You are on page 1of 14

Pertandingan Debat Di Raja

The Royal Malaysian Intervarsity Debating Championship Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia

(LAMPIRAN A)
SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN DEBAT DIRAJA ANTARA INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM MALAYSIA
PENGENALAN Pertandingan Debat DiRaja Antara Universiti-Universiti Awam Malaysia adalah merupakan pertandingan debat antara Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang bermula sejak tahun 1995. Pertandingan debat yang diilhamkan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun tersebut telah buat pertama kalinya dijalankan mengikut format ala parlimen. Format pertandingan ini adalah gandingan antara format perdebatan Debat Australasian dengan Debat Dunia dan menjadi popular untuk pertandingan-pertandingan perdebatan sama ada di peringkat sekolah mahupun institusi pengajian tinggi. Format debat ini juga telah diterima secara rasmi untuk Pertandingan Debat Asia (All-Asian Intervarsity Debating Championships). Pertandingan Debat DiRaja Antara Universiti-Universiti Awam Malaysia yang pertama telah diadakan di UIAM. Semasa pertandingan yang pertama, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, pada ketika itu iaitu Duli Yang Maha Mulia Tuanku Jaafar ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman telah berkenan menjadi Penaung dan Tetamu Kehormat menyaksikan pertandingan akhir. Memandangkan ianya merupakan suatu pertandingan debat yang paling berprestij di Malaysia, amat sesuailah pertandingan ini dinamakan Pertandingan Debat DiRaja. Selanjutnya keputusan telah dicapai dalam Mesyuarat Sektretariat Timbalan-Timbalan Naib Canselor/Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar) bahawa Pertandingan Debat DiRaja amat baik dilaksanakan secara tahunan dan dianjurkan oleh IPTA secara bergilir-gilir. Pertandingan Pihak tersebut dikawalselia oleh Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia (MADUM).

Sekretariat amat berbangga dan berbesar hati kerana Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong serta Kerabat DiRaja telah sudi mencemar duli merasmikan pertandingan pada tahuntahun seterusnya. Untuk memberi pendedahan dan interaksi yang lebih luas kepada mahasiswa, pada Ogos 2003, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XII, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail telah bertitah agar perasmian acara debat berprestij ini diperluaskan kepada Canselor Universiti yang juga terdiri daripada Raja-Raja. Dengan yang demikian mulai tahun 2003, penganjur disaran menghadap dan mempersilakan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Canselor universiti berkenaan mencemar duli berangka menyaksikan Pertandingan Akhir Debat DiRaja.

MADUM/Debat DiRaja

Pertandingan Debat Di Raja


The Royal Malaysian Intervarsity Debating Championship Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia

OBJEKTIF Menjadikan Pertandingan Debat DiRaja Antara Universiti-Universiti Awam Malaysia sebagai pertandingan perdebatan yang terunggul di Malaysia. Memperkenalkan dan menerapkan budaya perdebatan dan pengucapan awam yang sihat di kalangan para mahasiswa IPTA. Menerapkan nilai dan sikap positif dari segi intelek, akademik dan perdebatan di kalangan mahasiswa IPTA. Merapatkan ikatan kerjasama di kalangan pendebat di Universiti-Universiti tempatan. Menyemai semangat dan budaya membaca aras tinggi di kalangan pelajar agar lebih berpengetahuan tentang perkembangan semasa di Malaysia dan antarabangsa. Meningkatkan keupayaan berfikir secara kritis dan analitikal di kalangan mahasiswa tentang isu-isu semasa berasaskan tradisi argumentasi, perbincangan perbahasaan, kajian dan penganalisaan fakta boleh dipertanggungjawabkan. SISTEM DAN PERATURAN PERTANDINGAN 1. AM 1.1. Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Debat DiRaja Antara Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia atau The Royal Malaysian Intervarsity Debating Championship. 1.2. Peraturan ini diasaskan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ketika menganjurkan pertandingan ini buat julung kalinya pada tahun 1995, dan kemudian telah ditambah baik oleh Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia (MADUM). 1.3. Peraturan ini diterima pakai untuk Pertandingan Debat DiRaja Antara Institusiinstitusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia 2006 (Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris/Bahasa Arab) 1.4. Tafsiran peraturan ini merupakan hak mutlak MADUM. 1.5. MADUM mempunyai hak untuk meminda sebarang peraturan sebelum permulaan pertandingan sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh jawatankuasa MADUM. 1.6. Terdapat beberapa peraturan debat ini yang tidak sesuai digunakan bagi debat Bahasa Inggeris berdasarkan pengamalan yang biasa dalam pertandinganpertandingan debat Bahasa Inggeris di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

