You are on page 1of 6

AMALAN IBUBAPA BILA ANAK MENGAMBIL PEPERIKSAAN Sedutan dari cadangan Ustaz Zahazan Mohamed di Facebook.

Catatan: AlFadhil Ustaz hanya menamakan Surah-surah dan ayat yang digalakkan dibaca. Saya menambah dengan memasukkan ayat-ayat tersebut untuk kemudahan pembaca. Harap dapat menjaga kesucian Ayat-ayat tersebut jika dibuat cetakan.

Para tamu, ramai yg tanya ana apakah Amalan kita utk memohon kpdNya kejayaan bagi cahaya mata yg menghadapi musim exam Ini sekadar cadangan, diambil dari beberapa rujukan, moga manfaatnya ada... 1. Hari exam ibubapa bangun awal, solat hjt, sahur, puasa & doakn utk mereka & sekalian org Islam spnjg puasa 2. Bnykkn sedeqah wp pd binatang 3. Beri anak minum air zam2 atau air masak banyk 4. Pastikan anak mendapat Tidur yg mencukupi 5. Amalkan doa ayat ke 74 surah al Furqan, Niatkan utk mereka agar diberikan idea, kefahaman & kelancaran dlm menjawab 6. Beri anak keyakinan bahawa mereka mampu lakukan yg terbaik, pesan mrk utk baca doa sebelum mmulakan jawapan, berselawat bila menghadapi kesukaran & petua2 yg lain 7. Ingat ! Jangan sekali2 menjadikan anak stres dgn permintaan2 yg luarbiasa, mmadailah kata2 berisi doa, motivasi & peniup semangat utk mereka. Antara surah yg digalakkan utk baca, 1. Surah alam nasyrah 2. Surah al Hasyr ayat 21-24 3. Surah al Rahman 1-13 Niatkan semasa membaca surah2 ini agar anak mndpt ilmu, mudah menjawab dgn cemerlang .. AYAT KE 74 SURAH AL FURQAN

74. dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) Yang berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah Kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara Yang menyukakan hati melihatnya, dan Jadikanlah Kami Imam ikutan bagi orang-orang Yang (mahu) bertaqwa.

SURAH ALAM NASYRAH


1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (Wahai Muhammad serta mengisinya Dengan iman dan hidayah petunjuk) ?

2. dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -

3. Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan Dalam melaksanakannya)?


4. dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

5. oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,


6. (sekali lagi ditegaskan): Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

7. kemudian apabila Engkau telah selesai (daripada sesuatu amal Soleh), maka bersungguh-sungguhlah Engkau berusaha (mengerjakan amal soleh Yang lain),


8. dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah Engkau memohon (Apa Yang Engkau gemar dan ingini).

SURAH AL HASYR AYAT 21-24


21. sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya Engkau melihat Gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. dan (ingatlah), misal-misal Perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.


22. Dia lah Allah, Yang tidak ada Tuhan melainkan dia; Yang mengetahui perkara Yang ghaib dan Yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


23. Dia lah Allah, Yang tidak ada Tuhan melainkan dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat sejahtera (dari Segala kekurangan); Yang Maha melimpahkan Keamanan; Yang Maha pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi Segala KebesaranNya. Maha suci Allah dari Segala Yang mereka sekutukan dengannya.


24. Dia lah Allah, Yang menciptakan sekalian makhluk; Yang mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut Yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama Yang sebaik-baiknya dan semuliamulianya; bertasbih kepadanya Segala Yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.

SURAH AL RAHMAN 1-13


1. (Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.


2. Dia lah Yang telah mengajarkan Al-Quran.

3. Dia lah Yang telah menciptakan manusia; -


4. Dia lah Yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.


5. matahari dan bulan beredar Dengan peraturan dan hitungan Yang tertentu;


6. dan tumbuh-tumbuhan Yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masingmasing tunduk menurut peraturanNya.

7. dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta ia mengadakan undangundang dan peraturan neraca keadilan,


8. supaya kamu tidak melampaui batas Dalam menjalankan keadilan;


9. dan betulkanlah cara menimbang itu Dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang Yang ditimbang.


10. dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhlukmakhlukNya Yang lain:


11. terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma Yang ada kelopak-kelopak mayang;


12. demikian juga terdapat biji-bijian Yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan Yang harum;

13. maka Yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, Yang kamu hendak dustakan (Wahai umat manusia dan jin)?

You might also like