You are on page 1of 5

Amali 5 : Optik 201 3

AMALI 5 : OPTIK Tajuk Tujuan Hipotesis : Optik : Mengukur panjang fokus dan kuasa bagi kanta cembung : Sinar selari dari suatu objek menumpu di titik fokus, F, selepas melalui suatu kanta cembung. Teori : Suatu kanta diperbuat daripada kaca, plastik jernih atau sebarang bahan lutsinar dengan sekurang-kurangnya satu permukaan melengkung. Terdapat dua jenis kanta iaitu kanta cembung (kanta penumpu) dan kanta cekung ( kanta mencapah) . Istilah istilah yang berkaitan dengan kanta : a) Pusat optik, C ialah pusat suatu kanta yang dilalui semua sinar cahaya tanpa pembiasan. b) Paksi utama ialah garis lurus yang melalui pusat optik suatu kanta dan menyambungkan pusat kelengkungan permukaannya. c) Titik fokus (fokus utama), F bagi i) Kanta cembung ialah titik pada paksi utama di mana sinar tuju selari menumpu selepas dibiaskan melalui kanta. ii) Kanta cekung ialah titik pada paksi utama di mana sinar tuju selari mencapah selepas dibiaskan melalui kanta. d) Panjang fokus, f, suatu kanta ialah jarak fokus utama, F, dari pusat optiknya ,C.
1 |Page

Amali 5 : Optik 201 3


e) Satah fokus ialah satah pada titik fokus dan berserenjang dengan paksi utama .

Kuasa kanta 1. Kuasa , P bagi suatu kanta mengukur penyimpangan sinar cahaya selepas kanta. 2. Kuasa, P bagi suatu kanta ditakrifkan sebagai salingan bagi panjang fokus dalam unit meter. Kuasa kanta, p= _____1_____

f (dalam unit meter) atau _____1_____ f (dalam unit cm) 3. Unit pengukuran kuasa kanta, P, ialah m-1 atau diopter (D).

2 |Page

Amali 5 : Optik 201 3

Tujuan eksperimen ini ialah untuk menentukan kuasa, P, bagi sebuah kanta cembung yang diberi.

Susunkan mentol kanta cembung pada pemegang kanta dan skrin di sepanjang pembaris meter. Tetapkan mentol supaya satah filamennya berada segaris dengan tanda sifar pembaris meter, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3. Letakkan skrin suaya jarak, y,di antara filament mentol dan skrin ialah 65.0 cm.Letakkan kanta cembung itu berdekatan dengan mentol. Hidupkan mentol dan laraskan kedudukan kanta cembung sehingga satu imej filament mentol yang tajam dan dibesarkan terbentuk pada skrin.Rekodkan jarak objek , x b, di mana filamen mentol dan kanta cembung , dalam cm, apabila imej yang tajam dan dibesarkan terbentuk pada skrin. Tanpa menggubahkan kedudukan mentol dan skrin, gerakkan kant cembung itu mendekati skrin. Laraskan kedudukan kanta cembung sehingga satu imej filamen mentol yang tajam tetapi dikecilkan terbentuk pada skrin.
3 |Page

Amali 5 : Optik 201 3

Ulangi eksperimen ini dengan jarak-jarak y berikut: y= 60.0 cm, 55.0 cm, 50.0cm, 45.0 cm, dan 43.0 cm dan dapatkan bacaan-bacaan bagi jarak-jarak objek, x b dan xk anda di ruang yang disediakan.

Jawapan: Mentol dan skrin ,y (cm) 65.0 60.0 55.0 50.0 45.0 43.0 Jarak mentol dengan kanta cembung xb 6.2 6.3 6.4 6.5 6.6 6.4 xk 59.5 54.5 49.5 44.5 39.0 36.5

Lukiskan satu graf jarak, y, melawan jarak objek, x , pada kertas di halaman 9, x terdiri daripada nilai-nilai xb dan xk. Anda diingatkan bahawa bagi tiap-tiap nilai y, terdapat dua nilaix,iaitu xb dan xk yang sepadan. Graf ini adalah satu garis lengkung. Gunakan graf anda untuk menentukan nilai y o, iaitu nilai minimum bagi y. Tandakan dengan jelas pada graf anda untuk menunjukkan bagaimana anda mendapat nilai itu.

yo = 16 cm. Kuasa , P, bagi kanta cembung itu, dalam diopter, diberi oleh persamaan berikut: P= 400 yo
4 |Page

=400 16

Amali 5 : Optik 201 3


Hitungkan kuasa, P, bagi kanta cembung itu = 25 diopter

Nyatakan dua langkah berjaga-jaga yang anda telah ambil dalam eksperimen ini. i) ii) iii) Pastikan mentol, kanta dan skrin adalah dalam satu garis lurus dan berada di paras yang sama. Semasa bacaan di ambil, pastikan kedudukan aras mata bersudut tepat dengan pembaris . Pastikan mendapatkan bacaan ukuran pada imej yang betul-betul jelas dengan menggerakkan kedudukkan kanta ke hadapan dan ke belakang.

5 |Page

You might also like