You are on page 1of 14

Topik X Amalan

Kesihatan Diri

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan amalan asas kesihatan yang baik; 2. Menyenaraikan amalan pemakanan yang sihat; dan 3. Menyarankan pemeriksaan fizikal dan klinikal mengikut peringkat umur.

PENGENALAN

Selamat datang ke Topik 2. Topik ini akan membicarakan tentang amalan kesihatan diri. Pertama sekali, apakah yang dimaksudkan dengan amalan kesihatan diri? Amalan kesihatan diri bermaksud amalan seharian yang berkaitan dengan kesihatan. Kita mengamalkan amalan kesihatan diri yang baik sekiranya kita:

22 X

TOPIK 2 AMALAN KESIHATAN DIRI

Kedua, apakah kepentingan amalan-amalan ini? Amalan kesihatan diri adalah amat penting kepada seseorang, tanpa mengira usia. Pakar-pakar kesihatan awam sedia maklum bahawa amalan kesihatan diri yang baik adalah kunci kepada kesihatan seseorang dan juga masyarakat. Jika individu sihat, keluarga akan sihat dan negara pun akan sihat. Oleh itu, dalam topik ini, anda akan mempelajari peranan kebersihan diri dalam mengekalkan status kesihatan yang baik serta menjamin hubungan sosial. Kita juga akan belajar tentang kemajuan teknologi yang dapat membantu menjaga tahap kesihatan diri. Akhir sekali, kita akan mengenal pasti apakah pemeriksaan fizikal dan klinikal yang kita perlu dapatkan pada peringkat bayi, kanak-kanak, remaja dan dewasa. Jadi, sudahkah anda bersedia? Mari kita mulakan!

AKTIVITI 2.1
Sebelum meneruskan bacaan, senaraikan amalan asas kesihatan diri yang baik dan amalan kesihatan diri yang tidak baik yang anda telah amalkan dalam tempoh satu hari yang lepas.

2.1

AMALAN ASAS KESIHATAN

Kita mulakan topik ini dengan mempelajari apakah amalan-amalan asas yang perlu kita amalkan untuk menjamin kesihatan yang baik. Tahukah anda apakah amalan-amalan tersebut? Cuba anda senaraikan. Berikut adalah sebahagian amalan asas kesihatan yang perlu kita amalkan:

TOPIK 2 AMALAN KESIHATAN DIRI

23

x x x x x x x x x

Kebersihan diri; Kebersihan pakaian; Kebersihan peralatan; Kebersihan di dalam dan luar rumah; Pemakanan yang sihat termasuklah makanan yang seimbang, mengikut keperluan dan mengikut cara penyediaan yang sihat; Amalan kecergasan fizikal yang tetap; Mengurus tekanan atau stres dengan baik; Dapatkan pemeriksaan jika tidak sihat; dan Jauhi amalan merokok dan meminum alkohol.

AKTIVITI 2.2
1. Fikirkan ahli keluarga atau kenalan anda yang merokok atau menggemari air berkarbonat. Apakah pandangan anda terhadap status kesihatan mereka? 2. Senaraikan amalan kesihatan diri yang baik.

2.1.1

Kesan Amalan Kebersihan Harian

Sekarang mari kita lihat apakah kesan amalan kebersihan harian yang kita amalkan. Anda tentu sedar bahawa kebersihan harian memainkan peranan penting dalam mengekalkan status kesihatan yang baik. Amalan kebersihan yang baik dapat memastikan tubuh serta persekitaran kita jauh daripada kuman dan jangkitan penyakit. Misalnya, amalan membasuh tangan selepas ke tandas dapat mengelak penyakit yang disebabkan oleh kuman.

