You are on page 1of 12

1. Slogan Membaca Jambatan Ilmu menunjukkan bahawa untuk menjadikan aktiviti membaca mendatangkan pelbagai faedah kepada seseorang.

Huraikan usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk menjadikan membaca sebagai amalan hidup. Pendahuluan : Ketika Malaikat Jibril memeluknya dan mengajarkan baginda membaca, Nabi Muhamad SAW sebelum itu adalah buta huruf. Namun, dengan berkat membaca yang bermula dengan surah Iqra, baginda telah bangkit sebagai pemimpin agung yang memancari seluruh jazirah Arab dan dunia amnya dengan wadah keilmuan yang tiada tolok bandingannya. Demikianlah suatu keajaiban ilmu dengan wasilah membaca. Membaca Jambatan Ilmu adalah antara slogan yang menyatakan sekiranya mahu berada dalam alam bijaksana pilihlah wadah membaca. Demi merealisasikan tradisi keilmuan itu, wajarlah pelbagai langkah dan strategi diambil oleh seseorang untuk mengangkat martabat diri ke persada ilmu. Isi-isi penting : Isi 1 : Memupuk diri sendiri untuk mencintai ilmu dan membudayakan ilmu ilmu dijadikan alat mengubah cara berfikir dan gaya hidup Isi 2 : Memilih kawan dan khalayak yang gemar membaca dan menuntut ilmu menjadi motivasi agar saling menyokong dan bersaing dalam kegiatan yang berfaedah Isi 3 : Menyediakan sendiri perpustakaan mini di rumah sentiasa berbangga dengan koleksi buku Isi 4 : Mengunjungi pusat-pusat pameran buku, kedai buku, dan pusat sumber dapat membentuk jiwa yang cenderung dan berminat kepada segala jenis maklumat yang dihidangkan di dalam buku Isi 5 : Menyimpan impian agar pada suatu hari kelak anda akan berjaya menjadi seorang ilmuwan dan seterusnya menyumbangkan idea dengan menulis bukubuku anda sebagai pewaris ilmu dan penyebar ilmu (peribahasa: gajah mati dikenali tulang, harimau mati dikenali tulang, dan manusia dikenali jasa) Kesimpulan : Sesungguhnya, insan yang paling bijaksana ialah insan yang dapat mengenali

dirinya. Langkah untuk mengenali diri hendaklah dengan wadah ilmu. Tuntutlah ilmu sama ada dunia mahupun akhirat kerana ilmu pelita hidup.

KEPENTINGAN MEMBACA Dalam mendepani era globalosasi pada abad ke-21 kini, dunia menyaksikan iktisad pembangunan negara bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Pembangunan negara yang semakin hari semakin membangun ini seperti tenggelam sama basah timbul sama hanyut seiring dengan negara atas angin. Negara yang maju tidak akan wujud sekiranya tidak mempunyai generasi muda yang bersahsiah mulia, berfikiran matang dan mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi. Biasanya, anak-anak muda yang berdarah panas yang memerlukan perhatian yang secukupnya oleh semua pihak. Anak-anak ini boleh dianalogikan seperti bunga yang baru mekar dan berbau harum yang mampu memimpin negara sehingga ke persada dunia. Menurut Perdana Menteri Malaysia, maju mundur sesebuah negara bergantung kepada pelapis yang memimpinnya. Sekiranya negara melahirkan generasi muda yang kurang berilmu pengetahuan, maka negara akan mengalami kesusahan dalam membentuk negara yang berwibawa yang boleh mencetus satu fanomena yang boleh membawa negara standing dengan negara maju. Oleh itu, dalam membina generasi muda yang berilmu pengetahuan, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam memupuk amalan membaca dalam diri anak-anak mereka. Hal ini disebabkan, tanpa ilmu pengetahuan yang banyak, anak-anak diibaratkan seperti layanglayang yang terputus talinya. Amalan membaca perlu dipupuk sejak usia anak-anak melangkau lima tahun bagi mendorong minat anak-anak terhadap amalan membaca tersebut. Tambahan pula, bukan sahaja ibu bapa yang memainkan peranan penting dalam memupuk budaya membaca malahan semua pihak seharusnya berganding bahu dalam merealisasikan budaya membaca sebagai satu budaya dalam kehidupan seharian. Sudah terang lagi bersuluh, membaca dapat meningkatkan ilmu pengetahuan. Kecermelangan pembangunan negara bermula dengan permata negara yang dinamik. Kepentingan membaca dapat menjadikan masyarakat berpengetahuan dengan mendapat maklumat yang banyak daripada pelbagai risalah, majalah, surat khabar, ensiklopedia dan buku-buku. Marhaen yang membaca dapat membezakan dirinya dengan orang lain kerana mereka mempunyai kelebihan dan memiliki pelbagai kemahiran. Di samping itu, peningkatan ilmu pengetahuan dapat memajukan diri kita. Masyarakat yang lebih berdaya maju akan berusaha untuk mendapatkan ilmu yang terbaik tanpa mengenepikan kepentingan orang lain dan boleh membantu orang lain bagi menyelesaikan masalah. Hal ini bertepatan dengan kata-kata Francis Barchan bahawa ilmu ialah kuasa. Menurut Dato Dr. Fadzillah Kamsah, membaca merupakan jambatan ilmu yang perlu diterokai dan dicari. Oleh itu, tabiat membaca perlu diperkasakan agara peningkatan kualiti wacana nasional dapat dilestarikan.