MADUM/Debat DiRaja

Pertandingan Debat Di Raja


The Royal Malaysian Intervarsity Debating Championship Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia

2.

TAFSIRAN 2.1. 2.2. 2.3. Pengarah Pertandingan dan Panel Hakim bermaksud individu yang dilantik oleh pihak penganjur untuk memegang jawatan-jawatan yang tersebut. IPTA bermaksud semua institusi pengajian tinggi awam di Malaysia. Ketua Hakim adalah individu yang dilantik oleh Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia (MADUM) untuk mengaturselia urusan penghakiman kejohanan.

3.

STRUKTUR PERTANDINGAN 3.1. Pertandingan ini terbahagi kepada enam (6) kategori pertandingan iaitu: Kategori Bahasa Melayu Utama Kategori Bahasa Inggeris Utama Kategori Bahasa Arab ASL Kategori Bahasa Melayu Muda Kategori Bahasa Inggeris Muda Kategori Bahasa Arab AFL

4.

PENYERTAAN 4.1. Setiap IPTA boleh menghantar maksimum DUA (2) pasukan untuk kategori utama dan DUA (2) pasukan untuk kategori muda bagi kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Bagi Kategori Bahasa Arab, kategori yang dipertandingkan ialah Bahasa Arab ASL (Arabic as the second language) dan Bahasa Arab AFL (Arabic as the first language).

5.

KELAYAKAN 5.1. Untuk melayakkan diri menyertai pertandingan ini, pendebat hendaklah merupakan mahasiswa samada dalam peringkat Asasi/Matrikulasi/Diploma atau Ijazah Pertama di universiti yang diwakili mereka. Bagi kategori AFL, pendebat boleh terdiri daripada mahasiswa dalam peringkat Pasca-Ijazah. Semua anggota pasukan hendaklah terdiri daripada penuntut IPTA yang sama. pihak IPTA masing-masing. 5.2. Untuk kategori Bahasa Arab, kategori ASL ialah HANYA untuk peserta yang menggunakan Bahasa Arab sebagai bahasa kedua manakala kategori AFL dibuka kepada peserta yang menggunakan Bahasa Arab sebagai bahasa pertama. 5.3. Peserta hanya boleh berdebat untuk pasukan yang mendaftarkannya sahaja. 5.4. Penyertaan untuk kategori Utama adalah terbuka kepada semua mahasiswa tanpa mengira tahun pengajian. Pengesahan bahawa mereka adalah penuntut IPTA berkenaan hendaklah dilakukan oleh

MADUM/Debat DiRaja

Pertandingan Debat Di Raja


The Royal Malaysian Intervarsity Debating Championship Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia

5.5. Penyertaan bagi kategori Muda adalah hanya terbuka kepada pelajar-pelajar Tahun Kedua dan Ke bawah. 6. SISTEM PERTANDINGAN 6.1. Pertandingan ini akan menggunakan sistem power match kaedah Swiss untuk pusingan awal. Sistem ini akan digunakan untuk menentukan pasukan yang akan berlawan dan juga peranan mereka sebagai kerajaan atau pembangkang. 6.2. Kesemua pasukan daripada kategori Utama dan Muda dalam bahasa yang sama akan dikelompokkan dalam satu kumpulan semasa pertandingan pusingan awal. Penentuan kumpulan lawan untuk perdebatan dilakukan secara yang pertama akan rawak. Selepas perdebatan yang pertama, kedudukan setiap