24 X

TOPIK 2 AMALAN KESIHATAN DIRI

2.1.2

Tahap Kebersihan Diri dengan Rakan Sebaya

Tahukah anda kebersihan diri yang baik menjamin hubungan sosial dengan rakan sebaya dalam keadaan baik? Ini kerana seseorang yang sentiasa bersih akan menunjukkan imej yang bersih untuk bersama rakan sebaya. Tubuh badan yang berbau serta berpenyakit akan menyebabkan rakan sebaya atau orang lain di sekeliling kita menjauhkan diri. Sudah tentu kita tidak mahu perkara ini berlaku. Seseorang yang tidak menjaga kebersihan diri dengan baik akan menjangkitkan penyakit kepada rakan. Misalnya, jika kulit seseorang dijangkiti kudis, ia boleh menjangkiti rakan yang bergaul rapat dengannya jika mereka berkongsi peralatan peribadi seperti tuala mandi dan selimut. Keadaan ini sedikit sebanyak akan menjejaskan tahap kesihatan mentalnya kerana tiada manusia yang ingin disisihkan. Kita patut sedar yang kita perlu juga menasihati rakan sebaya yang kurang menjaga kebersihan diri. Ini adalah kerana berkongsi pengetahuan dan kemahiran dengan rakan adalah amalan yang baik.

2.1.3

Kemajuan Teknologi Berkaitan Peningkatan Penjagaan Kesihatan

Umum menyedari penjagaan kesihatan sekarang ini sudah menjadi lebih mudah dengan adanya kemajuan teknologi terutama teknologi komunikasi dan peralatan pemeriksaan segera. Masyarakat umum boleh mendapat pelbagai maklumat berkaitan kesihatan melalui laman web agensi kesihatan di peringkat tempatan dan global. Penggunaan Internet untuk menyebar atau berkongsi maklumat berkaitan kesihatan memberi pilihan kepada masyarakat untuk meningkatkan pengetahuan mereka berkaitan sesuatu penyakit. Contohnya, perkembangan ICT dalam bidang teleperubatan di kawasan pedalaman di beberapa buah negeri di Malaysia. Melalui ICT, doktor boleh menghantar maklumat pesakit di pedalaman ke hospital di bandar untuk mendapatkan khidmat nasihat berkenaan diagnosa penyakit dan rawatan berkaitan.

TOPIK 2 AMALAN KESIHATAN DIRI

25

Begitu juga sebaliknya di mana staf di klinik luar bandar boleh berhubung dengan hospital utama atau ibu pejabat kesihatan untuk mendapat maklumat dan khidmat nasihat. Selain itu, peralatan untuk pemeriksaan atau pemantauan sendiri juga semakin mudah didapati. Contohnya peralatan untuk memeriksa tahap tekanan darah dan tahap glukos dalam darah. Ini memudahkan individu menilai tahap kesihatan diri pada bila-bila masa di mana jua. Keputusan yang diperoleh adalah segera tanpa perlu menunggu giliran di klinik. Hasilnya, individu tersebut boleh mengambil beberapa langkah pencegahan atau pengawalan dengan mengamalkan gaya hidup sihat terutamanya dalam pemakanan untuk menurunkan paras glukosa darah. Antara peralatan pemeriksaan segera yang boleh didapati dalam pasaran adalah glucometer (Rajah 2.1), accutrend dan strip. Peralatan-peralatan ini boleh memberi keputusan dengan segera tentang tahap glukos dan kolesterol dalam darah. Melaluinya, kita tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan perkhidmatan ini di makmal.

Rajah 2.1: Glucometer Sumber: www.dreamstime.com

Malah, tahukah anda terdapat pemeriksaan secara percuma untuk mengetahui paras glukosa dan kolestrol anda? Perkhidmatan ini boleh didapati ketika klinik dan hospital berdekatan anda menjalankan aktiviti kem kesihatan dan saringan kesihatan dalam komuniti. Sekarang ini, teknologi berkaitan penurunan berat badan menjadi semakin popular dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Pusat pengurusan kecantikan dan kesihatan tubuh badan juga terdapat di seluruh negara. Apakah fungsi pusat-pusat ini? Pusat-pusat ini menyediakan pelbagai teknologi seperti

26 X

TOPIK 2 AMALAN KESIHATAN DIRI

penjagaan kulit, rambut serta penurunan berat badan. Ini menunjukkan betapa teknologi dapat membantu dan memudahkan masyarakat menjaga tahap kesihatan mereka menjadi lebih baik.

