You are on page 1of 3

CARA-CARA PENYEJUKAN PENGUBAH KUASA TIGA FASA.

Kehilangan yang berlaku di transformer menyebabkan wujudnya kepanasan. Jika kepanasan tidak dicegah dengan segera ia boleh menyebabkan penebat belitan terbakar dan seterusnya berlaku litar pintas antara litar belitan. Haba yang disebabkan oleh kehilangan kuprum dan teras mestilah di kurangkan bagi menjaga hayat dan kecekapan alatubah. Oleh kerana pengubah tidak mempunyai bahagian berputar yang membolehkan pengalih udaraan, ia sukar untuk disejukkan berbanding dengan mesin-mesin elektrik yang lain. Bagi pengubah yang kecil ( kurang dari 12KW ), ia mungkin dapat di sejukkan oleh udara biasa melalui permukaan luar pengubah. Tetapi bagi pengubah besar, cara ini tidak memadai. Cara tambahan lain perlu dilakukan agar haba itu dapat dipindahkan keluar dari pengubah iaitu seperti dengan merendamkan pengubah itu ke dalam tangki yang berisi minyak khas. Permukaan tangki ini mungkin di buat beralun atau mempunyai tiub-tiub tambahan. Bagi pengubah melebihi 500KW, keadaan penyejukan tambahan di buat dengan menggunakan air yang dialirkan kedalam tangki khas. Sekirannya ketiadaan air, bagas udara boleh digunakan untuk menyejukkan pengubah disamping minyak. Terdapat juga pengubah yang mengabungkan semua kaedah penyejukan tersebut

Sirip-sirip perangkap udara Pengubah kecil dengan penyejukan secara sinaran

Penyejukan melalui minyak dgn air

Penyejukan melalui minyak

Penyejukan secara aliran air

Pengubah sederhana dgn penyejukan secara bagas udara

pengubah minyak Geganti pam

Tangki pengub ah

Rajah: Kaedah penyejukan pengubah Cara-cara penyejukan Alatubah

1. 2. 3. 4. 5.

Dry type Oil immersed, oil cooled Oil immersed, self cooled Air blast Oil immersed, air cooled

Kerumitan Penyejukan Suhu oil immersed tranformer yang disejukkan dengan bantuan peralatan luar akan ke paras bahaya jika berlaku kerosakan pada peralatan penyejukan itu. Sebagai pemabaukan sementara jika kerosakan ini berlaku, maka beban alatubah ini perlu dikurangkan supaya alatubah ini tidak menjadi terlalu panas. Dalam alatubah penyejukan air, tiub saluran air boleh tersumbat disebabkan pengumpulan keladak daripada bekalan air. Jika saluran ini tidak dibersihkan jumlah pengaliran air aka berkurangan dan dengan itu suhu alatubah akan naik.Dalam sistem penyejukan alatubah, kerosakan boleh berlaku jika air bocor ke dalam tangki minyak. Kebocoran ini berlaku disebabkan oleh hakisan dinding saluran yang telah berkarat. Untuk mengelakkan adalah elok jika saluran copper digunakan untuk menggantikan tiub besi.Jika penyejukan luaran digunakan, risiko kebocoran air ke dalam minyak di atasi dengan meletakkan tekanan minyak di tahap yang tinggi daripada air dengan menggunakan pam. Cara ini kita boleh mempastikan yang setiap kebocoran berlaku adalah daripada minyak ke dalam tangki dan bukan sebaliknya.

Di dalam water cooled Transformer risiko yang lebih besar didapati atau di hadapi dengan kehadiran lembapan. Biasanya air yang berada dalam saluran adalah dalam keadaan normal iaitu diparas suhu yang rendah jika di bandingkan dengan minyak. Ini akan menyebabkan lembapan yang terdapat di atas tiub penyejukkan di punca dimana ia memasuki tangki, lembapan ini akan menitik ke dalam minyak. Risiko ini boleh dikurangkan dengan membalut tiub penyejukkan dengan bahan yang tidak bertindak dengan minyak dan tahan panas serta tidak mengalirkan udara. Simbol-simbol yang biasa digunakan dalam sistem penyejukan A= Penyejukan oleh udara sekeliling untuk alat ubah kering N= Penyejukan semulajadi oleh pengaliran udara. B= Penyejukan secara tiupan angin (dengan bantuan radiator dan kipas) 0= Direndam di dalam minyak W= Disejukan oleh air F= Peredaran udara dengan bantuan pam Minyak mempunyai beberapa kebaikan berbanding dengan udara sebagai media penyejukan. Minyak mempunyai specific heat yang tinggi daripada udara iaituia menyerap lebih banyak haba untuk kenaikan suhu yang sama.Minyak mempunyai daya pengaliran haba yang lebih baik daripada udara. Ia dapat mengalirkan haba daripada teras dan lilitan ke permukaan tangki dengan lebih cekap.Daya penebat minyak 6 kali ganda lebih kuat daripada udara iaitu minyak bertindak sebagai bahan penebat.Selain itu, minyak dapat mengurangkan kebisingan daripada teras.

Sumber rujukan :
Buku Pemasangan dan Penyenggaraan Elektrik. Edisi Kedua. ABD. SAMAD HANIF Muka surat 341 hingga 358.

You might also like