Dari sudut kodifikasi yang berbeza, membaca dapat meningkatkan diri kita dalam penguasaan bahasa terutamanya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Kebanyakkan pelajar di Malaysia selalu mengalami masalah dalam penulisan karangan mereka kerana terpengaruh dengan bahasa pasar dan bahasa slanga yang menjadi budaya percakapan mereka seharian. Apabila mereka banyak membaca, mereka akan lebih memahami perbezaan bahasa itu. Natijahnya, pelajar akan dapat meningkatkan penguasaan mereka dalam bahasa. Biasanya kita sering mengabaikan kepentingan menguasai bahasa Inggeris. Hal ini disebabkan, kita tidak mengetahui tentang pentingnya penguasaan ini. Bahasa Inggeris juga sama penting dengan bahasa Melayu kerana apabila mereka sudah belajar di universiti penggunaan bahasa Inggeris lebih banyak digunakan. Kita perlu banyak membaca supaya kita lebih faham makna dan kita dapat berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Inggeris. Menurut Albert Einstein, mundur bangsa kerana ilmu. Oleh itu, kita seharusnya banyak membaca supaya kita dapat menguasai kedua-dua bahasa dengan baik dan cemerlang. Jika kita sudah menguasainya, kita juga dapat memperkenalkan bahasa kita kepada bahasa asing yang lain. Memetik wasitah nirmala seterusnya, membaca dapat menjamin keberkesanan dalam melahirkan masyarakat yang kreatif lagi inovatif. Individu yang telah tersemat dengan kepelbagaian kreativiti dan inovatif yang tinggi akan sentiasa berusaha untuk menghasilkan produk atau ciptaan baru berpandukan kepadatan idea yang datangnya daripada membaca. Hal ini kerana dengan aktiviti membaca yang dijadikan amalan ini akan memberi kesinambungan idea yang tidak putus-putus. Sebenarnya, masyarakat telah pun mendapat pendedahan secara meluas bermulanya di peringkat sekolah lagi. Jadi, masyarakat dapat mempraktikkan ilmu tersebut ke dalam kehidupan seharian malah dapat membantu masyarakat sekeliling dengan ilmu di dada mereka. Hal ini bertepatan dengan peribahasa orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Dengan amalan ini, hal ini dapat memastikan populasi masyarakat akan bertambah maju sejurus menyumbang kemajuan ini kepada negara tercinta. Di samping itu, kejayaan ini dapat mewujudkan masyarakat yang berdaya saing dengan penduduk negara maju. Misalnya, negara China yang kian maju berasaskan pendidikan industri. Menurut kajian, statistik menunjukkan kebanyakkan rakyat negara China gemar membaca sarat dengan pelbagai idea untuk menghasilkan perkara baru. Oleh itu, mereka tidak bergantung kepada negara luar untuk menghasilkan sesuatu yang baru. Kejayaan mereka yang jelas kelihatan pada era globalisasi kini patut diberi pujian yang tinggi kerana pencapaian mereka hanyalah berasaskan membaca. Secara kesimpulannya, masyarakat Malaysia perlu menghayati pencapaian itu kerana sabda Rasulullah S.A.W, tuntutlah ilmu hingga ke negara China. Sebagai pengitlakannya, amalan membaca dapat memberi manfaat yang berguna kepada setiap individu tidak kira golongan tua mahupun golongan muda. Sekiranya semua pihak tidak memekakkan telinga, tidak hanya membisukan mulut, membutakan mata mereka, maka negara akan berdiri standing dengan negara moden pada masa ini. Dalam mengejar wawasan 2020, semua rakyat perlu memahami amalan membaca supaya amalan ini mampu menjadi amalan turun temurun. Jika kita halusi dengan lebih terperinci, negaranegara moden seperti Jepun mengamalkan amalan membaca yang sangat penting dalam diri setiap penghuni yang berada dalam negara tersebut. Hal ini disebabkan mereka mengamalkan amalan membaca dalam kehidupan seharian. Oleh itu, kita perlu berganding bahu memupuk amalan membaca supaya amalan ini boleh memberi 1001 manfaat ke arah pembentukan negara maju.

