You are on page 1of 15

Bilik Pendidikan Pencegahan Dadah Sekolah Menengah Kebangsaan Beris Panchor, Bachok Kelantan.

097767093

AMALAN MEROKOK DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH: SATU KAJIAN KUALITATIF


AMALAN MEROKOK DI KALANGASN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Pelajar sekolah menengah merupakan satu kumpulan remaja yang berada di tahap umur antara 13 hingga 19 tahun. Pada tahap umur ini, mereka biasanya akan melakukan apa sahaja dengan tujuan untuk mencuba atau meneroka sesuatu yang baru. Contohnya merokok. Biasanya, golongan ini sudah mula belajar merokok ketika di bangku sekolah lagi. Terdapat banyak faktor yang mendorong mereka cenderung untuk merokok. Sebenarnya, tembakau yang terdapat dalam rokok itu merupakan sejenis dadah iaitu nikotin. Justeru itu, penghisap rokok dikenali juga sebagai penagih nikotin. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengenalpasti bahawa dadah nikotin merupakan bahan utama dalam tembakau yang boleh menyebabkan ketagihan. Dalam daun tembakau, terdapat satu hingga tiga peratus nikotin. Dari sudut psikologi, masa remaja adalah peringkat usia yang amat kompleks di mana individu baik lelaki atau perempuan mengalami pelbagai jenis masalah seperti perubahan fizikal, perubahan pada emosi, perubahan pada kognitif, tanggapan terhadap diri sendiri (penghargaan diri), mengalami krisis identiti, mengalami konflik autonomi dan ragu-ragu pada memulakan perkara--perkara baru dalam hidup. Mungkin ada sesetengah pihak yang merasakan bahawa merokok ini seolah-olah tidak memberi apa-apa kesan negatif kepada perokok atau orang lain memandangkan di mana sahaja kita boleh lihat individu yang merokok walaupun sudah jelas terdapat papan tanda larangan merokok di kawasan tersebut. Jika dilihat dalam konteks pelajar, perbuatan merokok ini banyak berkait rapat dengan disiplin, tingkah laku, kesihatan, dan sebagainya. Memandangkan para remaja merupakan generasi pelapis yang akan menggantikan tampuk pimpinan hari ini serta memakmurkan Negara, maka mereka perlulah menghindarkan diri daripada perbuatan negatif bermula dari peringkat awal lagi. 1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN Tidak dapat dinafikan bahawa merokok mengikut pendapat penghisapnya boleh memberi faedah kepada mereka di mana ianya akan memberikan ketenangan kepada perokok dalam tempoh masa tertentu. Selain itu, ia juga boleh menghilangkan rasa mengantuk dan penat baik menyenangkan melakukan sesuatu kerja dan sebagainya. Terdapat juga kesan buruk yang diperoleh perokok seperti ditimpa pelbagai penyakit seperti sakit jantung, kanser paru-paru, barah, serta boleh membazirkan wang ringgit. Sebenarnya perokok-perokok ini bukannya tidak mengetahui kesan buruk yang akan dialami oleh mereka tetapi disebabkan ketagihan serta hanya melihat kepada kebaikannya sahaja maka mereka tidak memikirkan langsung kesan buruk yang akan membahayakan diri mereka serta orang lain. Jika dilihat kepada kesan daripada tabiat merokok ini, ianya lebih banyak memberi

