You are on page 1of 57

PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA

Bahan Bacaan

Tajuk 1

Asas Perkembangan Bahasa

1.1

Sinopsis

Unit ini merupakan pengenalan kepada Asas Perkembangan Bahasa pendidikan awal kanak-kanak yang akan membincangkan tentang konsep pemerolehan bahasa, perkembangan bahasa dan pembelajaran bahasa. Di samping itu modul ini juga akan menerangkan kaitannya dengan teori-teori pemerolehan dan perkembangan bahasa kanak-kanak di prasekolah

1.2

Hasil Pembelajaran 1. mengetahui asas perkembangan bahasa kanak-kanak yang merangkumi pemerolehan, perkembangan dan pembelajaran bahasa.. 2. mengenal pasti hubungan dan kaitan antara pemerolehan, perkembangan dan pembelajaran bahasa kanak-kanak.. 3. menyatakan perbezaan antara setiap model-model dengan teori-teori pemerolehan dan perkembangan bahasa kanak-kanak.

1.3

Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul 1

PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA

Asas Perkembangan Bahasa

Subtajuk 4 Subtajuk 1
Konsep Pemerolehan Bahasa

Subtajuk 2
Konsep Perkembangan Bahasa

Subtajuk 3
Konsep Pembelajaran Bahasa

Kaitan dengan teori-teori pemerolehan dan

perkembangan bahasa

1.4

Asas Perkembangan bahasa Konsep pemerolehan bahasa (Language acquistion) Konsep perkembangan bahasa (Language development) Konsep pembelajaran bahasa (Language learning) Kaitan dengan teori-teori pemerolehan dan perkembangan bahasa

1.4.1 Konsep Pemerolehan Bahasa. Bahasa merupakan anugerah istimewa yang ada pada setiap individu. Bahasa ialah sistem undang-undang tatabahasa dan semantik yang membuatkan pertuturan menjadi bermakna. Pertuturan pula ialah perlakuan membentuk dan penyambungan bunyi-bunyi bahasa. Bahasa adalah suatu saluran yang membolehkan kanak-kanak menyusun dan mengutarakan idea serta pengalamannya. Perkembangan dan

PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA

penggunaan bahasa sangat penting bagi membolehkan kanak-kanak berhubung antara satu sama 1.4.1 Perolehan Bahasa. Melalui bahasa, kanak-kanak berkemahiran untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain secara berkesan. Penguasaan bahasa bermula dengan memahami percakapan yang didengar dan diikuti oleh kebolehan bertutur.. Kebolehan bertutur dan menggunakan bahasa ini bukan sahaja dapat merapatkan perhubungan kanak-kanak dengan orang lain, malah ia membolehkan kanak-kanak membina konsep berkenaan alam dan manusia di persekitarannya. Bayi membentuk konsep tentang objek dalam persekitarannya sebelum tanda pertama bahasa muncul. Kanak-kanak yang berumur dua tahun sudah dapat memahami maksud sesuatu perkataan (Dollaghan, 1985). Semasa membesar kanak-kanak mempelajari perkataan baru dengan membandingkan perkataan yang sudah diketahui oleh mereka (Bloom, 1998; Menyuk, Liebergott & Schultz, 1995)

1.4.2 Perkembangan Bahasa Perkembangan bahasa yang baik memerlukan suasana sosioemosi yang selamat dan pengalaman yang menggembirakan. Bagi mengalakkan perkembangan bahasanya kanak-kanak perlu berhubung. Apabila kanak-kanak dapat berfikir dan berkomunikasi dengan menggunakan perkataan yang mewakili objek dan peristiwa di persekitaran mereka, kemampuan mereka berfikir dan menggambarkan dengan perkataan meningkat dan mengatasi batasan masa dan ruang. Melalui perkembangan bahasa ini, kanak-kanak mula mengenali dunia secara simbolik dengan perantaraan bahasa yang mudah seperti tanda-tanda, objek dan perkataan. Adalah jelas, kanak-kanak mempunyai tahap perkembangan dan daya perhubungan mengikut peringkat umur serta daya kefahaman mereka. Kita tidak boleh mengharapkan kanak-kanak bertutur dengan berkesan jika mereka tidak 3

PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA

memahami apa yang disebutkan. Pengalaman menggunakan bahasa secara lisan amat penting bagi mengembangkan bahasa kanak-kanak. Kemahiran berkomunikasi berkait rapat dengan menggunakan bahasa (kemahiran linguistik) dan kemahiran berinteraksi. Menerusi penerokaan dan berinteraksi, kanak-kanak dapat membina dan mengaplikasikan konsep baru.

1.4.3 Pembelajaran Bahasa Kanak-kanak belajar bahasa melalui berbagai-bagai cara. Antaranya dengan meniru bunyi yang pernah didengari. Mereka belajar dengan meniru orang dewasa dan rakannya bercakap. Mereka mendengar pertuturan daripada orang lain dan meluahkannya dengan cara tertentu. Bunyi perkataan adalah magic kepada kanakkanak. Contohnya, kanak-kanak pada peringkat prasekolah tertarik dengan permainan lagu berantai. Perkataan magic ini mula diperolehi apabila kanak-kanak mula bermain dengan bahan. Selepas menghafal dan menghasilkan semula perkataan tersebut, mereka akan mempelbagaikan dan memanipulasikannya dengan pelbagai keadaan, membina perkataan yang lucu, mudah, mereka cerita khayalan daripada pengalaman sendiri.

1.4.4 Kaitan Dengan Teori-teori Pemerolehan dan Perkembangan Bahasa:


1.4.4.1 Model Behavioris

Model dan teori behavioris cuba menghuraikan pertalian antara psikologi dengan bahasa melalui pendekatan yang dapat dialami dan diamati secara langsung atau fizikal. Mereka yang sealiran dengan teori ini terdiri daripada ahli-ahli bahasa seperti Bloomfield, Sapir, Fries dan Brooks. Manakala, sarjana-sarjana psikologi yang menyertainya ialah B. Watson, Thorndike, Pavlov dan B.F. Skinner. Golongan ini beranggapan bahawa pemerolehan sesuatu tingkah laku terjadi melalui ulangan perlakuan. Menurut teori ini, tidak ada struktur linguistik yang dibawa sejak lahir.

PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA

Mereka berpendapat bahawa anak yang lahir tidak membawa sebarang kapasiti atau potensi berbahasa. Bahkan Brown (1980) dalam Principles of Language Learning and Teaching menyatakan bahawa kanak-kanak lahir ke dunia ini ibarat sehelai kain putih tanpa ada apa-apa calitan. Persekitarannya yang akan membentuknya secara perlahan-lahan bagi membuat pengukuhan terhadap tingkah lakunya. Pengetahuan dan keterampilan berbahasa akan diperoleh melalui pengalaman dan proses pembelajaran. Dengan demikian, bahasa yang didengari akan dipindahkan melalui pewarisan kebudayaan, sama halnya seperti orang yang belajar memandu kenderaan. Menurut model behavioris, pembelajaran bahasa merupakan proses yang berdasarkan peraturan pelaziman operan, iaitu yang menjurus kepada model rangsangan gerak balas. Dalam erti kata lain, kanak-kanak itu akan diberikan satu perkataan, dia meniru bahasa itu dan dia akan meniru lagi apabila dia menjumpai perkataan itu. Dengan erti kata lain, ibu bapa merangsang bahasa peringkat awal kanak-kanak dengan adanya tindak balas seperti senyuman, bertutur dan mengagah kanak-kanak menggunakan perkataan khusus seperti mama atau papa dan perkataan ini diulang berkali-kali dan dengan pengulangan ini kanak-kanak itu akan dapat mengikut.

1.4.4.2

Model Nativis Chomsky (1969-1980)

Beliau telah memperkenalkan Teori Nativisma. Chomsky mengatakan bahawa otak manusia telah diprogramkan secara semula jadi untuk membolehkan ia bertutur dan memahami bahasa sama seperti keupayaan berjalan. Beliau mengenalpasti sistem ini sebagai LAD ( Language Acquisition Device ) yang bergantung kepada sel-sel dalam serebrum korteks. LAD inilah yang akan membolehkan kanak-kanak menganalisis bahasa yang mereka dengar dan membolehkan mereka membentuk tatabahasa yang betul. Pandangan Nativis tentang teori pemerolehan bahasa adalah berdasarkan Model Innatis. Teori ini kerap dinyatakan dengan teori pemerolehan bahasa yang behavioristik. Contoh pandangan teori ini, anak yang lahir ke dunia sudah membawa 5

PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA

kapasiti atau potensi bahasa. Kapasiti atau potensi bahasa ini akan menentukan struktur bahasa yang akan digunakan selanjutnya. Untuk itu kanak-kanak mudah dipengaruhi oleh unsur-unsur yang berada di persekitarannya seperti keluarga, rakan dan masyarakat di sekelilingnya. Ini bermakna persekitaran ini akan membantu serta mempengaruhi kebolehan berbahasa kanak-kanak. Secara hipotesisnya, kanak-kanak ini apabila dilahirkan telah mempunyai struktur berbahasa yang baik dan mudah menerima bahasa semasa memasuki alam prasekolah.. Berdasarkan pandangan ini, ianya mempercayai apabila dilahirkan, setiap manusia mula mengenali dan memahami peraturan berbahasa secara umum sahaja dari segi tatabahasa dan erti perkataan. Berdasarkan itu, kanak-kanak itu akan diajar cara berkomunikasi yang baik supaya ia menjadi lebih mudah untuk memberi arahan, menyoal dan bertutur dengan lebih teratur. Untuk itu, kanak-kanak ini perlulah menambah lagi perbendaharaan kata dan penguasaan tatabahasanya. S PERBINCANGAN Pada pendapat anda, apakah perbezaan antara pandangan nativis dengan pandangan behavioris? EMAK KENDIRI 1.1 1.4.4.3 Model Konstruktivis

Mengikut pandangan ahli konstruktivis terdapat enam teori pembelajaran penting yang perlu kita ketahui, iaitu: (i) Teori pembelajaran pembentukan kebiasaan. (ii) Teori pembelajaran kod kognitif. (iii) Teori pembelajaran interaksionalis. (iii) Teori pembelajaran fungsionalis. (iv) Teori pembelajaran situasionalis. (v) Teori pembelajaran anggapan.

PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA

Teori Pembelajaran Pembentukan Kebiasaan Teori ini berpendapat bahawa pembelajaran bahasa sebagai satu kegiatan mekanis, iaitu sebagai aktiviti fizikal semata-mata. Teori ini menganggap faktor persekitaran menjadi rangsangan dan tindak tanduk organisme pada rangsangan sebagai gerak balas. Ia juga menunjukkan bahawa faktor luaran seperti ganjaran menguatkan gerak balas. Contoh: Dalam konteks pembelajaran bahasa, teori ini menegaskan latihan dan latih tubi. Ini bertujuan untuk membentuk kebiasaan kepada kanak-kanak.

Teori Pembelajaran Kod Kognitif Teori ini menegaskan bahawa pembelajaran bahasa sebagai satu proses pemikiran, iaitu satu aktiviti mental yang merupakan kebolehan manusia secara semulajadi.. Teori ini mementingkan kefahaman struktur bahasa kerana pemahaman memudahkan pembelajaran dan penguasaan bahasa. Pengetahuan tatabahasa juga dititikberatkan kerana ini membantu kanak-kanak menguasai bahasa secara berkesan. Teori ini juga mementingkan pengetahuan mengenai pola-pola sintaksis dan leksikal. Di samping itu, peraturan tatabahasa juga perlu dihafal dan teori ini menganggap bahasa adalah fenomena pemikiran dan bukan mekanikal.

Teori Pembelajaran Interaksionalis Menurut teori ini, kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi linguistik supaya mereka boleh menggambarkan makna kognitif dalam bentuk-bentuk linguistik yang jelas dan tepat. Teori ini berpendapat pembelajaran bahasa sebagai alat berinteraksi dan ia merupakan satu proses yang melibatkan mental dan linguistik. Oleh itu, kanak-kanak perlu memahami dan menggunakan tatabahasa dengan betul. Ini membantu mereka berkomunikasi dalam masyarakat.

PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA

Selain itu aktiviti bahasa yang bermakna dan menarik membantu kanak-kanak menguasai dan memperbaiki penggunaan sistem bahasa dan seterusnya dapat menggunakannya dengan fasih dan lancar.

Teori Pembelajaran Fungsionalis Teori ini menekankan kepentingan struktur dan memberi perhatian terhadap fungsi bahasa. Secara tidak langsung teori ini menegaskan bahasa sebagai alat untuk berkomunikasi. Menurut teori ini, bahasa mempunyai tiga fungsi, iaitu: a. Bahasa sebagai alat penyampai idea bahasa digunakan untuk berhubung, berkongsi pendapat dan pandangan. b. Bahasa untuk menyampaikan maklumat bahasa berkeupayaan untuk menyampaikan maklumat oleh penutur. c. Bahasa sebagai alat komunikasi bahasa digunakan untuk tujuan berinteraksi. Untuk itu, teori pembelajaran ini mengutarakan beberapa ciri penting. Antaranya ialah: Sistem bahasa yang digunakan oleh ahli-ahli masyarakat itu bertenaga dan terbuka. Perkara dasar yang ditekankan dalam struktur bahasa ialah semantik.. Bahasa ditutur mengikut keadaan dan sistem sosial. Bahasa merupakan alat untuk berhubung, melahirkan pendapat dan menyatakan perasaan. Ia juga menggambarkan watak dan peribadi penuturnya.

Teori Pembelajaran Situasionalis Teori ini menganggap bahasa adalah sebagai kod komunikasi. Bahasa digunakan untuk menyatakan aksi, untuk menerangkan, untuk menyatakan lokasi, nama, aras dan peringkat dan sebagainya. Mengikut teori ini, bahasa dipelajari dengan cara menggalakkan pembentukan kebiasaan. Item-item linguistik harus dipelajari dan diamalkan penggunaannya.

PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA

Untuk itu guru perlulah menggunakan ayat-ayat yang gramatis. Bentuk-bentuk ayat yang gramatis perlu diperkenalkan kepada kanak-kanak. Teori ini juga mementingkan pengalaman sedia ada murid menangani isi pelajaran. Teknik pembelajaran seperti main peranan, simulasi atau lakonan sesuai digunakan di dalam kelas. Teori Pembelajaran Anggapan Teori ini menekankan fungsi bahasa, makna dan mengutamakan tatabahasa yang bersistem. Teori ini juga percaya bahawa bahasa adalah satu sistem yang bermakna dan ia juga beranggapan bahawa pembelajaran bahasa ialah mempelajari cara memberi makna. Selain itu, teori ini menerangkan keperluan berkomunikasi kanakkanak dan kemudian mempamerkan cara-cara setiap komunikasi itu dilakukan.

Mari kita mulakan perbincangan ini dengan menghayati secara ringkas konsep asas perkembangan bahasa kanak-kanak mengikut peringkatperingkat umur bermula sejak lahir sehingga berumur 4 tahun. Layari internet pada capaian di bawah dan buat rumusan tentang artikel tersebut. http://www.ipbl.edu.my/bm/penyelidikan/jurnalpapers/jurnal2006/tay06.pdf Rehat Tahniah. Anda telah berjaya melalui Tajuk 1 dengan jayanya. Sebelum kita mulakan Tajuk 2, kita berehat dahulu.

PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA

Tajuk 2 Perkembangan Bahasa Kanak-kanak Prasekolah Bahan Bacaan

2.1

Sinopsis

Tajuk ini berfokus kepada perkembangan bahasa kanak-kanak. Ia merangkumi matlamat pembelajaran bahasa, perkembangan bahasa mengikut umur dan peringkat perkembangan bahasa kanak-kanak. 2.2 Hasil Pembelajaran 1. mengetahui matlamat pembelajaran bahasa. 2. mengenal pasti ciri-ciri kebolehan berbahasa kanak-kanak mengikut peringkat umur 3. merancang aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk memupuk kebolehan berbahasa. 4. mengetahui peringkat perkembangan bahasa kanak-kanak serta ciri-ciri berkenaan.

2.3

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

10

PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA

2.4

Matlamat Pembelajaran Bahasa

Bahasa adalah suatu saluran yang membolehkan kanak-kanak menyusun dan mengutarakan idea serta pengalamannya. Perkembangan dan penggunaan bahasa sangat penting bagi membolehkan kanak-kanak berhubung antara satu sama lain. Dengan bahasa manusia dapat berhubung dan berinteraksi. Melalui bahasa juga setiap individu dapat menyatakan perasaannya, memberi pendapat atau pandangannya. Kebolehan bertutur dan menggunakan bahasa ini bukan sahaja dapat merapatkan perhubungan kanak-kanak dengan orang lain, malah ia membolehkan kanakkanak membina konsep mengenai alam dan manusia di persekitarannya. Selain itu, pembelajaran bahasa juga membolehkan kanak-kanak mendengar dan

11

PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA

menyatakan apa yang didengar dengan sebutan yang betul. Kanak-kanak juga dapat menggunakan bahasa yang bertatasusila. Melalui pembelajaran bahasa, kanak-kanak dapat membaca dan menceritakan isi bacaan sesuai dengan peringkat perkembangan mereka. Kanak-kanak dapat menulis dan membina ayat atau perkataan dengan betul . menjadi alat kepada perkembangan kendiri dan sosial. Amat mengkagumkan bahawa kanak-kanak dapat belajar berkomunikasi dengan orang lain dengan begitu pesat sekali seolah-olah itu suatu keajaiban . Tambahan lagi, pembelajaran bahasa membantu kanak-kanak membentuk idea bahasa dan

2.4.1 Perkembangan Bahasa Mengikut Umur Perkembangan bahasa kanak-kanak dapat dilihat daripada segi kemampuan menerima, memahami dan melahirkan semula. Dengan perkembangan bahasa yang semakin meningkat ini, kanak-kanak lebih cekap dalam perbualan. Jadual 2.1: Perkembangan Bahasa Kanak-kanak Dari Umur Lahir Hingga Enam Tahun Umur Lahir Kebolehan menangis atau senyum untuk menyatakan sesuatu. bayi lebih suka kepada suara manusia berbanding bunyi lain 1 tahun meniru bunyi antara umur 9 ke 18 bulan kanak- kanak mula menggunakan bahasa untuk berkomunikasi. bertindak balas kepada beberapa perkataan yang biasa didengari Bertutur dengan kanak-kanak iaitu dengan memandang Aktiviti

12

PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA

boleh menyebut perkataan ( mengenal nama benda ataupun orang )

ke arah mata kanak-kanak (eye contact) berbual dan bertutur dengan kanak-kanak

2 tahun

mencantum beberapa perkataan mudah untuk menjadi ayat yang pendek. boleh menyebut dan mengenal perkataan yang mudah dari objek atau gambar menguasai hampir 30 perbendaharaan kata

3 tahun

menggunakan perkataan untuk mendapatkan sesuatu menggunakan perkataan nama dan perbuatan di dalam percakapan. mengenal pasti perlakuan atau pergerakan di dalam gambar

berbual dengan kanak-kanak

4 tahun

gemar bercakap, boleh berbual dengan ayat yang lebih panjang. boleh membaca pantun, rhymes dan bercerita menggunakan perkataan untuk menyebut warna, huruf dan bentuk. suka menyebut perkataan-perkataan yang baru dan suka menyanyi

berbual dengan kanak-kanak

5 tahun

mula bertanya pelbagai soalan boleh menjelaskan maksud sesuatu perkataan/ayat. boleh membina ayat yang lebih panjang mula membaca dengan sendiri bercakap seperti dewasa suka kepada perkataan baru

Perbualan antara guru dengan kanak-kanak dan rakanrakan sebaya.

