You are on page 1of 5

5.

Badan Perundangan Negeri

5.2.1 Ciri-ciri Dewan Undangan Negeri 1. Setiap negeri mempunyai sebuah Dewan Undangan Negeri. 2. Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kuala Lumpur, dan Labuan tiada Dewan Undangan Negeri. 3. Dewan Undangan Negeri hamper sama fungsinya dengan Parlimen tetapi hanya menyentuh perkara dalam Senarai Negeri di bawah Perlembagaan Persekutuan. 4. Dewan Undangan Negeri mempunyai dua komponen iaitu: (a) Sultan/Raja/Yang di-Pertuan Besar/Yang Dipertua Negeri (b) Dewan Undangan Negeri

5.2.2 Raja/Sulatan/Yang di-Pertuan Besar atau Yang Dipertua Negeri 1. Sultan/Raja/Yang di-Pertuan Besar/Yang Dipertua Negeri merupakan komponen badan perundangan negeri tetapi tidak mengambil bahagian dalam persidangan Dewan Undangan Negeri. 2. Tugas-tugas Sultan/Raja/Yang di-Pertuan Besar/Yang Dipertua Negeri dalam badan perundangan negeri merangkumi: (a) Merasmikan dan memberikan titah Diraja/ucapa ketika pembukaan rasmi penggal Dewan Undangan Negeri. (b) Memanggil persidangan Dewan Undangan Negeri dan tidak boleh membiarkan temppoh antara persidangan melebihi enam bulan. (c) Menangguhkan persidangan Dewan Undangan Negeri. (d) Membubarkan Dewan Undangan Negeri 5.2.3 Keistimewaan Dewan Undangan Negeri 1. Apa-apa prosiding di Dewan Undangan Negeri tidak boleh dipersoalkan di mahkamah. 2. Ahli Dewan Undangan Negeri tidak boleh didakwa atas apa-apa yang dikatakan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri. 3. Media Massa tidak boleh didakwa kerana menyiarkan persidangan Dewan Undangan Negeri.

4. Namun, ahli dewan hanya berhak menyentuh perkara di bawah Senarai Negeri dan Senarai Bersama Perlembagaan Malaysia sahaja. 5.2.4 Kelayakan Menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri 1. Berumur 21 tahun atau lebih dan merupakan warganegara Malaysia. 2. Mewakili parti politik tertentu atau menjadi calon bebas. 3. Bermaustatin di negeri berkenaan. 4. Sempurna akal. 5. Bukan seorang muslis. 6. Tidak dikenakan hukuman penjara setahun (tidak boleh bertanding selama lima tahun selepas keluar penjara) 7. Tidak dikenakan hukuman denda RM2000 (tidak boleh bertanding selama lima tahun selepas keluar penjara) 8. Tidak memegang jawatan berpendapatan atau bergaji (namun boleh menjalankan bisnes dan profesion sendiri.) 9. Mesti menang pilihan raya kawasan Dewan Undangan Negeri (pada masa yang sama boleh menjadi Ahli Dewan Rakyat jika menang dalam pilihan raya Parlimen atau boleh menjadi Ahli Dewan Negara jika dilantik ke Dewan Negara. 10. Mengangkat sumpah memegang jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri. 11. Menghantar penyata akaun perbelanjaan kempen pilihan raya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya dalam tempoh 30 hari. Perbelanjaan kempen seseorang Ahli Dewan Undangan Negeri tidak boleh melebihi RM100000. 12. Tidak memperoleh kewarganegaraan asing (tidak mempunyai hak mengundi di Negara asing). 13. Jka Ahli Dewan Undangan Negeri meletak jawatan, beliau dilarang bertanding dalam kawasan Dewan Undangan Negerinya selama lima tahun. 5.2.5 Fungsi Badan Perundangan Negeri

Perjalanan Dewan Undangan Negeri Selepas Pilihan Raya Negeri 1. Setelah tamat pilihan raya, Setiausaha Dewan Undangan Negeri akaan menetapkan satu tasrikh agar semua Ahli Dewan Undangan Negeri hadir di Dewan Undangan Negeri. 2. Kehadiran pertama ini adalah untuk melantik seorang Speaker Dewan dan Timbalan Speaker Dewan.

