You are on page 1of 16

AMALI 4 : ELEKTRIK Tujuan Teori : Menentukan rintangan bagi perintang R yang diberi.

: Daya Gerak Elektrik dan Beza Upaya. Daya gerak elektrik ialah keupayaan atau tenaga sesuatu punca elektrik untuk menggerakkan cas-cas elektrik dari satu terminal ke satu terminal yang lain. Daya gerak elektrik boleh ditakrifkan sebagai : i) jumlah tenaga yang dibekalkan oleh suatu sel untuk

menggerakkan satu coulomb cas dari satu terminal ke terminal yang lain. ii) Bezakeupayaan yang merentasi sel dalam keadaan litar terbuka, iaitu semasa tiada arus mengalir. Daya gerak elektrik diukur dengan menggunakan voltmeter berintangan tinggi yang disambung secara terus kepada terminal-terminal sel atau bateri. Daya gerak elektrik adalah sama dengan jumlah bezakeupayaan seluruh litar. Unit bagi daya gerak elektrik ialah volt (V). Formula bagi daya gerak elektrik ialah : Daya gerak elektrik = Tenaga elektrik yang dibekalkan oleh sumber Cas yang mengalir melalui sumber Bezakeupayaan ialah kerja yang dilakukan untuk menggerakkan satu unit cas di antara dua titik. Formula bagi bezakeupayaan ialah : Bezakeupayaan = Tenaga elektrik yang dipindahkan oleh alat Cas yang mengalir merentasi alat

Radas

: Sel kering, voltmeter, perintang R, joki, wayar dan pembaris meter.

Prosedur : 1. Voltmeter disambung merentasi sel-sel kering untuk mengukur jumlah daya gerak elektrik, E, bagi sel-sel kering tersebut.

2. Radas-radas yang dibekalkan disambung di dalam litar seperti rajah di bawah.

3. Joki disentuh pada wayar yang diregang pada pembaris meter, W, supaya jarak, l, joki dari tanda sifar pembaris meter ialah 30.0cm. 4. Bacaan voltmeter, V, yang sepadan dicatatkan. 5. Eksperimen diulang dengan jarak-jarak l : l = 40.0cm, 50.0cm, 60.0cm, 70.0cm dan 80.0cm

6. Nilai-nilai bagi V yang sepadan dicatatkan. 7. Bacaan direkodkan di dalam jadual dengan menghitung dan merekod salingan bagi V, 1/V. 8. Satu graf salingan bagi V,1/V, bertentang jarak, l, dilukis pada kertas graf. 9. Kecerunan, n, ditentukan daripada graf yang telah dilukis.

Keputusan : E= 3.1 V

Jarak l / cm

Bacaan voltmeter V/V

Salingan bagi V 1 / V V

30.0 40.0 50.0 60.0 70.0 80.0

1.8 1.7 1.6 1.5 1.4 1.3

1 / 1.8 = 0.56 1 / 1.7 = 0.59 1 / 1.6 = 0.63 1 / 1.5 = 0.67 1 / 1.4 = 0.71 1 / 1.3 = 0.77

Graf 1/V bertentang l


0.9 0.8 0.7 0.6 0.5 0.4 0.3 0.2 0.1 0 30 40 50 60 70 80

Kecerunan, n = (y2 y1) (x2 x1) = (0.77 0.56) (80.0 30.0) = 0.21 50 = 0.0042

Soalan 1. Rintangan bagi perintang R, dalam ohm, diberi oleh persamaan berikut : R = 0.0958 nE Hitungkan rintangan bagi perintang R itu. E = 3.1 n = 0.0042

R=

0.0958__ (0.0042)(3.1)

0.0958_ 0.01302

= 7.3579 Rintangan bagi perintang R = 7.3579 ohm

2. Nyatakan dua langkah berjaga-jaga yang anda telah ambil dalam eksperimen ini. i) ii) Pastikan litar disambung dengan betul. Pastikan jarum voltmeter adalah pada sifar sebelum mengambil bacaan.

