You are on page 1of 39

CIRI-CIRI MASYARAKAT PLURALISTIK

1.1 LATAR BELAKANG.

Dipercayai petempatan penduduk di Tanah Melayu wujud sejak sebelum tahun


3000 S.M. Penduduk bumiputera tinggal di kampung-kampung di tepi laut dan muara
serta lembah sungai. Lazimnya kampung mempunyai unit sosial dan pentadbiran
tersendiri. Corak petempatan pula akan menentukan aktiviti ekonomi yang tertumpu
kepada pertanian.
Dari segi sejarah kedatangan penghijrah ke Tanah Melayu pendatang luar
bukanlah satu perkara asing. Ini akibat aktiviti perdagangan. jumlah kedatangan
pedagang tidak begitu ramai dan petempatan yang diwujudkan juga tidak banyak. Pada
abad ke-6 dan ke-7, terdapat beberapa petempatan orang India di Kedah. Pada abad
ke-13 dan 14 pedagang-pedagang Islam pula memainkan peranan. Ramai antara
mereka yang memainkan peranan penting bukan sahaja dalam bidang perdagangan
tetapi juga politik. Terdapat orang Islam Arab dan India yang bersemenda dengan orang
Melayu. Di kalangan orang Cina pula terdapat sekumpulan kecil yang dikenali sebagai
"Baba Cina". Pusat-pusat utama "Cina Baba" ialah di Melaka dan Pulau Pinang.
Walaupun pada amnya mereka mengikut cara hidup orang . Cina tetapi mereka juga
dipengaruhi cara hidup Melayu clan adat tempatan. Bahkan pada peringkat awal ramai
antara mereka yang berkahwin dengan wanita tempatan.
Jumlah kedatangan penghijrah luar bertambah ramai pada zaman penjajahan
British. Ini bermula di Negeri-Negeri Selat dan kemudian ke Perak, Selangor clan
Negeri Sembilan. Adalah jelas masyarakat majmuk Tanah Melayu kesan peninggalan
penjajahan yang menggalakkan penghijrahan kerana kepentingan ekonomi.
Masyarakat majmuk wujud kerana masyarakat berkelompok mengikut kaun. Mereka
berbeza dari segi budaya, bahasa, agama dan kegiatan ekonomi.
Mengikut J.S. Furnivall yang membuat kajian di Burma dan jawa mendapati
masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum. Setiap komuniti tinggal
berkelompok mengikut kaum dalam unit politik yang sama. Setiap kelompok
mengamalkan agama, adat resam, bahasa, pemikiran, kerjaya dan cara hidup sendiri.
1
Perhubungan mungkin wujud antara satu sama lain tapi hanya di pasar atau kedai
ketika menjalankan urusan jual beli. (Sejarah Malaysia (1800-1963).1986:170)

1.2 PENDAHULUAN

Sebelum abad kesembilan belas lagi kita dapati negeri-negeri melayu mempunyai
penduduk berbilang kaum. Kita semua tabu sejak dahulu lagi terdapat kaum lain seperti
India, China dan Arab hidup bersampingan dengan masyarakat tempatan. Kebanyakan
mereka mungkin tidak tetap tinggal di sine tetapi sebilangan yang menetap dengan
senang meresap dan menjadi sebahagian masyarakat tempatan. Dengan itu negara
kita telah sedia mempunyai masyarakat berbilang kaum.
Masyarakat Malaysia seringkali disebutkan sebagai masyarakat majmuk.
Masyarakat majmuk mempunyai dua ciri dasar. Yang pertama penduduk dalam
2
masyarakat itu terdiri daripada dua bangsa atau lebih dan hubungan di antara satu
bangsa dengan yang lain tidak rapat. Pernah disebutkan oleh seorang pegawai
Inggeris, J.S. Furnivall, bahawa dalam masyarakt majmuk, penduduk-penduduk yang
terdiri daripada berbagai bangsa `bercampur gaul tetapi tidak bercantum. Masyarakt
Malaysia terdiri daripada berbagai bangsa iaitu Melayu, Cina, dan India. Setiap kaum itu
mempunyai keperibadian budaya yang tersendiri bahasa masing-masing tidak sama;
adat resam masing-masing juga tidak sama; dan sebilangan besar anggota-anggota
setup kaum mempunyai ugama sendiri.
Kita mula mempunyai masyarakat majmuk apabila golongan mendatang ini mula
mengukuhkan kedudukannya dan mengekalkan identitinya. Mereka ini berlainan
daripada pendatang awal kerana mereka mengelak daripada meresap ke dalam
masyarakat tempatan dan dengan itu muncullah masyarakat majmuk di negara kita
dengan masalah-masalahnya yang perlu kita hadapi hari ini. Tentulah banyak perkara
yang menimbulkan keadaan ini. Mungkin ini disebabkan kesan dasar pemerintahan
Inggeris atau pun sikap kaum mendatang itu sendiri.

1.3 PANDANGAN DAN CIRI-CIRI MASYARAKAT PLURALISTIK.

Masyarakat majmuk adalah kawasan penempatan yang terpisah antara satu etnik
dengan etnik dengan etnik-etnik yang lain, perbezaan kegiatan ekonomi yang mana satu-satu
kegiatan ekonomi itu dimonopoli oleh kumpulan etnik, sedikit sekali jumlah perkahwinan
campur dan parti-parti politik yang berlandaskan kaum. Furnivall, menyatakan masyarakat
Malaysia sebagai masyarakat majmuk atau plural society.

(Furnivall, 1956:313)

Furnivall, 1948 dalam bukunya “Colonial Policy dan Practise” menerangkan sifat-sifat
utama masyarakat majmuk. “Di Burma, seperti juga Jawa, perkara pertama yang mungkin
menarik perhatian pelawat ialah campuran pelbagai jenis manusia – keturunan Eropah, Cina,
India dan orang pribumi. Dalam pengertian khusus mereka adalah campuran kerana mereka
hanya bergaul bukannya bergabung secara padu. Setiap kelompok mempunyai agama yang

3
tersendiri, buadaya dan bahasa yang tersendiri, idea dan cara yang tersendiri. Mereka bertemu
sebagai individu, tetapi hanya di pasar-pasar, iaitu untuk membeli atau menjual barang.
Terwujudnya satu masyarakat majmuk, dengan bahagian-bahagian komuniti yang berlainan
hidup secara berdampingan, tetapi berasingan dalam unit politik yang sama. Malahan dalam
bidang ekonomi pun terdapat pembahagian kerja mengikut ras.

(John Rex, 1985:19)

Pluralisme ialah satu proses di mana orang berlatarbelakangkan budaya yang berlainan
hidup bersama secara harmonis, membenarkan ekspresi cara-cara hidup mereka yang
distinkrif di dalam suatu keadaan yang selaras dengan kebajikan nasional.

(Vander Zanden, 2008)

Apabila merujuk pada pandangan penulis lain, Masyarakat plural boleh


didefinisikan sebagai masyarakat berbilang kaum atau masyarakat yang mengandungi
beberapa kaum yang berlainan asal keturunan, bahasa, kebudayaan, adat resam,
amalan dan kepercayaan. Masyarakat berbilang kaum hidup secara berasingan tetapi
di bawah sistem politik yang sama.
Aspek yang perlu diberikan penekanan adalah asal keturunan yang berlainan,
bahasa yang berlainan, kebudayaan yang berlainan , adat resam yang berlainan,
amalan dan kepercayaan yang berlainan.
1.3.1 ASAL KETURUNAN YANG BERLAINAN

Orang Melayu boleh ditafsirkan sebagai penduduk asal Tanah Melayu di mana
nenek moyangnya datang dari Indo-China atau Yunnan lebih 3500 tahun dahulu.
Namun, penduduk Melayu kini sebenarnya lebih ramai ekoran kemasukan beberapa
lagi kelompok masyarakat Melayu dari kepulauan lain ke Tanah Melayu. Sejak abad ke-
9 lagi telah berlaku penghijrahan beramai-ramai masyarakat Melayu Indonesia ke
Tanah Melayu. Penghijrahan ini berlaku ekoran kedudukan ekonomi, politik dan sosial
yang semuanya boleh menjamin keselesaan mereka.
4
“Etnik Cina dan India yang berhijrah ke Malaysia masih mengekalkan cara hidup,
budaya, organisasi social dan status politik mereka. Di sebelah pihak yang lain, etnik Melayu
masih terpinggir di kampong dan tidak mengikut perubahan ekonomi yang diperkenalkan oleh
British. Justeru itu, etnik Melayu tidak menyediakan tenaga tenaga buruh yang dikehendaki
oleh pembangunan ekonomi yang diperkenalkan oleh penjajah British. Keengganan etnik
Melayu untuk turut serta sebagai tenaga buruh untuk membantu perkembangan ekonomi
British itu telah dijadikan alas an untuk mengambil etnik Cina dan India”. (Freedman, 1960)

Sebelum, kedatangan British, bilangan masyarakat Cina adalah terlalu kecil dan
kebanyakannya bekerja sebagai peniaga sahaja. Penghijrahan masuk masyarakat Cina
secara beramai-ramai berlaku selepas pengambilan Pulau Pinang oleh British dari
tangan Sultan Kedah pada tahun 1786, pengambilalihan Singapura dari tangan Sultan
Johor pada tahun 1819 dan selepas penubuhan Negeri-negeri Selat pada tahun 1826.
”tanpa orang Cina negeri-negeri Melayu akan terus berada dalam kemunduran dan
kemskinan. Orang Cina amat rajin bekerja membuka tanah-tanah baru. Mereka bekerja dalam
perusahaan-perusahaan yang menuntut tenaga kerja yang amat sukar seperti membuat kayu
arang dan memotong kayu sebagai tukang rumah, tukang membuat peralatan-peralatan dan
penyusun batu-bata, peruncit dan pedagang. Sbagai kontraktor-kontraktor mereka membina
jalan raya, landasan kereta api, jambatan dan bangunan kerajaan. Mereka membina dan
memberikan warna kepada kehidupan bandar dan sebahagiannya adalah pelombong-
pelombong bijih yang gigih dan tidak kurang juga yang bekerja di ladang-ladang getah. Justeru
itu, tidak ada orang yang boleh menafikan sumbangan orang Cina terhadap pembangunan
ekonomi Malaysia, kerana hasil jerit-payah meraka itu kini dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia
seluruhnya.” (Morgan, 1946)