kemudharatan daripada kebaikan. Islam menyuruh umatnya meningggalkan perkara-perkara yang membawa keburukan kepada diri sendiri dan orang lain. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri, Rasulullah SAW bersabda bermaksud : Dari Abi Sa id bin sa d bin Malik bin Sinan al-Khudri r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : Tidak ada kemudharan dan tidak boleh berbuat kemudharatan . (Riwayat Ibn Majah dan al-Daruqutni) Allah SWT juga melarang hambanya makan atau minum sesuatu yang tidak halal dan tidak memberi manfaat kepada diri. Begitulah juga dengan rokok yang mana ianya boleh mengancam agama Islam itu sendiri, keselamatan, moral, ekonomi dan lain-lain kerana ianya merupakan suatu ciri kesyaitanan yang boleh menjauhkan diri kita daripada Allah SWT dan mengheret kita ke lembah kebinasaan. Firman Allah SWT yang bermaksud : Wahai manusia, makanlah yang halal lagi baik daripada apa yang terdapatdi bumi dan jan ganlah kamu mengikut langkah-langkakh syaitan; kerana sesunguhnya syaitan itu musuh kamu yang nyata . (Surah al-Baqarah 2 :168) Selain daripada memberikan kesan buruk kepada kesihatan, ia juga boleh meruntuhkan akhlak dan sikap seseorang terutama di kalangan para muda mudi kerana pada usia beginilah mereka mudah terpengaruh dengan amalan merokok. Contohnya, seorang remaja yang terlalu berkehendakkan rokok tetapi tidak di perolehnya, maka dia sanggup melakukan apa sahaja semata-mata untuk mendapatkan rokok bagi memuaskan keinginan mereka. Perkara-perkara sebeginilah yang menyebabkan berlakunya pelbagai kes-kes disiplin dan jenayah yang kini berada pada tahap yang membimbangkan seperti mencuri, memeras ugut, ponteng sekolah, melepak, menagih dadah dan sebagainya. Para remaja dalam konteks pelajar sekolah lebih mudah melakukan perbuatan-perbuatan yang salah dan melanggar etika dan peraturan. Hal ini kerana pada usia ini, mereka lebih suka untuk melakukan apa sahaja kerana didorong oleh perasaan ingin tahu, bebas tanpa sebarang halangan dan kongkongan daripada mana-mana pihak seperti ibu bapa dan pihak sekolah. Pada usia ini juga, mereka mudah terpengaruh dengan amalan-amalan negatif yang tidak sepatutnya dilakukan oleh golongan remaja kerana terikut-ikut dengan trend masa kini dan juga pengaruh rakan sebaya. Seperti kebiasaan orang mengatakan Apa yang ditegah itulah yang suka dilakukan. Contohnya. Amalan merokok di kalangan remaja sekolah yang telah menjadi trend dan kebiasaan di era globalisasi ini. Pada masa kini, amalan merokok di kalangan pelajar sekolah begitu membimbangkan. Pada bulan April 2003, Menteri Pendidikan Malaysia, Tan Sri Musa Mohammed telah melakukan lawatan mengejut ke Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh. Dalam lawatan mengejut tersebut, beliau telah mendapati banyak puntung rokok di bawah katil dan meja pelajar di asrama pelajar sekolah tersebut. (Harian Metro, 29 Ogos 2003:16). Tidak dinafikan telah banyak usaha yang dilakukan oleh pihak yang terbabit seperti pihak sekolah dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) namun ianya masih tetap berlaku. Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil langkah menjadikan bangunan dan kawasan sekolah di seluruh negara sebagai kawasan larangan merokok.