Menggorak langkah berjalan pulang, Mawar disisip hiasan dara, Membaca amalan cemerlang terbilang, Mencorak ke arah kemajuan negara.

Tema : membaca Arah : usaha Dasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir keruncingan minat membaca bukubuku ilmiah dalam kalangan masyarakat di Malaysia . Keruncingan minat membaca bukubuku ilmiah di negara kita semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat dan tokoh ilmuwan baik di warung-warung kopi mahupun di parlimen . Hal ini kerana, kita sering didedahkan dengan isu ini di dada-dada akhbar di dalam negara kita . Karya-karya para ilmuwan dapat memberikan pengetahuan yang penting dalam kehidupan seharian . Melalui membaca bahan ilmiah , kita tidak akan menjadi seperti katak di bawah tempurung yakni tidak mengetahui sebarang perkembangan mahupun pengajaran . Membaca juga dapat membentuk sahsiah diri yang terpuji dan tinggi dalam kalangan marhaen. Selain itu , ibu bapa dapat memainkan peranan yang penting dalam mengatasi isu ini . Ibu bapa dapat melatih anak anak sejak kecil untuk meminati buku ilmiah seperti melentur buluh biarlah dari rebungnya . Tiada penyakit yang tiada penawarnya , maka usaha usaha yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi . Pada realitinya , memang tidak dapat dinafikan bahawa membeli bahan bacaan yang berbentuk ilmiah dan dijadikan sebagai hadiah ialah prakarsa utama yang dapat menggalakkan anak-anak mereka membaca karya-karya ilmiah di negara kita kita . Dalam konteks ini , anak-anak akan berasa teruja dan dapat meningkatkan keinginan anak anak untuk membaca apabila ibu bapa menghadiahkan bahan bacaan kepada mereka . Selain itu , ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak anak dengan membaca sekurang kurangnya surat khabar harian untuk memberi galakan kepada anak anak supaya mereka turut gemar membaca. Sekiranya usaha ini berjaya , negara kita akan dapat melahirkan generasi muda yang berilmu pengetuan dan cendekiawan serta dapat menjadi tunjang kekuatan negara pada masa akan datang . Menurut Dr .H.M Tuah Iskandar Al-Haj, pengetahuan ialah teman anda yang terbaik dan sentiasa mengikut anda ke mana-mana pun anda pergi dan tatkala semua orang menolak anda, pengetahuan tetap membisikkan sesuatu yang berharga. Sesungguhnya terbuktilah bahawa membeli bahan bacaan yang berbentuk ilmiah sebagai hadiah merupakan usaha yang pramatik yang dapat mengalakkan anak-anak mengamalkan amalan membaca tanpa mengira masa serta tempat. Sebagaimana yang kita maklumi bahawa menggalakkan anak-anak ke perpustakaan awam dan membuat pinjaman buku-buku ilmiah secara berkala oleh ibu bapa merupakan