Hubungan terawal telah bermula sejak abad pertama Masihi apabila penganut
Hindu-Buddha menyebarkan agama mereka di Nusantara. Hubungan seterusnya
kelihatan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka apabila pedagang-pedagang India
berniaga di pelabuhan Melaka. Penghijrahan masyarakat India ke Tanah Melayu
berlaku secara besar-besaran mulai tahun 1840-an. Kebanyakan buruh India datang
dari selatan India. Buruh-buruh India bermula sebagai pekerja di ladang-ladang tebu
dan kopi di Seberang Perai.
Orang India juga menyumbang dalam kemajuan Tanah Melayu. Orang India yang
berpendidikan Inggeris datang ke Tanah Melayu sebagai tenaga pengajar di sekolah-sekolah
Inggeris yang mula dibuka. Mereka juga memberikan sumbangan sebagai pekerja sektor

5
awam, doktor perubatan, guru-guru yang berpengalaman dan peguam-peguam. Kita mengakui
sumbangan etnik India terutama sebagai guru sekolah dan doktor perubatan kerana dari sudut
kemajuan Barat mereka dinikmati lebih dahulu daripada kita di Malaysia ini. (Morgan, 1946)

1.3.2 AGAMA DAN KEPERCAYAAN YANG BERLAINAN

Penduduk Melayu ketika itu hidup dengan agama dan kebudayaan mereka
tersendiri, malahan amalan mereka ini tidak terjejas walaupun dengan kemasukan
buruh-buruh Cina dan India. Fenomena ini berlaku kerana tidak wujud percampuran
yang ketara antara ketigatiga kaum tadi lantaran ciri-ciri pemisahan yang ketara di
peringkat awal, terutama dari segi penempatan dan amalan ekonomi masing-masing.
Dalam agama Islam, al-Quran dijadikan sebagai asas perundangan yang utama
bersama-sama dengan nasihat daripada Nabi Muhammad. Islam ialah agama yang
paling meluas dianuti di Malaysia dengan memperlihatkan peningkatan perkadaran
daripada 58.6% pada tahun 1991 kepada 60.4% pada tahun 2000. Islam mentafsirkan
bentuk-bentuk hubungan yang berlaku dalam hidup manusia. Dalam hubungan
manusia dengan Allah, Allah telah menciptakan segala-galanya untuk kebahagiaan
manusia. Oleh itu, manusia dicipta bertujuan untuk menghambakan diri kepada Allah
dan beribadat kepada-Nya. (Sejarah Malaysia.2000:216)
Antara agama atau kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat Cina ialah
fahaman Taoisme. Taoisme merupakan sistem falsafah clan keagamaan Cina.
Pengaruh Taoisme amat meluas. Kepercayaan ini telah memperkaya ajaran
Confucianisme dan membantu memperluas ajaran agama. Buddha Berta memberikan
semangat, inspirasi dan panduan akhlak kepada. orang-orang Cina.(Sejarah
Malaysia.2000:217).

6
Agama yang paling banyak dianuti oleh masyarakat India ialah agama Hindu.
Agama ini agak berbeza berbanding dengan agama lain kerana ia tidak mempunyai
pengasas. Setiap penganut Hindu perlu sentiasa menyesuaikan diri untuk hidup demi
masyarakatnya dan berusaha memuaskan hati nenek moyang dan tuhan-tuhannya.
Sebagai balasan, tuhan-tuhan akan menjauhkan mereka daripada penyakit dan
sebarang bencana, memanjangkan usia dan membantu mereka menewaskan musuh
dalam sebarang peperangan.(Sejarah Malaysia.2000:219).
1.3.3 KEBUDAYAAN DAN ADAT RESAM YANG BERLAINAN

Dua jenis adat yang menjadi amalan penduduk Melayu di Tanah Melayu ialah
Adat Perpatih dan Adat Temenggung. Adat Perpatih diamalkan oleh masyarakat melayu
di Negeri Sembilan. Adat ini menekankan konsep demokrasi dan muafakat. Raja bukan
berkuasa mutlak. Dalam adat ini juga, pewarisan harta pusaka diutamakan kepada
anak perempuan. Adat Temenggung menjadi amalan masyarakat Melayu seluruh
Semenanjung, kecuali Negeri Sembilan.
Adat ini menekankan pemerintahan raja mutlak dan keutamaan kepada kaum
lelaki. Selain itu, adat ini turut mendapat pengaruh yang banyak daripada agama Islam.
Perayaan-perayaan keagaman agama islam adalah Aidilfitri, Aidiladha, Nuzul Qur’an,
Maulud Nabi, dan Awal Muharam. Antara Muzik dan tarian masyarakat melayu adalah
wayang kulit, Mak Yong, Kuda Kepang, Menora dan Joget Gamelan.
Adat Perkhawinan masyarakat melayu adalah merisik, bertunang, pelamin dan
bersanding. Jenis pakaian tradisional sarung, Pakaian Cik Siti Wan Kembang, Pakaian
Puteri Perak, Baju Kurung Teluk Belanga, Baju Kebaya Labuh dan Baju Riau Labuh.
Dari segi perayaan, masyarakat Cina mempunyai beberapa perayaan yang
disambut dalam satu tahun. Antaranya, adalah Tahun Baru Cina, perayaan ini lebih
mengutamakan perjumpaan keluarga yang diadakan menjelang hari tersebut.
Masyarakat Cina memastikan sebelum perayaan ini menjelang, hutang-hutang dibayar
clan semua akaun ditutup. Perayaan Chap Gob Mei, ini diraikan pada hari ke-15
selepas tahun baru yang juga merupakan hari terakhir sambutan Tahun Baru Cina.
Selain itu, Perayaan Ching Ming diraikan pada hari terakhir bulan kedua dalam 1
tahun lunar. Pada hari ini, kaum keluarga melawat kubur nenek moyang untuk
7
dibersihkan clan bersembahyang. Seterusnya, Perayaan Hantu Lapar ini diraikan pada
hari ke-15 dalam bulan ketujuh.Perayaan ini lebih popular di Pulau Pinang. Selain itu,
Perayaan Kuih Bulan diraikan sempena mengingati kejayaan kumpulan pemberontak
yang menentang pemerintahan kerajaan Mongol pada abad ke-14 di negara China.
Dari segi pakaian, masyarakat Cina kini kebanyakannya telah menggunakan
pakaian moden yang bercirikan Barat. Namun, pakaian tradisi golongan wanita Cina
masih digunakan sehingga kini. Salah satu darinya ialah 'samfoo'. 'Samfoo' terdiri
daripada kombinasi blaus dan seluar. Pakaian ini lebih kerap digunakan oleh golongan
tua. Sejenis lagi ialah 'cheongsam'. Dari segi makanan, makanan asas masyarakat
Cina di negara ini ialah nasi. Namun, jenis makanan utama terdiri daripada masakan
Kantonis, Hokkien dan Szechuen.
Masyarakat India juga mempunyai berbagai-bagai perayaan. Tiga jenis perayaan
utama ialah Deepavali, Thaipusam dan Thai Ponggal. Perayaan Deepavali ini dipanggil
perayaan lampu. Diraikan dalam bulan ‘Kartikai’ dalam agama Hindu. Seterusnya,
perayaan thaipusam ini sering diraikan secara besar-besaran di kuil-kuil yang terkenal.
Perayaan Thai ponggal merupakan perayaan penuai atau petani. Selain itu, terdapat
beberapa perayaan lain yang diraikan di kuil-kuil tertentu di seluruh negara.
Pakaian tradisi kaum wanita ialah sari, iaitu sejenis pakaian daripada kain
sepanjang enam ela yang dililitkan di keliling badan dan dipakai bersama dengan
sehelai blaus. Pakaian tradisi kaum lelaki pula digelar dhotis, iaitu sejenis kain berwarna
putih. Kaum lelaki juga mengenakan vesti atau kurta, iaitu pakaian putih untuk ke kuil
atau perayaan tertentu. Makanan masyarakat India di negara ini ialah nasi ataupun roti-
roti tertentu. (Sejarah Malaysia.2000:221).

8
1.3.4 AMALAN DAN KEPERCAYAAN YANG BERLAINAN

Masyarakat cina mempunyai amalan dan kepercayaan. Antaranya, adalah


amalan Kalendar orang Cina. Perhitungan hari orang Cina ini bermula dari hari pertama
anak bulan dan berakhir selama 29 atau 30 hari. Setiap tahun mengandungi 12 bulan
dan setiap tahun dikenali dengan Hama binatang-binatang tertentu. Apabila cukup 12
tahun, nama yang pertama akan diulang. Nama-nama tersebut ialah tikus, lembu
jantan, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam, anjing dan babi.
Amalan seterusnya adalah keinginan mendapat anak pertama lelaki. Keinginan
mendapat anak lelaki sememangnya kuat di kalangan masyarakat Cina kerana anak
lelaki akan mengekalkan nama keluarga dan merupakan orang yang mengendalikan
upacara roh kepada ibu bapa yang meninggal dunia.
Selain itu, amalan dalam pelajaran. Masyarakat Cina sejak dari beribu-ribu tahun
dahulu amat mementingkan pelajaran. Di Tanah Melayu dalam abad ke-19 dan ke-20,
anak-anak Cina merupakan yang paling ramai bersekolah berbanding dengan anak-
anak Melayu dan India. Masyarakat Cina beranggapan bahawa bagaimana miskin pun
seseorang itu, mereka patut diberi peluang yang sama untuk diberi pelajaran. Pelajaran
diharap dapat memajukan seluruh keluarga dan membantu sanak-saudaranya kelak.
Masyarakat cina percaya pada Upacara pengebumian. Masyarakat Cina sering
mengadakan perarakan apabila berlaku sebarang kematian. Perarakan ini akan diiringi
bunyian muzik dan biasanya menelan kos yang besar. Oleh itu, seseorang yang
menyambut hari lahir yang ke-60 menandakan orang itu sudah layak untuk memasuki
‘persatuan keranda’ dan ia perlu membayar yuran bulanan supaya apabila ia mati kelak
ia mempunyai keranda yang baik.
Masyarakat India juga mempunyai nilai-nilai kebudayaan dan adat tradisi mereka
yang tersendiri. Kebudayaan kaum ini juga dibawa dari tanah asal merek dan kini
kebudayaan mereka turut mengalami asimilasi dengan budaya Tempatan. Asasnya
masyarakat Hindu di India terbahagi kepada hierarki sosial yang tertentu. Hierarki
tersebut dipanggil sistem kasta. Dalam sistem kasta, masyarakat Hindu di India
dibahagikan kepada empat hierarki sosial.