Dalam surat pekeliling iktisas Bil 5/1997 yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia kepada semua Pengarah Pendidikan Negeri menyatakan bahawa semua premis sekolah sama ada di kawasan terbuka atau di dalam bilik atau di tempat terselindung adalah termasuk dalam kawasan larangan merokok. Yang menjadi persoalannya ialah sejauh manakah peraturan ini dilaksanakan dan memberi kesan positif dalam masalah merokok di kalangan pelajar ? Y.B Datuk Mohd Ali Rustam, bekas Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia di dalam teks ucapan perasmian sempena pelancaran Minggu Tanpa Tembakau Kebangsaan 1999 mengatakan bahawa kadar merokok di kalangan remaja (18 tahun ke bawah) secara keseluruhannya pada tahun 1996 ialah sebanyak 16.7%. Kadar merokok di kalangan remaja lelaki ialah 3 0.7% manakala pelajar perempuan pula ialah 4.8%. Menurut beliau lagi, satu soal selidik telah dijalankan di salah sebuah sekolah menengah di Selayang pada Mac 1999. Soal selidik itu menunjukkan kadar merokok secara keseluruhan pelajar sekolah menengah berkenaan ialah 18.2%. Kadar merokok di kalangan pelajar lelaki ialah 29% manakala di kalangan pelajar perempuan ialah 7%. Berlaku peningkatan kadar merokok di kalangan remaja lelaki pada tahun 1996 iaitu sebanyak 30.7% berbanding pada tahun 1986. Manakala peningkatan pada remaja perempuan pula ialah sebanyak 4.8% pada tahun 1996 berbanding pada tahun 1986. Jika masalah ini tidak dibendung, kadar merokok di kalangan pelajar akan terus meningkat dari setahun ke setahun. Jika dilihat kepada kesan merokok ini pula, ianya banyak memberi kesan sama ada kepada diri dan keperibadian pelajar itu sendiri ataupun kepada orang lain. Contohnya, penagihan dadah bermula dari merokok. Selain daripada itu, merokok juga boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit yang membahayakan seperti sakit jantung, kanser paru-paru, barah dan sebagainya. Menurut kajian doktor, orang yang kuat merokok akan mati lebih cepat daripada orang yang tidak merokok. Di dalam buku Rokok dan Keharamannya, Terjemahan Abdullah al-Qari b. Hj. Salleh (199,1), Doktor Hajar b. Ahmad ada menyatakan bahawa perokok itu umurnya akan hilang atau berkurang dari 8 hingga 12 tahun. Di samping itu, Abdullah al-Qari b. Hj. Salleh (1995, 40) menyatakan bahawa merokok juga boleh menjejaskan akal (mental) manusia dan proses kematangannya. Dengan kata lain, ianya merosakkan kecerdasan (kecerdikan) dan perkembangan akal menuju kematangan dan kesempurnaannya (sebagai makhluk yang boleh berfikir) serta melemahkan daya ingatan seseorang. Rasulullah SAW bersabda di dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Daud dari Ummu Salamah bermaksud : Rasulullah SAW melarang (umat Islam) menggunakan setiap yang memabukkan (memeningkan) dan yang melemahkan (tubuh dan fikiran) . (Riwayat Ahmad dan Abu Daud juga As-Sayuti) 1.3 PERNYATAAN MASALAH Masalah disiplin seperti ponteng, merosakkan harta benda sekolah, merokok dan sebagainya di kalangan pelajar berada di tahap yang membimbangkan. Merokok misalnya, walaupun ianya nampak kecil tetapi jika tidak dibendung akan memberi kesan negatif yang besar.

Masalah penagihan dadah adalah berpunca daripada kecenderungan merokok. Pada peringkat awal mereka berjinak-jinak dengan menghisap rokok dan akhirnya mereka akan mudah terjebak dengan masalah penagihan dadah. Menteri Kesihatan pernah menyatakan bahawa tabiat merokok adalah satu punca yang menyebabkan penagihan dadah. Ini selaras dengan kajian yang telah dilakukan oleh agensi Pasukan Petugas Anti-Dadah, yang mendapati lebih 90 peratus penagih dadah yang menjalani pemulihan terdiri daripada perokok. Untuk membendung masalah ini, kita perlu mengetahui faktor-faktor yang menyebabkan para pelajar mudah terpengaruh dengan budaya merokok ini yang boleh dikatakan menjadi trend masa kini. 1.4 OBJEKTIF KAJIAN Dalam menjalankan sesuatu kajian, objektif kajian haruslah diberi perhatian memandangkan ia berfungsi sebagai satu rangka rujuk bagi memastikan pelaksanaan kajian berjalan dengan lancar dan sistematik. Justeru itu pengkaji telah menetapkan beberapa objektif yang ingin dicapai melalui kajian ini iaitu: 1.4.1 Mengenalpasti adakah faktor keluarga yang mendorong pelajar sekolah menengah untuk merokok. 1.4.2 Mengenalpasti adakah pelajar sekolah menengah ini merokok kerana pengaruh rakan sebaya 1.4.3 Mengenalpasti adakah faktor diri sendiri yang mendorong pelajar sekolah menengah merokok 1.5 PERSOALAN KAJIAN Bagi menjalankan penyelidikan ini, perkara tersebut telah difokuskan kepada beberapa persoalan penting berdasarkan objektif yang telah digariskan. Persoalan tersebut adalah : 1.5.1 Adakah faktor keluarga yang mendorong pelajar sekolah menengah merokok?. 1.5.2 Adakah pengaruh rakan sebaya yang mendorong pelajar sekolah menengah untuk merokok? 1.5.3 Adakah diri sendiri yang menjadi faktor kecenderungan merokok di kalangan pelajar sekolah menengah ?