usaha seterusnya yang boleh menggalakkan anak-anak membaca karya ilmiah di negara kita. Dalam konteks ini anak-anak dapat mendekatkan diri dengan buku-buku di perpustakaan dan menanamkan sifat membaca buku yang bermanfaat dalam diri mereka. Di samping itu, anak-anak dapat membaca buku-buku ilmiah secara berterusan apabila mereka sentiasa dibawa oleh ibu bapa ke perpustakaan. Oleh itu, situasi ini boleh menyebabkan mereka minat membaca buku-buku ilmiah dan mencapai tahap yang memuaskan sebagaimana yang dikehendaki oleh ibu bapa mereka. Usaha ini juga boleh dijayakan melalui program Perpustakaan Bergerak dari sekolah ke sekolah oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Melalui usaha ini, anak-anak dapat meminjam buku-buku ilmiah secara berkala dan mudah. Sesungguhnya terbuktilah bahawa menggalakkan anakanak ke perpustakaan awam dan membuat pinjaman buku-buku ilmiah secara berkala sejak kecil seperti, melentur buluh biarlah dari rebungnya merupakan usaha yang pragmatik untuk menanamkan sifat membaca dalam diri anak-anak. Jika ditelusuri secara mendalam antara usaha lain yang boleh diimplementasikan ialah ibu bapa menggalakkan anak-anak menyertai sesuatu aktiviti bersifat ilmiah seperti diskusi ilmiah tentang sesebuah buku yang baharu diterbitkan. Hal ini kerana, anak-anak berpeluang untuk berkongsi idea antara satu sama lain melalui diskusi yang diadakan. Tambahan pula, mereka dapat memperoleh informasi baharu dan pengetahuan terkini. Melalui diskusi ini juga, anak-anak dapat meningkatkan penguasaan bahasa melayu mereka melalui membaca dan menambahkan keyakinan mereka serta dapat bertukartukar pandangan dengan rakan-rakan yang lain. Sebagai contoh, Kementerian Pelajaran Malaysia juga menyarankan pihak sekolah mengadakan aktiviti ilmiah seperti resensi buku murid-murid dan guru. Sekiranya hal ini dilaksanakan dengan penuh jaya, sudah pastilah sikap membaca dalam kalangan anak-anak dapat diterapkan ke dalam sanubari mereka, bak kata pepatah membaca itu jambatan ilmu. Satu lagi peranan ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak mereka membaca karyakarya ilmiah adalah dengan menyediakan bahan-bahan ilmiah di sudut bacaan. Dalam konteks ini, dengan menubuhkan satu perpustakaan mini di rumah dapat menyemai tabiat membaca dalam diri anak-anak. Ibu bapa perlulah mengambil langkah pragmatik bagi memastikan anak-anak mereka menggunakan perpustakaan yang telah disediakan dengan sebaik-baiknya. Oleh itu, perpustakaan mini tersebut mestilah dilengkapi bahan-bahan bacaan yang menarik, bermanfaat dan bersesuaian dengan minat dan umur anak-anak. Susun atur buku dan perabot juga mestilah ringkas dan sistematik. Hal ini dapat menggalakkan anak-anak mereka untuk membaca dan dapat menghalang mereka membazir masa lapang dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah di luar rumah. Sesungguhnya membaca itu jambatan ilmu dan masa itu emas. Selain itu, penubuhan perpustakaan mini dapat memudahkan anak-anak untuk mencari maklumat. Hal ini kerana, mereka boleh memperoleh maklumat tersebut di rumah tanpa perlu mengeluarkan kos dan masa yang lebih panjang untuk ke perpustakaan awam. Jelaslah bahawa dengan menyediakan bahan-bahan ilmiah di sudut bacaan di rumah dapat menggalakkan anakanak membaca dan menambah ilmu pengetahuan dan tidak jadi seperti katak di bawah tempurung.

Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah menggalakkan anak-anak mengumpul koleksi buku-buku ilmiah yang diminati merupakan usaha seterusnya untuk menanam sikap minat membaca buku. Dalam konteks ini, ibu bapa dapat menarik minat anak-anak untuk membaca buku. Selain itu, anak-anak dapat menambah ilmu pengetahuan daripada membaca pelbagai buku ilmiah yang dikumpul. Di samping itu, anak-anak akan berfikiran lebih matang dan seterusnya menjadi insan yang kamil. Oleh itu, situasi ini boleh dijayakan sekiranya ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak. Bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Pepatah ini amat bersesuaian dengan sikap ibu bapa kepada anak-anak. Wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W. ialah surah al-Alaq ayat satu hingga lima yang memerintahkan umat Islam supaya membaca. Ayat ini menerangkan bahawa melalui pembacaan, seseorang itu akan mendapat ilmu dan menambahkan ilmunya. Oleh itu, sebagai umat Islam, kita diwajibkan membaca keran perkara ini telah tertulis dalam surah Al-Alaq. Sesungguhnya terbuktilah bahawa menggalakkan anak-anak mengumpul koleksi ilmiah merupakan satu usaha untuk menanam sikap minat membaca. Secara tuntasnya, sudah terang lagi bersuluh bahawa minat untuk menelaah buku-buku ilmiah dalam kalangan remaja masih di tahap sederhana dan perlu dipertingkatkan lagi. Namun begitu, isu ini dapat diatasi jika ibu bapa dan pihak luar berganding bahu mengambil langkah pragmatik bagi memperhalusi masalah ini agar anak-anak remaja gemar untuk membaca bahan-bahan ilmiah yang memberikan keuntangan kepada mereka. Selain itu, harapan Perdana Menteri dapat direalisasikan apabila melihat anak-anak didik cemerlang yang kaya dengan ilmu intelek dapat dilahirkan. Lantaran itu, sudah tentu Malaysia mempunyai lapisan generasi yang berkualiti dan berilmu pengetahuan yang dapat memartabatkan negara kita. Generasi ini akan membawa Malaysia memacu ke hadapan untuk mencapai kejayaan yang setanding dengan negara lain ibarat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Sesungguhnya, membaca buku ilmiah membawa banyak maslahat yang positif dan tidak merugikan sesiapa.