pasukan akan ditentukan dengan mengambil kira kriteria-kriteria berikut: Bahasa Melayu/Bahasa Arab a) Menang/Kalah b) Juri c) Margin d) Markah 6.3. Untuk pusingan kedua, pasukan-pasukan yang menang dalam pusingan pertama akan dikelompokkan dalam satu kumpulan dan pasukan-pasukan yang kalah pula akan dikelompokkan dalam kumpulan yang lain. kumpulan yang tersebut. 6.4. Selepas setiap perdebatan, kedudukan setiap pasukan akan ditentukan semula seperti kaedah yang digunakan di atas. Pusingan awal biasanya terdiri daripada enam (6) perdebatan atau lebih. 6.5. Ini akan memberi peluang kepada semua pasukan untuk membuktikan kebolehan mereka. Melalui kaedah power match, ada kemungkinan bahawa pasukan akan bertanding dengan pasukan lawan yang sama lebih daripada sekali. Ada juga pasukan yang akan bertanding dengan pasukan lain dari universiti mereka sendiri. 6.6. 6.7. Penentuan peranan (kerajaan/pembangkang) untuk perdebatan pertama akan ditentukan secara rambang/undian. Penentuan peranan (kerajaan/pembangkang) untuk perdebatan yang seterusnya akan ditentukan mengikut peranan setiap pasukan dalam perdebatanperdebatan yang sebelumnya. Selalunya, penentuan peranan sesebuah pasukan adalah berdasarkan jumlah pasukan tersebut menjadi kerajaan.
MADUM/Debat DiRaja

Bahasa Inggeris a) Menang/Kalah b) Markah c) Margin

Penentuan

pertandingan seterusnya akan dibuat berdasarkan kedudukan dalam kumpulan-

Pertandingan Debat Di Raja


The Royal Malaysian Intervarsity Debating Championship Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia

6.8.

Penentuan peranan (kerajaan/pembangkang) untuk perdebatan pusingan suku akhir, separuh akhir, dan akhir adalah dibuat berdasarkan undian atau lambungan syiling di hadapan ketua pasukan masing-masing.

6.9.

Selepas selesai kesemua pertandingan dalam pusingan awal, kedudukan pasukan akan ditentukan semula berdasarkan kategori masing-masing iaitu kategori Utama dan Muda. Ini adalah untuk menentukan pasukan yang layak ke pusingan suku akhir. Kedudukan ditentukan berdasarkan kriteria-kriteria seperti yang berikut: Bahasa Melayu/Bahasa Arab a) Menang/Kalah b) Juri c) Margin d) Markah Bahasa Inggeris a) Menang/Kalah b) Markah c) Margin

6.10. 6.11.

Lapan (8) pasukan dengan kedudukan teratas bagi kategori Utama dan lapan (8) pasukan teratas bagi kategori Muda akan layak ke pertandingan suku akhir. Pertandingan suka akhir dan separuh akhir akan dijalankan secara kalah mati. Penentuan pasukan untuk pusingan kalah mati adalah seperti berikut: PENENTUAN PASUKAN UNTUK PUSINGAN KALAH MATI (Bermula dari Pusingan Suku Akhir)

SUKU AKHIR 1 Pasukan di tangga pertama LWN Pasukan di tangga kelapan SUKU AKHIR 2 Pasukan di tangga keempat LWN Pasukan di tangga kelima SUKU AKHIR 3 Pasukan di tangga kedua LWN Pasukan di tangga ketujuh SUKU AKHIR 4 Pasukan di tangga ketiga LWN Pasukan di tangga keenam

SEPARUH AKHIR 1

AKHIR

SEPARUH AKHIR 2

MADUM/Debat DiRaja

Pertandingan Debat Di Raja


The Royal Malaysian Intervarsity Debating Championship Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia

7.

