You are on page 1of 10

1: Pengenalan

Kursus EEB1013 Prinsip Ekonomi Fakulti Ekonomi Universiti Utara Malaysia

Definisi Ekonomi
Kekurangan adalah keadaan dimana kehendak kita melebihi sumber terhad yang sedia ada untuk memenuhi sumber tersebut. Ekonomi adalah sains yang mengkaji bagaimana individu dan masyarakat menguruskan hakikat bahawa kehendak kita melebihi sumber terhad yang sedia ada untuk memenuhi kehendak tersebut.

Sumber boleh dibahagikan kepada 4 kategori:


Tanah
Buruh Modal Keusahawanan

Kategori-kategori Ekonomi
Ekonomi Positif
Ekonomi Normatif Mikroekonomi Makroekonomi

Kategori-kategori Ekonomi
Ekonomi positif: bidang ekonomi yang mengkaji apa.
Ekonomi normatif: bidang ekonomi yang mengkaji mengapa.

Mikroekonomi adalah cabang ekonomi yang mengkaji kelakuan dan pilihan manusia dalam unit ekonomi yang kecil seperti seorang individu, sebuah firma, satu industri dan satu pasaran.

Makroekonomi adalah cabang ekonomi yang mengkaji kelakuan dan pilihan manusia secara agregat atau keseluruhan.

Konsep Kekurangan, Pilihan dan Kos Melepas


Kekurangan menyebabkan kita membuat pilihan kita perlu memilih kehendak mana yang boleh dipenuhi dan yang mana tidak boleh dipuaskan. Pilihan menyebabkan adanya kos melepas. Kos melepas adalah nilai sesuatu peluang atau alternatif terbaik yang mesti dilepaskan semasa membuat pilihan. Semakin tinggi kos melepas untuk melakukan sesuatu, semakin kurang untuk dilakukan.

Disebabkan oleh kekurangan, kita memerlukan satu alat catuan satu kaedah untuk memutuskan siapa yang akan memperolehi sumber yang sedia ada dan barangan. Kekurangan akan mengwujudkan persaingan orang ramai akan bersaing untuk mendapatkan sumber terhad bagi memenuhi kehendak kita yang tidak terbatas.

Kekurangan dan Konsep-konsep Berkaitan

You might also like