USAHA-USAHA YANG PERLU ANDA LAKUKAN UNTUK MENJADIKAN MEMBACA AMALAN HIDUP Dasar langit terbuka dan dunia tanpa sempadan pada hari ini telah menyebabkan remaja hilang keyakinan diri dan ketahanan jiwa. Mereka lebih terdorong dan gemar melakukan pelbagai aktiviti negatif seperti berpeleseran, membuli dan vandalisme. Mengapakah mereka melakukan aktiviti yang tidak mendatangkan sebarang keuntungan kepada mereka? Tidak pernahkah terdetik dalam sanubari mereka bahawa terdapat pelbagai aktiviti berfaedah yang boleh dilakukan oleh mereka khususnya dengan membaca? Apakah yang dimaksudkan dengan membaca dan apakah kepentingannya? Membaca didefinisikan sebagai memerhati sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahami makna kandunganya. Kepentingannya pula adalah untuk melahirkan individu yang berilmu pengetahuan. Hal ini kerana, membacalah yang menghubungkan antara manusia dengan segala ilmu pengetahuan.

Berdasarkan kajian, rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku setahun. Hal ini amat berbeza bagaikan langit dan bumi jika dibandingkan dengan bilangan buku yang dibaca oleh rakyat Jepun . Justeru, kita perlulah mencari formula terbaik persis mutiara yang buruk dibuang, denganrunding yang baik ditarik dengan muafakat untuk menjadikan rakyat Malaysia gemar membaca. Oleh itu, tanpa menuding jari ke arah orang lain kerana dikhuatiri bagaimenepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri, sebagai seorang pelajar dan remaja kita perlulah mencari inisiatif dan cara yang efektif untuk menjadikan membaca itu amalan hidup. Selain itu , remaja juga boleh ikut serta secara aktif dalam program NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca. Hal ini kerana, NILAM berfungsi untuk menarik minat para pelajar membaca dalam kuantiti yang banyak. Melalui program ini , remaja perlu membaca dua versi buku iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan kemudiannya direkodkan di dalam Buku Nilam. Pelajar yang membaca dalam kuantiti yang banyak akan diberi penghargaan bermula daripada gangsa, perak, emas dan seterusnya nilam. Malah, pelajar yang aktif juga boleh mewakili sekolah ke peringkat yang lebih tinggi iaitu peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Remaja juga perlu menjadikan amalan membaca sebagai hobi pada masa senggang . Aktiviti ini jauh lebih baik berbanding remaja melakukan aktiviti-aktiviti yang membawa remaja ke arah negatif. Daripada remaja membiarkan masa yang terluang terbiar begitu sahaja, remaja perlu mengisinya dengan membaca kerana Masa itu emas. Marcus Aurelis pernah berkata,jangan membuang masa memikirkan bagaimana untuk menjadi orang yang baik, sebaliknya mulakan dengan diri sendiri dahulu . Di sini jelaslah bahawa remaja itu sendiri perlu menggalakkan dirinya agar melakukan sesuatu yang baik. Dengan itu, remaja perlulah sentiasa menggalakkan diri sendiri agar sentiasa membaca ketika waktu senggang. Seterusnya , remaja juga boleh membuat langganan buku pada setiap bulan . Bukubuku atau majalah yang dilanggan bukanlah sekadar berunsurkan tarbiah sahaja tetapi juga bercorak santai . Tamsilnya, Dewan Siswa, majalah i-sihat dan Solusi . Di manakah remaja boleh melanggan buku-buku tersebut ? Remaja boleh melanggannya di kedai-kedai buku , internet atau meminta bantuan guru di sekolah untuk melanggan. Impaknya, remaja akan sentiasa membaca pada setiap masa, menjimatkan masa dan dapat mengetahui perkembangan terkini apabila melanggan buku pada setiap bulan. Remaja perlulah sentiasa berusaha mencari pelbagai jenis buku dengan cara melanggan buku pada setiap bulan. Persis kata peribahasa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Remaja juga boleh menjadikan individu yang gemar membaca dan sentiasa dekat dengan buku sebagai idola . Sebagai contoh, A.Samad Said yang terkenal dengan karya puisinya, Profesor Diraja Ungku Aziz, Mary Renault dengan buku-buku sejarahnya dan penulis tersohor, Sharifah Abu Salim . Apabila remaja menjadikan mereka sebagai idola, remaja akan sentiasa terdorong untuk membaca dan menjadi seperti mereka. Positifnya, remaja akan sentiasa menjadikan idola mereka itu sebagai hala tuju. Hal ini kerana, ketekalan dan kejituan mereka dalam usaha menulis buku untuk dijadikan bahan rujukan harus dihargai dan dijadikan pendorong . Walaupun kini

