You are on page 1of 6

ABU BAKAR BIN MAMAT 'UPSI

10 Jun 2013

Mengorek lubang 4 cm x 4 cm x 4 cm pada setiap beg tanaman untuk menanam anak benih. Memasukkan peatmoss ke dalam lubang tanaman yang telah disediakan. Membuat lubang kecil 1-2 cm dalam pada

peatmoss.

Menanam benih melon. Satu biji bagi setiap satu lubang tanaman. Kemaskan lubang benih supaya tidak longgar. Mencucuk penitis berhampiran pangkal anak benih.

ABU BAKAR BIN MAMAT 'UPSI

10 Jun 2013

Memeriksa semua beg tanaman. Memastikan bahawa tidak ada penitis yang tercabut atau tidak dicucukkan pada pangkal anak pokok. Menghidupkan pam sekali pada awal pagi. Menebuk lubang menggunakan pisau, 3 atau 4 lubang di kiri dan di kanan beg-beg tanaman, 3.5-5 cm dari aras bumi untuk mengelakkan air daripada bertakung terlalu banyak di dalam beg tanaman.
ABU BAKAR BIN MAMAT 'UPSI 10 Jun 2013

Memeriksa setiap pokok pada awal pagi. Melarutkan baja stok ke dalam tangki larutan baja. Bacaan EC ialah 2.5 S. Menghidupkan pam, memberi baja kali pertama kepada pokok. Masih diberikan sekali sehari. Jika medium masih basah, penitisan boleh dilakukan selang sehari.

ABU BAKAR BIN MAMAT 'UPSI

10 Jun 2013

Menghidupkan pam pada awal pagi selama 5 minit, masih sekali sehari. Memeriksa setiap pokok pada awal pagi. Memerhatikan tanda-tanda jangkitan penyakit atau serangan serangga perosak. Sekiranya terdapat pokok yang layu (walaupun pada awal pagi) periksa medium tanamannya. Sekiranya kering kemungkinan alat penitisnya telah tercabut dari tempat asalnya atau tersumbat. Jika tersumbat, cabut alat penitisnya dan bersihkan. Menambah kekerapan pemberian larutan baja kepada 2 kali sehari; pada awal pagi dan lewat petang. Tetapi sekiranya keadaan cuaca sepanjang minggu redup atau berjerebu, penambahan kekerapan pemberian larutan baja ini boleh ditangguhkan.
ABU BAKAR BIN MAMAT 'UPSI 10 Jun 2013

ABU BAKAR BIN MAMAT 'UPSI

10 Jun 2013

You might also like