AMALI 5 : OPTIK Tujuan Teori : Untuk menentukan kuasa, P, bagi sebuah kaca cembung. : Kuasa Kanta Cembung Kanta mempunyai satu atau kedua-dua belah muka yang melengkung dan diperbuat daripada bahan lut sinar seperti kaca, perspeks atau plastik lut sinar. Adalah lebih tebal di pusat kanta berbanding sisi kanta. Kanta cembung juga dikenali sebagai kanta penumpu. Pusat kanta dikenali sebagai pusat optik. Garis ufuk yang melalui pusat kanta dikenali sebagai paksi utama. Sinar cahaya yang selari dan dekat dengan paksi utama akan terbias dan menumpu ke dalam selepas melalui kanta cembung. Sinar terbias itu bertemu dan melalui suatu titik F di paksi utama. Titik ini dikenali sebagai titik fokus kanta cembung. Titik fokus (F1) kanta cembung adalah nyata kerana cahaya dapat dilihat menumpu pada titik itu. Jarak di antara titik fokus dengan pusat optik suatu kanta dikenali sebagai panjang fokus, f. Panjang fokus sebuah kanta cembung boleh ditentukan dengan menghalakan kanta itu kea rah sesuatu objek yang jauh dan menggerakkan skrin ke hadapan dan ke belakang sehingga imej yang tajam bagi objek yang jauh itu terbentuk pada skrin. Jarak di antara kanta dan imej tajam yang terbentuk di atas skrin ialah jarak fokus bagi kanta cembung.

Kuasa sesuatu kanta ditakrifkan sebagai songsangan panjang fokus yang diukur dalam unit meter. Kuasa kanta = 1 Panjang focus (dalam unit meter) = 1 km F Kuasa kanta diukur dalam unit diopter (D). Radas : Mentol, kaca cembung, pemegang kanta, skrin dan pembaris meter. di

Prosedur : 1. Mentol dan kanta cembung pada pemegang kanta dan skrin disusun di sepanjang pembaris meter. 2. Mentol ditetapkan supaya satah filamennya berada segaris dengan tanda sifar pembaris meter.

3. Skrin diletakkan supaya jarak, y, di antara filamen mentol dan skrin ialah 65.0 cm. 4. Kanta cembung diletakkan berdekatan dengan mentol. 5. Mentol dihidupkan dan kedudukan kanta cembung dilaraskan sehingga satu imej filament mentol yang tajam dan besar terbentuk pada skrin. 6. Jarak objek, xb, di antara filamen mentol dan kanta cembung dalam cm direkodkan apabila imej yang tajam dan dibesarkan terbentuk pada skrin. 7. Gerakkan kanta cembung mendekati skrin tanpa mengubah kedudukan mentol dan skrin. 8. Kedudukan kanta cembung dilaraskan sehingga satu imej filament mentol yang tajam tetapi kecil terbentuk pada skrin. 9. Jarak objek, xk, di antara filamen mentol dan kanta cembung dalam cm direkodkan apabila imej yang tajam dan dikecilkan terbentuk pada skrin. 10. Eksperimen ini diulangi dengan jarak-jarak y : y= 60.0 cm, 55.0 cm, 50.0 cm, 45.0 cm dan 43.0 cm

11. Bacaan-bacaan bagi jarak objek, xb dan xk yang sepadan diambil dan direkodkan dalam jadual. 12. Satu graf jarak, y, melawan jarak objek, x, dilukis. 13. Dari graf yang dilukis, nilai y, iaitu nilai minimum bagi y ditentukan. 14. Tandakan dengan jelas nilai y pada graf yang telah dilukis.

