You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU LUKING

D/A PEJABAT PELAJARAN DAERAH JALAN ACCESS 96700 KANOWIT

Kod Sekolah: YBB3315

MESYUARAT STAF BIL. 02/2012 SK BATU LUKING, KANOWIT


Tarikh Jam Tempat AGENDA MESYUARAT: 1. 2. 3. 4. 5. Ucapan Aluan Pengerusi Pengesahan Minit Mesyuarat Lepas Perkara Berbangkit Perkara-perkara lain : : : 02/4/2012 (Khamis) 2.00 petang Makmal Komputer

Kehadiran:
BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 NAMA PENUH JAWATAN GRED JANTINA Simon Kuek Anak Nokep GB DGA34 L Gabriel Chendang Anak Panggau PK1 DGA32 L Johnny Anak Gira PKHEM DGA32 L Tennyson Renggie Anak Bernard PKKK DGA32 L Chandi Anak Muyan GAB DGA32 P Linggang Anak Manjan GAB DG41 L Sweeney Anak Edward Sinew GAB DG41 P Mohd Fadzil Bin Mohd Rosdi GAB DG41 L Mary Angie Anak Dominic Guin GAB DG41 P Agatha Bavyner Anak Chaong GKR DG41 P Asfa Zanatuldariah Binti Hilmi GPEM DG41 P Mohd. Zameri Bin Awang Noh GPRA DC41 L Rosmena Binti Makaraseng GAB DC41 P Anthony Anak Siba GAB DGA29 L Cik Mary Anak Jembun GSTT Cik Omy Anak Manggi GSTT Irene Anak Donatus PA N17 P Rabicca Anak Genam PPM N17 P Fraiza Fitri Bin Putit PPM N17 L Dayang Habsah Binti Awg Sidek PPM N17 P Peterson Anak Anthony PAP N1 L Ann Anak Bujang PAR N1 P Khadijah Catalin Binti Abdullah PPRA N1 P

Ucapan Aluan Pengerusi (Guru Besar) 1.1 Guru Besar mengucapkan selamat petang dan memberikan penghargaan atas kehadiran staf ke mesyuarat kali ke-2/2012 ini.

SK Batu Luking, Kanowit | Minit Mesyuarat Staf Bil.02/2012

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU LUKING


D/A PEJABAT PELAJARAN DAERAH JALAN ACCESS 96700 KANOWIT

Kod Sekolah: YBB3315

1.2 Tujuan mesyuarat kali ini adalah untuk mengimbas kembali apa yang telah dijalankan dari segi pengajaran & pembelajaran, bidang dan rutin tugas harian aktiviti luar kelas disamping hubungan antara staf dan buat refleksi kendiri sejauh mana ianya telah mencapai kompetensi yang telah ditetapkan dalam senarai tugas masing-masing. 1.3 Kita mesti membina kumpulan kerja yang mantap (dapat bekerja secara sepasukan, semangat kekitaan dan ke arah pencapaian matlamat yang sama) yang dipanggil nilai bersama. 1.4 Perancangan strategik merangkumi tujuh bidang/aspek pengurusan di sekolah (SKPM) 1. Kurikulum; 2. Kokurikulum; 3. Hal Ehwal Murid; 4. Kewangan; 5. Sumber manusia; 6. Bahan Kurikulum; dan 7. Kemudahan dan Keperluan Asas Sekolah
1.5 Semua

yang dirancang perlu dilaksanakan secara berstruktur dan komprehensif. Semua yang dilaksana perlu didokumenkan untuk verifikasi dalam bentuk penrekodan dokumen seperti fail dan journal atau sebarang catatan.

1.6 Sila patuhi takwim yang telah ditetapkan. Segala perancangan yang telah dibuat adalah untuk dilaksanakan dan bukan untuk tujuan rekod sahaja. 1.7 Banyak perancangan yang telah disusunatur namun pelaksanaannya tidak begitu berkesan dan ada yang dilaksana asal ada sahaja. Tepuk dada Tanya selera. 1.8 Semua JK yang telah ditubuhkan hendaklah bergerak dan bertindak dengan mengambilkira isu-isu semasa dan tindakan penambahbaikan bagi mengatasi masalah/isu yang dialami. 1.9 Perkongsian Amalan Terbaik (PAT) sebagai satu input ke arah penambahan ilmu pengetahuan adalah mustahak agar kita berkembang idea dan pengetahuan dalam tugasan harian kita. Sebagai contoh; staf yang sudah menghadiri apa mesyuarat, bengkel, taklimat kursus dan sebagainya mesti memberi laporan kepada Guru Besar dan seterusnya dikongsikan bersama staf yang lain. Kepakaran dalam apa jua yang berkaitan dengan tugas mahupun kebolehan yang kita ada juga boleh dikongsikan kepada rakan-rakan sebagai panduan dan pengetahuan baru. Pengesahan Minit Mesyuarat Lepas Dicadang oleh: Cikgu Agatha Bavyner Chaong Disokong Oleh: En. Peterson Anthony

