mengepam darah ke paru-paru. Ventrikel kiri mengepam darah ke seluruh anggota badan.

Terletak antara atrium dan ventrikel. Injap hanya membenarkan pengaliran darah pada satu arah sahaja.

d) Injap terbahagi kepada tiga: Injap bikuspid Injap trikuspid Injap sabit (Aortic valve)

3. Proses pertukaran darah dalam jantung. 1. Darah terdeoksigen memasuki jantung melalui VENA CAVA dan terus ke ATRIUM KANAN 2. Darah terdeoksigen di atrium kanan akan dipam memasuki VENTRIKEL KANAN dan akan melalui INJAP TRIKUSPID. 3. Darah terdeoksigen akan dipam keluar dari ventrikel kanan ke PEPARU menggunakan saluran ARTERI PULMONARI dan perlu melalui INJAP SABIT terlebih dahulu. 4. Darah terdeoksigen memasuki peparu untuk melakukan proses pertukaran gas. Darah yang keluar dari peparu membawa oksigen dipanggil darah beroksigen. 5. Darah beroksigen meninggalkan peparu dan memasuki ATRIUM KIRI melalui saluran VENA PULMONARI. 6. Darah beroksigen di atrium kiri akan dipam ke VENTRIKEL KIRI dan perlu melalui INJAP BIKUSPID. 7. Darah beroksigen di dalam ventrikel kiri dipam keluar melalui INJAP SABIT dan terus ke AORTA 8. Daripada aorta darah beroksigen akan dihantar ke seluruh sel dalam badan manusia bagi melakukan respirasi.

Ringkasan:
VENA KAVA >ATRIUM KANAN>INJAP TRIKUSPID>VENTRIKEL KANAN>INJAP SABIT>ARTERI PULMONARI>PEPARU>VENA PULMONARI>ATRIUM KIRI>INJAP TRIKUSPID>VENTRIKEL KIRI>INJAP SABIT>AORTA>SELURUH BADAN BIRU MERAH : DARAH TERDEOKSIGEN : DARAH BEROKSIGEN

You might also like