13

PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA

6 tahun

menghadapi masalah dalam mengelaskan sesuatu hal atau keperluan berbual menggunakan ayat yang lebih panjang bercerita tentang pengalaman seharian suka kepada perkataan yang pelik-pelik

Perbualan pagi dan mengadakan aktivitiaktiviti berinteraksi

Layari Internet Layari capaian di bawah ini dan bincang dalam kumpulan tentang perkembangan bahasa yang digunakan oleh kanakkanak dalam video clip tersebut. Dokmentasikan perbincangan anda dan simpan di dalam folio masing-masing. http://www.youtube.com/watch?v=ku3oIyFA1WM

2.5

Sistem Bahasa

Untuk memperoleh kemahiran berbahasa yang baik, kanak-kanak perlu didedahkan dengan pelbagai program pembelajaran dan pengajaran. Untuk itu guru perlulah mengetahui sistem bahasa seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.1.

Rajah 2.1: Sistem Bahasa

14

PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA

Setiap jenis bahasa merupakan satu set sistem yang merangkumi fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan pragmatik.

2.6

Peringkat Perkembangan Bahasa Mengikut Sistem Bahasa Perkembangan bahasa mengikut suatu urutan. Perkembangan bahasa

kebanyakan kanak-kanak bermula dari tangisan yang berbeza ( tangisan yang berbeza sebagai gerak balas terhadap rangsangan yang berbeza, contohnya berasa sejuk atau panas, dicucuk oleh benda yang tajam dan sebagainya ) kepada luahan perasaan dengan menggunakan satu perkataan. Nelson (1973) mengklasifikasikan bahasa kanak-kanak sebagai rujukan atau luahan perasaan. Nama umum adalah secara rujukan manakala bahasa sosial adalah secara luahan perasaan. Seterusnya kanak-kanak akan menggunakan ayat yang lebih panjang dan belajar membentuk ayat negatif dan soalan. Tambahan lagi, bahasa kanak-kanak merangkumi bentuk ayat yang matang dan kurang matang. Sehingga masa kanak-kanak berumur lapan hingga sepuluh tahun, kebanyakan bahasa yang digunakan oleh mereka adalah matang. Pada masa yang sama, kefahaman bahasa kanak-kanak berkembang dengan cepat. bahasa berterusan sepanjang hayat. Berikut adalah penyataan perkembangan bahasa kanak-kanak mengikut sistem bahasa. (a) Fonologi Dalam perkembangan fonologi, kanak-kanak menghasilkan bunyi secara rambang. Ini berlaku di peringkat agahan. Mula-mula ia memperoleh fonem-fonem yang kasar dan ketara perbezaan fiturnya, tetapi kemudian ia maju kepada fonem-fonem yang halus dan berbeza fiturnya. Peringkat perkembangan fonologi adalah: Peringkat menangis 15 Perkembangan

PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA

Peringkat rengekan (cooing)


Peringkat ajukan satu suku kata yang bermakna (ma, cu, bum)

Peringkat ajukan dua suku kata (mama, baba, tata, dedi, susu) (b) Morfologi Apabila kanak-kanak mula menyedari gabungan bunyi membawa makna tertentu, mereka mula mempelajari perkataan baru pada umur 18 bulan. Perbendaharaan kata kanak-kanak sudah menjangkau 20 hingga 50 patah perkataan dan apabila menjangkau umur empat tahun, mereka boleh mengujarkan atau menguasai lebih 2000 patah perkataan. Ada juga yang telah boleh memahami konsep majmuk dan perkara lepas (past tense). (c) Sintaksis Dalam perkembangan sintaksis, kanak-kanak menguasai ujaran yang terdiri daripada satu perkataan ketika berumur satu tahun dan maju kepada ujaran dua perkataan ketika menjangkau umur dua tahun. Setiap ujaran dapat merujuk beberapa makna mengikut susunan kata atau konteks untuk menggambarkan penafian pertanyaan dan sebagainya. Ayat-ayat padat dan ringkas, banyak menggunakan kata inti dan kurang atau tiada langsung menggunakan kata tugas. Setelah meningkat umur lima tahun, barulah bahasa kanak-kanak itu menyamai bahasa orang dewasa. Setelah umur lima tahun kanak-kanak akan berupaya menghasilkan ayat-ayat pasif atau ayat-ayat yang lebih kompleks dan dapat mengenal struktur dalaman dan hubungannya dengan struktur luar. (i) Kanak-kanak berumur satu setengah tahun boleh melakukan dengan tepat arahan mudah seperti ambilkan selipar ayah, Mana botol sayang dan sebagainya. (ii) Kanak-kanak pada umur awal 12 hingga 18 bulan sudah boleh menggunakan perkataan dengan intonasi yang berbeza. (iii) Pada umur 18 bulan, ayat dengan dua perkataan mula digunakan seperti : 16

PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA

Ayat Penyata: My toy, Daddys car, adik punya. Ayat negatif: Ayah belum balik, Adik tak buat. Ayat perintah seru: Jangan kacau adik. (d) Semantik Dalam perkembangan semantik, kanak-kanak mula berupaya menguasai beberapa patah perkataan dan kemudian memperluaskan perbendaharaan katanya dengan agak cepat. Mula-mula sepatah mungkin merujuk beberapa benda atau makna.. Ketika inilah kanak-kanak sering membuat kesalahan, terutama semasa memberi makna perkataan itu. Hasil daripada interaksi dengan persekitarannya dalam pelbagai konteks, kanak-kanak akan mempelajari konsep-konsep daripada yang konkrit kepada yang lebih abstrak dan mula dapat menyusun perkataan mengikut tatabahasa. Perkembangan semantik kanak-kanak berkait rapat dengan peringkat perkembangan intelek Piaget: Sensori motor, praoperasi dan operasi konkrit: (i) Sensori motor Pada peringkat ini, kanak-kanak sering menggunakan ayat dengan satu perkataan, contohnya: Jika ia sedang mencari ayahnya di sekeliling rumah ia akan sebut: Ayah? yang bermaksud Di manakah ayah? Jika ia tengok dalam bilik air dan gelengkan kepalanya sambil sebut: Ayah, ini bermaksud, Ayah tidak ada dalam bilik air. Jika ia pergi ke muka pintu dan memanggil Ayah sambil cekak pinggang, ini bermaksud, Ayah, mari sini. (ii) Praoperasi

17

PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA

Di peringkat praoperasi, kanak-kanak yang berumur 2-7 tahun mula cuba memahami bahawa ada perkataan yang mempunyai lebih daripada satu makna. perkataan yang abstrak. Walau bagaimanapun mereka masih pada peringkat konkrit dan belum begitu memahami

(iii) Operasi konkrit Ini adalah peringkat umur kanak-kanak berfikir dan membezakan. Antara umur 7 11 tahun, kebolehan kanak-kanak berkembang bagi mengecam dan membezakan makna. Namun mereka masih terikat dengan proses pengalaman sedia ada dan pengalaman terus mereka. Contohnya: Pada peringkat ini, kanak-kanak sudah faham fungsi rumah sebagai tempat untuk tidur, tempat makan, tempat tinggal keluarga, tempat kawan datang dan lain-lain.

(e) Peringkat Pragmatik Peringkat pragmatik ialah peringkat penggunaan bahasa yang peka terhadap konteks iaitu bagaimana seseorang menyesuaikan bentuk ucapan/ perkataan mengikut konteks sosial yang berbeza. Dalam peringkat pragmatik ini juga kanak-kanak belajar peraturan bercakap daripada komuniti di sekitar tempat tinggalnya. Peraturan ini berbeza mengikut sosio-budaya dan bangsa.

18

PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA

LATIHAN 1: LATIHAN : Cadangkan aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru prasekolah untuk memupuk perkembangan bahasa kanakkanak prasekolah. Lengkapkan jawapan anda dan simpan satu salinan dalam folio anda. LATIHAN 2: Apakah yang dimaksudkan dengan (a) fonologi (b) morfologi (c) sintaksis (d) semantik (e) pragmatik Bina satu jadual perkembangan bahasa mengikut sistem bahasa kanak-kanak dari masa lahir sehingga umur enam tahun. Anda boleh membuat perbincangan dalam kumpulan anda dan hasil perbincangan dimuatkan dalam folio masing-masing.

Tajuk 3

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA PERINGKAT PRASEKOLAH

19

PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA

3.1 Sinopsis Unit ini akan membincangkan kaedah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan faktor-faktor yang mempengaruhi pelaksanaan pengajaran Bahasa Melayu dan Pengajaran Bahasa Inggeris Prasekolah. Pemahaman tentang faktor-faktor yang dihuraikan diharapkan dapat membantu dan mendorong anda menjadi seorang guru yang mempunyai peranan sebagai pelaksana kurikulum yang efektif. 3.2 Hasil Pembelajaran

1. Mengenal pasti faktor-faktor mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak dan kaedah pengajaran bahasa pertama dan kedua 2. Mengintegrasikan kemahiran mengajar, dan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi untuk melaksanakan pengajaran yang berkesan dan bermakna. (2.2)

20

3.3

Kerangka Konsep Tajuk PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA


KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJAR AN BAHASA PERINGKAT PRASEKOLAH

Kaedahkaedah Pengajaran Bahasa

Pengajaran Bahasa Kedua

Technique and Teaching Approach

Pengalaman bahasa melalui pendengaran

Pengalaman bahasa melalui pendengaran

Pengalaman bahasa melalui pertuturan

Pengalaman melalui bacaan

Terdapat pelbagai kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa : 1. Pengalaman Melalui Pendengaran Kemahiran mendengar penting bagi kanak-kanak. Pengalaman mendengar bunyi dan perkataan akan membantu kemahiran mendengar. Guru sebaiknya memberi arahan kepada kanak-kanak mengikut arahan pertama, seterusnya dan akhir, supaya kanakkanak mudah memahaminya. Meneka bunyi yang dibunyikan oleh guru dalam cerita Mengajuk bunyi yang dibunyikan oleh guru Mengecam dan menyebut semula perkataan yang didengar Pengalaman mengikut arahan Guru sebaiknya memberi arahan kepada kanak-kanak mengikut arahan pertama, seterusnya dan akhir supaya anak-anak mudah memahaminya. Mendengar dan memberi gerak balas terhadap arahan dan cerita Permainan menyambung cerita Mendengar cerita melalui headphone 21 Bersoal jawab

PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA

2. Pengalaman Melalui Pertuturan Aktiviti pertuturan menggalakkan kanak-kanak menyebut perkataan dengan betul,, menggunakan intonasi dan jeda yang tepat dan jelas di samping meransang kebolehan membentuk ayat yang lengkap. Aktiviti kuiz melatih kanak-kanak dalam penggunaan soalan seperti siapa, di mana, bagaimana, bila dan mengapa. Aktiviti nyanyian dapat memudahkan kanak-kanak belajar menyebut perkataan dan rangkaikata yang berirama. Melalui nyanyian juga dapat meningkatkan perbendaharaan kata kanak-kanak. Berikut adalah aktiviti pertuturan : a. Memberi ucap selamat, terima kasih, bermaafan b. Aktiviti perbualan awal dan bersoajawab c. Menyanyi lagu pendek dan lagu tradisional d. Bercerita, menceritakan semula peristiwa ikut urutan e. Melafazkan pantun dan puisi f. Melakonkan watak dalam cerita:

3.4 Kemahiran Bahasa Dan Faktor Yang Mempengaruhinya Kemahiran Bahasa Pengenalan kemahiran mendengar dan bertutur: mendengar dan bertutur berkait rapat boleh jadi perbualan secara formal atau temu bual mendengar untuk tujuan yang berbeza

22

PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA

menggabungkan perkara baru dengan pengetahuan yang sedia ada kemahiran mendengar termasuklah struktur, bahasa dan penguasaan perbendaharaan kata yang betul untuk menjana idea atau berfikir tentang sesuatu topik kemahiran mendengar perlu disokong dengan bahan audio atau pita rakaman.

a) Kemahiran Mendengar Kemahiran mendengar melibatkan kemahiran menerima maklumat secara lisan. Proses mendengar adalah satu proses fizikal yang melibatkan telinga sebagai alat penerima bunyi bahasa. Proses mendengar melibatkan dua peringkat kemahiran, iaitu peringkat membezakan bunyi-bunyi bahasa dan peringkat memahami bunyi bahasa yang bermakna ( kata, frasa, klausa dan ayat). Pemahaman tentang bunyi bahasa itu bergantung kepada pengetahuan,

pengalaman budaya dan sikap pendengar. Pengetahuan sedia ada pendengar, pengetahuan tentang situasi berlakunya pertuturan yang didengar dan pengetahuan tentang sistem bahasa akan membolehkan seseorang memahami bunyi bahasa dengan lebih senang.

Mendengar melibatkan dua proses utama, iaitu membuat jangkaan dan menentukan tujuan. Jangkaan tentang apa yang didengar bergantung kepada pengalaman dan pengetahuan sedia ada pendengar. Tujuan mendengar mungkin untuk mendapat hiburan, pengetahuan dan maklumat. Sekiranya mendengar tanpa tujuan, maka apa yang didengar itu tidak bermakna. Faktor Yang Mempengaruhi Kemahiran Mendengar i) Fizikal

23

PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA b) Kemahiran Bertutur Kanak-kanak normal satu mempunyai deria pendengaran yang semula jadi sejak ia Bertutur merupakan cara berkomunikasi yang kompleks, yang melibatkan dilahirkan. Peringkat berbeza antara seoranguntuk dengan seorang yang bunyi lain . proses mental yangkemahiran menggerakkan alat pertuturan mengeluarkan Ada yang pendengarannya danmengeluarkan walaupun tidak tergolong dalam golongan bahasa yang bermakna. Di tajam samping bunyi bahasa, seseorang itu cacat menggunakan pendengaran. unsur-unsur prosodi dan para linguistik semasa bertutur bagi akan menguatkan maksud pertuturan. Unsur-unsur prosodi ialah intonasi, nada, tekanan, ii) Status Sosioekonomi sebutan dan jeda. Manakala unsur para linguistik ialah bahasa isyarat dan Latar belakang keluarga, termasuk kemudahan di rumah dan interaksi antaraharus ahlipergerakan badan. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran bertutur ahli keluarga mempengaruhi membolehkan kanak-kanak: kebolehan mendengar kanak-kanak. Latar belakang keluarga juga boleh mempengaruhi emosi kanak-kanak. Kanak-kanak yang terganggu emosinya tidak akan dapat memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap a) menyebut dengan jelas apab) yang didengar. menyampaikan atau melahirkan pendapat peribadi c) melaporkan peristiwa harian iii)d) Gangguan memberi Bunyi penerangan dan memberi alasan Kemahiran mendengar boleh terganggu jika semasa mendengar terdapat pelbagai e) menunjukkan arah jenis seperti bunyi bising dan sebagainya. f) bunyi menyoal untuk mendapatkan maklumat g) bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengar dan iv) Mental situasi Kecerdasan mental pemikiran akan mempengaruhi kecekapan seseorang h) bertutur secaraatau bertatasusila mendengar. Aktiviti Mendengar dan Bertutur aktiviti yang berstruktur melalui perancangan persediaan dan bimbingan guru aktiviti berpusatkan guru; memberi idea, membuat tunjuk cara, mencungkil idea, memberi komen dan galakan bertutur.

24

PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA c) kebolehan bahasa kurang penguasaan perbendaharaan kata lemah kemahiran mendengar dan bertutur menyebabkan kanak-kanak sukar

untuk berkomunikasi c) Kemahiran Membaca d) minat dan motivasi Pelakuan membaca merupakan gabungan dari beberapa proses yang kompleks. - minat terhadap sesuatu bahan yang dibaca akan memberikan motivasi yang Pelakuan membaca melibatkan kemahiran pengamatan yang diskriminatif (untuk tinggi untuk memberi gerak balas yang positif terhadap membaca. mengenal dan membezakan huruf), kemahiran mengingat, mendengar dan membezakan bunyi dengan tepat dan jelas, menyebut bunyi-bunyi yang dilambangi a) konsep kendiri oleh huruf, menggabungkan penyebutan bunyi-bunyi itu bagi membentuk perkataan - jika kanak-kanak mempunyai konsep kendiri yang negatif biasanya mereka dan seterusnya berkebolehan memindahkan lambang-lambang yang dibaca itu kurang yakin terhadap kebolehan diri dan lemah membaca kepada sistem saraf pusat ( otak ) untuk menterjemah dan memahami apa yang dibaca. Ini bermakna pelakuan membaca memerlukan dua komponen kemahiran, b) daya pendengaran iaitu kemahiran kognitif dan mekanis. - ketidakupayaan seseorang mendengar dengan baik dan jelas menyebabkan ia gagal membezakan bunyi kata. Marie (1981) berpendapat, membaca melibatkan pengutaraan mesej, arahan, ruang, format dan bentu-bentuk visual. c) daya penglihatan proses membaca bermula dengan melihat dan mengecam perkataan. - Kanak-kanak bermasalah penglihatan sukar untuk membezakan huruf-huruf Faktor yang mempengaruhi kebolehan membaca dan perkataan. 1. Faktor pembaca: 1. Faktor Bahan Bacaan: a) Kecerdasan a) perbendaharaan kata - kecerdasan memberi kesan kepada kebolehan membaca seseorang untuk b) ayat memberi perhatian pada pembacanya, mengingat, mengekalkan apa yang c) isi kandungan bahan dibaca, dan menggunakan pemikiran yang tinggi dalam pembacaannya. d) struktur cerita e) ilustrasi grafik b) Pengetahuan dan pengalaman sedia ada pelajar yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang terbatas akan menghadapi masalah dalam pembacaan seperti untuk memberikan makna.

Faktor-faktor ini secara langsung atau tidak langsung mempengaruhi bacaan. 25

PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA

Oleh sebab setiap kanak-kanak berbeza, maka tahap pengaruh faktor-faktor ini berbeza di antara individu. d) Kemahiran Menulis a) Faktor-faktor yang mempengaruhi kemahiran menulis: pengalaman kemahiran fizikal-motor kasar dan motor halus, kordinasi mata-tangan aktiviti pendedahan

b) Penulisan peringkat awal kanak-kanak kesedaran dan kenal huruf hubungan bunyi dan huruf

26

PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA

Bahan Bacaan

Tajuk 4

Kurikulum Perkembangan Bahasa dan Komunikasi Prasekolah

4.1

Sinopsis

Unit ini akan membincangkan faktor yang mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak dan kaedah pengajaran Bahasa Melayu dan Pengajaran Bahasa Inggeris Prasekolah. Pemahaman tentang persekitaran pembelajaran untuk keperluan pembelajaran yang pelbagai diharapkan dapat membantu anda untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran bahasa di dalam bilik darjah.. Selain itu diharapkan anda akan dapat merangka penaksiran dan penilaian penguasaan bahasa dan menjalankan cara yang autentik serta mengambil

tindakan susulan yang perlu bagi membantu perkembangan bahasa murid anda. . Ini secara tidak langsung dapat mendorong anda menjadi seorang guru yang mempunyai peranan sebagai pelaksana kurikulum yang efektif.

4.2
.

Hasil Pembelajaran

1. Mengenal pasti faktor-faktor mempengaruhi perkembangan bahasa kanakkanak dan kaedah pengajaran bahasa pertama dan kedua 2. Menganalisis persekitaran pembelajaran untuk keperluan pembelajaran yang pelbagai dengan menggunakan teori dan strategi yang sesuai dalam menyediakan aktiviti bahasa. (1.6) 3. Merangkakan dan menjalankan cara pentaksiran dan penilaian penguasaan bahasa serta tindakan susulan yang perlu diambil. 4. Mengaplikasikan pelbagai kaedah untuk memantau dan mentaksir pengetahuan 27

PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA

dan kemahiran. (2.4) 4.3 Kerangka konsep tajuk ini. Kurikulum Perkembangan Bahasa dan Komunikasi Prasekolah

Pengajaran Bahasa Melayu Prasekolah

Pengajaran Bahasa Inggeris

Pentaksiran dan Penilaian Kemahiran Bahasa Prasekolah

4.4

Pengajaran Bahasa Melayu Prasekolah

Kemahiran Bahasa dan Komunikasi merupakan nadi kepada pembelajaran murid.. Seseorang murid sudah menguasai kemahiran asas bahasa apabila mereka mempunyai kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta boleh berinteraksi dengan orang lain. Kebolehan berbahasa dan berkomunikasi dengan baik meningkatkan keyakinan murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran. Ini akan menjadi asas kepada pembelajaran sepanjang hayat. Komponen Bahasa dan Komunikasi merangkumi Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan, Bahasa Cina sebagai bahasa pengantar di sekolah Cina, Bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar di sekolah Tamil dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.