MASA PERSEDIAAN 7.1. Usul perdebatan akan dimaklumkan 30 minit sebelum permulaan perdebatan. Sebarang masa perjalanan adalah termasuk dalam 30 minit berkenaan. Perbincangan hanya boleh disertai oleh empat (4) pendebat yang mengambil bahagian SAHAJA. Penggunaan telefon bimbit atau alat-alat komunikasi lain selepas cabutan usul sehinggalah tamat perdebatan adalah DILARANG SAMA SEKALI. 7.2. Mana-mana pasukan yang gagal menghadiri perdebatan selepas 15 minit dari masa permulaan perdebatan akan dikira kalah.

8.

STRUKTUR PERDEBATAN 8.1. Perdebatan dijalankan dalam Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris/Bahasa Arab mengikut gaya ala-Parlimen Malaysia. 8.2. Setiap pusingan debat mempunyai dua (2) pasukan iaitu pasukan kerajaan (pencadang) dan pembangkang. Setiap pasukan terdiri daripada tiga (3) orang pendebat dan seorang pendebat simpanan. 8.3. Pasukan kerajaan terdiri daripada Perdana Menteri dan dua (2) orang anggota kerajaan, manakala pasukan pembangkang terdiri daripada Ketua Pembangkang dan dua (2) orang anggota pembangkang. 8.4. Setiap pendebat perlu menyampaikan ucapan substantif. pertama atau kedua daripada pihak masing-masing. 8.5. Had waktu dan susunan ucapan bagi setiap pendebat adalah seperti berikut: Ucapan Substantif Perdana Menteri/pencadang pertama Ketua Pembangkang/pembangkang pertama Anggota Pertama Kerajaan/pencadang kedua Anggota Pertama Pembangkang/pembangkang kedua Anggota Kedua Kerajaan/pencadang ketiga Anggota Kedua Pembangkang/pembangkang ketiga Ucapan Gulungan Gulungan/Rumusan Pembangkang Gulungan/Rumusan Kerajaan 4 minit 4 minit 7 minit 7 minit 7 minit 7 minit 7 minit 7 minit Ucapan gulungan bagi pihak kerajaan dan pembangkang boleh disampaikan sama ada oleh pendebat

8.6. Untuk setiap ucapan substantif, loceng akan dibunyikan sekali setelah seminit masa berlalu
MADUM/Debat DiRaja

bagi

menandakan

pasukan

lawan

sudah

boleh

melakukan

Pertandingan Debat Di Raja


The Royal Malaysian Intervarsity Debating Championship Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia

celahan/meminta penjelasan, dan sekali lagi pada satu minit terakhir bagi menandakan masa untuk membuat celahan telah tamat. dibunyikan dua kali apabila masa ucapan pendebat telah tamat. 8.7. Untuk ucapan gulungan, loceng akan dibunyikan sekali pada permulaan minit ketiga dan dua kali apabila masa ucapan telah tamat. 8.8. Pendebat yang melebihi had masa berucap sehingga 30 saat akan diberi amaran oleh Yang DiPertua Dewan (Speaker). ucapan. 9. PERANAN SETIAP PASUKAN 9.1. Peranan pihak kerajaan adalah untuk menyokong usul. Mereka perlu mendefinisikan usul, memberikan hujahan/kes yang menyokong usul, dan membidas sebarang cabaran yang diberikan oleh pihak pembangkang terhadap hujahan usul mereka. 9.2. Peranan pihak pembangkang adalah untuk membangkang usul. Mereka perlu menjawab definisi kerajaan dengan hanya sama ada MENERIMA atau MENOLAK sahaja. PINDAAN terhadap definisi adalah tidak dibenarkan. Mereka juga perlu memberikan hujahan/kes yang membangkang usul, dan membidas sebarang cabaran yang diberikan oleh pihak kerajaan terhadap hujahan usul mereka. 10. PENGHAKIMAN 10.1 10.2 Seboleh-bolehnya, setiap perdebatan akan dihakimi oleh satu panel hakim. Bilangan hakim mestilah ganjil. Kemenangan ditentutan mengikut sistem juri. Pada pusingan awal, seorang hakim akan bertindak sebagai Yang Di Pertua Dewan dan akan digelar Tuan/Puan Yang Di Pertua. Dalam pusingan akhir, Yang Di Pertua tidak perlu dilantik di kalangan panel hakim. 10.3 Yang Di Pertua Dewan bertanggungjawab menjemput pendebat berucap, menjaga ketertiban majlis dan tertakluk kepada peraturan ini, membuat keputusan tentang sebarang aspek tatacara dan prosedur perdebatan yang mungkin dipertikaikan. 10.4 Para hakim mestilah: i. ii. 10.5 Mencapat keputusan menang/kalah. Keputusan seri tidak dibenarkan Tidak menyampuk atau memberikan sebarang komen semasa perdebatan berjalan. Ketua Hakim mestilah mengisytiharkan keputusan kepada pasukan yang bertanding dan memberi alasan/sebab terhadap keputusan yang dicapai oleh panel hakim dalam komentar yang tidak melebihi 10 minit.
MADUM/Debat DiRaja

