You are on page 1of 3

SHELLA DAUD GAN PISMP BM C PENGENDALI : FAIZATUL HANIM BT MATDIN (SALURAN DAN PEREDARAN DARAH)

1. i. ii. Rujuk kertas A4. Kronologi dan proses berlakunya kitaran : Kaedah litar peredaran (kitaran) pulmonari adalah pengangkutan darah tidak beroksigen dari jantung ke paru-paru. Darah beroksigen akan

kembali ke jantung. Darah akan masuk ke atrium kanan di mana semasa menguncup akan mengarahkan darah melalui injap trikuspid ke ventrikel kanan. Ventrikel kanan menguncup untuk menolak darah melalui arteri pulmonari ke pembuluh pulmonari. Pembuluh pulmonari berpecah dua iaitu satu ke arteri pulmonari kanan yang membawa darah ke paru-paru kanan dan satu lagi arteri pulmonary kiri yang membawa darah ke pulmonary kiri. Di dalam paru-paru, arteri pulmonari bercabang ke arteri yang lebih kecil yang dinamakan arteriole. Arteriole bersambung ke bahagian bawah kapilari yang mengandungi tisu paru-paru alveoli. Pertukaran gas berlaku di sini, karbon dioksida meninggalkan sel darah merah dan dikeluarkan ke udara dalam alveoli untuk dibuang dalam paruparu. Oksigen dari udara dalam alveoli bergabung dengan hemoglobin dalam sel darah merah. Dari kapilari darah bergerak ke vena kecil atau venules. Venules adalah dari kiri dan kanan paru-paru dan membentuk vena pulmonari. Vena ini akan membawa darah beroksigen dari paru-paru balik ke jantung dan atrium kiri. Atrium ini menguncup, menghantar darah melalui injap bikuspid ke ventrikel kiri. Ruang ini bertindak sebagai pam untuk darah beroksigen yang baru (segar). Bila ventrikel kiri menguncup, ia akan menghantar darah beroksigen melalui injap semilunar aortik kemudiannya aorta. iii. Rujuk kertas A4.

2. Sebab terjadinya peredaran darah kembali ke jantung. Vena kava membawa darah yang mengandungi karbon dioksida ke atrium kanan. Apabila atrium kanan menguncup, darah masuk ke ventrikel kanan melalui injap trikuspid (3 kelopak). Penguncupan ventrikel menolak darah melalui injap pulmonari ke dalam arteri pulmonari dan seterusnya ke paru-paru. Pertukaran oksigen dan karbon dioksida berlaku di paru-paru. Seterusnya darah mengalir melalui vena pulmonari ke atrium kiri. Apabila atrium kiri menguncup, darah akan melalui injap mitral / bikuspid (2 kelopak) masuk ke ventrikel kiri Dari ventrikel kiri darah mengalir melalui injap aorta ke salur aorta untuk dihantar ke seluruh badan. 3. i. ii. iii. iv. Rujuk kertas A4. Rujuk kertas A4. Rujuk kertas A4. Dinding salur darah arteri dan vena terbentuk oleh tiga lapisan Tunica extema (lapisan luar) Tunica media (lapisan tengah) Tunica intima (lapisan dalam)

4. Kaedah mengukur tekanan : Satu pelambung lengan tangan akan dibalut di sekitar lengan anda dan diketatkan. Satu tiub udara akan disambung ke satu penunjuk tekanan jenis merkuri dan segala tekanan yang terkumpul di dalam pelambung udara lengan tangan tersebut akan ditunjuk pada penunjuk tekanan tersebut. Udara akan dipam masuk ke dalam pelambung lengan itu dan anda boleh rasa ketat pada lengan tangan.

Doktor akan menempatkan stetoskop pada lengan anda dan mendengar denyutan darah semasa udara dikeluarkan secara perlahan-lahan.

Tekanan darah sistolik akan diambil ketika doktor mendengar denyutan nadi. Nada denyutan ini akan menjadi semakin lemah akhirnya hilang. Tekanan darah diastolik diukur pada ketika doktor tidak dapat mendengar nada denyutan nadi. Tekanan darah diukur dalam unit milimeter merkuri (mmHg). Itu merupakan cara pengukuran tekanan darah tradisional yang sudah diguna lebih daripada seratus tahun. Kini dengan teknologi moden, tekanan darah dapat diukur dengan pengukur tekanan darah jenis elektronik. Kini, pengukur tekanan jenis merkuri sudah semakin disingkirkan kerana kemungkinan keracunan merkuri.

5. a. hypertension stage 1 (mild) b. Faktor yang mempengaruhi bacaan darah : Penyakit tinggi darah Pemakanan tidak seimbang Kurang bersenam Penyakit jantung Lelah

You might also like