28

PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA

Prinsip utama pengajaran bahasa ialah menyepadukan empat kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa yang mereka pelajari. Kemahiran mendengar - kanak-kanak boleh membezakan bunyi dan boleh memahami apa yang didengar. Kemahiran bertutur - murid dapat menyebut bunyi dan perkataan dengan betul serta dapat menyatakan pemikiran dan perasaan mereka secara berkesan dan bertatasusila. Kemahiran membaca - murid boleh mengucapkan apa yang tertulis dan bercetak dan memahami makna perkataan atau ayat yang dibaca. Kemahiran menulis - murid dilatih untuk menguasai motor halus sehingga boleh menulis huruf dan perkataan dan seterusnya menulis ayat mudah. OBJEKTIF TUNJANG KOMUNIKASI i. ii. iii. iv. mendengar ayat mudah dan menyatakan apa yang didengar; bertutur dengan ayat yang mudah dengan sebutan yang betul dan bahasa yang bertatasusila; membaca dan menceritakan isi bacaan sesuai dengan peringkat perkembangan murid; menulis perkataan dan ayat mudah dengan betul. (Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, 2010)

29

PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA

TUNJANG KOMUNIKASI

KEMAHIRAN MENDENGAR

KEMAHIRAN BERTUTUR

KEMAHIRAN MEMBACA

KEMAHIRAN MENULIS

Rajah 1: Aspek aspek Dalam Perkembangan Bahasa dan Komunikasi

KANDUNGAN DAN HASIL PEMBELAJARAN DALAM TUNJANG KOMUNIKASI 1. Kemahiran mendengar (BM 1.1.1) Mendengar ucap selamat dan memberi respons yang bertatasusila dengan bimbingan (Contoh: Selamat pagi, Selamat petang). (BM 1.1.2) Mendengar arahan mudah dan memberi respons dengan bimbingan (BM 1.1.3) Mendengar sebutan nama dan mengenal pasti objek di dalam dan luar bilik darjah. (BM 1.1.4) Mendengar sebutan nama dan mengenal pasti ruang khas dalam sekolah. (BM 1.1.5) Mendengar lagu dan cerita serta memberi respons. (BM 1.1.6) Mendengar ucap selamat dan memberi respons secara bertatasusila. (BM 1.1.7) Mendengar arahan dan memberi respons. (BM 1.1.8) Mengecam pelbagai bunyi di persekitaran murid. (BM 1.1.9) Membezakan jenis bunyi yang ada di persekitaran. (BM 1.1.10) Mengenal pelbagai suara di persekitaran murid. (BM 1.1.11) Membezakan jenis suara di persekitaran (Contoh: ketawa, menjerit, menangis) (BM 1.1.12) Mengenal pasti dan membezakan intonasi suara tinggi dengan rendah, dan perlahan dengan kuat.

30

PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA

2. Kemahiran Bertutur Berinteraksi dengan mesra Berbual dengan sebutan perkataan yang betul. Berinteraksi secara sopan dan bertatasusila dengan bimbingan. Berbual menggunakan ayat yang mudah dengan sebutan yang betul. Berinteraksi secara sopan dan bertatasusila. Menyatakan permintaan dengan sopan. Memberikan arahan kepada rakan secara bertatasusila. Menamakan objek di persekitaran.

Bersoal jawab melalui rangsangan yang diberi Menyebut semula soalan rangsangan yang dikemukakan. Mengemukakan soalan yang bersesuaian. Bersoal jawab berdasarkan tema, minat dan situasi semasa. Bersoal jawab secara spontan. Menyoal dengan menggunakan sebutan yang betul dengan bimbingan guru. Mengemukakan soalan yang sesuai dan mudah difahami. Menjawab soalan dengan ayat yang mudah dan sesuai. Bersoal jawab secara bersopan.

Melafazkan puisi dengan intonasi yang betul. Melafazkan pantun yang mudah secara berirama. Melafazkan pantun dengan intonasi yang betul: a. Pantun dua kerat b. Pantun empat kerat Mendeklamasikan sajak mudah/ ringkas.

31

PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA

Menceritakan perkara yang didengar Menceritakan perkara yang didengar dengan menggunakan ayat yang mudah

Melakonkan watak-watak mengikut situasi Main peranan mengikut situasi dengan menggunakan bahasa yang sesuai untuk menghidupkan watak dengan bimbingan.

3. Kemahiran Membaca Mengenal bentuk huruf A - Z . Menyebut huruf mengikut urutan. Memadankan bentuk huruf dengan bentuk objek persekitaran (Contoh: bentuk J dikaitkan dengan mata kail). Menyebut huruf secara rawak. Menyebut huruf mengikut urutan. Mengenal pasti bentuk huruf kecil. Mengenal pasti bentuk huruf besar. Memadankan huruf kecil dengan huruf besar.

Mengenal huruf vokal Menyebut huruf vokal. Membunyikan huruf vokal Mengenal pasti huruf vokal yang terdapat dalam perkataan

Mengenal huruf konsonan Menyebut huruf konsonan

32

PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA

Menyebut huruf konsonan dengan tepat. Menyebut huruf konsonan dalam perkataan yang ditunjukkan.

Membina dan membaca suku kata. Membunyikan suku kata hasil gabungan huruf konsonan dan huruf vokal dengan bimbingan. Membunyikan dua suku kata dengan bimbingan Membina dan membunyikan suku kata hasil gabungan huruf konsonan dan huruf vokal (Contoh: ba) Membina dan membunyikan satu suku kata terbuka secara rawak. Membina dan membunyikan dua suka kata terbuka secara rawak. Membina dan membunyikan tiga suku kata terbuka secara rawak. Membina dan membunyikan sukukata tertutup secara rawak

Membaca perkataan Membatangkan (mengeja sambil membaca) dua sukukata untuk menjadi perkataan dengan bimbingan. Membatangkan dua suku kata terbuka untuk menjadi perkataan dengan bimbingan. Membatangkan dua sukukata terbuka untuk menjadi perkataan. Membatangkan tiga suku kata terbuka untuk menjadi perkataan. Membatangkan satu suku kata tertutup untuk menjadi perkataan. Membatangkan dua suku kata tertutup untuk menjadi perkataan . Membatangkan suku kata terbuka dan sukukata tertutup untuk menjadi perkataan. Membatangkan suku kata tertutup dan suku kata terbuka untuk menjadi perkataan Membaca frasa

33

PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA

Membaca frasa dengan bimbingan (Contoh frasa: mata biru, gigi saya, baju baru, jalan raya). Membaca frasa dengan sebutan yang betul.

Membaca ayat tunggal yang mudah. Membaca ayat tunggal yang mudah dengan bimbingan Membaca ayat tunggal yang mudah dengan sebutan yang betul.

Membaca ayat dalam konteks. Membaca ayat-ayat dalam konteks dengan intonasi yang betul dengan bimbingan. Mengenal tanda baca dalam ayat. Membaca ayat-ayat dalam cerita dengan intonasi yang betul .

Membaca dengan cara yang betul (prabaca). Mengamalkan penjagaan buku dengan cara yang betul dengan bimbingan . Mengamalkan penjagaan buku dengan cara yang betul. Membaca nama judul buku, dan pengarang. Membaca mengikut arah dan cara yang betul (kiri ke kanan, jarak dari mata ke buku, teknik memegang buku). Mengamalkan tabiat membaca. Membaca buku cerita yang menarik dan sesuai dengan peringkat umur dengan bimbingan guru. Membaca buku cerita yang menarik dan sesuai daripada pelbagai tema .

Memahami isi bahan bacaan yang dibaca. Bercerita berdasarkan bahan bacaan mudah yang telah dibaca dengan bimbingan. Bercerita secara lisan, tulisan atau lukisan berdasarkan bahan yang dibaca.

34

PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA

Bercerita secara lakonan, main peranan atau nyanyian berdasarkan bahan yang dibaca.

4. Kemahiran Menulis Menguasai kemahiran pratulis Memegang alat tulis dengan cara yang betul untuk menulis. Mengkoordinasikan pergerakan mata-tangan melalui lakaran bentuk, corak dan garisan secara bebas. Mengkoordinasikan pergerakan mata-tangan mengikut arah yang betul.

Menguasai kemahiran menulis. . Menulis semula huruf mengikut cara yang betul. Menulis huruf kecil dengan cara yang betul dengan bimbingan. Menulis huruf besar dengan cara yang betul dengan bimbingan. Menulis huruf kecil dengan cara yang betul. Menulis huruf besar mengikut cara yang betul. Menyalin perkataan dengan cara yang betul. Menyalin ayat dengan cara yang betul.

4.5 Pengajaran Bahasa Inggeris Prasekolah


English Language Curriculum . The English Language curriculum aims at enabling children to actively communicate with others in their immediate environment as well as develop an enjoyment of the language through the use of stories,rhymes, poems, songs and games.

Objectives

35

PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA

The English Language curriculum aims at enabling children to : listen to simple sentences follow simple instructions, and talk about familiar experiences in simple sentences. able to speak politely with appropriate intonation read simple story books suitable to their stage of cognitive development retell stories heard in simple sentences. able to recognize alphabets know basic phonics write simple phrases.