maklumat di hujung jari tetapi tidak mungkin maklumat yang diperoleh itu menyamai secara total seperti yang ditulis oleh mereka. Hal ini kerana, hanya jauhari yang mengenal manikam . Justeru, remaja haruslah menjadikan tokoh-tokoh tersohor ini sebagai idola berbanding dengan menjadikan artis sebagai pujaan hati mereka. Prakarsa seterusnya ialah berkawanlah dengan rakan sebaya yang gemar membaca atau lebih dikenali sebagai ulat buku. Hal ini demikian kerana, pengaruh rakan sebaya amat kuat semasa peringkat remaja. Malah, Saidina Ali bin Abi Talib juga ada mengatakan,selemah-lemah manusia adalah orang yang tidak dapat mencari rakan dan orang yang lemah daripada itu adalah orang yang mensia-siakan sahabat yang dicari. Melalui kata-kata ini, dapatlah disimpulkan bahawa rakan itu amat besar nilainya dan rakanlah yang dapat memberi kita pelbagai faedah. Dengan itu , remaja perlulah arif memilih rakan seperti rakan yang rajin membaca. Jika remaja tersilap langkah dalam memilih rakan, tidak mustahil mereka akan menjadi duri dalam daging dalam hidup kita. Konklusinya , sebagai seorang remaja kita perlulah sentiasa berusaha memajukan diri untuk jaminan masa hadapan. Hal ini kerana, remaja adalah pewaris tampuk kepimpinan negara. Remaja merupakan aset negara kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Janganlah biarkan usia remaja dipenuhi dengan perkara sia-sia. Kontradiksinya, penuhilah masa remaja kita dengan aktiviti yang berfaedah seperti amalan membaca. Remaja perlu berpegang teguh dan jitu dengan slogan Membaca itu Jambatan Ilmu< dan Rakyat Membaca , Bangsa Berjaya seperti yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri Malaysia kita , Dato Seri Najib bin Abdul Razak generasi berpengetahuan merupakan tunjang untuk mencapai wawasan 2020 bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju. [971 patah kata]

Khutbah jumaat Membaca merupakan suatu proses untuk memperolehi ilmu dan maklumat dengan menggunakan deria dan minda sama ada melalui bahan-bahan bercetak atau media elektronik seperti komputer dan sebagainya. Deria dan minda yang dicerna dengan ilmu pengetahuan hasil pembacaan akan menjana kehidupan manusia yang sentiasa inginkan perubahan. Sedikit ilmu yang diperolehi akan merangsang minat dan naluri dalam diri untuk menambah ilmu pengetahuan yang lain seterusnya akan terbentuk satu budaya membaca di kalangan masyarakat. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Melahirkan mayarakat yang berilmu dan mewujudkan budaya membaca bukanlah suatu yang mudah. Tahap pembacaan masyarakat Malaysia masih lagi rendah dan perlu dijana dengan lebih sepadu agar dapat melahirkan masyarakat berilmu dan bermaklumat. Sehubungan itu pada bulan Julai setiap tahun, kerajaan melancarkan kempen bulan membaca, bagi menggerakkan dan

