You are on page 1of 1

Sejak pengenalan sistem kod kunci kawalan akses pada telefon mudah alih tidak banyak berubah.

Fungsi-fungsi dan data telefon dilindungi oleh mekanisme seperti kod kunci. Membuka peranti akan memberikan akses penuh kepada semua sumber-sumber dalam peranti tersebut. Kedatangan telefon pintar berkembang searus dengan tujuan yang mempunyai kepentingan. Telefon pintar berupaya menyimpan pelbagai maklumat peribadi termasuk hal-hal berkaitan korporat. Kajian telah mengesahkan bahawa interaksi sosial yang melibatkan perkongsian telefon kerap mendedahkan privasi dan keselamatan data pada risiko. Tujuan kami untuk kajian ini adalah untuk mengenal pasti bagaimana untuk melindungi kerahsiaan, integriti dan ketersediaan data pada telefon pintar dalam senario perkongsian telefon. Data sekunder daripada penyelidikan yang lain akan digunakan untuk mengumpul keperluan untuk mereka bentuk rangka kerja berkaitan kawalan akses. Kaedah yang akan digunakan untuk proses perkembangan adalah SLDC (software life development cycle). Pelaksanaan rangka kerja ini dinilai untuk keberkesanan prestasi dan penggunaan kuasa pada peranti Android.

You might also like