Loceng akan

Pendebat akan diminta menamatkan

Pertandingan Debat Di Raja


The Royal Malaysian Intervarsity Debating Championship Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia

10.6 10.7

Panel juri tidak boleh berbincang dan mestilah mencapai keputusan dengan sendiri. Jika keputusan sebulat suara tidak dapat dicapai, maka keputusan majoriti akan diterima pakai. Pindaan terhadap sebarang keputusan tidak dibenarkan selepas penyerahan undi.

11

PEMARKAHAN 11.1 Setiap ucapan substantif akan diberikan markah maksimum 100 markah bedasarkan kepada: Isi Gaya/penyampaian Tatacara/Kaedah 11.2 40 markah 40 markah 20 markah

Isi akan diadili dari segi kesesuaian, pengembangan dan penjelasan hujah, fakta dan contoh yang digunakan serta bidasan yang berkesan terhadap hujahan pihak lawan.

11.3

Tatacara akan diadili dari segi: i. ii. iii. iv. Keberkesanan penyusunan dan struktur ucapan pendapat. Keberkesanan penyusunan dan struktur kes sesuatu pasukan secara keseluruhan Kesinambungan hujah/fakta Kerja sepasukan

11.4

Gaya penyampaian akan diadili dari segi kesesuaian dan keberkesanan gaya penyampaian hujahan. Penyampaian yang mempunyai nilai bujukan yang tinggi serta dapat menarik perhatian penonton akan dipandang positif oleh hakim (dengan syarat ianya membantu hujahan).

11.5 11.6

Ucapan gulungan akan diberikan markah maksimum 50 berdasarkan nisbah pemarkahan ucapan substantif seperti yang tersebut di atas. Kriteria utama pemarkahan adalah nilai bujukan ucapan iaitu sejauh mana ucapan itu benar-benar menyakinkan dan memberi sokongan terhadap usul satu-satu pasukan dan konteks perdebatan.

11.7 11.8

Penggunaan bahan bantuan luar (buku, carta, majalah dan selainnya) semasa perdebatan berlangsung adalah dilarang sama sekali. Semua peserta hendaklah berkelakuan sopan dan penuh tertib semasa pertandingan.

12 HUJAH BARU

MADUM/Debat DiRaja

Pertandingan Debat Di Raja


The Royal Malaysian Intervarsity Debating Championship Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia

12.1

Tiada sebarang hujah baru dibenarkan bagi disampaikan dalam ucapan substantif pendebat ketiga dan ucapan gulungan mana-mana pasukan (kerajaan atau pembangkang). Contoh baru ialah bukan hujah baru. Hujah dikira baru kecuali: i. ii. telah digunakan dalam mana-mana hujahan terdahulu. Merupakan bidasan terhadap hujahan pasukan lawan.

