You are on page 1of 4

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satuuu malaysia.

Terima kasih tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru serta rakan-rakan yang saya sayangi. Pergi ke pekan naik kereta, Berjumpa dengan anak nyonya, Dengarkan sya ingin bercerita, Awang Tempe adalah judulnya.

Di sebuah kampung yang bernama kampung madu tiga, ada seorang pemuda yang bekerja sebagai pengembala kambing. Nama pemuda itu adalah Awang Tempe. Setiap hari Awang Tempe membawa kambing2 yang di jaganya ke sebuah padang ragut di hujung kampung. Dia selalu berangan-angan hendak menjadi kaya dan berkahwin dengan Puteri Raja yang jelita. Pada suatu hari, ketika sedang mengembala kambing,Awang Tempe tertidur dibawah sebatang pokok manggis. Berhampiran pokok manggis itu terdapat sarang semut. Semasa Awang Tempe di ulit mimpi, tiba2 dia menjerit. Aduhhhh....sakitnya tangan ku. Haaa.... Kawan2 Rupanya-rupanya Awang Tempe telah digigit semut yang berada dibawah pokok manggis itu. Dengan perasaan marah, Awang Tempe mengambil sehelai kain lalu memukul semut itu. Kemudian, Awang Tempe telah mengira2 semut yang mati di pukulnya. Ada sepuluh ekor semuanya. Awang Tempe berasa sangat bangga kerana sekali pukul sahaja sepuluh ekor semut yang mati. Kebetulan berhampiran tempat Awang Tempe memukul semut itu terdapat 10 ekor serigala yang telah mati kerana termakan racun. Dengan perasaan gembira Awang Tempe pulang ke kampung nya sambil menyanyi. "Sekali pukul sepuluh mati, walaupun kecil tetapi berani". Awang Tempe terus menyanyikan lagu itu berulang-ulang kali tanpa mempedulikan pertanyaan orang kampung yang kehairanan melihatnya. Tidak lama kemudian, seluruh kampung gempar dengan berita kematian 10 ekor serigala di tepi hutan. Mereka semua menyangka serigala itu mati di bunuh oleh Awang Tempe. Mereka semua kagum dengan keberanian dan kegagahan Awang Tempe. Awang Tempe tidak menceritakan perkara sebenarnya berlaku. Dia berasa bangga kerana dipuji oleh orang2 kampung. Inilah pertama kali dia mendapat pujian. Kerana sebelum ini semua orang kampung memandang rendah kepadanya.

Pada suatu hari, Awang Tempe meminta tukang jahit menjahit sehelai baju untuknya. Pada baju itu ditulis "Sekali pukul sepuluh mati". Setelah baju itu siap dijahit, Awang Tempe pun memakai baju itu dan dia berjalan ke sekeliling kampung. Semua penduduk kampung Madu Tiga menghormati dan menganggap Awang Tempe sebagai wira kerana berjaya membunuh semua serigala yang mengancam keselamatan mereka. Kawan-kawan ingin tahu cerita selanjutnya.... Ketika Awang Tempe berehat dibawah pokok beringin, tiba2 terlintas difikirannaya hendak mengembara ke tempat lain. Dia ingin mengembara kerana tidak mahu menjadi seperti katak dibawah tempurung. Bak kata pepatah jauh perjalanan luas pengetahuan. Awang tempe segera mengemas barang2 lalu bergerak memulakan perjalanannya. Dia ingin pergi ke sebuah negeri yang bernama Negeri Kembang Semangkuk. Dalam perjalanannya Awang ternampak seekor burung punai di atas tanah. Didapatinya kaki burng itu patah. Awang mengambil burung itu lalu merawatnya. Awang meletakkan burung itu didalam beg yang di bawanya. Dia meneruskan perjalanannya lagi. Dia berasa gembira kerana dapat melihat pemandangan yang indah di sepanjang perjalanananya. Tidak lama selepas itu Awang nampak sebuah kedai yang menjual roti dan keju. Awang membeli beberapa buku roti dan keju. Roti yang dibelinya disimpan di dalam beg yang dibawanya. Dia berhasrat memakan roti di dalam perjalanannya itu nanti. Akhirnya, setelah hampir separuh hari perjalanan, dia tiba di negeri Kembang semangkuk. Namun begitu dia berasa hairan kerana negeri itu sunyi sepi seolah-olah baru di serang oleh garuda. Tiba2 Awang telah di sapa oleh seorang tua yang dalam ketakutan. Awang memperkenalkan dirinya. Orang tua itu menceritakan keadaan yang menimpa kampung tersebut. Rupa2nya kampung tersebut telah diserang oleh gergasi yang bernama buragas. Ramai rakyat negeri itu telah menjadi korban dan menjadi mangsa kejahatan buragas. Orang tua itu telah ternampak perkataan yang telah tertulis di baju Awang Tempe " Sekali pukul sepuluh mati". Dia segera berkata "Saudara ini tentu orang yang gagah perkasa kerana "Sekali pukul sepuluh orang yang mati". Awang Tempe malu untuk menceritaka perkara yang sebenarnya. Dia hanya tersenyum dan menganguk-anggukkan kepalanya. Orang tua itu ingin membawanya berjumpa dengan raja negeri tersebut. Awang Tempe mengikut orang tua itu ke istana. Setelah berjumpa dengan datuk bendahara, Awang telah dibawa menghadap Raja Zahir Shah iaitu pemerintah Negeri Kembang semangkuk. Raja Zahir Shah memandang Awang Tempe, lalu dilihatnya pada baju Awanag tertulis