BAB DUA SORORTAN KAJIAN TERDAHULU 2.1 PENGENALAN Kajian mengenai masalah sosial pelajar setakat ini belum begitu meluas. Namun tinjauan penulis mendapati ada beberapa penyelidik yang membuat kajian mengenai masalah ini. Antaranya ialah Azizah Lebai Nordin yang membuat kajian mengenai masalah disiplin di kalangan remaja. Beliau menyentuh tentang faktor-faktor penyumbang kepada masalah tersebut dan akibat masalah disiplin pelajar. Pengkaji lain yang meninjau mengenai disiplin pelajar ialah Salmah binti Hussin. Beliau didapati telah menjelaskan tentang pelbagai jenis disiplin yang terdapat di sekolah. Manakala Zool Hilmi Hj. Suhaimi membuat kajian tentang gejala sosial remaja dan penyelesaiannya. Beliau membuat perbandingan antara remaja

dahulu dan kini. Parthiban a/l Sinnapan pula menyelidik mengenai vandalisme, gengsterisme dan salah laku pelajar. Beliau mengulas mengenai punca salah laku remaja. Sementara Ragunathan a/l Ayyavoo menghubungkan antara masalah disiplin dengan pencapaian akademik pelajar. Kajian-kajian di atas banyak membantu penulis dalam penyelidikan ini.

2.2 FAKTOR DIRI SENDIRI Ada pendapat yang mengatakan pelajar sekolah terutama yang berada di peringkat remaja mengalami pelbagai krisis seperti mengalami perubahan fizikal dan emosi serta mencari identiti diri. Masa peralihan antara alam kanak-kanak dan alam dewasa ini merupakan suatu zaman yang penuh dengan keributan dan tekanan; di mana mereka pada masa yang sama perlu menyesuaikan diri dari segi hubungannya dengan orang dewasa, memenuhi harapan masyarakat sekitarnya dan juga ketidakupayaan untuk melihat realiti. Hal ini jelas di kalangan pelajar terutama pelajar sekolah menengah atau matrikulasi; di mana mereka keliru dan tidak memahami peranan diri serta tanggungjawab mereka dalam memenuhi harapan keluarga dan masyarakat. Pendapat ini disokong oleh Laporan Pembangunan dan Permasalahan Sosial Selangor 2001 yang menjelaskan bahawa umur antara 16 hingga 18 tahun merupakan satu tahap kritikal dalam hidup manusia di mana berlaku tempoh peralihan daripada alam kanakkanak kepada alam dewasa. Pada peringkat ini seseorang itu mula bertindak balas kepada tuntutan emosi untuk mencari gaya penampilan tersendiri. Di sini boleh difahami bahawa keremajaan menjadi salah satu faktor penglibatan pelajar dengan masalah disiplin atau gejala sosial. Kemungkinan mereka merasa bahawa mereka telah dewasa dan sudah boleh membuat keputusan sendiri. Hal ini menyebabkan keputusan yang diambil tidak tepat. Mereka sebenarnya masih belum cukup ilmu dan kurang pengalaman. Oleh itu mereka perlukan bimbangan dan tunjuk ajar daripada orang dewasa. Inilah yang dimaksudkan dalam laporan kajian Azizah binti Lebai Nordin (2002) sebagai faktor diri pelajar sendiri. 2.3 FAKTOR KELUARGA Di samping itu terdapat banyak lagi faktor lain yang menyebabkan pelajar terjerumus ke dalam gejala sosial. Hasil kajian Azizah Lebai Nordin menunjukkan terdapat banyak faktor penyumbang kepada masalah disiplin pelajar. Antaranya ialah ibu bapa, sekolah dan rakan sebaya. Beliau menyokong pendapatnya dengan laporan kabinet 1979 yang menyebut bahawa disiplin seorang murid bukan ditentukan oleh sekolah sahaja. Alam sekitar dan masyarakat sekeliling juga mempunyai pengaruh terhadap disiplin seseorang murid. Masyarakat sekeliling dan persekitaran murid-murid di luar sekolah amat kuat pengaruhnya dalam pembentukan disiplin murid-murid. Menurut Azizah tiap-tiap pengkaji memberi penekanan yang berbeza. Ada yang mengaitkan faktor keluarga, sekolah dan masyarakat (Rumberger,1999), rakan sebaya dan media massa (Zuraidah Garif, 1990), faktor guru dan rakan sebaya (Saraswathy), sikap guru yang negatif dan saiz sekolah yang besar (Ghazali Osman, 1983), Persekitaran sekolah atau guru, kegagalan dalam pelajaran akademik dan rakan sebaya (Thi, 1994). Selain daripada faktor di atas kerisauan yang berkaitan dengan perkembangan atau perhubungan cinta juga mempengaruhi pelajar melakukan salah laku (Galloway, 1985). Itulah antara faktor masalah