13 DEFINISI 13.1 13.2 Tugasan memberikan definisi usul perdebatan yang wajar dan boleh dibahaskan adalah hak dan tanggungjawab pihak kerajaan. Pihak pembangkang boleh: i. ii. 13.3 Pihak i. ii. iii. menerima definisi kerajaan secara keseluruhan/mutlak; menolak alternatif. pembangkang boleh menolak definisi pihak kerajaan secara keseluruhannya hanya jika; definisi pihak kerajaan tidak mempunyai kaitan yang kuat dengan maksud sebenar usul. Definisi pihak kerajaan adalah truistik, iaitu tidak boleh dibangkang dengan hujahan rasional. Definisi pihak kerajaan berdasarkan kepada pendefinisian yang terlalu spesifik ataupun hanya melibatkan masa dan tempat yang tidak masuk akal. 14 PENJELASAN 14.1 Penjelasan/celahan dalam konteks ini bermaksud penjelasan yang diminta oleh pihak lawan bagi memperjelaskan fakta penting yang ditimbulkan oleh pendebat yang sedang berucap. Penjelasan/celahan hendaklah ringkas dan bersangkutan dengan apa yang sedang dibincangkan oleh pendebat tersebut. Markah akan diberikan untuk celahan dan jawapan celahan yang efektif/berkesan. 14.2 Pendebat yang sedang berucap mempunyai hak mutlak sama ada menerima atau menolak celahan penjelasan yang cuba diberikan. Bagaimanapun, penolakan penjelasan yang berterusan atau penerimaan yang keterlaluan sehingga menjejaskan kualiti ucapan pendepat tersebut harus dipandang serius oleh hakim. Adalah disyorkan supaya setiap pendebat menerima sekurangWalau bagaimanapun, pertandingan ini tidak kurangnya dua (2) penjelasan. penjelasan/celahan.
MADUM/Debat DiRaja

secara

keseluruhan/mutlak

dan

mengemukakan

definisi

menetapkan had maksimum atau minimum bagi setiap pendebat menerima

Pertandingan Debat Di Raja


The Royal Malaysian Intervarsity Debating Championship Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia

14.3

Penjelasan yang diberikan hendaklah tidak melebihi 15 saat. dibunyikan selepas masa 15 saat.

Loceng akan

Jika penjelasan/celahan belum selesai,

pendebat yang memberi penjelasan/celahan hendaklah duduk serta merta. 14.4 Penjelasan tidak boleh diminta sebelum berakhir minit pertama dan pada minit terakhir mana-mana ucapan substantif. Loceng akan dibunyikan sekali menandakan permulaan dan sekali lagi bagi menandakan pengakhiran waktu meminta penjelasan yang dibenarkan. Penjelasan tidak boleh diminta dalam ucapan penggulungan. 14.5 Hanya ahli daripada pihak lawan yang boleh meminta penjelasan. Pendebat hendaklah memberi isyarat jika ingin mencelah dengan cara yang sesuai seperti berdiri, mengangkat tangan, membuat permohonan dan sebagainya. 14.6 Pendebat yang sedang berucap boleh menerima atau menolak penjelasan dengan memberi isyarat fizikal atau memberitahu secara lain. peluang yang lain. 14.7 Apabila penjelasan diterima, pendebat yang sedang berucap tidak boleh menjawab selagi pendebat yang meminta penjelasan belum selesai mencelah atau peruntukan masa selama 15 saat yang diberikan belum selesai (mana yang terdahulu). Pendapat tidak wajar memotong penjelasan yang telah diminta oleh pihak lawannya apabila telah diterima. 15 BANTAHAN SEMASA PERDEBATAN SEDANG BERLANGSUNG 15.1 Bantahan dalam konteks ini adalah bantahan yang diajukan oleh pendebat kepada Yang Di Pertua Dewan semasa perdebatan sedang berlangsung bagi menarik perhatian beliau terhadap perlanggaran sebarang peraturan perdebatan seperti: i. ii. Penggunaan aksi atau bahasa yang kurang sopan dalam perdebatan; Pengenalan fakta baru semasa ucapan substantif pendebat ketiga atau ucapan gulungan; Atau iii. 15.2 Mana-mana pendebat yang telah melebihi 30 saat had masa yang diperuntukkan. Menjadi tanggungjawab setiap pasukan untuk menyuarakan bantahan terhadap sebarang perlanggaran peraturan. Keputusan Yang Di Pertua Dewan sama ada untuk menerima atau menolak bantahan yang dikemukakan adalah muktamad. 15.3 Jika bantahan diterima, Yang Di Pertua Dewan boleh mengarahkan pendebat yang terbabit agar mematuhi peraturan yang dibangkitkan dan masa yang digunakan untuk membuat bantahan akan dikira dari masa pendebat yang
MADUM/Debat DiRaja