SK Batu Luking, Kanowit | Minit Mesyuarat Staf Bil.02/2012

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU LUKING


D/A PEJABAT PELAJARAN DAERAH JALAN ACCESS 96700 KANOWIT

Kod Sekolah: YBB3315

3 4

Perkara-perkara berbangkit Tidak ada perkar berbangkit. Pematuhan Senarai dan Bidang Tugas Semua kita memainkan peranan yang sama penting demi untuk kejayaan dan kemurnian tugas masing-masing. Oleh yang demikian sila patuhi, kalau tak pasti rujuk balik senarai tugas yang telah diagihkan pada awal tahun. Ini bukan perkara baru, Cuma saya ingin nak menasihati dan mengingatkan kembali tentang waktu bekerja memandangkan ada di antara kita yang tidak mematuhi waktu bertugas. Waktu bertugas bagi AKS adalah tidak sama memandangkan skop tugas yang berbeza namun bertugas selama 8 jam sehari. Tugas Pembantu Am Pejabat (En. Peterson) Waktu bertugas rasmi bermula jam 7.30 pagi tamat jam 4.30 petang. Walaupun tandatangan awal tidak bermaksud jam bekerja bermula dari waktu tersebut. Telah ada garis panduan dan senarai tugas yang telah ditetapkan. Penyelia Asrama (Cik Irene) dan Pembantu Am Pejabat (Pn. Ann Bujang) Memandangkan PAP di dapur cuma seorang maka Penyelia Asrama dengan sukarela membantu di dapur. Pembantu Pengurusan Murid (En. Fraiza, Pn. Dayang Habsah & Cik Rabicca) Ikut rutin harian penghuni asrama. Dan tugas khas membantu dalam tugas Pentadbiran adalah dengan arahan dan budibicara Guru Besar. Waktu mula bertugas di pejabat ialah jam 8.30pg 1.30tghari. Pengasuh Kanak-kanak Prasekolah Bermula jam 7.30 pagi hingga jam 4.30 petang. Namun demikian, Pengasuh Pra hendaklah berada di kelas untuk menyambut murid sebelum 7.30 pagi bersama dengan Guru Prasekolah. Bagi Guru-guru, tugas di luar waktu P&P seperti Kokurikulum (hari rabu Jam2.00-4.00ptg), kelas tambahan (Selasa Jam2.00-4.00ptg) adalah selama 1 jam setiap sesi. Saya dapati guru-guru tidak patuhi waktu tersebut. Jangan pendekkan waktu tersebut. Dan untuk semua staf yang ada urusan yang penting sangat hendak balik awal waktu bertugas, sila jumpa saya untuk dapatkan kebenaran dan isikan borang keluar awal waktu pejabat. Ini termasuk AKS. Waktu tidak mengajar guru, digunakan untuk membuat persediaan, BBM, dan perkara-perkara yang berkaitan P&P guru. Jangan gunakan masa tersebut untuk tidur melainkan selepas 1.20 ptg. Pelaksanaan Program Amalan Guru Penyayang (Surat Siaran KPPM Bilangan 4 Tahun 2012) Bertujuan agar setiap guru membudayakan sikap kasih sayang sekolah. Guru Penyayang adalah seorang guru yang memiliki sifat kepedulian(concern) terhadap muridnya dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. Hendaklah dilaksanakan secara berterusan agar menjadi budaya guru di sekolah. Bagi fasa pertama; sekolah hendaklah melaksanakan 3 aktiviti berikut: 1) Mengalu-alukan kehadiran murid (mula Mac 2012)

SK Batu Luking, Kanowit | Minit Mesyuarat Staf Bil.02/2012

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU LUKING


D/A PEJABAT PELAJARAN DAERAH JALAN ACCESS 96700 KANOWIT

Kod Sekolah: YBB3315

2) Memberi penghargaan kepada murid (mula Mac 2012) 3) Program Mentor Mentee (mula Mei 2012) Tubuhkan JK Pelaksana Guru Penyayang (dipengerusikan GB). Guru B&K_setiausaha). Membuat analisa setiap bulan bagi menilai impak pelaksanaannya. Dalam situasi sekolah kita, ada kekangannya, namun saya percaya bahawa perkara tersebut boleh diatasi. Kita perlu beri komitmen untuk pelaksanaannya. 6. Perkara-perkara lain 6.1 Waktu berangkat dari Pekan Kanowit waktu pagi Saya sarankan kita berangkat dari Pekan Kanowit jam 6.30 pg. agar kita ada masa untuk bersedia sebelum masuk kelas bagi guru-guru yang ada masa mengajar waktu pertama. Saya sendiri merasakan pada ketika ini kita berebutrebut nak masuk sebab sampai di sini agak lewat. 6.2 Lawatan muhibbah ke SK Rantau Dilang Esok kita akan mengadakan lawatan muhibbah ke SK Rantau Dilang. Semua turut serta melainkan Pn. Ann, Cik Irene dan En. Fraiza. Guna T-shirt oren bagi yang ada baju tersebut dan pakaian sukan (trackbottom, seluar pendek). Bagi staf yang tidak ada baju oren, boleh guna baju warna lain.

SK Batu Luking, Kanowit | Minit Mesyuarat Staf Bil.02/2012

You might also like