sosial pelajar menurut Azizah. Wan Norasiah Wan Ismail sependapat dengan Azizah dari segi ibu bapa juga sebagai penyebab masalah sosial remaja. Hasil kajiannya menunjukkan tidak banyak terdapat komunikasi di antara golongan remaja dan ibu bapa mereka. Ramai remaja mengatakan mereka tidak suka berkongsi masalah dengan ibu bapa terutamanya yang bersifat peribadi. Komunikasi dengan ibu bapa lebih bersifat formal dan rigid. Ini mungkin kerana anak-anak remaja tidak suka dikawal. Mereka tidak suka ibu bapa mengarah mereka dalam semua perkara. Sebab itu ada ulama yang mengesyorkan supaya ibu bapa bergaul dengan anak-anak di peringkat ini sebagai sahabat untuk cuba menyelami pandangan dan masalah mereka. Dengan ini mereka tidak perlu lagi menjadikan kawan sebagai penasihat yang mungkin menjerumuskan mereka ke dalam pelbagai masalah. Kajian Wan Asiah juga mendapati pengabaian dari sudut kasih sayang dan kurangnya komunikasi yang berkesan antara remaja dan ibu bapa adalah punca utama gejala sosial. Anak-anak remaja dianggap sudah matang untuk berfikir dan dilepaskan untuk bertindak mengikut kehendak hati mereka tanpa pengawasan dan pengawalan keluarga. Ditambah pula dengan kesibukan ibu bapa bekerja dari pagi sampai ke petang menyebabkan masa untuk bersama anak-anak amat terhad. Pengkaji mendapati ramai di kalangan ibu bapa yang sibuk dengan pekerjaan memberitahu bahawa mereka bekerja untuk kepentingan anak-anak. Mereka mencari wang untuk memenuhi kepentingan anak-anak seperti makan minum, pakaian, belanja sekolah dan lainlain lagi. Ibu bapa bekerja keras, memeras keringat atau otak supaya keperluan anak-anak dapat dipenuhi. Oleh itu anak-anak diharapkan memahami pengorbanan ibu bapa. Anak-anak yang memahami pengorbanan ibu bapa tidak akan merasa ibu dan ayah mengabaikan mereka. Sebaliknya merasa disayangi kerana kedua ibu bapa sanggup bersusah payah demi kesenangan mereka. Bagaimanapun jarang anak-anak yang faham sumbangan ibu bapa. Ada yang menganggap usaha dan susah payah ibu bapa sebagai kewajipan mereka terhadap anak-anak. Jadi kasih sayang ibu bapa sukar difahami melalui pengorbanan yang diberikan. Tambahan pula orang Melayu biasanya sukar untuk mengungkapkan perasaan sayang terhadap anak-anak, meskipun mereka menyedari bahawa anak-anak perlukan kasih sayang. 2.4 FAKTOR RAKAN SEBAYA Kajian Wan Norasiah juga menyokong dapatan Azizah bahawa pengaruh rakan sebaya adalah juga antara faktor gejala sosial pelajar. Beliau menghubungkan kaitan antara faktor ibu bapa dan rakan sebaya dalam mencetus dan menyemarakkan gejala sosial pelajar. Beliau menjelaskan ajakan dan pujukan rakan untuk melakukan gejala sosial menyebabkan pelajar terjebak dalam salah laku tersebut. Ini kerana rakan sebaya adalah individu yang paling hampir dengan remaja selepas keluarga. Sekiranya ibu bapa dan keluarga tidak memberi perhatian dan kasih sayang yang secukupnya, remaja akan berkecenderungan mencurahkan masalah yang dihadapi kepada rakan sebaya dan seterusnya menjadikan mereka sebagai pakar rujuk dalam membuat sesuatu keputusan. Kajian beliau juga menunjukkan pengabaian penekanan kepada pendidikan agama serta contoh perilaku negatif daripada ahli keluarga juga menyebabkan anak-anak cenderung untuk melakukan salah laku akhlak.