Jika ditolak,

pendapat yang ingin meminta penjelasan hendaklah duduk dan menunggu

10

Pertandingan Debat Di Raja


The Royal Malaysian Intervarsity Debating Championship Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia

sedang berucap.

Sebaliknya jika bantahan ditolak, pendebat terbabit akan

diberikan masa tambahan bagi menggantikan masa yang telah digunakan semasa bantahan tersebut. 16 RAYUAN 16.1 16.2 16.3 Keputusan hakim adalah muktamad. Sekiranya terdapat apa-apa bantahan teknikal, sila kemukakannya kepada Ketua Hakim secepat mungkin selepas selesai sesuatu perdebatan. Jika pihak penganjur mendapati berlaku sebarang kesilapan atau kecacatan semasa pengendalian sesuatu perdebatan (yang berkaitan dengan perkara teknikal sahaja), usaha akan dibuat agar tidak ada kepentingan mana-mana pihak yang terjejas. Jika perlu, hakim dan peserta akan diberitahu tentang isu berbangkit agar tidak berulang. 17 USUL PERDEBATAN 17.1 17.2 Usul-usul perdebatan hanya boleh diumumkan kepada peserta 30 minit sebelum pertandingan bermula. Usul-usul perlu merangkumi isu dan bidang yang berlainan secara menyeluruh, seperti merangkumi bidang politik, ekonomi, undang-undang, sukan, sains dan teknologi. 17.3 Bagi kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Arab, sebuah jawatankuasa khas yang akan diwakili oleh wakil-wakil dari IPTA yang terlibat akan diwujudkan bagi memilih tajuk usul manakala bagi Bahasa Inggeris, tajuk usul akan dipilih oleh Ketua Hakim.

MADUM/Debat DiRaja

11

Pertandingan Debat Di Raja


The Royal Malaysian Intervarsity Debating Championship Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia

PERATURAN PIDATO

5.1 Penentuan Tajuk 5.1.1 Tajuk-tajuk pidato untuk pertandingan adalah berkenaan dengan isu-isu berkenaan dengan tema.

5.2 Sistem Pertandingan 5.2.1 5.2.2 5.2.3 Pertandingan akan diadakan dalam Bahasa Melayu Peserta akan menyampaikan Pidato dengan tema... Pemidato akan menyampaikan pidato masing-masing dengan tajuk yang telah disediakan terlebih dahulu menggunakan medium Bahasa Malaysia. Pemidato akan disoal secara spontan oleh peserta lain dan soalan yang ditanya juga akan diberikan markah

5.2.4 6.0

PERMARKAHAN 6.1 Pembahagian Markah (a) Isi (40 markah) Pemidato akan diadili dari segi pengutaraan isi-isi yang bernas, data-data yang tepat serta logik termasuk penghuraian. Bahasa (15 markah) Pemidato akan diadili dari segi penguasaan bahasa yang baik, jelas dan tepat (struktur dan sebutan) serta gaya yang berkesan iaitu tepat kepada maksud yang hendak disampaikan. Penyampaian (20 markah) Pemidato akan diadili dari segi persembahan yang lancar, kesesuaian nada serta persembahan yang menyakinkan penonton. Pemidato juga perlu menunjukkan gaya yang menarik dan susunan idea yang tertib. Adab (6 markah) Kritikan terhadap isu-isu sensitif seperti agama, bangsa, kebudayaan dan peribadi serta perlakuan atau tutur kata yang kurang sopan akan menyebabkan kehilangan markah. Perlakuan peserta sepanjang pertandingan juga akan dinilai. Markah Bonus (4 markah) 12