9
Kasta Brahmin, terdiri daripada golongan bangsawan dan alim ulama. Golongan
ini dikatakan menyamai taraf kepala pencipta. Kasta Ksyatria, terdiri daripada golongan
pahlawan dan dianggap menyamai taraf tangan pencipta. Kasta Vaisya, terdiri daripada
rakyat biasa yang kebanyakannya bekerja sebagai pedagang atau petukang dan
tarafnya disamakan dengan paha pencipta. Kasta Sudra, terdiri daripada golongan
hamba abdi yang kedudukannya disamakan dengan kaki pencipta. Sistem ini
menjadikan masyarakat Hindu mempunyai jurang perbezaan sosial yang terlalu besar
antara satu golongan dengan golongan yang lain. Masyarakat yang duduk pada hierarki
yang terendah kebanyakannya menanggung kesusahan dan merekalah yang terpaksa
merantau ke negara-negara asing untuk mencari rezeki. (Sejarah Malaysia.2000:224).

1.3.5 BAHASA YANG BERLAINAN

Bahasa yang dituturkan oleh orang Melayu terdiri daripada kelompok bahasa
Austronesia. Bahasa ini dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu mengikut tiga kumpulan
manusia berdasarkan kedudukan geografi masing-masing. Tiga kumpuIan tersebut
terdapat di Semenanjung dan Kepulauan melayu yang meliputi Malaysia, Indonesia,
Filipina dan Madagascar; kedua, Malenesia dan, kepulauan sekitarnya; serta ketiga,
Polinesia dan kepulauan sekitarnya.
10
Bahasa yang digunakan oleh orang Melayu ialah bahasa Melayu. Sebelum,
kedatangan Barat, tulisan yang digunakan oleh orang Melayu ialah tulisan jawi iaitu
pengaruh yang dibawa oleh pedagang-pedagang Arab sejak zaman Kesultanan Melayu
Melaka lagi.
Orang Cina terdiri daripada berbagai-bagai kelompok yang boleh dibezakan dari
segi loghat, dan adat. Kelompok-kelompok utama ini ialah Hokkien, Kantonis, Hakka,
Teochew dan Hailam. Orang cina Hokkien menggunakan bahasa hokkien, orang cina
Kantonis menggunakan bahasa Kantonis.
Orang Tamil yang berasal dari Chennai bertutur dalam bahasa tamil. Manakala
orang Malayalam dari pulau kerala bertutur dalam bahasa Malayalam. Orang telugu
adalah orang india yang berasal dari Hyrabad bertutur dalam bahasa Telngu. Orang
Ceylon adalah orang india yang berasal dari Sri Lanka bertutur dalam bahasa Ceylon.
Orang Punjabi adalah orang india bertutur dalam bahasa Punjabi.

KESAN-KESAN KEWUJUDAN MASYARAKAT PLURALISTIK SELEPAS


KEMERDEKAAN DICAPAI

2.1 ASPEK KEBUDAYAAN


2.1.1 MASYARAKAT MELAYU, CINA DAN INDIA.

Malaysia terkenal sebagai sebuah negara berbilang kaum tetapi tetap utuh
sebagai bangsa yang kaya dengan warisan budaya termasuk adat istiadat dan budi
bahasa yang tinggi.sehubung dengan itu, apabila kita melihat adat resam orang kaum
Melayu kita dapati pengunjung beragama Islam apabila tiba ke rumah yang
dikunjungi hendaklah memberi salam dengan ucapan `Assalamualaikum'.

11
Selain itu, bagi pengunjung bukan Islam pula memadai dengan
menyeru nama tuan rumah dan mengucapkan selamat sama ada pagi, tengah
hari, petang dan malam. Sebelum masuk ke dalam rumah orang Melayu,
pengunjung hendaklah menanggalkan kasut. Di samping itu, jikalau pada masa itu
telah ada tetamu lain, pengunjung hendaklah mengenalkan diri mereka dan
menundukkan sedikit kepala tanda hormat sambil berjabat tangan. Seterusn ya
adalah menjadi kebiasaan rum ah Mela yu , secara tradisinya, tetamu dan tuan
rumah duduk bersila. Bagi orang lelaki silanya bersilang kaki dan bagi orang
perempuan bersimpuh. Jikalau duduk di kerusi ia adalah dianggap kurang sopan
apabila seseorang itu bersilang kaki sehingga nampak tapak kaki, berlunjur
lurus ataupun membuka kaki dengan luas. Apabila tuan rumah menghidangkan
makanan adalah tidak manis untuk tetamu menolaknya. Jikalau sudah kenyang
sekalipun hendaklah ia merasa sedikit hidangan yang disajikan itu. Bagi
pengunjung yang merokok elakkan dari membuang habuk rokok ke dalam piring
atau dalam mana-mana bekas makanan walaupun bekas itu hanya
mengandungi sisa makanan. (Asmad,1930:126)
Di samping itu, apabila kita melihat adapt resam kaum orang Cina maka kita
dapati bahawa semasa berkunjung ke rumah orang-orang Cina tetamu sebaik-baiknya
duduk di sebelah kiri tuan rumah tanda menghormati tuan rumah. Te ta m u h en d a k la h
j an g a n m in u e t da h ul u ji ka la u dihidangkan minuman melainkan sekiranya
dipersilakan oleh tuan rumah berulang kali. Seterusnys adalah tidak sesuai
mengunjungi rumah keluarga Cina sewaktu mereka makan melainkan kunjungan
tersebut memang menghadiri jamuan.

Selain itu, apabila kita melihat adapt resam orang kaum masyarakat India
Terdapat sedikit sebanyak perbezaan adat antara masyarakat India keturunan
Tamil, Punjabi dan India Utara. Secara umumnya adat resam mereka adalah
seperti saat kunjungan seelok-eloknya dilakukan pada hari dan masa yang sesuai.
Kunjungan ke rumah orang-orang yang hari berpindah dianggap tidak sesuai
dilakukan pada hari Khamis, Ahad dan Selasa. Kunjungan untuk mengutip atau
memberi wang tidak elok diadakan pada waktu malam. Kunjungan seperti ini
amat tidak sesuai pada hari Jumaat. Selain itu, semasa memberi hormat kaum India

12
ada berbagai-bagai cara tetapi kebiasaannya merapatkan kedua tapak tangan dan
mengangkatnya hingga ke dada sambil mengucapkan kata-kata yang berm aksu d
`selamat'. Seperti juga rumah orang-orang Melayu pengunjung ke rumah
masyarakat India hendaklah membuka kasut kecuali tuan rumah
membenarkannya. Di samping itu, seseorang pengunjung yang ingin pulang
hendaklah terlebih dahulu meminta diri daripada tuan rumah dengan
mengatakan `saga akan datang lagi' dan berjabat tangan.

Kaum Melayu sebahagian besarnya beragama Islam, kaum cina beragama


sama ada Buddha, Lao-Tze, Taoime, Confucius manakala kaum India beragama Hindu.
Di samping itu, terdapat ramai juga yang beragama Kristian. Oleh hal yang demikian,
berlakunya pelbagai pengaruhan seperti dalam adapt istiadat, bahasa antara satu kaum
dan satu kaum yan berlainan

2.1.2 MASYARAKAT BABA DAN NYONYA

Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik
kedudukannya di kalangan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah
Melayu yang kini ditukar sebahagian Malaysia, khususnya di negeri Melaka.
Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang
Cina tetapi sebaliknya mendakwa bahawa mereka adalah rakyat British dan amat
berbangga dengan kedudukan ini.

Tambahan pula, mereka mengeji pendatang-pendatang Cina yang baru, dan


juga mempunyai kelab atau persatuan tersendiri yang tidak membenarkan pendatang-
pendatang Cina masuk. Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau
"Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina
yang mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu.

Kebanyakan pendatang Cina yang terawal datang ke Tanah Melayu(Malaysia)


adalah daripada kelompok Hokkien. Oleh itu, kebanyakan orang Baba juga adalah

13
Hokkien dan mereka yang berasal daripada keturunan Hokkien masih menganggap diri
mereka sebagai orang Hokkien meskipun kebanyakannya tidak pandai bertutur dalam
loghat Hokkien. Ada juga orang Baba yang berasal daripada keturunan Kantonis,
Hakka, dan lain-lain. Selian ini, budaya Baba juga berasal dari Melaka tetapi apabila
Pulau Pinang dan Singapura berkembang dan dimajukan. Pada masa itu ramai di
antara mereka telah berpindah ke kedua-dua negeri ini, terutamanya Singapura. Kaum
Baba yang wujud pada hari ini bertutur dalam bahasa Baba iaitu sejenis dialog bahasa
Melayu yang boleh difahami oleh kebanyakan orang Melayu.

Generasi Nyonya iaitu Baba perempuan sejak awal lagi, bermula memakai
pakaian kebaya dan kain sarong seperti orang-orang Melayu. Dengan itu, kehidupan
orang Baba atau masyarakat cina peranakan memang menarik dan pandangan mereka
juga masih bersifat kecinaan, walaupun mereka telah lama terpisah daripada komuniti
mereka di China.
Selain daripada itu, masyarakat Baba juga masih mengekalkan aspek-aspek
kebudayaan mereka seperti sistem kekeluargaan dan agama, kecuali tocang. Tocang
adalah satu perkara yang dianggap sebagai lambang pengabdian kepada kerajaan
Manchu. Di samping itu, mereka juga tidak lagi menggamalkan tradisi mengikat kaki
kaum wanita yang dianggap sebagai adat yang tidak bertamadun.

Malahan masyarakat Baba masih mengamalkan sebahagian resam budaya Cina


yang sudah tidak dihiraukan lagi oleh masyarakat Cina Malaysia yang lain. Contohny
adat istiadat perkahwinan Cina tradisional yang memperlihat kedua-dua pengantin
memakai pakaian-pakaian yang indah dan berwarna warni warisan budaya Cina
tradisional. Apabila kita melihat rumah orang Baba, ia dibina berdasarkan pelan-pelan
tradisional Cina berbanding dengan Melayu. Seterunya kebanyakan anak-anak
keturunan Baba dibesarkan mengikut cara hidup dan upacara-upacara agama orang
Cina yang diubah oleh unsur-unsur kemelayuan serta unsur-unsur tempatan yang lain.
Dalam 150 tahun yang lalu, upacara ini telahpun diubah suai. Penghidupan moden
yang terlalu cepat meninggalkan sedikit demi sedikit masa lapang untuk persembahan
ke atas pengorbanan yang tidak berkesudahan itu. Upacara ini semakin berkurangan
disebabkan juga oleh pengaruh Barat, tetapi masih terus diamalkan.