Content And Learning Outcomes. 1. Listening and Speaking Skills. Listen to and discriminate sounds. Listen to and identify common sounds around them. Listen to and identify sounds in the environment

Listen to and understand meaning of simple words. Listen to and repeat simple greetings, e.g. good morning, good afternoon. Listen to and respond verbally to simple greetings with guidance. Listen to and identify objects in the classroom. Name common objects in the classroom. Listen to and repeat greetings. Listen to and respond verbally to greetings. Listen to and identify common objects in the environment. Name common objects in the environment.

36

PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA

Listen to words said aloud and respond accordingly, e.g.: stand up and touch your nose

Acquire and use simple phrases and statements Talk about familiar things and experiences with guidance Talk about familiar experiences, favorite things and activities around them with guidance. Talk about the natural environment with guidance. Talk about happenings around them

Listen to and follow simple instructions Listen to and follow one word instructions, e.g. Come. Listen to and follow simple instructions, e.g. Please stand up. Listen to and follow instructions, e.g. Please get me the book from the shelf. Listen to and perform actions based on instructions in activities and games.

Listen to and enjoy nursery rhymes, action songs, poems and stories. Listen to and enjoy nursery rhymes, action songs, poems and stories. Listen to and recite nursery rhymes and action songs. Listen to, recite and act out nursery rhymes and action songs. Listen to, recite and act out nursery rhymes, action songs and poems. Listen to and retell simple stories using aids: e.g. picture clues, visual props. Listen to and role play simple stories. Listen to and solve simple riddles.

Sing songs and recite rhymes and poems. Sing songs. Recite simple rhymes and poems. Sing songs with the correct pronunciation and intonation.

37

PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA

Recite rhymes and poems with the correct pronunciation and intonation.

Tell simple stories. Tell stories about personal experiences with guidance. Tell stories using visual props with guidance. Tell stories about personal experiences with or without guidance. Tell stories using visual props with or without guidance.

Dramatize familiar situations and stories. Role play familiar daily situations with guidance. Role play familiar daily situations without guidance. Dramatise familiar stories without guidance.

Perform a variety of language forms and functions in a social context. Use simple sentences to carry out a conversation: e.g.: exchange greetings to show appreciation Use simple sentences to carry out a conversation: e.g.:to exchange greetings to introduce oneself to show appreciation to express feelings and emotions Use simple sentences to convey messages.

Ask simple questions. Ask simple questions pertaining to oneself Ask simple questions pertaining to: stories heard or read 38

PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA

situations Ask simple Wh questions

3 . Reading Skills

Understand that printed materials contain meaning. Show awareness that print conveys meaning by doing Pretend Reading. Show awareness that print conveys meaning by doing Pretend Reading

Acquire knowledge of print and ethics in reading . Handle books carefully. Read print moving from left to right and top to bottom . Recognise the basic features of a book

Identify letters of the alphabet. Recognise letters of the alphabet by their shapes. Recognise letters of the alphabet by their name. Recognise small letters of the alphabet. Recognise big letters of the alphabet. Name letter of the alphabet with guidance Name letters of the alphabet. Sound out letters of the alphabet (basic phonics).

39

PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA

Hear and sound vowel sounds. Hear and sound consonant sounds.

Read simple words with understanding. Hear and pronounce simple words. Read simple words. Read labels. Hear and say the initial sound of a word, e.g. cup. Recognise and sound out simple words, e.g. C u p for cup. Recognise and sound similar initial sound in word, e.g. cup, cap, cat; man, map, mat Read familiar words printed in the surroundings .

Read phrases with understanding.. Read simple phrases with guidance( e.g. sit down, red ball). Read simple phrases

Read simple sentences with understanding. Read simple sentences with assistance Read simple sentences, e.g. I like papaya.

Develop interest in reading. Talk about stories (simple stories) being read. Talk about stories (stories with more difficult words) being read. Relate stories read to others. Talk about illustrations in printed materials Talk about prints from different media in the environment (e.g. newspaper, story books, computers screen, television, pamphlet, wood encraving) Talk about different types of books around them.

40

PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA

4. Writing Skills. Pre-writing skills. Writing Skills. Copy letters of the alphabet correctly in neat, legible print. Write recognizable letters with guidance Write recognizable letters. . Write simple words in neat, legible print. Write simple phrases. Engage in activities requiring hand-eye coordination Draw lines and circles using gross motor and fine motor movements Draw anticlockwise and up-and down letter movements Form recognisable letters Write simple words and write simple sentences

4.6 Pentaksiran dan Penilaian Kemahiran Bahasa Prasekolah


4.6.1 Konsep Apakah yang anda faham dengan pentaksiran perkembangan kanak-kanak prasekolah? Pentaksiran ialah proses mengumpul maklumat dan mengesan kemajuan kanak-kanak dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan penguasaan kanak-kanak terhadap sesuatu proses pembelajaran bagi membantu perkembangan yang seterusnya. Ia dijalankan secara berterusan dan bersesuaian dengan objektif pembelajaran dan tahap perkembangan individu setiap kanak-kanak semasa kanakkanak mengalami proses pembelajaran. Pentaksiran juga dapat dianggap sebagai satu cara untuk mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu perkara. Menurut Gay (1985) pentaksiran ialah satu proses

41

PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA

yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Arthur et.al. (1996) berpendapat pentaksiran ialah proses mengumpul bukti dan membuat pertimbangan tentang keperluan, kekuatan, kebolehan dan pencapaian. Apakah Pentaksiran Prasekolah? Pentaksiran prasekolah adalah satu proses yang sistematik untuk mengumpul maklumat tentang perkembangan murid bagi membantu guru membuat penilaian terhadap mereka dengan tujuan mengenalpasti tindakan susulan yang sesuai untuk membantu murid mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Proses dalam pentaksiran melibatkan aktiviti mengumpul, menganalisis dan menginterpretasi maklumat yang diperoleh. Pentaksiran adalah satu proses yang berterusan dan dijadikan sebahagian daripada pengajaran dan pembelajaran. Dalam pentaksiran, guru boleh menggunakan pelbagai kaedah untuk mendapatkan maklumat. Hasil pentaksiran terhadap murid membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya membantu guru memperkembangkan potensi murid sepenuhnya dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor sebagai persediaan mereka untuk ke sekolah rendah. Pentaksiran murid prasekolah bukan bertujuan melabel dan membandingkan murid dengan murid yang lain, tetapi untuk meningkatkan pembelajaran murid berkenaan.. lstilah yang sering digunakan untuk pentaksiran seperti ini ialah Pentaksiran Autentik atau Pentaksiran Formatif (Formative Assessment). Pentaksiran murid di prasekolah lebih menekankan kepada usaha ke arah penambahbaikan (improvement) serta perkembangan (development) dan bukan pencapaian (achievement) semata-mata. Maklum balas yang diberi semasa atau selepas sesuatu aktiviti pentaksiran merupakan faktor penting dalam menjayakan proses pentaksiran. Pertimbangan harus diberi ke atas keperluan kanak-kanak,, perasaan kanak-kanak, psikologi kanak-kanak, dan teori perkembangan kanak42

PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA

kanak semasa merancangkan proses pentaksiran. Dalam modul ini pentaksiran adalah tertupu kepada perkembangan bahasa sahaja.

4.6.2 Cara Pentaksiran dan Penilaian Pentaksiran prasekolah lebih banyak menggunakan pendekatan formatif. Matlamat pentaksiran formatif ialah untuk meningkatkan motivasi dan pembelajaran murid. Pentaksiran yang dijalankan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran bahasa membantu guru mengesan penguasaan, kemajuan dan merancang pengajaran atau strategi seterusnya. Untuk mencapai matlamat, guru harus melaksanakan aktiviti-aktiviti pentaksiran secara berulang dan berterusan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.6.1 Sebagai persediaan, guru harus membuat perancangan dan membina item, instrumen atau aktiviti bahasa. Pentaksiran harus diulang dan dilakukan berterusan untuk melihat proses kerja,, hasil kerja dan tingkah laku yang ditunjukkan secara konsisten. Elakkan daripada menggunakan ujian formal kerana ia tidak dapat memberi maklumat mengenai kebolehan sebenar murid. Pentaksiran autentik lebih sesuai dijalankan bagi murid prasekolah. Pentaksiran autentik merujuk kepada bentuk penilaian di mana murid ditaksir pada masa menjalankan tugasan aktiviti pembelajaran bahasa harian di dalam dan di luar kelas. Untuk mendapat hasil atau evidens terbaik, konteks (tema, topik atau aktiviti) yang digunakan untuk mentaksir murid harus mengambi! kira aspek minat, budaya, latar belakang sosio ekonomi, pengalaman seharian, persekitaran, kekuatan, ketidakupayaan dan kebolehlaksanaan. Oleh yang demikian, fleksibiliti dibenarkan dari segi instrumen dan aktiviti yang dirancang. Pentaksiran murid boleh melibatkan orang lain seperti rakan sebaya, pembantu guru, ahli keluarga dan komuniti di mana bersesuaian. Pengumpulan maklumat daripada pelbagai sumber dan aktiviti akan menghasilkan dapatan yang boleh 43

PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA

dipercayai serta membantu guru membuat keputusan yang lebih jelas dan tanpa ragu-ragu.