perkataan "Sekali pukul sepuluh mati". Baginda lalu bertitah, Wahai Awang Tempe beta berharap kamu dapat membantu beta mengalahkan Buragas. Sekirang kamu berjaya beta berjanji akan mengahwinkan kamu dengan puteri beta iaitu Puteri Laila. Ya kawan-kawan, Awang sangat teruja dan setuju dengan perjanjian tersebut. Awang segera menuju ke gua tempat Buragas tinggal. Apabila sampai di gua itu, Awang menjerit memanggil Buragas, "Hei Buragas, keluar engkau. Aku Awang Tempe datang untuk mencabar engkau. Buragas yang sedang tidur terkejut mendengar suara Awang. Buragas segera keluar dari gua itu. Buragas sangat marah kerana awang tempe telah mencabarnya. Buragas ingin mengadakan pertandingan untuk membuktikan siapa yang lebih hebat. Awang tempe bersetuju dengan cadangan Buragas. Buragas telah mengambil seketul batu lalu melontar batu itu dengan sekuat-kuat tenaganya. Batu yang dilontar oleh Buragas sangat jauh tetapi bunyinya yang jatuh masih dapat didengari oleh mereka berdua. Awang tempe hanya tersenyum. Dia kemudiannya membongkokkan badannya seolaholah sedang mengutip batu tetapi sebenarnya dia mengambil burung punai yang berada di dalam begnya. Burung punai itu kemudiannya dilontar ke udara lalu terbang jauh. Buragas amat terkejut kerana menyangka batu yang dilontar awang tempe tidak jatuh ke tanah. Namun begitu, Buragas masih tidak puas hati. Buragas mengambil seketul batu lalu menggenggam batu itu sehingga hancur. Buragas menyangka awang tempe pasti akan kalah. Awang tempe mengambil roti dan keju yang disimpannya lalu meramasnya. Roti yang diramas oleh tangan kanannya telah hancur, manakala keju yang berada di tangan kirinya pula menjadi cair. Buragas yang melihat perbuatan awang tempe itu berasa terkejut. Buragas tidak menyangka awang tempe boleh menghancurkan dan mencairkan batu dalam masa yang sama. Oleh itu, buragas mengakui kekuatan awang tempe dan mula berasa takut. Buragas yang ketakutan itu segera melarikan diri. Semenjak hari itu, Buragas tidak berani lagi datang ke negeri kembang semangkuk. Awang tempe berasa sungguh gembira. Dia tidak menyangka cita-citanya untuk menjadi

kaya dan berkahwin dengan puteri yang jelita akhirnya tercapai. Ya hadirin dan rakan-rakan sekalian....begitulah kisah tentang awang tempe. Marilah kita renungkan beberapa pengajaran yang boleh kita ambil daripada cerita ini. Yang pertama...kita janganlah memandang rendah kepada orang lain Yang kedua...kita mestilah menggunakan kebijaksanaan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Sekian. Terima kasih.

You might also like