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN 3.1 PENGENALAN Bab ini akan membincangkan metodologi kajian yang menyentuh mengenai reka bentuk kajian, proses pemilihan peserta kajian, instrumen kajian, prosedur pengumpulan data, prosedur menganalisis data serta kesahan dan kebolehpercayaan. 3.2 REKABENTUK KAJIAN Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan proses pengutipan data dilakukan melalui teknik temu bual. Dalam kajian ini, temu bual adalah satu-satunya cara yang telah digunakan untuk proses pengutipan data bagi menentukan faktor-faktor amalan merokok di kalangan pelajar. Patton (1987) menerangkan bahawa kajian kualitatif dengan teknik temu bual mampu memberikan satu kerangka kerja di mana responden dapat meluahkan pemahaman serta pengetahuan mereka mengikut cara mereka sendiri. Kaedah kualitatif juga membantu peserta kajian menjelaskan sesuatu perkara atau situasi dari sudut pandangan mereka sendiri (Colby & Kohlberg et al., 1987). Tambahan pula, Merriam (1998) menerangkan bahawa pengkaji kualitatif lebih berminat dalam memahami makna yang ingin disampaikan oleh peserta dan menjelaskan hasil dapatan kajian kualitatif adalah sangat kaya dengan maklumat diskriptif. Maklumat yang diperoleh melalui kaedah temu bual telah direkod, ditranskripsikan dan diserah kepada peserta kajian yang bertindak sebagai second rater bagi tujuan pengesahan. Interrater realibility juga dilakukan terhadap kategori orientasi moral yang telah ditentukan. Langkah ini dilakukan dengan penyemakan semula protokol temu bual oleh penyelia dan pensyarah yang pakar dalam bidang pengkategorian orientasi moral. Selain itu, data juga diperolehi melalui kaedah pemerhatian dan analisis dokumen. Melalui

