You are on page 1of 2

AADK SAHUT POSITIF AMANAT YB MENTERI

Oleh: Mohd Firdaus Bin Mohd Zain & Mohd Amir Khusairi bin Harun Putrajaya, 7 Januari: Rentetan dari perutusan tahun baru dan amanat YB. Dato Seri Hishammuddin Bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri pada pagi tadi, YBhg. Dato Hjh. Zuraidah Binti Hj. Mohamed, Ketua Pengarah AADK telah mengadakan satu sidang media bagi mengulas lanjut perkara tersebut. Sidang media tersebut telah berlangsung di pejabat YBhg. Dato Ketua Pengarah bermula tepat jam 5 petang. Dalam sidang media itu, YBhg. Dato Hjh. Zuraidah memberi penjelasan serta penerangan kepada rakan media mengenai transformasi AADK yang akan dilaksanakan pada tahun 2011. Antara lain, YBhg. Dato Hjh. Zuraidah menegaskan pada 2011, AADK akan menggerakkan 101,062 orang sukarelawan Rakan Antidadah (RADA) melalui penglibatan program pencegahan dan rawatan pemulihan. Ia adalah merupakan satu gelombang sukarelawan dalam usaha membantu AADK memerangi dadah bertepatan dengan amanat YB. Dato Seri Menteri Dalam Negeri yang mahukan seluruh jabatan dan agensi dalam KDN menggerakkan gelombang kesukarelaan melalui semangat 1KDN. Bercakap mengenai rawatan dan pemulihan dadah pula, YBhg. Dato Hjh. Zuraidah menjelaskan setelah 27 tahun, AADK mengorak langkah dengan memperkenalkan pendekatan baru melalui penubuhan Klinik Cure & Care 1Malaysia. Melalui pengwujudan klinik berkonsepkan terbuka dan sukarela di klinik tersebut, tahun 2010 AADK telah mendapat pujian daripada pelbagai agensi antarabangsa iaitu World Health Organization, United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC) serta banyak lagi kerana berjaya menghasilkan pendekatan diluar jangkaan ini. Dari hasil yang positif tersebut, AADK merancang akan menambah lagi jumlah klinik berkenaan pada tahun 2011.

Pada tahun 2011 juga, AADK akan memperkenalkan produk terbaru; i. Cure And Care Service Centre (CCSC) CCSC menyediakan perkhidmatan rawatan & pemulihan kepada kumpulan sasar disamping berfungsi sebagai pusat aktiviti harian, penempatan sementara, pendampingan (outreach), pencelahan (intervention), khidmat nasihat & rujukan.

ii. Rumah Komuniti; Rumah Komuniti adalah sebuah fasiliti pemulihan yang dikendalikan sepenuhnya oleh komuniti setempat dan bertindak sebagai pusat singgah masuk atau pusat

khidmat harian (drop in centre). Setiap rumah komuniti akan mempunyai jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Rumah Komuniti (JKRK) yang dikendalikan oleh komuniti itu sendiri. iii. Pengkategorian PUSPEN: AADK juga mengklasifikasikan PUSPEN kepada beberapa kategori iaitu: 1. PUSPEN Triage 2. PUSPEN Tegar 3. One PUSPEN Selain produk-produk terbaru tersebut, sehingga November 2010 daripada 52,284 orang kena pengawasan (OKP), AADK dibawah Bahagian Penguatkuasaan dan Pengawasan telah berjaya memastikan sebanyak 43,980 (84.12%) kes OKP komplian melapor diri dan mengikuti pemulihan dalam komuniti. Sehubungan dengan itu pada tahun 2011, AADK akan mempertingkatkan lagi tahap komplian tersebut dalam usaha memastikan OKP menjalani pemulihan dalam komuniti.

AADK juga akan turut menggerakkan 101,062 orang sukarelawan Rakan Antidadah (RADA) melalui penglibatan program pencegahan agensi. Disamping itu AADK turut akan memberikan latihan yang sistematik kepada ahli RADA terutamanya dalam kaunseling dalam membantu agensi memulihkan penagih dadah.Melalui pembaharuan tersebut, ia dilihat sejajar dengan hasrat YB Menteri Dalam Negeri yang ingin melihat golongan sukarelawan ini mempunyai hala tuju yang jelas dalam membantu AADK untuk berhadapan dengan musuh nombor satu negara.

Kesemua perkara yang dinyatakan tersebut adalah bukti kesungguhan dan keazaman AADK dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat demi kesejahteraan agama,bangsa dan negara sejajar konsep 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

You might also like