You are on page 1of 12

ELM 3102 Kurikulum dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Penulisan Hasil Pembelajaran dari segi kognitif, afektif dan tingkah laku

Matlamat Pengajaran
Mengajar murid fakta dan prinsip kandungan pelajaran Menjadi model peranan (role model) bagi murid Membantu murid membina kemahiran berfikir aras tinggi Menyediakan murid menghadapi alam pekerjaan Merangsang pembangunan peribadi murid Membantu murid membina kemahiran asas belajar

Objektif Pengajaran
Merancang pengajaran yang mengambil kira

kepelbagaian gaya pembelajaran pelajar. Mentaksir kefahaman pelajar terhadap isi kandungan pelajaran. Merancang pengajaran yang memberi peluang pelajar berinteraksi antara satu sama. Menerangkan fakta dan prinsip kandungan pelajaran.

Perbezaan antara Matlamat dan Objektif


MATLAMAT OBJEKTIF Hasrat jangka panjang Pencapaian konkrit yang hendak dicapai yang mampu dicapai dengan mengikuti langkah-langkah tertentu dalam jangka masa yang lebih pendek Kurang berstruktur Lebih berstruktur dan konkrit Tidak begitu jelas Boleh diukur, oleh itu bagaimana matlamat boleh diketahui dengan

Objektif Pengajaran yang jelas diperlukan untuk membantu pencapaian matlamat.ia membantu guru: Memilih kandungan pelajaran Memilih strategi pengajaran yang betul Membangun dan memilih bahan pengajaran yang sesuai Membina ujian dan instrumen lain untuk mentaksir dan menilai hasil pembelajaran murid

Hasil Pembelajaran
Merupakan satu pernyataan yang menetapkan

pengetahuan, kemahiran dan sikap serta nilai yang diingini daripada aktiviti pembelajaran. Menjelaskan apa yang murid perlu tahu dan fahami dan/atau dapat lakukan selepas selesai aktiviti pembelajaran.

Cara Menulis Hasil Pembelajaran yang baik


Frasa merujuk kepada kumpulan sasaran Kata kerja aktif Objek bagi kata kerja Konteks/keadaan Standard/kriteria

Domain Hasil Pembelajaran 1. Domain Psikomotor 2. Domain Kognitif 3. Domain Afektif 4. Domain Sosial

Bidang kognitif

termasuk hasil pembelajaran yang menegaskan hasil intelek seperti pengetahuan, pemahaman dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Hasil pembelajaran boleh dikategorikan ke dalam enam kategori berikut mengikut Taksonomi Bloom: Pengetahuan:Mengingat kembali sesuatu istilah, fakta, konsep, prinsip, hukum, kaedah, cara atau prosedur. Kefahaman:Kebolehan menerangkan sesuatu istilah, fakta, konsep, prinsip, hukum, kaedah, cara atau prosedur dengan perkataan sendiri.

Aplikasi:Kebolehan menggunakan sesuatu istilah, fakta,

konsep, prinsip, hukum, kaedah, cara atau prosedur dalam situasi yang baru Analisis:Kebolehan memecahkan kkonsep, kaedah, cara atau prosedur kepada bahagian-bahagian dan mengenal pasti perkaitan di antaranya. Sintesis:Kebolehan mencantumkan unsur-unsur atau konsep-konsep supaya mendapat satu corak atau struktur yang bermakna. Penilaian:Kebolehan menilai sesuatu idea, konsep, prinsip, kaedah, cara, prosedur, projek atau tindakan.

Bidang afektif

termasuk hasil pembelajaran yang menegaskan rohani dan emosi seperti sikap dan nilai. Nilai murni sejagat berikut harus diserapkan dalam setiap mata pelajaran: i. baik hati ii. berdikari iii. hemah tinggi iv. hormat v. kasih sayang vi. kesederhanaan vii. rasional viii. semangat bermasyarakat

Guru boleh mengenal pasti hasil pembelajaran khusus

yang terkandung di bawah pelbagai lajur seperti: Objektif atau Objektif Khusus Huraian atau Huraian Kandungan Kemahiran, Kemahiran Saintifik, atau Kemahiran Berfikir Aktiviti atau Kegiatan Nilai Unsur Patriotisme Catatan

Hasil pembelajaran ialah apa yang boleh ditunjukkan oleh

pelajar tentang pengetahuan dan kebolehan membuat sesuatu selepas sesuatu perkara diajar. Penentuan hasil pembelajaran penting untuk: mengetahuan apa yang perlu dikuasai oleh pelajar; memberi tumpuan kepada penguasaannya; merancang kaedah-kaedah mengajar; dan membina ujian formatif dan sumatif

You might also like