Keputusan : y/cm 65.0 xb/cm 6.2 xk/cm 59.5

60.0

6.3

54.5

55.0

6.4

49.5

50.0

6.5

44.5

45.0

6.6

39.0

43.0

6.4

36.5

y =

16

cm

Soalan 1. Kuasa, P, bagi kanta cembung itu, dalam diopter, diberi oleh persamaan berikut : P = 400 y Hitungkan kuasa, P, bagi kanta cembung itu. P = 400 16 = 25 Kuasa, P, bagi kanta cembung itu = 25 diopter

2. Nyatakan dua langkah berjaga-jaga yang anda telah ambil dalam eksperimen ini. i) Pastikan mentol, kanta dan skrin adalah dalam satu garis lurus dan paras yang sama. ii) Semasa mengambil bacaan, pastikan mata adalah bersudut tepat dengan pembaris dan kedudukan kanta.

AMALI 6

Seorang nelayan menarik keluar serawan jala yang penuh dengan ikan dari dalam laut. Jala itu mudah ditarik semasa berada di dalam air. Bagaimanapun nelayan itu mendapati semakin sukar menarik jala itu apabila keluar dari permukaan air. Berdasarkan situasi tersebut, a) Nyatakan inferens yang boleh dibuat. b) Binakan satu hipotesis yang sesuai untuk suatu penyiasatan. Inferens : Jala semakin sukar ditarik apabila keluar dari permukaan air kerana daya tujah ke atas semakin berkurang apabila berat air yang yang disesarkan semakin berkurang. Hipotesis : Semakin berkurang isipadu air yang disesarkan, semakin berkurang daya tujah ke atas. c) Dengan menggunakan radas yang sesuai rangka satu eksperimen untuk menguji hipotesis yang telah dibuat.

Tajuk

: Isipadu air yang disesarkan

Tujuan : Untuk mengkaji hubungan antara isipadu air yang disesarkan dengan nilai daya keapungan. Teori : Daya Keapungan dan Prinsip Archimedes Apabila sesuatu objek terletak dalam suatu bendalir, daya tujah akan menolak objek tersebut ke atas manakala daya tarikan graviti akan menarik objek ke bawah. Daya tujah wujud dalam cecair disebabkan oleh tekanan cecair yang bertambah dengan kedalamannya. Sama ada objek itu terapung atau tenggelam adalah bergantung kepada beza antara dua daya tersebut. Prinsip Archimedes menyatakan bahawa apabila suatu objek direndam sebahagian atau sepenuhnya di dalam bendalir, objek itu mengalami daya tujah ke atas yang sama dengan berat bendalir yang disesarkan.

Daya keapungan (tujah ke atas) = berat bendalir yang tersesar

Pembolehubah yang terlibat : i) ii) iii) Radas Pembolehubah dimalarkan Pembolehubah dimanipulasi : Pemberat : Isipadu air yang disesarkan

Pembolehubah bergerak balas : Nilai daya keapungan : Rod besi seragam, tin eureka, neraca spring, silinder penyukat dan air.

Susunan radas :

Prosedur : 1. Berat rod besi di udara ditimbang dan direkodkan. 2. Rod besi diturunkan ke dalam air dengan panjang L1 di dalam air. 3. Air yang disesarkan dikumpul di dalam silinder penyukat dan isipadunya dicatat. 4. Berat rod besi di dalam air dicatat dan daya tujah ke atas dihitung. 5. Aktiviti diulang dengan menambahkan panjang rod besi yang berada di dalam air ( L2, L3 dan L4 ). 6. Graf daya tujah ke atas melawan isipadu air yang tersesar dilukis. Keputusan : Berat rod di udara, W/N Isipadu air yang disesarkan, V/cm Berat rod dalam air, B/N Daya Tujah ke atas, ( T=W-B )/N 1.2 10 1.0 0.1 2.4 20 2.0 0.2 3.5 30 3.2 0.3 4.8 40 4.4 0.4

Graf t melawan v
45 40 35 30 25 20 15 10 5 0 0 .1 0 .2 0 .3 0 .4

You might also like