14
Selain itu, cara – cara masakan mereka juga kebanyakannya dipengaruhi oleh
cara masakan orang Melayu. Dengan itu, makan dengan menggunakan tangan
sebagaimana juga orang-orang Melayu juga menjadi sesuatu kebiasaan kepada
mereka. Golongan masyarakat Baba juga lebih gemar untuk memakan masakan orang
Melayu. Selain lank-pauknya mereka juga suka makan berbagai-bagai jenis ulam
terutarnanya petai Gan jering disertai dengan sambal belacan.

Di samping itu, bentuk pakaian perempuan iaitu golongan tua sangat pengaruhi
oleh seni pakaian wanita-wanita Melayu. Jenis pakaian yang Ramat digemari oleh
mereka ialah ‘Baju Kebaya’ dan berkain batik. Selain itu mereka gemar bersanggul dan
memakai cucuk sanggul. Selain itu, orang lelakinya pula gemar untuk memakai kain
pelikat apabila berada di rumah.
Apabila kita melihat dalam bidang kesenian lagu dan nyanyi, mereka meminati
lagu-lagu dondang sayang dan keroncong tetapi boleh dikatakan kurang meminati lagu-
lagu Melayu berirama asli. Di Melaka dan di Pulau Pinang ada kumpulan muzik
keroncong dan dondang sayang yang ditubuhkan oleh ahli-ahli seni lagu orang Baba.

Selain itu, dari segi kepercayaan pula terdapat juga pengaruh budaya tempatan
di kalangan masyarakat ini. Hal ini dibutikan apabila mereka mengamalkan perkara –
perkara seperti percaya kepada hantu, pontianak dan juga penyakit buatan orang.
Bukan itu sahaja, mereka juga mempercayai cara perubatan tradisi iaitu meminta
rawatan daripada pawang dan bomoh sebagaimana yang dilakukan oleh setengah-
setengah orang Melayu. Selain itu mereka juga terpengaruh dengan kepercayaan
terhadap keramat dan memohon kepada sesuatu keramat untuk mendapatkan sesuatu
yang dihajatinya.

Masyarakat Baba tetap berpegang kepada ajaran Tao atau Krung Fu Tze dan
Budha. Di samping itu, perkataan – perkataan keagamaan yang mereka gunakan juga
diambil daripada bahasa Melayu seperti Allah (sebutannya: Tuan Ala) dan dewa-dewa
yang dilambangkan dalam bentuk berhala atau patung yang dipanggil oleh mereka
datuk-datuk. Penggunaan perbendaharaankata dalam bahasa Melayu seperti ini,

15
adalah mungkin kerana mereka kurang memahami dengan ajaran-ajaran dan
kepercayaan orang Cina itu sebab mereka tidak fahami bahasa Cina.

Golongan masyarakat Baba memang kuat beribadat mengikut cara agama yang
mereka anutinya. Mereka juga memuja aruah leluhur serta merayakan hari Ceng Beng
dengan menziarahi kubur datuk nenek mereka. Mereka juga merayakan hari-hari
kebesaran masyarakat Cina seperti pesta menyambut Tahun Baru Cina, pesta Hari
Hantu Lapar dan lain-lainnya.

Seterusnya kita melihat tentang bidang penulisan. Pada Zaman dahulu golongan
penulis dan cerdik pandai masyarakat Baba di Malaysia dan juga di Indonesia pernah
menerbitkan karya sastera dan akhbar dalam bahasa Melayu. Mereka memang pandai
mengarang pantun dan menyanyikan pantun dalam lagu dondang sayang dan juga
keroncong.

Sesungguhnya masyarakat Cina Peranakan merupakan suatu bentuk kaum


yang mempunyai tempatnya yang tersendiri dalam kehidupan masyarakat Malaysia di
zaman lampau. Mereka tidak pandai berbahasa Cina tetapi tidak pula dikatakan
sebagai suatu golongan atau pecahan daripada bangsa Melayu kerana mereka tidak
mengalami asimilasi kebudayaan sampai ke peringkat yang menghilangkan ciri-ciri
kecinaannya.(Asmad,1930:100)

2.1.3 MASYARAKAT CHITTY

Golongan masyarakat Hindu Peranakan atau dikenali juga masyarakat Chitty


Melaka tidak berapa dikenali oleh masyarakat ramai, kerana bilangannya agak sangat
kecil. Meeka bukan sahaja tidak dikenali oleh masyarakat Malaysia, tetapi sebesar
penduduk Melaka juga tidak mengetahui mereka. Disini yang dikatakan chitty adalah,
bukanlah golongan chettiar iaitu orang-orang India selatan dari kasta Chetti yang
menjalankan perniagaan meminjamkan wang dengan mengambil bunga itu. Malahan
masyarakat Chitty ialah masyarakat yang terbentuk hasil daripada kahwin campur di

16
Melaka di zaman lampau iaitu perkahwinan orang-orang Hindu dengan orang-orang
tempatan.

Pada masa itu, hampir semua anggota masyarakat golongan ini, tiada
mempunyai hubungan langsung dengan saudara mara mereka di tanah besar India.
Semua pertalian persaudaraan mereka telah terputus dalam perubahan masa. Oleh
sebab masyarakat golong ini telah wujud beberapa kurun lamanya maka bahasa
Melayu pula menjadi bahasa ibunda mereka. Mereka tidak tahu bertutur dalam bahasa
ibunda mereka iaitu bahasa Tamil.

Walaubagaimanapun, golongan masyarakat ini kuat mengamalkan ajaran agama


Hindu. Mereka juga mengamalkan semua adat istiadat agama Hindu. Bahasa yang
digunakan oleh mereka adalah seakan-akan seperti bahasa pertuturan masyarakat
Cina Peranakan. Ia hanya berbeza dalam penggunaan perkataan-perkataan dari
bahasa Tamil dalam bahasa ibunda mereka. Di samping itu, perkataan-perkataan atau
istilah – istilah dari bahasa Tamil hanya digunakannya semasa hal-hal yang
bersangkutan dengan agama dan keluarga.

Selain daripada itu, golongan masyarakat Hindu Peranakan ini juga


mengamalkan ciri-ciri budaya tempatan. Mereka mengamalkan budaya tempatan
dalam seni kehidupan mereka seperti pakaian, makanan dan cara memasak dan juga
adat-istiadat serta dalam upacara perkahwinan. Pakaian pengantin mereka mempunyai
banyak persamaan dengan pakaian pengantin Melayu secara tradisi. Kecuali dalam
hal-hal yang berkenaan agama Hindu, dalam segala kehidupan mereka wujud kesan-
kesan asimilasi antara kebudayaan Melayu dalam masyarakat peranakan Hindu itu.

Di samping itu, apabila kita mengkaji paras rupa mereka, mereka dapat
dibezakan dengan masyarakat keturunan India yang lain di negara ini. Terdapat unsur-
unsur asimilasi yang jelas yang menunjukkan ciri-ciri kemelayuan atau kecinaan
walaupun masih ketara sifat keindiaannya. Golongan masyarakat ini adalah berasal
daripada golongan orang – orang India pendatang pada zaman kerajaan Melayu
Melaka di zaman lampau. Ini menjelaskan bahawa mereka bukannya orang-orang India

17
yang dibawa masuk secara kontrak ke negara kita oleh orang Inggeris pada akhir abad
ke-19 dan abad ke-20 ini.

2.1.4 MASYARAKAT SERANI

Selain daripada, masyarakat Baba dan Nyonya, masyarakat Chitty masyarakat


Serani turut menjadi salah satu kesan utama masyarakat pluralistik. Masyarakat Serani
adalah orang yang berasal daripada golongan bangsa Barat di Malayisa.

Mereka adalah kumpulan masyarakat yang berketurunan Portugis yang


memerintah negeri Melaka pada tahun 1511 – 1641 Masihi. Walaupun mereka tinggal
di mana – mana kawasan di Malaysia, oleh kerana sejarah kedatangan orang Portugis
pada zaman lampau maka kita mengangapkapkan mereka berasal dari Melaka.
Kebanyakan tempat tiggal orang – orang serani terletak di pinggir pantai dalam
kawasan perbandaran Melaka. Pada masa itu, jumlah bilangan rakyat Malaysia
keturunan Portugis juga tidak ramai. Di samping itu, mereka juga sangat erat dan
harmoni dengan semua kaum – kaum lain. Jumlah bilangan masyarakat serani telah
merosot dengan cepat melalui proses perkahwinan campuran orang-orang Serani
dengan orang-orang keturunan lain.

Di samping itu, oleh kerana lebih daripada 300 tahun telah hilang perhubungan
mereka dengan keturunan asal mereka. Ia juga boleh dikatakan sebab utama bagi
kebudayaan Portugis telah hapus daripada masyarakat Serani itu. Apabila kita melihat,
persamaan - persamaan seni kehidupan orang Serani dengan masyarakat orang
Melayu, ia dapat dengan jelasnya dapat dilihat pada beberapa aspek budayanya. Salah
satu perbezaan yang jelas adalah terhadap nama mereka. Contoh nama-nama orang
Serani di Melaka ialah: De Souza, Teixera, Squeira, Lazro, Gomes, Fernandez clan
Lopez.
Menurut kebancian beberapa tahun yang lalu di Melaka ada kira-kira 3,000
orang Serani. Mereka bertutur dalam suatu bentuk bahasa iaitu bahasa Portugis
yang telah bercampur aduk dengan perkataan-perkataan Melayu, Belanda dan
Inggeris. Bahasa mereka dikenali dengan namanya bahasa Cristo dan Potois.

18
Pernah terjadi pada suatu ketika yang tidak berapa lama dahulu sekumpulan orang
Portugis yang berkunjung ke kampung Serani di Melaka. Mereka tidak dapat
memahami bahasa Cristo yang dituturkan oleh orang keturunan Portugis di Melaka
itu. Begitu juga dengan orang Serani tidak dapat memahami bahasa pertuturan
orang Portugis itu. (Asmad,1930:107)

Seperti yang dikatakan di dalam petikan di atas, masyarakat memang berjaya


menciptakan satu bahasa baru, campuran daripda kedua-dua bahasa iaitu bahasa
inggeris dan Portugis. Walaubagaimanapun mereka masih teguh memelihara kesenian
mereka. Semua lagu-lagu Berta nyanyian dan tarian mereka mempunyai step – step
yang tersendiri. Antara tarian – tarian yang mereka sangat minati adalah tarian
beranyot. Di samping itu, mereka juga sangat suka untuk menari tarian tradisi orang
melayu iaitu tarian joget.