(b)

(c)

(d)

(e)
MADUM/Debat DiRaja

Pertandingan Debat Di Raja


The Royal Malaysian Intervarsity Debating Championship Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia

Pemidato akan dinilai daripada segi keseluruhan persembahan dan perwatakannya. (f) Jawapan (10 markah) Pemidato akan dinilai dari jawapan yang diberikan semasa menjawab soalan yang diberikan. Soalan (5 markah) Pemidato akan dinilai dari soalan yang diberikan semasa menyoal peserta lain.

(g)

7.0 Jika didapati dua atau lebih peserta yang mendapat markah yang sama, maka pemenangnya akan ditentukan dengan mengambil kira kombinasi markah tertinggi bagi isi dan cara penyampaian dan jika masih ada lagi persamaan , hakim akan mengambil kira kombinasi markah bagi isi, cara penyampaian dan bahasa sebagai asas penentuan.

8.0

KAEDAH PERTANDINGAN 8.1 Pemidato akan diberi masa selama 7 minit sahaja untuk berpidato dan 3 minit untuk sesi soal jawab. 8.2 Loceng akan dibunyikan sekali 1 minit sebelum masa tamat dan loceng akan dibunyikan dua kali bila masa tamat. 8.3 Apabila loceng berbunyi dua kali menunjukkan masa telah tamat dan markah tidak akan diberikan oleh hakim kepada peserta yang masih berpidato selepas masa tamat. 8.4 Pemidato yang membaca nota-nota atau teks-teks semasa berpidato akan dipotong markah. 8.5 Kritikan terhadap isu-isu yang berkaitan dengan politik, agama, bangsa dan kebudayaan atau terhadap keperibadian seseorang adalah dilarang. Pengerusi majlis berhak mengarahkan untuk berhenti berpidato 8.6 Penggunaan bahasa dan tutur kata yang kurang sopan adalah dilarang sama sekali

MADUM/Debat DiRaja

13

Pertandingan Debat Di Raja


The Royal Malaysian Intervarsity Debating Championship Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia

8.7 Pemidato-pemidato dilarang sama sekali menuding jari mereka atau menunjukkan genggaman tangan mereka kepada penonton untuk melahirkan emosi mereka. 8.8 Pemidato hendaklah menggunakan Laras Bahasa Melayu baku. 8.9 Pengerusi majlis berhak peraturan di atas. 8.10 8.11 menegur pemidato yang melanggari

Peserta hanya boleh memulakan pidato mereka setelah menerima kebenaran daripada daripada hakim untuk memulakannya. Pemidato hendaklah hadir di tempat pertandingan empat puluh lima minit (45 minit) lebih awal untuk tujuan pengesahan pertandingan Sebanyak 13 Tajuk akan disediakan dan setiap peserta akan diberi tajuk melalui undi semasa mesyuarat pertama Jawatankuasa dan peserta-peserta diminta membuat persiapan tajuk tersebut sehingga hari pertandingan. Pada penghujung sesi pidato peserta-peserta akan disoal secara spontan oleh peserta lain mengenai isu yang dipidatokan.

8.12

8.13

9.0

HAKIM 9.1 Lima orang hakim yang berkelayakan akan dilantik dan salah seorang akan menjadi ketua hakim pada pertandingan tersebut. 9.2 Hakim-hakim terdiri daripada lima orang hakim yang akan dilantik untuk mengadili pertandingan ini. Mereka mewakili Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM), wakil dari pihak lain dengan pemantauan MADUM. 9.3 Dua orang pembantu akan berada bersama dengan hakim semasa pertandingan iaitu seorang penjaga masa dan jurukira markah. 9.4 Ulasan dan komen hakim oleh ketua hakim akan diberi selepas pertandingan berakhir. 9.5 Keputusan Hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.

MADUM/Debat DiRaja

14

You might also like