SEMAK KENDIRI 2.1


Terangkan bagaimana kemajuan teknologi dapat membantu menjaga tahap kesihatan seseorang.

2.2

AMALAN PEMAKANAN

Mungkin anda pernah mendengar petikan kita adalah apa yang kita makan. Ini menunjukkan bahawa amalan pemakanan menentukan tahap kesihatan kita. Jika kita mengamalkan tabiat makan yang tidak sihat maka kita akan terdedah kepada risiko penyakit. Tahukah anda apakah asas amalan pemakanan yang sihat? Antara asas amalan pemakanan yang sihat ialah pengambilan makanan berdasarkan prinsip piramid makanan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.2 berikut.

TOPIK 2 AMALAN KESIHATAN DIRI

27

Rajah 2.2: Piramid makanan Sumber: mathed.utm.my

Berdasarkan piramid ini, kita boleh lihat yang kita patut makan banyak buahbuahan dan sayur-sayuran. Satu cara mudah untuk melakukannya ialah dengan memakannya pada setiap waktu makan. Selain itu, sesuaikan pengambilan makanan dan aktiviti fizikal untuk mencapai berat badan ideal yang disarankan. Kita juga harus mengurangkan makanan bergoreng dan berlemak di samping memilih makanan dan minuman yang kurang gula. Amalkan juga memilih tempat makan yang bersih dan makanan yang selamat. Dapatkah anda senaraikan beberapa penyakit yang berpunca daripada amalan pemakanan yang tidak sihat? Amalan pemakanan yang tidak sihat meningkatkan peluang untuk mendapat penyakit merbahaya seperti sakit jantung, diabetis, darah tinggi, kanser dan sebagainya. Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan Kempen Cara Hidup Sihat pada tahun 1998. Kempen ini telah mengeluarkan panduan dan mempromosikan pemakanan sihat kepada rakyat Malaysia.

28 X

TOPIK 2 AMALAN KESIHATAN DIRI

Panduan ini meliputi pemakanan seimbang, cara penyediaan makanan yang sihat dan amalan pemakanan yang baik.

2.2.1

Pemilihan Jenis dan Kualiti Makanan

Tahukah anda pemilihan jenis makanan berkaitan rapat dengan amalan pemakanan seimbang? Ini adalah kerana setiap komponen makanan mempunyai fungsinya yang tersendiri dan ia perlu diambil mengikut kuantiti yang sesuai. Mengikut panduan makanan sihat, kita perlu mengambil pelbagai jenis makanan berkualiti untuk memastikan tubuh badan kita mendapat bekalan semua jenis zat. Anda boleh merujuk Jadual 2.1 untuk mengetahui jenis, fungsi dan sukatan makanan.
Jadual 2.1: Jenis Makanan Berdasarkan Fungsi dan Sukatan Komponen Makanan Karbohidrat Jenis Nasi, mi, roti, hasil bijirin, ubi Daging, ikan, telur, kekacang Susu dan hasil tenusu Fungsi Membekalkan tenaga, vitamin, mineral, serat dan protein Membina dan membaik pulih tisu tubuh. Sukatan Keperluan Perlu dimakan lebih banyak (8-12 sajian). Contoh, satu sajian ialah cawan nasi atau keping capati. Makan dengan sederhana ( 2-3 sajian). Contoh, satu sajian ialah satu ketul paha ayam atau satu ekor ikan kembung atau dua biji telur. Susu dan hasil tenusu (1-2 sajian). Contoh, satu sajian ialah satu gelas susu atau satu cawan dadih atau satu keping keju. Makan dengan lebih (3-5 sajian). Contoh satu sajian ialah cawan sayur daun hijau atau satu hiris betik.