Di samping itu, golongan tua masyarakat Serani pula meminati lagu dondang
sayang selain itu ada di antara mereka yang pandai menyanyikan lagu itu. Masyarakat
Serani juga bukan sahaja pandai berpantun, malahan tahu menilai pantun-pantun yang
dinyanyikan dalam lagu dondang sayang.

Meniliti kesukaan orang Serani menari joget dan minatnya Yang mendalam terhadap
lagu dondang sayang, mungkin ada benarnya pendapat yang pernah dinyatakan orang
bahawa tarian joget dan lagu dondang sayang adalah berasal daripada kesenian
Portugis atau berunsurkan Beni tari dan nyanyian orang Portugis. Kebanyakan
masyarakat Serani di Melaka juga menganut agama Kristian mazhab Katolik.
(Asmad,1930:107)

Setiap rumah mereka akan dipunyai patung agama yang dianutinya itu bersertaan
dengan hari-hari kebesaran orang Portugis dan perayaan agama Kristian yang lainnya
juga di sambut oleh mereka secara meriah. Mereka juga merayakan perayaan seperti
hari Natal atau Krismas dalam setahun. Mereka memang sangat berminat dalam
bidang seni muzik dan nyayian. Penyanyi-penyanyi Senari juga boleh menyanyi lagu-
lagu Melayu dengan fasih. Ciri – ciri orang kemalaysianan turut ternampak jelas

19
terhadap orang Serani. Selain itu, jenis-jenis makanan dan masakan juag hampir
bersamaan dengan makanan tempatan. Apabila kita melihat golongan wanita-wanita
masyarakat Serani, golongan tua memakai pakaian tradisi orang Melayu iaitu berbaju
kebaya labuh dan berkain batik. Pada umumnya mereka bersanggul, lengkap dengan
cucuk sanggul. Di samping itu, golongan lelaki tidak pula memakai pakaian cara Melayu
hanya memakai kain pelikat sahaja ketika di rumah.

Di samping itu kita juga tidak dapat dinafikan bahawa pengaruh ciri-ciri budaya
orang Portugis dalam bahasa melayu. Terdapat kira-kira 300 patch perkataan dalam
bahasa Melayu yang diambil daripada bahasa Portugis dan hampir semua perkataan
yang diambil itu telah disesuai dengan kelaziman sebutan lidah orang Melayu.
(Asmad,1930:108)

Perkataan meja berasal daripada bahasa Portugis iaitu mesa. Kemeja berasal
daripada perkataan kamisa clan perkataan keju berasal daripada bahasa Portugis
kesu. Perkataanperkataan lain yang diambil daripada bahasa Portugis, ialah: roda,
sepatu, kebaya, jendela, kereta, baldi, peniti, pica, tuala, garpu, merinyu, bole, bomba,
peluru, pidato, sekolah, minggu clan lampu. Sebaliknya, ada juga perkataan dalam
bahasa Melayu yang diambil oleh orang Serani. Perkataan pun dan mesti dipakai
dengan meluas dalam bahasa Cristo clan Potois. . (Asmad,1930:108)

2.1.5 PERAYAAN (THAIPUSAM)

Malaysia terkenal sebagai sebuah negara berbilang kaum tetapi tetap utuh
sebagai bangsa yang kaya dengan warisan budaya termasuk adat istiadat dan
kebudayaan serta perayaan. Salah satu perayaan yang di sambut oleh kaum India
adalah Thaipusam.
Thaipusam ialah perayaan yang mula dirayakan di Tamil Nadu (India Selatan).
Namanya diambil daripada bahasa Tamil sendiri, iaitu Thai (selalunya merujuk pada
bulan Januari atau Februari) dan Pusam (perayaan). Perayaan ini sering diraikan
secara besar-besaran di tiga buah kuil utama di negara ini, iaitu di Kuil Sri
Subramaniam di Ipoh, Kuil Balathandayuthabani di Pulau Pinang dan Kuil Sri

20
Subramaniar di Batu Caves, Kuala Lumpur. Masyarakat Hindu biasan ya
membayar nazar pada perayaan ini.
Sehubung dengan itu, bukan sahaja kaum India sahaja yang menyambut
perayaan Thaipusam tetapi masyarakat kaum Cina turut menyambutnya. Menurut
kepercayaan orang India salah satu cara untuk membayar nazar adalah bercucuk. Kini
cara ini, telah dipengaruhi oleh kaum asing seperti di kalangan kaum Cina. Pada masa
perayaan, kita boleh melihat orang kaum Cina turut membayar nazar seperti cara orang
India. Ini membuktikan kita bahawa pengaruhan unsur keagamaan berlaku di kalangan
dua kaum yang lain atau masyarakat pluralistik.
2.1.6 BUDAYA RUMAH TERBUKA
Rumah terbuka di Malaysia bermaksud sesuatu perayaan agama disambut oleh
penganut pelbagai agama dengan tujuan memupuk persefahaman di kalangan rakyat
Malaysia. Rumah terbuka tidaklah bertujuan mengembangkan agama kepada penganut
agama lain. Biasanya rumah terbuka diadakan di padang atau di dalam dewan.
Sebelum ini, konsep rumah terbuka dijalankan secara kecil-kecilan di mana tuan rumah
menjemput rakan taulan datang ke rumah bagi menikmati juadah yang disediakan.
Rakan dari kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain turut dijemput.
Amalan rumah terbuka ini sesuatu yang unik bagi Malaysia, telah mendorong
menyumbang kepada keamanan dan kebaikan keadaan dalam negara kita. Adat rumah
terbuka telah diamalkan di kalangan masyarakat Malaysia sejak zaman dahulu lagi.
Sebagai conthonya, Masyarakat kaum Islam menyambut Hari Raya. Pada hari itu,
mereka mengadakan rumah terbuka dengan menyembut kawan – kawan mereka yang
beragama India dan Cina. Ini akan mengeratkan lagi hubungan di antara ketiga – tiga
kaum ini iaitu Melayu, Cina dan Indai.

Bagitu juga dengan orang kaum Cina dan India. Mereka akan mengadakan rumah
terbuka kepada kawan mereka yang berlainan agama, dan mereka pula akan
mengadakannya semasa hari perayaan Tahun Baru Cina dan hari Deeavali. Dengan
cara ini, bukan sahaja masyarakat Malaysia menjalinkan perhubungan yang baik antara
satu sama lain tetapi mereka juga dapat menikmati makanan – makanan daripada
berbilang kaum. Dengan ini, berlaku juga pengaruhan dalam jenis makanan diantara

21
mereka.
Sekiranya kita membuat satu kajian kecil, kita dapati bahawa kaum Islam kini
menikmatikan makanan orang bukan Islam begitu juga dengan orang bukan Islam
terhadap makanan orang Islam. Ini akan menguatkan lagi perpaduan di antara mereka.
Ini adalah satu kejayaan kita dalam menjalinkan perpaduan antara kita. Sekiranya,
keadaan ini diperkuatkan lagi maka pada suatu hari nanti makanan orang melayu nasi
lemak, makanan orang Cina kuih bulan, makanan orang India tosai, tidak lagi lagi
diasingkan manakala akan digelarkan sebagai makanan orang Malaysia.
2.1.7 BAHASA

Terdapat juga banyak kesan dalam kewujudan masyarakat dalam Negara kita.
Salah satu daripdanya adalah unsure bahasa. Bahasa kebangsaan telah banyak
minjam unsur – unsur bahasa daripada unsur bahasa lain dengan beberapa factor
penting. Salah satu daripadanya adalah memberikan kefahaman kepada fenomena
atau benda baru. Selain itu, ada juga perkataan Bahasa Melayu yang tidak menepati
maksud bahasa asing seperti bahasa Inggeris dan bahasa Arab.

Berikut adalah unsur – unsur bahasa Sanskrit yang di gunakan oleh orang India.
Dan sesetengah perkataan itu, telah mempengaruhi usur – unsur bahasa Melayu di
Malaysia. Ini juga dapat digolongkan sebagai salah satu kesan kewujudan mayarakat
pluralistik di Malaysia.

Selepas agama Hindu, orang Melayu mula menerima pengaruh Islam pada akhir
abad ke-13. Kedatangan agama Islam turut membawa pengaruh bahasa Arab.
Pengaruhan unsur bahasa turut berlaku disebabkan oleh perkahwinan campur antara
orang Melayu dengan Arab. Berikut adalah unsur – unsur bahasa Arab yang di gunakan
oleh orang Islam dari Arab. Ini juga dapat digolongkan sebagai salah satu kesan
kewujudan mayarakat pluralistik di Malaysia

2.1.8 KESIMPULAN

Kesimpulannya, kebudayaan pada dasarnya adalah cara hidup sesuatu

22
kelompok manusia, tetapi apabila ianya dilihat daripada segi tertentu misalnya politik
dan diberikan makna yang tertentu pula (untuk memberi identiti kelompok, misalnya),
maka ia menjadi persoalan yang boleh meruncingkan pula hidup manusia. Di negara
kita contohnya, kebudayaan sering dijadikan simbol untuk menggembelingkan tenaga
bagi menegakkan sesuatu fahaman atau pergerakan. Ada yang baik akibatnya, yang
cuba mengemukakan nilai-nilai yang luhur bagi meningkatkan lagi kualiti hidup manusia
seperti gagasan menerapkan nilai-nilai Islam kepada masyarakat Malaysia, kerana
dengan berbuat demikian rakyat Malaysia akan berpandu hidupnya kepada susila dan
hemah yang mulia dalam interaksi antara satu sama lain. Di samping itu, tidak boleh
dinafikan bahawa Negara kita memang kaya dengan kebudayaan yang mana kesan
daripada kewujudan masyarakat pluralistik.

Kini kita mempunyai nama baik diantara sama seperti negara-negara lain kerana
dapat mencapai perpaduan yang sangat kuat diantara masyarakat Malaysia Melayu,
Cina dan India. Maka ramai pelancong turut datang ke Negara kita untuk menikmati
kebudayaan kita. Maka, sebagai satu cara untuk berterima kasih kepada satu kaum dan
ke satu kaum yang lain kita hendaklah bersatupadu serta berganding bahu bersama –
sama dalam proses pembangunan Negara kita.