MODEL PROSES MENJALANKAN PENTAKSIRAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

MERANCANG Menentukan Konstruk dan Kaedah Penilaian MEMBINA INSTRUMEN Membina item dalam instrumen dan menentukan Standard Prestasi MELAKSANAKAN PENTAKSIRAN PemerhatianTingkah laku / Interaksi / Lisan dan Hasil Kerja Murid MEREKOD MENGANALISIS DATA YANG DIKUMPUL DAN MELAPOR

Tindakan Susulan Aktiviti :


Pengukuhan

Pengayaan

SUDAHKAH MURID MENGUASAI

Tindakan Susulan Aktiviti :

Aktiviti Bimbingan

KEMAHIRAN / STANDARD PEMBELAJARAN BARU / KE TAHUN SATU SEKOLAH RENDAH

Rajah 4.6.1: Model Proses Menjalankan Pentaksiran 4.6.3 Instrumen Pentaksiran Fokus utama Tunjang Komunikasi adalah Kemahiran Bahasa dan Seni Bahasa.. Kemahiran Bahasa merangkumi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Bahan yang digunakan perlu sesuai dengan peringkat perkembangan kanak-kanak. Seni Bahasa merujuk kepada

44

PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA

keupayaan murid mengungkap keindahan bahasa dan permainan bahasa seperti drama dan sajak. Konstruk Yang Ditaksir

melalui kepelbagaian aktiviti

Untuk mengenal pasti apakah perkara-perkara utama yang ditaksir (konstruk), rujukan dibuat ke atas Fokus, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran untuk Tunjang Komunikasi di dalam dokumen Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Fokus, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran menyatakan dengan terperinci perkara yang perlu dipupuk dan dikuasai oleh murid. Pengamalan sikap baik (yang berkaitan dengan kemahiran kebolehan dalam Standard Pembelajaran) juga diperhatikan dan ditaksir sebagai usaha untuk memupuk nilai murni dan sikap positif semasa murid mempamerkan kemahiran mereka. Jadual 4.6.1 menunjukkan senarai konstruk yang telah dikenal pasti mengikut Tunjang Komunikasi sepanjang tempoh pembelajaran murid di peringkat prasekolah.

TUNJANG Komunikasi BM1 BM2 BM3 BM4 BM5 BM6 BM7

KONSTRUK Kemahiran Mendengar Kemahiran Bertutur Kemahiran Menyebut dan Mengecam Huruf Vokal dan Konsonan Kemahiran Membaca Perkataan Kemahiran Membaca Ayat Kemahiran Mencerita Semula Kemahiran Menulis

Jadual 4.6.1: Senarai Konstruk Dalam Tunjang Komunikasi (Bahasa Melayu)

Bagi memastikan murid mencapai tahap pengetahuan dan kemahiran tertentu

45

PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA

sebelum memulakan persekolahan formal di tahun satu, pentaksiran merujuk standard digunakan, selaras dengan rekabentuk Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang mula digunakan di semua prasekolah pada tahun 2010. Standard Pentaksiran yang dinyatakan dalam KSPK perlu diakur oleh semua pihak yang menggunakan kurikulum kebangsaan ini. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan yang dilaksanakan di semua prasekolah mulai 2010 disusun atur mengikut format Fokus, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Fokus, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran adalah perkara-perkara yang dirujuk semasa guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Fokus adalah bidang pembelajaran yang ingin dikembangkan dalam diri murid. Semasa merancang pentaksiran, Fokus boleh dirujuk untuk membina Konstruk. Konstruk adalah perkara yang akan ditaksir. Setiap Fokus dinyatakan melalui beberapa Standard Kandungan. Standard Kandungan merupakan pernyataan spesifik tentang perkara yang patut murid tahu dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan. lanya ditulis meliputi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Setiap Standard Kandungan diperincikan lagi kepada beberapa Standard Pembelajaran. Standard Pembelajaran merupakan satu penetapan kriteria atau indikator pencapaian dalam bentuk objektif tingkah laku (behavioural) yang boleh diukur, untuk memastikan penguasaan setiap Standard Kandungan. Seiring dengan kurikulum prasekolah yang berasaskan standard, pentaksiran di prasekolah adalah sesuai dilaksanakan dengan merujuk kepada standard. Pentaksiran Merujuk Standard bermaksud apa yang ditaksir dan tahap perkembangan dan penguasaan murid mesti dirujukkan kepada Standard Prestasi yang jelas, realistik, boleh difahami dan lebih memberi makna. Kerja, respons dan tingkah laku (proses & produk) yang dihasilkan atau dipamer oleh murid merupakan evidens (bukti) yang akan dirujukkan kepada standard prestasi yang ditetapkan.

Standard Prestasi (Performance Standard) merupakan satu set kriteria umum yang 46

PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA

menunjukkan tahap-tahap prestasi yang perlu murid pamerkan sebagai tanda bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai murid. la memberi definisi kepada . "kejayaan" dan bagaimanakah hasil kerja dan tingkah laku yang dikatakan cukup baik (indicator of success) atau sudah mencapai objektif pembelajaran. Tujuan diadakan standard prestasi ialah untuk mengenal pasti di manakah tahap penguasaan pengetahuan, kemahiran atau pengamalan nilai seseorang murid itu. Standard prestasi memberi gambaran jelas atau panduan kepada guru tentang bagaimana hendak memberi skor kepada hasil yang dipersembahkan oleh murid. Standard Prestasi juga dirujuk semasa guru memberi maklum balas dan membuat pelaporan tentang murid. Standard Prestasi memperihalkan kualiti penguasaan sesuatu perkara atau hasil kerja mengikut hierarki. Standard Prestasi tidak menjelaskan secara spesifik tentang teknik atau kaedah untuk mencapai hasil yang dikehendaki. Standard prestasi bukan saja patut diketahui oleh pentaksir (guru), malah ibu bapa dan murid sendiri. Standard Prestasi dinyatakan dalam bentuk kriteria dan skor. Kriteria merupakan pernyataan yang menjelaskan tentang kualiti sesuatu kerja atau perkara yang dikuasai. Kriteria yang ditulis mesti mudah, ringkas, tidak mengelirukan dengan mengambil kira perbezaan antara individu. la menjadi rujukan bagaimana prestasi murid ditaksir dan diberikan skor. Pernyataan kriteria yang ditulis pada setiap tahap penguasaan mestilah dapat memperihalkan setakat mana kualiti kerja yang ditunjukkan oleh murid. Kriteria yang khusus dibina bagi setiap konstruk yang dinilai dalam pentaksiran prasekolah. Bagi memastikan kesamaan kualiti antara kesemua kriteria khusus, satu standard dan kriteria teras (core) digunakan sebagai panduan. Dalam konteks pentaksiran prasekolah di Malaysia, Skor bermaksud apa yang digunakan untuk menandakan tahap penguasaan murid. Di prasekolah, skor yang diberi bukan sekadar berbentuk gred (A, B, C, ... ) atau markah (1, 2, 3, ... ) yang hanya boleh dijumlah dan dipuratakan, seperti yang digunakan dalam ujian pencapaian di peperiksaan awam. Skor dalam bentuk markah dan gred sematamata tidak boleh memberi maklumat tentang apa yang murid boleh lakukan. Untuk menjadikan pentaksiran lebih bermakna di prasekolah, skor mestilah dapat menjelaskan di tahap manakah murid berada berbanding standard prestasi yang 47

PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA

hendak dicapai. Contoh skor yang boleh digunakan dalam pentaksiran prasekolah ialah Belum Menguasai ( ), Sedang Maju ( )dan Telah Menguasai ( ). Tiga skor ini

mewakili penguasaan pada tahap Tahu sahaja, Tahu dan Boleh Buat dengan bimbingan, Tahu dan Boleh Buat dengan Baik dan dengan Sendiri, seperti ditunjukkan dalam Jadual 4.6.2. Jadual 4.6.3 memberi satu lagi contoh Standard Prestasi.

Jadual 4.6.2: Standard Prestasi di Prasekolah Contoh 1

Skor (Tahap Penguasaan) Telah Menguasai

Simbol TM

Kriteria Tahu dan boleh buat dengan sendiri dengan baik secara bertatasusila.

Sedang Maju

SM

Tahu dan boleh buat dengan bimbingan. Tahu beberapa perkara asas berkaitan

Belum Menguasi

BM

dengan konstruk tetapi tidak boleh buat .

Jadual 4.6.3: Standard Prestasi di Prasekolah Contoh 2


Skor (Tahap Penguasaan) Simbol Kriteria

48

PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA

Boleh melakukan aktiviti dengan betul sehingga Menguasai Sedang Berkembang M SB selesai. Memerlukan bimbingan dari semasa ke semasa apabila melakukan aktiviti namun masih boleh melakukan sehingga selesai. Sukar memahami arahan untuk menjalankan Perlu Banyak Bimbingan PB aktiviti dan sentiasa memerlukan bimbingan.

Tiga tahap penguasaan di Jadual 4.6.2 dan 4.6.3 boleh menjadi teras (asas) kepada pernyataan kriteria bagi standard prestasi yang dibina dan disesuaikan untuk mentaksir setiap konstruk.

Dengan adanya Standard Prestasi, guru dapat memberi skor dan maklum balas yang tepat kepada murid tentang prestasi mereka . Sehubungan itu guru boleh mengatur strategi pengajaran atau intervensi untuk membantu murid. memperbaiki pembelajaran mereka bagi menguasai tahap yang tertinggi. Daripada maklum balas guru, murid pula mendapat gambaran yang jelas tentang sasaran pembelajaran, di mana kedudukan mereka dan apa lagi yang mereka perlu perbaiki untuk maju ke arah sasaran berkenaan. Instrumen lain yang boleh digunakan untuk pentaksiran dan penilaian murid prasekolah termasuklah:

(a)

Senarai Semak

49

PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA

Senarai Semak ialah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan murid dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai. item menentukan : Sesuatu tingkah laku dapat diperhatikan Kekerapan sesuatu tingkahlaku itu berlaku. Sesuatu tingkah laku yang dikehendaki telah berlaku. Senarai Semak boleh dibina dalam bentuk dinyatakan sesuatu tingkah laku telah berlaku atau tidak, iaitu dengan skor 'ya' atau 'tidak'. Senarai Semak juga boleh dilengkapkan dengan skala kadar. Skala kadar boleh digunakan untuk menunjukkan darjah kemajuan dan pencapaian dalam penguasaan pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai murid. Penilaian terhadap hasil kerja atau eviden direkod berdasarkan skala. Skala penskoran dibina bagi pentaksiran setiap konstruk dalam senarai semak : Konstruk yang hendak dinilai Standard Prestasi dan kriteria ditulis dengan jelas. Instrumen dan aktiviti yang digunakan Skor digunakan: angka atau simbol Tunjang Komunikasi. Guru perlu menentukan perkara-perkara berikut dalam merancang Senarai