Protein

Kalsium Zat besi

Tumbesaran

Vitamin Mineral Serat

Semua jenis sayuran dan buahbuahan

Membekalkan vitamin, mineral dan serat. Menjauhi penyakit akibat kekurangan vitamin. Serat mengelakkan masalah sembelit.

TOPIK 2 AMALAN KESIHATAN DIRI

29

Garam Gula Minyak

Makanan diproses, kuihmuih, aiskrim, makanan bergoreng

Memberi tenaga dan juga sebagai penyedap makanan.

Perlu dimakan sedikit.

Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2001

Makanan yang berkualiti akan memastikan tubuh mendapat zat yang secukupnya. Kita perlu ingat bahawa makanan berkualiti bukan bermakna makanan yang mahal. Makanan berkualiti merujuk kepada makanan yang masih segar dan mempunyai kandungan zat yang tinggi. Makanan berkualiti juga bermaksud makanan yang bebas daripada pencemaran bahan asing yang boleh memudaratkan tubuh badan.

2.2.2

Penyimpanan Makanan

Pernahkah anda mengalami keracunan makanan? Jika pernah, mungkin makanan yang anda makan itu telah tercemar. Anda perlu ingat bahawa penyimpanan makanan dengan cara yang betul akan memastikan makanan selamat untuk dimakan. Langkah ini dapat mengurangkan kerosakan, pencemaran dan pembaziran makanan. Untuk makluman anda, makanan kering dan makanan basah memerlukan cara penyimpanan tersendiri dan tidak boleh dicampurkan. Ikuti panduan dalam Jadual 2.2 berikut tentang kaedah menyimpan makanan kering dan basah.
Jadual 2.2: Kaedah Menyimpan Makanan Kering dan Basah Makanan Kering Kaedah Penyimpanan Makanan mentah kering seperti beras dan tepung hendaklah disimpan di dalam bekas dan tempat yang kering. Ruang yang lembab akan menggalakkan pertumbuhan kulat. Makanan mentah basah seperti ayam, daging dan hasil laut mengandungi banyak bakteria. Makanan mentah ini perlu diasingkan daripada makanan lain yang telah dimasak atau makanan mentah yang sedia untuk dimakan seperti buah-buahan dan ulam. Bahkan titisan daripada air makanan mentah ini juga boleh memindahkan bakteria melalui proses pencemaran silang.

Basah

30 X

TOPIK 2 AMALAN KESIHATAN DIRI

Jika anda kerap menyimpan makanan di dalam peti sejuk, berikut adalah panduan yang perlu diikuti:

2.2.3

Penyediaan Makanan

Mari kita pelajari pula tentang penyediaan makanan. Penyediaan makanan yang sihat merupakan salah satu langkah yang dapat mengurangkan kes keracunan makanan. Ketika penyediaan makanan dilakukan, ia hendaklah mematuhi peraturan yang selamat supaya tidak berlaku pencemaran. Contohnya, tidak menggunakan papan pemotong yang sama untuk makanan mentah dan makanan yang telah dimasak. Selain itu, makanan mentah juga perlu dibersihkan dengan air bersih sebelum dimasak. Umum mengetahui bahawa bekalan air bersih yang mencukupi adalah sangat penting dalam menjamin kebersihan dan keselamatan makanan. Andaikan anda sebagai seorang penyedia makanan yang perlu memasak makanan untuk perhimpunan keluarga ketika musim perayaan. Pertama sekali, sebelum memulakan aktiviti memasak, anda perlu mengamalkan kebersihan diri dengan sebaik-baiknya. Mengamalkan kebersihan diri yang baik adalah berkaitan dengan ciri-ciri seorang penyedia makanan yang sihat. Apakah ciri-ciri tersebut? Berikut adalah beberapa ciri seorang penyedia makanan yang sihat:

TOPIK 2 AMALAN KESIHATAN DIRI

31

2.3

PEMERIKSAAN FIZIKAL DAN KLINIKAL

Sekarang kita beralih pula ke subtopik yang membincangkan tentang pemeriksaan fizikal dan klinikal. Terdapat dua jenis pemeriksaan fizikal dan klinikal di Malaysia, pertama peringkat bayi, kanak-kanak dan remaja dan kedua peringkat dewasa. Mari kita lihat perbezaan antara kedua-dua peringkat ini dengan lebih lanjut.