2.2 ASPEK EKONOMI

23
Pembentukan masyarakat pluralistik di Negara kita sering kali
dikaitkan dengan tiga kaum – kaum yang utama iaitu, kaum Melayu, Cina
dan India. Ketiga – tiga kaum ini, memainkan peranan penting dalam
memenuhi keperluan ekonomi – politik British di Tanah Melayu iaitu kini
Malaysia.
Sebelum tahun 1848, hampir kesemua penduduk Tanah Melayu terdiri
daripada orang Melayu. Namun demikian, perkembangan perusahaan bijih timah
mulai pertengahan oleh orang – orang Cina pada abad ke-19. di samping itu
perusahaan getah mulai awal abad ke-20 oleh orang – orang India.
Keadaan ini, telah mengakibatkan penghijrahan orang Cina dan India secara
besar-besaran ke Tanah Melayu. Menjelang tahun 1931, jumlah penduduk bukan
Melayu melebihi jumlah penduduk Melayu. Kewujudan pelbagai kaum yang
mengekalkan kebudayaan masing-masing telah mengakibatkan satu masyarakat
majmuk di Tanah Melayu. Tiap-tiap kaum mempunyai agama, bahasa dan cara hidup
yang berlainan.
Perlaksanaan dasar "divide the rule " yang bereti ‘pecan dan perintah’
pemerintahan Inggeris telah mengeruhkan perpaduan masyarakat di Tanah Melayu.
Pengelasan kaum merujuk pekerjaan dan sistem pelajaran yang berbeza mengelakkan
interaksi antara penduduk di Tanah Melayu yang terdiri daripada 3 rumpun utama
iaitu Bangsa Melayu , Kaum Cina dan Kaum India. Melalui dasar ini Orang
Mela yu keban yakann ya menetap di kawasan luar bandar atau Kampung dan
bekerja sebagai nelayan dan petani, orang Cina pula menetap di kawasan bandar dan
kawasan perlombongan serta bekerja sebagai perniagaan dan pelombong bijih timah
manakala. orang India kebanyakannya tinggal di kawasan ladang-ladang dan bekerja
sebagai buruh, secara tidak langsung telah mewujudkan perasaan curiga mencurigai
antara satu sama lain yang merupakan bom jangka yang menjadi teras peristiwa 13 Mei
1969.

Berikutan dengan peristiwa yang hitam itu berlaku, kerajaan Malaysia dapat
menyedari bahawa raykat Malaysia mengalami masalah besar di kalangan mereka.
Apabila dikajikan dengan teliti, maka kerajaan dapat mengesan bahawa Peristiwa 13
Mei ini berlaku disebabkan oleh aspek ekonomi. Maka kerajaan telah mengambil
langkah – langkah effektif terhadap masalah tersebut.
24
Sehubung dengan itu, kerajaan telah memperkanalkan DEB iaitu Dasar Ekonomi
Baru. Dasar Ekonomi Baru merupakan satu bentuk perancangan yang dilancarkan
pada tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua. Matlamat utamanya ialah
perpaduan negara selain itu juga bertujuan untuk menyusun semula
ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini. Menyedari hakikat bahawa
pengagihan ekonomi yang seimbang penting demi mewujudkan sebuah negara yang
bersatu padu, serta mengambil kira kemiskinan serta ketidakupayaan sesetengah kaum
untuk bersaing dengan kaum yang lain maka langkah ini telah dirancang untuk
memperbaiki keadaan ini.
Sekiranya kita membuat kajian yang teliti, kita dapati bahawa ketegangan antara
golongan yang berharta dan yang tidak berharta adalah punca uatam daripada isu
kemiskinan. Pada masa itu, didapati bahawa orang Melayu lebih banyak menghadapi
kemiskinan berbanding kaum-kaum yang lain. Didapati juga orang Melayu masih jauh
ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum lain walaupun Malaysia
mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik dan pesat. DEB dirancang sebagai satu
program jangka panjang yang akan berjalan selama 20 tahun, bermula dari tahun 1970
hingga tahun 1990. Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi
Baru dijalankan menerusi strategi serampang dua mata. Salah satu daripadanya adalah
penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan
pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi, dan yang kedua adalah
pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum.
Bagi memastikan matlamat untuk menghapuskan kemiskinan tercapai, strategi
ditumpukan untuk menghapuskan kemiskinan di kawasan luar bandar dan kawasan
bandar. Berdasarkan banci penduduk pada tahun 1970, didapati bahawa kira-kira
49.3% daripada semua keluarga miskin di Malaysia berpendapatan di bawah garis
kemiskinan dan pada masa itu, pendapatan garis kemiskinan tahun 1970 ialah RM200
sahaja. Kira-kira 86% daripada jumlah itu berada di kawasan luar bandar. Bagi
mencapai matlamat, kerajaan telah melaksanakan pelbagai perkhidmatan dan
kemudahan awam melalui kemudahan pendidikan, kesihatan, bekalan air dan elektrik.
Di samping itu, keutamaan diberikan kepada golongan miskin untuk mendapatkan
bantuan seperti program bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku teks,
makanan tambahan kepada kanak-kanak serta program rumah murah melalui badan –

25
badan yang diperkenalkan seumpama FELDA, RISDA, FELCRA, MADA, KADA,
MAJUIKAN demi startegi luar badar. Menjelang tarikh akhir pelaksanaan DEB,
matlamat untuk membasmi kemiskinan telah tercapai. Laporan Rancangan Malaysia
Keenam telah menunjukkan bahawa kadar kemiskinan negara pada tahun 1990 ialah
17.1% berbanding 49.3% pada tahun 1970.
Seterusnya bagi memastikan matlamat yang kedua dalam DEB turut tercapai,
kerajaan telah cuba memperbaiki keadaan ekonomi dan pada masa yang sama,
menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Berasaskan pada
ketidakseimbangan antara kaum, kerajaan telah melancarkan beberapa program
seperti perindustrian dan perdagangan, pertanian, perlombongan, pembinaan,
pengangkutan dan pertanian. Bagi menjayakan matlamat yang kedua dalam DEB ini
juga, beberapa strategi telah dirancang. Salah satu daripadanya adalah mengurangkan
keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga supaya penyertaan pelbagai
kaum dalam sektor utama akan mencerminkan kedudukan tenaga buruh mengikut
komposisi kaum menjelang tahun 1990. Startegi kedua adalah, mempastikan
pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang
Melayu dan kaum Bumiputera supaya mereka dapat menguruskan dan memiliki
sekurang-kurangnya 30% daripada semua jenis peringkat kegiatan ekonomi.
Seterusnya, kerajaan juga telah menambahkan dengan cepat, bahagian rakyat
Malaysia dalam pemilikan sektor produktif. Perhatian khusus akan ditumpukan kepada
kaum Bumiputera yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum
lain.Selain itu kerajaan juga telah meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan
golongan miskin di luar bandar.
Seterusnya, Dasar Ekonomi Baru (DEB) pun telah berakhir pada tahun 1990. Dasar
DEB telah dapat mencapai matlamat dan objektifnya iaitu membangunkan negara
pada tahap yang memberangsangkan. Walaubagaimanapun, dalam dimensi tertentu
matlamat yang ingin dicapai melalui DEB masih lagi jauh daripada sasarannya. Di
samping itu, Dasar Pembangunan Nasional (DPN) telah dilancarkan pada tahun 1991.
Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) 1991 — 2000 telah digubal
berasaskan DPN. Apabila menkaji tentang matlamat DPN kita mendapati bahawa dasar
ini adalah untuk mencapai pembangunan seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang
bersatu padu dan adil.
26
DPN juga seupama DEB, objektif utama DPN adalah melahirkan perpaduan
negara. Objektif DPN adalah sangat penting dan boleh dikatakan tulang belakang untuk
kestabilan social dan politik dan pembangunan Negara yang berterusan. Kalau kita
bandingkan DPN dengan DEB maka kita dapati bahawa DPN turut mempunyai startegi
– starteginya. DPN juga telah menguatkan lagi objektif – objektif DEB dengan
memasukkan beberapa dimensi baharu dalam pelannya.salah satu daripada pelannya
adalah penegasan terhadap pembasmian kemiskinan dengan dua tumpuan utama, iaitu
menghapuskan, kemiskinan tegar (hardcore poverty) dan mengurangkan kemiskinan
relative. Ia juga berstartegi menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah
Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) sebagai satu strategi
ke arah meningkatkan dan seterusnya mengekalkan penyertaan Bumiputera dalam
kegiatan ekonomi. Ia juga berobjektif meningkatkan penglibatan sektor swasta dalam
proses penyusunan semula masyarakat dan memberi lebih tumpuan kepada
pembangunan sumber manusia termasuk sistem nilai dan etika bagi mencapai
matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama.
Tahap kemiskinan dalam kalangan rakyat Malaysia telah turun daripada 16.5
peratus pada tahun 1990 kepada 7.5 peratus pada tahun 1999. Jumlah isi rumah
miskin dilaporkan telah berkurangan sebanyak kira-kira 39 peratus kepada 351,000
pada tahun 1999. Namun demikian, jurang kemiskinan antara kawasan bandar dengan
kawasan luar bandar masih lagi ketara seperti dalam jadual 7.1.(Shamsul Amri
Baharuddin,2007:126)

Dipetik daripada: .(Shamsul Amri Baharuddin,2007:126)

27
Selain daripada itu, Ekonomi Negara juga di susun semula dengan perancangan
yang teliti. Seperti yang dihuraikan diatas, selepas Merdeka kerajaan telah membiarkan
usaha untuk mengatasi pelbagai masalah sosio- ekonomi dan sosio-politik. Secara
ringkasnya, pembentukan Dasar Ekonomi Baru dan juga pembentukan Dasar
Pembangunan Nasional telah menjadi langkah utama pembangunan Ekonomi Negara
di Malaysia. Di samping itu, Rancangan Ekonomi Lima Tahun juga diwujudkan demi
pembangunan Ekonomi Negara, dengan cara ini, kerajaan juga telah tumpuan utama
diberikan kepada pembangunan luar bandar. Sehubung dengan itu, kementerian
Pembangunan Negara dan Luar Bandar ditubuhkan telah pada Oktober 1959. Di
samping itu, Rancangan lima tahun juga mempunyai dua tahap iaitu Sebelum
Persekutuan Malaysia dibentuk dan Selepas Persekutuan Malaysia.
2.2.1 KESIMPULAN
Kesimpulanya, pembangunan ekonomi yang dirancang lalu dilaksanakan oleh
Kerajaan Malaysia selepas merdeka, telah memberikan kesan yang positif. Hal ini
dapat dibuktikan apabila Ekonomi Negara kita yang lama yang hanya menumukan
sektor pertanian kini telah mencapai perubahan dengan mempunyai ekonomi yang
berorientasikan industri eksport dan k-ekonomi. Semua yang kita inkmati pada masa
sekarang adalah kesan daripda kejadian – kejadian yang lama. Contohnya,
pembasmian kemiskinan tanpa mengira golongan etnik sudah dapat diatasi. Manakala
penyusunan semula masyarakat agar kedudukan sosioekonomi antara golongan etnik
menjadi seimbang turut mencatatkan hasii yang positif. Dalam kehidupan seharian pula,
proses urbanisasi yang berlangsung seining dengan proses pembangunan ekonomi
telah menyebabkan proses perpaduan terus berlangsung. Sekiranya kita kaji dengan
teliti maka kita mendapati bahawa semua ini adalah kesan daripada kewujudan
masyarakat pluralistik di Negara kita. Sehubung dengan itu, kini rakyat Malaysia tanpa
mengira golongan etnik telah berinteraksi dengan lebih harmoni sama ada di tempat
kerja atau di tempat tinggal.