kaedah pepemrhatian, data diperolehi hasil daripada pemerhatian tentang bagaimana body language yang ditunjukkan oleh respon kajian. Disamping itu, nada komunikasi yang digunakan juga dapat mentafsirkan pelbagai maksud. Manakala pemerolehan data melalui analisisdokumen pula bermaksud data-data dikumpulkan melalui rekod-rekod yang diperolehi daripada guru-guru disiplin dan guru kaunseling sekolah. Ketiga-tiga kaedah ini digunakan untuk menganalisis data bagi kajian kualitatif ini. 3.3 TEMPAT KAJIAN Kajian ini dijalankan di SMK Beris Panchor, Bachok, Kelantan. Lokasi ini dipilih kerana pengkaji merupakan guru di sekolah berkenaan dan ini memudahkan pengkaji untuk mendapat respon dalam masa yang singkat. Begitu juga dengan pihak pentadbir, oleh kerana sekolah ini merupakan sekolah tempat pengkaji mengajar, ia telah memudahkan urusan untuk mendapatkan kebenaran menjalankan kajian. 3.4 SAMPEL KAJIAN Bagi tujuan kajian ini, sampel kajian adalah terdiri daripada seorang pelajar tingkatan 1 yang disenaraikan sebagai pelajar merokok dan direkodkan oleh badan disiplin sekolah dan unit bimbingan dan kaunseling. Pelajar ini dipilih kerana dia adalah pelajar bagi pengkaji. Rasionalnya sampel ini akan dapat member kerjasama yang baik dengan member maklumat yang dikehendaki dengan jujur. Dia juga bersetuju dan relahati untuk dijadikan sampel oleh pengkaji. Sampel ini baru saja ditangkap kerana mambawa rokok di sekolah dan dari segi fizikal dia Nampak kurang terurus. 3.5 KUTIPAN DATA Bagi kajian ini data dikutip melalui kaedah temubual dengan responden selama lebih kurang 45 minit dan dirakamkan dengan menggunakan kamera video.. Temubual ini dijalankan dibilik khas di bilik PPDa sekolah dalam keadaan selesa dan jauh dari gangguan pelajar lain. Responden akan ditanya pelbagai soalan yang berkaitan dengan merokok berdasarkan soalan terbuka. Kaedah temubual ini digunakan kerana pengkaji merasakan temubual sahajalah pengkaji dapat mendekati responden dan mendapatkan maklumat yang tidak boleh membaca dan kurang baik untuk menulis. Disamping itu pengkaji juga dapat melihat secara jelas ekspresi muka , intonasi suara dan memek muka responden yang mana semua ini dapat menjelaskan apa yang disampaikan oleh responden. 3.6 DATA ANALISIS Video rakaman temubual akan dimainkan semula, untuk membuat proses penulisan transkip. Selepas itu, maklumat ini akan dikoding mengikut isi penting yang dinyatakan oleh responden. Seterusnya, pengkaji akan memecahkan pula kepada beberapa tema yang berkaitan berdasarkan persoalan kajian yang dibuat. Akhirnya setelah dipecahkan, bolehlah dianalisis bagi setiap tema yang dibuat dan dikukuhkan pula oleh kajian lepas yang berkaitan. Bagi emastikan kesahan dan keboleh percayaan, semua data yang diperolehi dikembalikan semula kepada responden untuk menyemak semula maklumat yang di berikan.

BAB EMPAT DAPATAN KAJIAN 4.1 PENGENALAN Bab ini akan membentangkan hasil kajian yang telah diperolehi dan di analisis data-data yang telah diterjemahkan dan diusun mengikut tema-tema tertentu. Tema-tema ini pula ditentukan berdasarkan persoalan kajin yang dibuat. Bagi kajian tentang Amalan Merokok Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah beberapa tema telah diperolehi. Antara tema-tema itu iaalah Kategori keluarga, Rakan Sebaya dan Diri Sendiri. 4.2 TEMA KELUARGA Tema ini dipilih kerana adalah yang paling dekat dengan pelajar dan sepatutnya berada lama bersama dengan anak mereka. Oleh itu ibubapa mereka adalah idola atau contoh kepada pelajar. Segala kelakuan ibubapa mereka akan menjadi ikutan. Hasil daripada temubual dengan pengkaji didapati ramai keluarga pelajar ini adalah perokok dan pernah merokok. Antara buktinya ialah beliau telah berkata Dok doh lloni, dulu hisap, iaitu merujuk kepada bapanya yang dulunya adalah perokok. Manakala Ada, Pak Sedara.dan Erm, Pak Sedara kebanyakkannya hisap rokok membuktikan bahawa beliau telah biasa dengan orang yang merokok dan di kelilingi oleh keluarga yang merokok. Begitu juga dengan pendedahan beliau bahawa adiknya yang baru darjah lima telah mengikut jejaknya sebagai seorang perokok iaitu bila dia darjah lima. Hubungan keluarga yang kurang erat juga boleh menyebabkan gejala ini berlaku, ia berlaku terhadap responden apabila dia memberitahu tengahari, jumpa ayah iaitu beliau hanya berjumpa dengan ayah sekejap saja wak tu tengahari oelh kerana kesibukan ayahnya bekerja. Disamping itu juga dia tidak pernah dibawa berjalan-jalan bersama, ini dibuktikan dengan kata-katanya Dok rajin gi jalan-jalan dengan ayah man-mana. Hubungan rengang ini member ruang kepada pelajar ini membuat sesuatu yang tidak berfaedah kerana kasih ayang dari keluarga tidak ditunjukkan. Oleh sebab itu beliau hanya boleh berurusan dengan Mak nya sahaja, bila dia berkata Mak, tak rapat dengan ayah bila di soal dengan siapa di rapat. Pelajar akan rasa tidak dipedulikan atau diabaikan, menyebabkan ia mencari alternative lain. Ini dibuktikan dengan kata-kata responden Dok royak gapo keburukan merokok kerana ibubapanya tahu dia merokok tetapi tidak menasihati dan ambil berat dengan emberitahu keburukan merokok. Begitu juga sebelu pergi ke sekolah, beliau pergi ke sekolah sebelum