( b ) Rekod Anekdot Rekod Anekdot adalah satu catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan secara positif atau negatif untuk direkod. Pemerhatian tingkah laku berbahasa biasanya tidak dirancang, tetapi secara kebetulan tingkah laku berbahasa tersebut berlaku. Pemerhatian ini dilakukan terhadap murid secara individu, walaupun peristiwa berlaku dalam kumpulan. Tiada had masa ditentukan untuk pemerhatian tingkah laku berbahasa berlaku. ini. Catatan hendaklah ditulis secara objektif apa sebenarnya yang Contoh maklumat yang boleh 50 direkod adalah peristiwa yang

PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA

menggambarkan tentang perkembangan bahasa dan literasi, penggunaan kosa kata yang melampaui peringkat perkembangannya dalam interaksi sosial dan kemahiran menyelesaikan masalah. Panduan Menulis Rekod Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku. Membuat catatan dalam buku nota sebaik sahaja selepas Menulis apa yang dilihat secara objektif. Mengenal pasti peristiwa itu penting dan signifikan kepada perkembangan bahasa murid. Pastikan peristiwa dicatat mengikut urutan. Merekod hasil pemerhatian sebaik sahaja selesai pemerhatian dibuat. Mencatat tingkah laku dan apa yang dikatakan oleh murid. Masukkan respon orang lain sekiranya ada kaitan dengan tingkah laku murid yang diperhatikan. ( c ) Rekod Berterusan Rekod Berterusan merupakan catatan dalam bentuk cerita ' narrative' yang dibuat ke atas individu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa, dalam perbincangan ini, yang berkaitan dengan perkembangan bahasa murid. Setiap perlakuan dan apa yang ditutur oleh murid akan dicatatkan sepanjang tempoh pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh 5 hingga 10 minit. Berbeza dengan Rekod Anekdot, pemerhatian ini dirancang oleh guru. aspek peristiwa berlaku bagi memastikan peristiwa yang akan direkodkan tidak tercicir.

Panduan menulis rekod : Fokus kepada murid yang ingin diperhatikan. 51

PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA

Rekod hendaklah tepat dan padat. Catatkan dengan jelas setiap perlakuan mengikut urutan. Rekodkan perkara-perkara yang sebenarnya berlaku. Gunakan bahasa yang boleh difahami. Boleh gunakan singkatan semasa mencatat. Tulis secara terperinci apa dilakukan murid semasa peristiwa berlaku dan tingkah laku yang diperhatikan. Tulis secara objektif, tidak terlalu deskriptif dan "judgmental. Pastikan buku nota atau kertas catatan tidak didedahkan dan diletak di tempat yang selamat

4.6.4 Merekod Merekod adalah aktiviti mencatat hasil pentaksiran dan maklumat berkaitan secara sistematik. Maklumat yang direkod ialah tahap penguasaan, perkembangan, kemajuan, potensi, sikap dan nilai-nilai yang murid pamerkan. Untuk membuat penilaian tentang perkembangan pengetahuan, kemahiran dan nilai, Standard Prestasi boleh dirujuk untuk memastikan keselarasan dan keadilan. Berdasarkan Standard Prestasi yang ditetapkan mengikut konstruk, guru mengenal pasti tahap penguasaan murid. Pemerhatian dan penrekodan yang teliti dan lengkap akan memudahkan guru memberi maklum balas dan menghasilkan pelaporan murid kemudian. Contoh instrumen yang boleh digunakan untuk merekod rnaklumat pentaksiran adalah seperti berikut: a) Senarai Semak b) Rekod Anekdot. c) Rekod Berterusan (Running Record)

4.6.5 Tindakan Susulan

52

PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA

Tujuan utama pentaksiran di prasekolah adalah untuk rnerancang tindakan susulan supaya murid dapat lebih menguasai standard pernbelajaran yang dihasratkan. Tindakan susulan boleh digolongkan kepada dua jenis seperti berikut: i. Pengukuhkan dan pengayaan pembelajaran. Ini adalah untuk murid yang sudah rnenguasai standard pembelajaran yang berkenaan. Latihan tambahan yang lebih rnencabar diberikan kepada golongan rnurid ini. ii. Bimbingan dan pernulihan. Ini adalah untuk rnereka yang belurn atau dalam proses rnenguasai standard pernbelajaran yang berkenaan.. Kepada golongan murid ini, galakan dan aktiviti bimbingan seterusnya perlu diberi. Golongan ini perlu diberi galakan dan aktiviti bimbingan yang bersesuaian dan dengan aras penguasaan yang berlainan mereka. Kaedah perlu pengajaran digunakan. Guru perlu mernaklurnkan kepada ibu bapa mengenai tahap penguasaan anak mereka untuk mernperoleh sokongan tambahan di rurnah. Hasil pentaksiran diserahkan kepada guru Tahun 1 selepas murid tamat prasekolah untuk tujuan kesinambungan pentaksiran formatif. Hasil pentaksiran digunakan untuk memberi laporan dan maklumat kepada ibu bapa mengenai kemajuan anak-anak mereka. Hasil pentaksiran digunakan untuk mengenalpasti masalah murid-murid sama ada mereka perlu dirujuk kepada pakar. pembelajaran mungkin

53

PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA

LATIHAN Berdasarkan pada 4 kemahiran dalam Tunjang Bahasa dan Komunikasi, cadangkan aktiviti-aktiviti bagi kanak-kanak prasekolah untuk setiap kemahiran tersebut.

RUMUSAN

Seorang pendidik awal kanak-kanak perlu memahami dan tahu dengan jelas tentang perkembangan bahasa kanak-kanak. Untuk itu modul ini telah menekankan tentang asas-asas perkembangan bahasa yang perlu dikuasai oleh seseorang kanak-kanak sebelum mereka mula melangkah ke tahun satu di sekolah rendah. perkembangan bahasa kanak-kanak merujuk kepada beberapa perkembangan seperti berikut: Konsep pemerolehan bahasa, konsep perkembangan bahasa, konsep pembelajaran bahasa dan perkembangan-perkembangan bahasa serta kaitannya dengan teoriteori pemerolehan dan perkembangan bahasa. Di samping itu, pelajar didedahkan dengan matlamat pembelajaran bahasa, perkembangan bahasa kanak-kanak mengikut tahap umur serta peringkat-peringkat perkembangan bahasa kanak-kanak yang merangkumi fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan pragmatik Bagi memantapkan lagi perkembangan bahasa kanak-kanak, anda juga telah didedahkan dengan Kurikulum Perkembangan Bahasa dan Komunikasi prasekolah.. Untuk itu kurikulum ini telah dibahagikan kepada dua iaitu pengajaran Bahasa Melayu prasekolah dan pengajaran Bahasa Inggeris prasekolah. Pada setiap pengajaran bahasa ini pelajar juga didedahkan dengan kemahiran-kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Asas konsep

54

PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA

Pentaksiran dan penilaian juga merupakan komponen penting dalam perkembangan bahasa kanak-kanak. Oleh yang demikian anda juga perlu menguasai konsep pentaksiran dan penilaian, pandai pilih instrumen pentaksiran yang sesuai, mengetahui cara merekod serta mengambil tindakan susulan bagi membantu perkembangan bahasa kanak-kanak.

Tutorial

Soalan 2 1: Soalan Kemahiran berbahasa satu bidang yang perlu dikuasai oleh guruPemerolehan bahasamerupakan sering dikaitkan denganpembelajaran kemampuan minda guru prasekolah. menerima dan memproses data-data bahasa. Pengetahuan bahasa yang wujud secara semula jadi ini tersimpan di dalam minda. (a) Sebagai seorang guru prasekolah, anda dikehendaki mengajar membaca. Nyatakan kaedah-kaedah moden yang kerap digunakan oleh guru prasekolah untuk mengajar membaca. (a) Huraikan dengan ringkas peranan model berikut yang berkaitan dengan Teori Pemerolehan dan Perkembangan Bahasa: (b) Perkembangan penulisan kanak-kanak bermula sejak mereka mula memegang pensil. Dengan mengemukakan beberapa contoh, jelaskan tahap-tahap penulisan kanak-kanak. i) Model Behavioris (c) Kemahiran ii) mendengar dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Bincangkan faktor-faktor yang Model Nativis mempengaruhi kemahiran mendengar kanak-kanak prasekolah. iii) Model Konstruktivis (b) Bincangkan perkembangan semantik bahasa Soalan 3 berdasarkan kepada Teori Perkembangan Piaget. kanak-kanak

Anda dikehendaki merancang bahasa satu sesi pengajaran dan pembelajaran bagi Bahasa (c) Bincangkan perkembangan kanak-kanak semasa berumur 3 Inggeris, tahun. merangkumi 2 kemahiran, lengkap dengan Rancangan Pengajaran Slot (RPS). Anda juga perlu melaksanakan pengajaran tersebut di kelas prasekolah anda. Hantar dokumentasi yang lengkap berserta rakaman pengajaran anda kepada pensyarah.

55

PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA

BIBLIOGRAFI
Brewer, J.A. (2001). Introduction to Early Childhood Education-Preschool through Primary Grades. USA: Allyn & Bacon. Cohen,L.G. & Spenciner,L.J.(1994) Assessment of young children. New York: Longman Kementerian Pendidikan Malaysia, (2002) Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, PPK. Kementerian Pelajaran Malaysia.Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan . 2010. Bahagian Pembangunan Kurikulum. Machado, J. M. (2002). Early Childhood Experiences in Language Arts: Emerging Literacy, 7th ed. NY: Thomson Delmar Learning.

Marianne Celce-Murcia (2001) Teaching English as a Second or Foreign Language, Third Edition Nelsen, M. R. & Nelsen-Parish, J. (2002). Peak with Books: An Early Childhood Resoursce for Balanced Literacy, 3rd ed. NY: Thomson Delmar Learning Sawyer, W. (2004). Growing Up With Literature, 4th ed. NY: Thomson Delmar Learning Sowers, J. (2000). Language Arts in Early Education. NY: Thomson Delmar Learning.

Whitehead, M. R. (2002). Developing Language & Literature for Young Children. NY: Paul Chapman Educational Publishing

56

PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA

57

You might also like