28
2.3 ASPEK PENDIDIKAN
2.3.1 IMBASAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DALAM MALAYSIA
Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 - Zaman Pengukuhan

• Pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan


• Pengakuan matlamat akhir Bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama
• Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam sekeliling Malaysia
• Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua

Laporan Rahman Talib dan Akta Pelajaran 1961 - Zaman Kemaskini

• Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira


• Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin
yang diingini
• Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia
• Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional
• Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun
• Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran
keseluruhan
Ciri-ciri Laporan Kabinet 1979

29
• Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira
• Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin.
• Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia
• Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional
• Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun
• Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran

Rang Undang Undang Pendidikan 1995

• Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan


bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara
• Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan
kebangsaan
• Tempoh pendidikan rendah adalah antara 5-7 tahun
• Pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem Pendidikan
kebangsaan
• Pendidikan teknik & politeknik dipertingkatkan
• Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta

2.3.2 PENYATA RAZAK 1956


Penyata Razak 1956 boleh dianggap sebagai batu asas bagi perkembangan sistem
pendidikan kebangsaan menyatakan:
“Tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak-budak
daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang
meliputi semua bangsa dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar
yang besar, walaupun perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan serta merta melainkan
hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur.”
(Penyata Razak, perenggan 12,
1956)

Sistem persekolahan yang berbeza mempunyai haluan masing-masing dan tidak


dapat melahirkan satu identiti bangsa. Atas rasa kesedaran kebangsaan menerusi
pendidikan sebagai alat untuk mencapai perpaduan bangsa, maka satu jawatankuasa
ditubuhkan untuk mengkaji sistem pendidikan yang sedia ada. Akta Pelajaran 1961

30
telah dirangka berasaskan Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 yang
menekankan penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa perpaduan. Walaupun
hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961 ini untuk menyatukan kaum yang ada di
Malaysia ini, tetapi secara praktikalnya, sukar untuk mencapai matlamat itu
memandangkan pola tempat tinggal yang berlainan. Misalnya orang Melayu tinggal di
kampung-kampung dan pinggir pantai, kaum Cina tinggal di kawasan perlombongan
dan kaum India di kawasan ladang-ladang getah. Dengan ini tentulah amat sukar untuk
menyatukan mereka.Selepas dari Laporan Rahman Talib 1960, muncul pula laporan-
laporan seperti Laporan Hussein Onn (1971) dan Laporan Mahathir 1976. Kedua-dua
Laporan ini adalah untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara yang sebelumnya
berdasarkan Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib. (Wan Hashim, 1983)
2.3.3 AKTA PENDIDIKAN 1957
Dalam peruntukkan Perlembagaan Persekutuan bagi kemerdekaan pada tahun
1957, bahasa melayu dijadikan bahasa kebangsaan dan bahasa inggeris masih lagi
digunakan. Pada tahun 1956, pucuk pimpinan parti perikatan telah memperkenalkan
akta untuk pendidikan iaitu Akta Pendidikan 1957.
Prinsip Akta Pendidikan 1957:
i. Sekolah pelbagai aliran dibenarkan dan pengajaran dalam bahasa ibunda
masing-masing dibenarkan;
ii. Oleh sebab bahasa Melayu merupakan bahasa Kebangsaan, maka di Sekolah-
sekolah Cina dan Tamil wajib mengajar Bahasa Melayu sebagai salah satu
daripada mata pelajaran;
iii. Pendekatan dalam mata pelajaran sejarah, geografi dan buku-buku teks yang
lain mestilah berteraskan Malaysia; dan
iv. Bukan lagi berteraskan Negara China dan India (John Lowe, 1960)

2.3.4 DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Tidak dapat dinafikan
bahawa sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam
pembinaan dan pembentukan warga negara dan rakyat yang bersatu padu.
Sememangnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa:
31
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkemampuan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara”

Secara tidak langsung dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat Malaysia
yang bersatu padu dan berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam Rukun Negara
melalui penggunaan dan penghayatan kurikulum yang bersepadu, penggunaan bahasa
pengantar dan sistem peperiksaan yang sama serta penglibatan aktif pelajar dalam
aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dirancang dan dilaksanakan sepanjang persekolahan
pelajar. Kurikulum yang dibina bukan saja bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan
dan maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan ia juga dapat membentuk sahsiah,
keperibadian dan perwatakan murid yang diingini bagi memupuk perpaduan. Kurikulum
ini berorientasikan suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai
tahun 1983. Matapelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan
Al Quran Dan Assunnah dan Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat mengukuhkan
pegangan agama, menanam sifat-sifat mulia serta membentuk tingkahlaku yang
bersopan santun dan saling menghormati sesama manusia.
Perdana Menteri Y.A.B Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah pun
melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Pada 16
Januari 2007 PIPP ini bertujuan melonjakkan tahap kecemerlangan sekolah dan
mengangkat imej sistem pendidikan negara di mata dunia.Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan menggariskan enam teras strategik bagi melahirkan modal insan yang
cemerlang, produktif dan kreatif ke arah membentuk Misi Nasional menjadikan Malaysia
sebuah negara maju. Teras pertama iaitu Membina Negara Bangsa menjadi fokus
utama bagi tujuan perpaduan kaum dan merealisasikan Malaysia ke arah negara maju
menjelang tahun 2020. KPM berhasrat pembinaan Negara Bangsa melalui pendidikan
akan membangunkan warganegara dari awal persekolahan dengan ciri-ciri glokal,
patriotik dan cintakan negara serta menyanjung dan menjunjung warisan budaya dan

32
kesenian bangsa. Hasrat membina Negara Bangsa ini akan dicapai dengan
memperkasakan Bahasa Melayu, meningkatkan disiplin pelajar, menggiatkan
Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) serta menggiatkan aktiviti
kokurikulum dan sukan bagi membina jati diri serta menerapkan budi bahasa dan adab
di kalangan pelajar.
Langkah seterusnya adalah memperkasakan Sekolah Kebangsaan supaya
sekolah-sekolah tersebut menjadi sekolah pilihan utama masyarakat. Sehubungan itu,
sekolah kebangsaan akan dilengkapkan kemudahan asas pendidikan yang mencukupi
dan berkualiti, bekalan elektrik dan air bersih serta kemudahan ICT. Sekolah juga akan
dibekalkan guru terlatih yang mencukupi mengikut opsyen serta bilangan staf sokongan
mengikut keperluan.Misi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ialah membangun
sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia di samping memperkembangkan
potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara.
Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama
sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Di bawah
konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan bahasa pengantar dan
pentadbiran akan ditempatkan dalam kawasan yang sama dan berkongsi kemudahan
asas seperti padang permainan, dewan dan kantin. Setiap sekolah akan mempunyai
bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan
jambatan penghubung (link-way). Perlaksanaan sekolah wawasan akan mewujudkan
persekitaran yang memberi peluang yang lebih luas kepada murid daripada pelbagai
kaum untuk bergaul dan berinteraksi secara langsung dalam pelbagai aktiviti.
2.3.5 RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN, (RMK9) 2006-2010
Dalam usaha untuk meningkatkan akses, ekuiti dan kualiti sistem pendidikan,
sepanjang tempoh RMK9 empat agenda utama yang perlu diberi tumpuan oleh semua
pihak ialah pertama, memperkasakan Sekolah Kebangsaan; agar ia menjadi pilihan
rakyat. Kedua, membangunkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia; agar generasi
yang dilahirkan nanti mampu bersaing dalam persaingan sengit era globalisasi. Ketiga,
merapatkan jurang pendidikan, yang merangkumi jurang di antara bandar dengan luar
bandar, jurang di antara yang miskin dengan yang kaya; agar tidak ada sebarang
golongan yang tercicir dari arus pembangunan negara. Keempat, mempertabatkan