menyedarkan masyarakat agar menjadikan ianya sebagai budaya dan terus sebati pada setiap masa dan keadaan. Budaya membaca adalah titik tolak kepada kemajuan sesuatu bangsa. Oleh itu, budaya membaca menjadikan kita masyarakat yang berilmu. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, 3Sejarah kegemilangan Islam telah memperlihatkan bahawa tamadun keilmuan telah bertapak dalam sejarah keagungannya. Perkembangan ilmu pengetahuan telah melahirkan tokoh-tokoh cendekiawan terulung antaranya imam-imam mazhab, Imam al-Ghazali, Ibnu Sina, Ibnu Rusydi, al-Khawarizmi. Di nusantara ini juga tidak ketinggalan dalam melahirkan para ilmuan seperti Tok Kenali, alMarbawi, Sheikh Daud Fatani dan ramai lagi. Tokoh-tokoh tersebut telah mewariskan kepada kita dengan pelbagai bidang keilmuan sebagai bukti dan motivasi bahawa tamadun keilmuan boleh muncul kembali. Suatu usaha harus digerakkan iaitu membudayakan tabiat membaca di kalangan rakyat Malaysia. Bagi melahirkan budaya membaca dalam masyarakat, terdapat pelbagai pendekatan yang boleh digunakan, antaranya ialah:Pertama, usaha menyedarkan masyarakat dan memperbetulkan sikap pengabaian minat membaca, wajar digerakkan. Usaha utama yang perlu dilakukan ialah dengan mengubah sikap masyarakat yang malas membaca kepada cintakan ilmu pengetahuan. Kempen kesedaran membaca perlu diadakan secara lebih sistematik dan meluas termasuk mengadakannya di tempat awam seperti di pusat membeli belah, stesen pengangkutan awam dan di tempat-tempat lain. Para pentadbir sekolah atau institusi pendidikan tinggi pula, perlu mengadakan minggu membaca atau program yang boleh mencerna diri pelajar antuk membudayakan tabiat membaca seperti kempen selangkah ke perpustakaan, sejuta pengetahuan. Penyuburan sikap suka membaca perlu dipupuk di kalangan anak-anak sejak mereka kecil lagi. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam aspek ini. Sebelum kanak-kanak boleh membaca, seharusnya mereka sudah dibiasakan dengan buku sama ada memegang, melihat atau menikmati buku secara bercerita. Disamping itu, ibu bapa perlu juga memperuntukkan perbelanjaan keluaga dengan membeli buku-buku ilmiah. Kedua, mewujudkan suasana yang boleh mendorong tabiat membaca. Bagi mewujudkan suasana yang terarah kepada budaya membaca, institusi keluarga perlu mewujudkan perpustakaan mini di rumah selain menitikberatkan lebih 4banyak aktiviti pembacaan secara bersama dalam kehidupan seharian serta perlu dijadikan aktiviti bersama seperti makan dan solat berjemaah. Ketiga, menggerakkan penulisan buku-buku ilmiah yang bermutu dan berkualiti. Para ulama, cendekiawan dan ilmuan perlu memainkan peranan penting dalam

menghasilkan buku-buku ilmiah yang bermutu dan menterjemahkan buku-buku dari bahasa Arab, bahasa Inggeris dan lain-lain bahasa yang mempunyai nilai ilmu yang tinggi ke dalam bahasa ibunda agar ianya dapat menjadi rujukan masyarakat. Di samping itu, pihak kerajaan disarankan perlu memberi penghargaan tertinggi kepada para ilmuan dan cendikiawan yang berjaya melahirkan karya-karya ilmiah seperti yang pernah dilakukan oleh Khalifah Harun al-Rashid yang menimbang kitab yang dihasilkan oleh para cendikiawan dan memberi ganjaran emas seberat kitab yang dihasilkan. Secara tidak langsung ianya akan merancakkan aktiviti dakwah Islamiah. Saidina Ali bin Abi Talib pernah mengatakan: Berbicaralah dengan manusia dengan apa yang mereka dapat mengetahuinya dan tinggalkanlah apa yang tidak mereka ketahui. Apakah kamu semua mahukan Allah dan Rasul-Nya didustakan? Keempat, penerbit-penerbit buku perlu meningkatkan promosi buku-buku ilmiah. Usaha ini bukan hanya terletak di bahu kerajaan, malah penerbit-penerbit buku juga bertanggungjawab mengetengahkan buku-buku mereka dengan potongan dan tawaran harga yang menarik. Penerbit buku juga perlu memastikan bahanbahan atau bukubuku yang dijual mampu dibeli oleh semua lapisan masyarakat. Akhirnya, mimbar jumaat hari ini menyeru kepada hadirin sekalian agar terus menjadikan membaca sebagai satu budaya untuk kita menambah ilmu dan dengannya kita dapat beramal seterusnya membina tamudun yang gemilang.