2.3.1

Peringkat Bayi, Kanak-kanak dan Remaja

Sebahagian daripada anda mungkin pernah menghantar anak anda untuk mendapatkan pemeriksaan di klinik atau hospital. Masihkah anda ingat apakah tujuannya? Terdapat beberapa jenis pemeriksaan fizikal yang perlu dibuat dari peringkat bayi dan kanak-kanak sehinggalah ke peringkat dewasa. Tujuannya ialah untuk memantau status kesihatan serta perkembangan tumbesaran seseorang kanak-kanak.

Berdasarkan Program Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia, kanak-kanak di bawah tujuh tahun perlu datang untuk melalui pemeriksaan fizikal dan klinikal secara berkala di klinik dan hospital. Perkembangan kanak-kanak perlu dipantau berdasarkan pertumbuhan badan dari segi berat dan ketinggian serta kemahiran asas mereka seperti bercakap, bermain, merangkak, berdiri dan berjalan. Segala perkembangan ini dipantau

32 X

TOPIK 2 AMALAN KESIHATAN DIRI

berdasarkan panduan dalam kad perkembangan kanak-kanak. Selain itu, suntikan imunisasi di klinik dan hospital kerajaan juga turut diberikan kepada bayi secara percuma. Apakah kepentingan pemeriksaan fizikal bagi bayi? Pemeriksaan fizikal bagi bayi adalah amat penting untuk mengesan kecacatan awal. Anda perlu tahu bahawa pengesanan awal akan mempercepatkan rawatan dan pemulihan. Di klinik kesihatan ibu dan anak, masalah kecacatan anak yang telah dapat dikenal pasti boleh dirujuk ke pusat pemulihan dalam komuniti untuk proses penjagaan khas dan pemulihan. Bagi kanak-kanak dan remaja yang telah memasuki alam persekolahan, pemeriksaan kesihatan mereka akan dilakukan oleh pasukan kesihatan sekolah daripada pejabat kesihatan yang berdekatan dengan sekolah. Sekarang mari kita bayangkan diri kita adalah seorang kanak-kanak yang sedang menuntut di sekolah rendah. Apakah pemeriksaan kesihatan yang akan kita lalui? Kita akan menjalani pemeriksaan penglihatan, pendengaran, masalah kudis, kebersihan mulut dan kedudukan testis sama ada telah turun dan berada di dalam kantungnya atau belum (untuk kanak-kanak lelaki). Pengesananpengesanan awal ini akan dapat membantu kanak-kanak bermasalah dirujuk kepada pakar untuk rawatan lanjut atau pendidikan khas diperlukan.

2.3.2

Peringkat Dewasa

Sekarang kita beralih pula kepada pemeriksaan fizikal dan klinikal bagi peringkat dewasa. Pertama sekali, kita perlu mengetahui tujuan utama pemeriksaan ini. Tujuan utama pemeriksaan kesihatan untuk orang dewasa adalah untuk mengenal pasti sesuatu penyakit pada peringkat awal. Pemeriksaan biasanya meliputi tekanan darah, tahap glukos dalam darah, tahap kolesterol, indeks jisim badan, kanser serviks dan kanser payudara. Pemeriksaan-pemeriksaan ini dapat membantu mengesan penyakit-penyakit seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung, diabetis dan kanser. Pengesanan awal juga akan dapat membantu mengenal pasti rawatan awal yang sesuai terhadap sesuatu penyakit. Jadual 2.3 meringkaskan jenis pemeriksaan, kebaikan dan peralatan yang diperlukan untuk melakukannya.

