You are on page 1of 5

AMALAN PENJAGAAN KEBERSIHAN DIPRASEKOLAH PENGENALAN Kebersihan selalunya dikaitkan dengan kesihatan.

Kebersihan penting untuk semua orang terutamanya kanak-kanak kerana kesihatan yang sempurna akan menghindarkan mereka dari jangkitan penyakit. Di samping itu, mereka dapat melalui perkembangan yang sempurna dari segi rohani dan jasmani.

Bersih bermakna

Bebas dari sebarang kotoran, kuman atau serangga perosak yang boleh mengganggu kesihatan.

Berkeadaan kemas, ceria dan selesa di pandang. Tiada bau yang kurang menyenangkan

KEBERSIHAN BANGUNAN PRASEKOLAH

Kawasan

di

dalam

dan

di

luar

bangunan

mestilah

bebas

dari

serangga,makhluk perosak dan haiwan peliharaan, serta bersih dari sampah sarap.

Kawasan di luar bangunan mestilah bersih dan bebas dari lalang,tumbuhan berduri atau beracun.

Pastikan

longkang

sentiasa

bersih

dan

tiada

air

bertakung.

Longkanghendaklah bertutup bagi mengelakkan sebarang kemalangan.

Sediakan bekas untuk membuang sampah yang bertutup di dalam dandi luar bangunan.

Jika ada kolam atau sebarang takungan air, tempat itu hendaklahdipagar. Jika menggunakan kolam mandi plastik, buangkan air selepassetiap kali digunakan.

AMALAN KEBERSIHAN DI PRASEKOLAH Kanak-kanak mungkin akan dapat penyakit jika sesebuah prasekolah itu tidak bersih. Amalkan kebersihan Prasekolah setiap masa, seperti berikut:

Amalkan tabiat membasuh tangan sebelum dan selepas makan, danselepas menggunakan tandas.

Bersihkan semua pinggan, mangkuk, cawan, sudu dan lain-lain sebelum dan selepas makan.

Bersihkan dapur untuk menghindar dari lipas, tikus dan lain-lain serangga Bersihkan bilik air dan tandas. Elakkan air bertakung untukmengelakkan pembiakan nyamuk.

Pastikan

kawasan

bersih

bebas

dari

sampah

sarap.

Ini

adalah

untukmenghindarkan dari lalat dan serangga perosak.


Potong rumput yang panjang untuk mengelakkan ular. Mop lantai dengan segera setiap kali ada tumpahan atau lantai basah. Lap habuk pada tingkap supaya tidak kotor dan selamat untuk kanak-kanak menjalankan aktiviti.

Bersihkan longkang dan pastikan air tidak bertakung. Pastikan longkang bertutup.

Bersihkan semua alat kelengkapan termasuk barang permainan kanak-kanak selepas setiap kali digunakan.

Cuci peti sejuk dan almari dapur sekurang-kurangnya seminggu sekali. Basuh sarung bantal, alas tilam dan selimut serta kain tuala selepassetiap kali digunakan.

Jemur bantal, tilam, tikar dan selimut.

CONTOH AKTIVITI

Tajuk : Amalan kebersihan tempat dan peralatan

Cadangan masa Tunjang utama Standard pembelajaran utama

60 minit Perkembangan Fizikal dan Estetika (PFK 4.1.6) Membersihkan tempat dan peralatan yang digunakan

Standard

pembelajaran

lain

yang (BM

2.1.3)

Berbual

menggunakan

disepadukan

bahasa mudah dengan sebutan yang betul

Objektif pelajaran

Pada akhir pengajaran murid dapat : i) mengetahui cara membersihkan

peralatan yang telah digunakan Kemahiran utama Membersihkan tempat dan peralatan yang digunakan Alatan dan bahan Carta bergambar, alat membersihkan tempat dan peralatan

Langkah pengajaran:

Guru menunjukkan gambar-gambar yang menunjukkan keadaan yang kotor dan tidak kemas seperti pinggan mangkuk yang kotor berlonggok, alat permainan yang kotor, lantai yang kotor. Guru meminta padangan murid tentang gambar yang dipamerkan.

Guru bersoal jawab dengan murid tentang kenapa kita perlu menjaga kebersihan peralatan dan tempat tinggal serta bagaimana cara untuk membersihkannya.

Guru menjelaskan kepada murid-murid tentang aktiviti yang akan dijalankan Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan. Guru meminta murid untuk membersihkan peralatan seperti:
1. 2.

Pinggan mangkuk Sudu

Guru meminta murid menyatakan semula mengapa kita perlu menjaga kebersihan peralatan yang digunakan.

AMALAN KESIHATAN PERGIGIAN YANG BAIK Kenapa penjagaan kesihatan pergigian penting? Penjagaan kesihatan pergigian penting untuk mencegah kerosakan gigi dan penyakit gusi di kalangan kanak-kanak. Kesihatan pergigian yang baik

membolehkan mereka mengunyah makanan dengan selesa dan bertutur dengan jelas. Bagaimanakah cara menjaga kesihatan pergigian yang baik? Amalan penjagaan kesihatan pergigian yang baik merangkumi 3 langkah pencegahan utama seperti berikut:

1. Penjagaaan kebersihan gigi yang baik :

Berus gigi sehingga bersih setiap hari terutama selepas makan dan sebelum tidur malam.

Guna ubat gigi berfluorida untuk kanak-kanak semasa memberus gigi. Picitkan ubat gigi sebesar biji kacang soya ( 5 mm ) sahaja untuk anak yang berumur 2 tahun ke atas.

Selia atau bantu anak anda memberus gigi sehingga mereka berumur 6 hingga 7 tahun.

Berkumur-kumur dengan segera selepas makan atau minum jika tidak berkesempatan memberus gigi.

Jangan berkongsi berus gigi. Tukar berus gigi jika bulu berusnya mula kembang.

2. Makan secara sihat :

Makan makanan yang seimbang. Lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

Elakkan menambah gula ke dalam minuman kanak-kanak. Sekiranya menggunakan botol susu, pastikan minuman tersebut tidak mengandungi gula.

Jangan sekali-kali mencelup puting botol susu ke dalam gula atau manisan. Elakkan minum minuman berkarbonat kerana kandungan gulanya tinggi.

RUJUKAN
http://pelangipetang89.blogspot.com/2009/12/kebersihan-di-prasekolah.html http://ipgmkdri.edu.my/ibrahim/sampel3.pdf http://asnizar.blogspot.com/ http://www.jomria.com/2012/08/cara-memupuk-amalan-nilai-kebersihan.html

You might also like