ENGAJA ditulis pada ruangan ini berkenaan dengan kepentingan membaca. Mudahmudahan masyarakat Malaysia membudayakan budaya iqra dalam kehidupan harian mereka. Di sini, disertakan mutiara kata dan hikmah oleh cendekiawan dan tokoh berkenaan dengan menuntut ilmu dan membaca. Suatu ketika, ada seorang lelaki mengadu kepada Imam Ahmad bin Hanbal tentang perasaannya yang sedih dan kesepian, lalu Imam Ahmad berkata kepada sahabatnya: Ambil buku lalu baca! Pernah suatu ketika, para sahabat Abdullah bin Mubarak berkata kepadanya: Kenapa kamu tidak mahu duduk dan berkumpul dengan kami? Lalu dia berkata kepada mereka: Saya lebih senang duduk dan berkumpul bersama Baginda SAW dan para sahabat (iaitu lebih senang bersama buku-bukunya), kerana setiap kali berkumpul di dalam majlis, kamu selalu mengumpat dan membicarakan orang lain. Abdullah bin al-Amri berkata: Tidak ada sesuatu yang lebih bermanfaat dari buku. Al-Mamun berkata: Tidak ada sesuatu yang lebih mengasyikkan dari berjalan -jalan di alam fikiran orang-orang berilmu. Al-Jahiz berkata: Buku adalah sebaik-baik kawan penghibur tatkala kesepian dan sebaik-baik kawan di kala menyendiri. Sesungguhnya berbual dengan kitab-kitab pada saat-saat yang panjang menanamkan air mata yang banyak berkilauan, terpancar daripadanya sungai-sungai hikmah

terbelah, lalu keluar daripadanya air bayan, turun daripadanya khazanah-khazanah kecerdikan dan petikan-petikan genius. Maka kitab-kitab adalah pintu gerbang agama dan nikmat pendidikan asal, bagi akal yang waras. Kitab tidak mempunyai sifat mengumpat, riak, hasad dan takbur, kitab tidak mempunyai perasaan bosan, jemu, muak dan kebencian. Kitab mengandungi hikmat yang terang benderang, pengajaran yang cemerlang, ungkapan yang fasih, metod yang betul, pandangan yang segar, khabar yang terpilih dan eksperimen yang hidup. Dr. Aidh al-Qarni berkata: Antara buku-buku yang akan cepat mati adalah buku-buku pemikiran yang hanya bersifat karangan belaka, di dalamnya tidak tercantum nas-nas agama, penukilan, analisa mahupun pendalaman suatu bidang. Dr. Aidh al-Qarni menyeru supaya membaca dan merenungi riwayat hidup para sahabat, tabiin, para ulama besar dan orang soleh. Ini kerana hal sedemikian dapat menjadikan hati seseorang lembut dan tidak keras. Francis Bacon berkata: Sedikit ilmu malah memungkinkan dapat membuat anda menjadi orang yang ateis, dan jika anda mahu memperdalam ilmu, maka anda akan beriman kepada Tuhan. Amat baik kita meneruskan aktiviti membaca kerana terlalu banyak faedah dan manfaatnya. Dinukilkan di sini, pendapat Dr. Aidh al-Qarni melalui bukunya Beginilah Zaman Memotivasikan Kita. Antara lain, beliau berkata: Aktiviti membaca dapat menambah ilmu, wawasan dan meluaskan lagi cakerawala pemikiran setiap orang yang mahu membaca, karya-karya orang lain dan ilmu pengetahuan mereka, maka sudah pasti pengetahuan dan wawasannya akan semakin bertambah luas dan akal fikirannya dapat berkembang, terutama jika yang dibaca adalah hal-hal yang bermanfaat. Saya dapat merenungi pelbagai permasalaha n dan pengalaman yang nampak, kerana tidak lain adalah dari membaca buku. Daripada aktiviti membaca, saya dapat mengemukakan pelbagai hal yang menarik dan menakjubkan. Saya dapat mengetahui pelbagai pengalaman, kejadian dan musibah yang menimpa umat manusia. Melalui aktiviti membaca, abad-abad yang telah lalu seolah-olah digulung di hadapan saya seperti lembaran-lembaran kertas, seolah-olah bangsa yang telah lalu dikumpulkan di hadapan saya. Wahai orang yang dapat bersabar untuk menyendiri, yang dibukak an baginya pintu pengetahuan dan wawasan yang bersabar hanya berteman buku, jangan kamu bersedih hati dan menyesal kerana telah kehilangan beberapa hal di luar sana. Ini kerana sebenarnya kamu hanya kehilangan orang yang iri hati, cepat bosan atau orang yang pemarah. Sesiapa yang telah merasakan nikmatnya uzlah (menyendiri) bersama buku -buku yang bermanfaat, maka ia tidak akan menginginkan pengganti yang lain, sekalipun ia berupa kerajaan Kisra dan Kaisar.

You might also like