TOPIK 2 AMALAN KESIHATAN DIRI

33

Jadual 2.3: Jenis Pemeriksaan, Kebaikan dan Peralatan Jenis Pemeriksaan Tekanan darah Glukosa darah Kebaikan Dapat mengesan dengan lebih awal tanda-tanda tekanan darah tinggi. Dapat mengesan tahap glukosa dalam darah dan membantu sebagai amaran untuk mengawal pengambilan gula atau rawatan awal. Dapat mengesan tahap kolesterol darah dan membantu menyedarkan seseorang untuk mengawal pemakanan serta mengamalkan senaman. Dapat mengesan awal sel-sel kanser di pangkal rahim dan dirawat awal. Dapat mengesan awal masalah penglihatan (rabun dekat atau jauh). Dapat mengesan awal masalah pendengaran dan membuat rujukan pakar untuk rawatan. Dapat mengetahui tahap IJB dan membantu untuk mengawal pemakanan serta kecergasan fizikal. Alat-alat Ujian

Sphigmomanometer Glucometer dan strip

Kolesterol

Accutrend dan strip

Pengesanan barah pangkal rahim Penglihatan Pendengaran

Spatula, mikroskop Carta Snellen Audiometer

Berat badan/ Indeks Jisim Badan (IJB)

Alat

timbang, body meter, penimbang dan

kalkulator

Anda boleh melakukan pemeriksaan ini di klinik dan hospital kerana ia merupakan pemeriksaan kesihatan yang kerap digunakan untuk peringkat dewasa.

SEMAK KENDIRI 2.2


1. 2. 3. Senaraikan jenis-jenis makanan yang baik untuk kesihatan. Senaraikan jenis pemeriksaan fizikal dan peralatan yang digunakan. Di manakah pemeriksaan ini boleh diperoleh? Bagaimanakah keputusan pemeriksaan boleh membantu kerajaan membentuk polisi berkaitan dengan langkah kerajaan memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia?

34 X

TOPIK 2 AMALAN KESIHATAN DIRI

x x x

Amalan-amalan asas kebersihan diri adalah sangat penting dalam menjaga kesihatan kita. Antara amalan tersebut ialah kebersihan diri, kebersihan pakaian dan kebersihan peralatan. Amalan kesihatan yang baik dapat memastikan tubuh serta persekitaran jauh daripada kuman dan jangkitan penyakit. Penjagaan kesihatan menjadi lebih mudah dengan kemajuan teknologi terutama teknologi komunikasi dan peralatan pemeriksaan segera. Amalan pemakanan menentukan tahap kesihatan kita. Asas pengambilan makanan adalah berpandukan prinsip piramid makanan. Penyimpanan makanan dengan cara yang betul akan memastikan makanan selamat untuk dimakan. Langkah-langkah penyediaan makanan perlulah diikuti supaya tidak berlaku keracunan makanan. Pemeriksaan fizikal dan klinikal adalah penting mengikut peringkat umur. Kita perlu mengetahui jenis-jenis pemeriksaan fizikal dan klinikal serta tujuannya. Antaranya ialah pemeriksaan fizikal semasa bayi (untuk mengesan sebarang kecacatan awal), pemeriksaan kesihatan bagi kanak-kanak dan remaja serta pemeriksaan kesihatan bagi orang dewasa (untuk mengenal pasti tekanan darah, paras glukos dalam darah, tahap kolesterol dan sebagainya).

Amalan kesihatan Cara hidup sihat Kebersihan

Kesihatan Pemakanan sihat Pemeriksaan kesihatan

Kementerian Kesihatan Malaysia. (2001). Modul kempen cara hidup sihat: Promosi kesihatan keluarga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like