33
profesion keguruan.Selain daripada empat agenda utama tersebut kita perlu sentiasa
ingat bahawa tidak sampai empat belas tahun lagi kita akan melangkah ke tahun 2020.
Hasrat kita adalah untuk menjadi sebuah negara maju mengikut acuan kita sendiri.
Malaysia ketika itu harus menjadi sebuah negara yang bersatu dengan masyarakat
Bangsa Malaysia.
Penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan sukan masih tidak
menyeluruh. Hanya 80 peratus pelajar di sekolah menengah dan sekolah rendah yang
menyertai aktiviti ini. Bagi menggalakkan penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum,
ianya telah dijadikan syarat kemasukan ke IPTA mulai tahun 2006. Cabaran KPM
adalah untuk memantapkan program kokurikulum dan sukan supaya menarik
penyertaan pelajar serta memperluas pilihan aktiviti kokurikulum dan sukan pada
semua peringkat pendidikan. Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan majmuk
telah mewujudkan masalah polarisasi kaum terutamanya dalam kalangan pelajar.
Keteguhan sesebuah negara bergantung kepada perpaduan rakyatnya. Pemisahan
kaum antara pelajar-pelajar, boleh menimbulkan permusuhan dan pergaduhan. Para
pelajar tentu sukar bekerjasama untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran
mereka seolah-olah mengutamakan bangsa masing-masing sahaja.
Hal ini akan menimbulkan pula prasangka dan salah faham yang pasti
merenggangkan hubungan pelajar. Antara faktor yang menimbulkan situasi tersebut
ialah perbezaan kebudayaan dan corak hidup disamping mengamalkan dan menganuti
kepercayaan yang berbeza dan bertutur dalam bahasa ibunda yang berlainan.
Sesungguhnya, gejala ini perlu dihapuskan demi perpaduan dan masa hadapan
negara. Para pelajar perlu digalakkan untuk berinteraksi dengan rakan-rakan yang
berlainan bangsa. Benih-benih perpaduan perlu disemai di dalam jiwa pelajar-pelajar
semasa berada dibangku sekolah. Sebagai sebuah negara bermasyarakat majmuk,
perpaduan rakyat sangat penting. Para pelajar perlu berinteraksi ketika berada di
sekolah untuk mengukuhkan perpaduan. Oleh yang demikian, tembok yang
memisahkan pelajar-pelajar dapat dirobohkan. Menyedari hakikat ini, langkah-langkah
yang berkesan perlu diketengahkan bagi memupuk semangat perpaduan kaum dalam
kalangan pelajar yang berbilang bangsa dan dalam pada masa yang sama untuk
memperkasakan Sekolah.
(http://www.utusan.com.my/utusan/SpecialCoverage/RMK9/html/bahasa.htm)
34
2.3.6 KESIMPULAN
Secara kesimpulan, selepas Merdeka sistem pendidikan dalam Malaysia
mengalami perubahan dinamik. Terutama dengan kewujudan masyarakat pruralistik.
Selepas kemerdekaan sistem pendidikan yang setara telah diperkenalkan. Dengan itu,
kerajaan dapat mewujudkan hubungan etnik. Selain itu, sistem pendidikan yang tidak
hanya menguntungkan satu kaum haruslah disokong dan diteruskan. Sistem
pendidikan yang mantap akan melahirkan model insan kelas pertama. Kurikulum KBSR
dan KBSM yang terdapat dalam sistem pendidikan di negara ini sememangnya
mempunyai motif untuk membentuk integrasi nasional dalam kalangan pelajar
walaupun dalam falsafah pendidikan tidak menyatakan secara jelas “ hendak
menyatukan kanak – kanak dari semua kaum di dalam negara ini “, sepertimana yang
terkandung dalam Penyata Razak ( 1956 ). Bagaimanapun, Falsafah Pendidikan
Negara yang mengambil kesemua intipati Rukun Negara jelas menunjukkan matlamat
pembentukan perpaduan kebangsaan masih berkekalan. Untuk mencapai hasrat ini,
adalah dirasakan amat penting KBSR dan KBSM dijuruskan ke arah membentuk dan
mengukuhkan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan masyarakat, dasar – dasar
negara, matlamat dan objektifnya serta penegasan terhadap kesedaran kebangsaan
dan pemupukan integrasi nasional secara menyeluruh dan bersepadu.

2.4 ASPEK POLITIK


Isu sosial dan politik yang dibangkitkan oleh parti-parti politik adalah mengikut
kepentingan etnik (Freedman, 1960; Esman, 1972; Rabushka, 1972; Chandra Muzaffar,
1996). Ramai ahli sains social berpendapat, etnisiti memainkan peranan penting dalam
menarik sokongan dan kekuatan. Penglibatan masyarakat Tempatan dalam politik

35
meningkat apabila pihak british memperkenalkan Malayan Union dan penyerahan
Sabah dan Sarawak kepada British untuk ditadbir sebagai tanah jajahan pada tahun
1946.
‘Malay opposition to the Union Proposals was so strong that in January 1946, Dato Onn
bin Ja’far organized the Peninselur Malay Movement at Johore to defend and protect the
privileges of the Malays. In march 1946, representatives of fourty-one Malay associations came
together to form the United Malays National Organisation (UMNO).’
( G.P.Means.
1970:10)

Pada 1 March 1946 wakil-wakil daripada 41 persatuan dan pertubuhan Melayu


telah membentuk Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Dato’ Onn Jaafar
telah dilantik sebagai Presiden yang pertama dan orang-orang Melayu pada waktu itu
buat pertama kalinya, menjadi lebih bersatu apabila memperjuangkan satu hala tuju
yang dikongsi bersama. UMNO menjadi peneraju bagi penentangan orang Melayu
terhadap Kesatuan Malaya. Perpaduan orang Melayu telah menjadi satu kuasa baru
yang harus dihadapi oleh pihak British dan juga masyarakat Cina.
Masalah dalam mendapatkan kerjasama politik daripada kumpulan etnik utama
di negara ini dalam memperjuangkan kemerdekaan berjaya diatasi dengan
pembentukan pakatan di antara UMNO dan Persatuan Cina Malaya (MCA) dan
kemudiannya disertai oleh Kongres India Malaya (MIC). Ketika pilihanraya persekutuan
yang pertama diadakan pada tahun 1955, pakatan UMNO-MCA-MIC yang diketuai oleh
Tunku Abdul Rahman telah memperolehi kemenangan yang besar dengan memenangi
51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.
Selepas Merdeka Parti perikatan yang merangkumi UMNO, MCA dan MIC telah
mengambil alih pemerintahan apabila Tanah Melayu. Kemenangan Parti Perikatan
dalam Parti Perikatan Pilihan Raya Parlimen pada tahun 1959 jelas menunjukkan
Kepercayaan penuh rakyat. Parti Perikatan memenangi dengan 74 daripada 104 kerusi
yang dipertandingkan dan 89 daripada 104 kerusi pada tahun 1964. Selepas itu Parti
Perikatan telah berjaya memperoleh 67 daripada 103 kerusi yang dipertandingkan
dalam Pilihan Raya Parlimen pada tahun 1969.
JADUAL 1: Pencapaian Parti-Parti Politik Dalam Pilihanraya 1969

36
Parti Parlimen Negeri

Perikatan 76 167
PAS 12 40
DAP 13 31
Gerakan 8 26
PPP 4 12

Sumber : John Slimming, Malaysia, death of a democracy, John Murray,


London, 1969 hlm 18.
(dipetik dari nota En.Mohd Ashraf, Jabatan Kajian Sosial, IPRM)
Keputusan pilihanraya Mei 1969 dan kejayaan parti-parti bukan Melayu sekali lagi
menimbulkan ancaman terhadap kedudukan bumiputera orang-orang Melayu. Jawapan yang
diberikan oleh Jabatan Perpaduan Negara ialah bahawa Malaysia akan mempuyai ideologi
negara yang didasarkan kepada perlembagaan Malaysia dan mencerminkan cara hidup
Malaysia. Pada awal Mac 1970, Majlis Perundingan Negara melalui guarded statement telah
membincangkan kertas megenai Rukun Negara yang disediakan oleh Jabatan Perpaduan
Negara. Jabatan itu juga telah membekalkan laporan mengenai keadaan dan ketidak
seimbangan ekonomi kepada Majlis Perundingan Negara untuk dibincangkan. Pada
pertengahan bulan Ogos 1970, Majlis Perundingan Negara yang bersidang selama dua hari di
Kuala Lumpur telah meluluskan prinsip Rukun Negara yang telah didrafkan selama beberapa
bulan. Prinsip-prinsip Rukun Negara akhirnya terjelma dalam bentuk;

a) Kepercayaan kepada Tuhan

b) Kesetiaan kepada Raja dan Negara

c) Keluhuran perlembagaan

d) Kedaulatan undang-undang

e) Kesopanan dan kesusilaan

(dipetik dari nota En.Mohd Ashraf, Jabatan Kajian Sosial, IPRM)

Semenjak merdeka, Malaysia diperintah oleh sebuah Pakatan yang


kemudiannya dikenali sebagai Barisan Nasional pada tahun 1971. Barisan Nasional
merupakan satu gabungan parti-parti politik yang telah mendapat majoriti dalam

37
Parlimen sepanjang sembilan pilihanraya yang diadakan sejak kemerdekaan Malaysia.
Namun, pada tahun 1969, buat pertama kalinya gabungan ini gagal
mempertahankan majoriti dua pertiganya. Tekanan perkauman telah mengakibatkan
rusuhan kaum di Kuala Lumpur pada 13 Mei 1969. Peristiwa ini telah membawa kepada
penubuhan kerajaan darurat yang dikenali sebagai Majlis Gerakan Negara. Tun Razak
telah dilantik sebagai Pengarah Operasi di bawah Akta Perintah Darurat selama 22
bulan sehingga perintah Darurat dibubarkan dan Parlimen dipulihkan pada 22
September 1970. Semenjak peristiwa tersebut, sasaran utama Kerajaan merupakan
pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang digubal untuk membasmi kemiskinan tanpa
mengira bangsa dan juga untuk menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi
ekonomi.
Selepas Barisan Nasional ditubuhkan pelbagai cabaran telah ditempuh.
Sehingga hari ini, segala usaha membina ikatan kerjasama dan merancang serta
melaksana program pembangunan Negara secara berterusan telah Berjaya mendapat
sokongan rakyat setiap kali pilihan raya umum diadakan.
Dasa-dasar kerajaan yang tidak berat sebelah dan saksama untuk semua kaum,
memberi penekanan yang tinggi dalam perhubungan etnik dan sikap tolak ansur telah
mengagalkan parti pembangkang yang merancang untuk memecahbelahkan dasar-
dasar tersebut. Secara rasional, hubungan mereka lebih bersifat utilitarian dan
mengikut mereka dalam jaringan silang budaya dan merentas etnik masing-masing.
(Mansor Mohd Noor, 2005)
3.4 KESIMPULAN
Kesimpulannya, selepas Merdeka kewujudan masyarakat pluralistik memainkan
peranan penting dalam memelihara kestabilan politik. Untuk mewujudkan kestabilan
politik dalam sesuatu Negara yang mempunyai etnik yang banyak bukan semudah
seperti kita sangka. Dengan penubuhan Parti Barisan Nasional jelas menunjukkan
perpaduaan dan kesan pluralistik yang ketara. Kewujudan masyarakat pluralistik telah
memangkinkan masyarakat melibatkan diri dalam politik. Penglibatan semua kaum
dalam politik akan menjamin kesejahteraan Negara kita. Untuk meneruskan system
politik yang stabil dan selamat, proses musyawarah harus diteruskan dalam semua
aspek.

38
39

You might also like