3. Selepas itu, semua Ahli Dewan Undangan Negeri akan mengangkat sumpah. 4. Dalam tempoh 120 hari selepas Dewan Undangan Negeri dibubarkan, mesyuarat pertama dewan Undangan Negeri untuk tempoh lima tahun yang baru mesti diadakan. 5. Tempoh lima tahun Dewan Undangan Negeri yang baru dikira melalui mesyuarat pertama Dewan Undangan Negeri. 6. Raja/Sultan/Yang Dipertua Negeri akan merasmikan Dewan Undangan NEgeri, namun tidak terlibat dalam persidangan Dewan. 7. Ketua pembangkang akan dipilih selepas itu. 8. Dewan Undangan Negeri juga dikenali sebagai Dewan Sekamar/ Dewan Tunggal kerana setiap negeri hanya mempunyai satu Dewan Undangan Negeri sahaja. 5.2.6 Kedudukan Speaker 1. Boleh terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri atau bukan Ahli Dewan Undangan Negeri. 2. Speaker tidak boleh terlibat secara aktif dalam perniagaan. 3. Bidang kuasanya adalah mengawal disiplin dan bertindak adil terhadap prosiding dewan. 4. Bertindak sebagai jurucakap Dewan Undangan NEgeri.

5.2.7 Fungsi Dewan Undangan Negeri. 1. Sebagai forum membahaskan hal kerajaan dan rakyat negeri. 2. Membahaskan ucapan diraja, belanjawan negeri, dan rang undang-undang. 3. Meluluskan atau menolak sebarang rang undang-undang atau pindaan masing-masing. KEHADIRAN ANGGOTA DEWAN UNDANGAN NEGERI DI DEWAN UNDANGAN NEGERI Di Negeri-negeri Beraja Tiga orang ahli ex-oficio hadir dalam prosiding Dewan Undangan Negeri Di Pulau Pinang dan Melaka Penasihat hadir Penasihat Undang-undang Undang-undang

Di Sabah dan Sarawa

Semua ahli ex-ofic berhak me persidangan

bersama dengan semua Ahli Dewan Undangan Negeri Tiga orang ahli ex-oficio tidak berhak mengundi dan berbahas seperti Ahli Dewan Undangan Negeri yang lain Tiga orang ex-oficio hanya memberi nasihat serta menjelaskan tentang pentadbiran Kerajaan Negeri Kehadiran termasuk semua Ahli Dewan Undangan Negeri dan tiga orang ahli ex-oficio

tidak berhak mengundi dan berbahas Penasihat Undang-undang memberi nasihat undangundang serta menjelaskan perihal undang-undang yang timbul

Undangan Negeri

Kehadiran termasuk semua Ahli Dawan Undangan Negeri dan seorang ahli exoficio, iaitu Penasihat Undang-undang Negeri

Kehadiran adalah semua Ahli Undangan Negeri sa

5.2.8

KEISTIMEWAAN KERAJAAN NEGERI DAN DEWAN UNDANGAN NEGERI SABAH DAN SARAWAK

1. Undang-undang tentang tanah dan Kerajaan Tempatan yang berasingan di Sabah dan Sarawak. 2. Kerajaan Negeri berkuasa mengenakan royalti dan cukai jualan tambahan. 3. Kerajaan Negeri mempunyai rancangan pembangunan khas. 4. Kerajaan Negeri berkuasa dalam soal imigresen dan boleh menyekat penduduk Semenanjung memasuki Sabah dan Sarawak. 5. Kerajaan Negeri berkuasa dalam pengeluaran lesen judi, imigresen dan pemberian kewarganegaraan kepada penduduk asing di situ. 5.2.9 HUBUNGAN PARLIMEN DEWAN UNDANGAN NEGERI DENGAN

1. Dewan Undangan Negeri menggubal Senarai Negeri dan Senarai Bersama. 2. Dewan Undangan Negeri menggubal undang-undang yang tidak disenaraikan dalam Senarai Persekutuan dalam Pelembagaan (Dewan Undanggan Negeri mempunyai kuasa baki perundangan). 3. Kerajaan Persekutuan boleh terlibat dalam Senarai Negeri dan Senarai Bersama jika diberi kuasa. 4. Undang-undang Persekutuan hendaklah dipatuhi oleh negeri-negeri.

5. Undang-undang negeri yang berlawanan dengan undang-undang Persekutuan akan terbatal setakat mana yang bercanggah. 6. Dewan Undangan Negeri tidak boleh menghalang perjalanan kuasa pemeritahan Persekutuan. 7. Parlimen berkuasa membuat undang-undang untuk negeri bagi maksud triti, persamaan undang-undang negeri atau jika diminta oleh Kerajaan Negeri. 8. Kerajaan Pusat berhak melibatkan diri dalam urusan Kerajaan Negeri untuk tujuan mengumpul statistik, penyiasataan dan memberi khidmat nasihat. 9. Badan penyelaras antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri ditubuhkan untuk menyeragamkan pentadbiran Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

You might also like