bapanya bangun dari tidur, Dia tidur lagi bila ditanya bagaimana dia berkesempatan merokok di waktu pagi. Taraf ekonomi keluarga rsponden juga mempengaruhi responden, Ayahnya seorang penjual ikan manakala ibunya tidak bekerja, bekalan duit saku yang tidak mencukupi menyebabkan beliau bergaul dengan rakan sebaya yang mempunyai duit yang banyak dan boleh membeli apa saja. Responden adalah seorang yang bebas melakukan aktiviti merokok di sekitar rumahnya dan di mana-mana dengan senang. Keluarga memberi kebebasan dan diambil kesempatan oleh beliau dimana aktiviti merokok berjalan di tepi rumahnnya sahaja bersama kawannya. Ini dibuktikan dari kata-katanya (10)Erm, hisap tepi rumah, (14) Dekat rumah, (19) Ya, mari isap dirumah saya, (25) masa isap rokok tu ayahTak dok, (29) Ya Masa mak tak dok, isap rokok, (30) Dok , tepi rumah dan (31) Jolo hari2 isap rokok. Semua kata-kata responden itu adalah bukti bahawa beliau bebas menghisap rokok di tepi rumahnya berulang kali kerana beliau akan menghisap rokok apabila ayah dan ibunynya tiada di rumah . selain dirumah beliau juga mengjisap rokok di tempat lain tanpa rasa takut atau bersalah, ini dapat diketahui melalui kata-katanya (55) Sekali skala isap dalam hutan, (56) Dok, tak jumpa orang kampong, (77) 6.30pagi, (92) Erm, lepas aktiviti, isap rokok (93) Tak tau gi padang khian, (96) Erm,( isap rokok tempat tu), (97) Dok bllake, pakat isap rokok belako, (107) Dalam tandas. Beliau juga berani menghisap rokok di kawasan sekolah iaitu di dalam tandas. Tindakan yang sepatutnya tidak diberikan kepada responden terutama apabila keluarganya tahu beliau merokok. Dari penceritaan beliau, hanya bapa saudaranya saja yang memarahi beliau, itupun masa terserempak beliau sedang menghisap rokok bersama kawan-kawannya. Ini dibuktikan dengan kata-katanya (7) Ya,ayah tau, (8) Marah (9)Dia Tibai, (26)Dia tahu saing2 isap rokok, (52) Pok sedara ada sekalo, ambik anak dio sekali ngan kak, jumpangan dia , dia bagi penyepak, jagn dok isap rokok sini lah, (69) Gitu sokmo, (114) Erm, marah tak kuat. Segala tindakan yang diambil oleh keluarganya masih lagi tidak berkesan kerana beliau masih lagi meneruskan amalannya. Kasih sayang tidak ditunjukkan oelh keluarga responden, Dimana keluarganya tidak bertanyakan berkaitan pelajrannya. Responden juga sukar untuk mendapat duit poket apabila diminta, bukan sentiasa dapat ini jelas dari kata-katanya (68) Ado ketikanya dia tak bagi. 4.3 TEMA RAKAN SEBAYA Tema ini dipilih berdasarkan analisis daripada maklumat responden yang ditemubual. Faktor rakan sebaya ini memainkan peranan yang besar dalam mempengaruhi amalan merokok dikalangan pelajar sekolah. Hasil dapatan daripada temubual yang dijalankan ketas responden, banyak membuktikan yang mereka merokok kerana pengaruh rakan sebaya. Dari temubual dengan responden, jelas kepada kita bahawa beliau menghabiskan masa banyak bersama rakan-rakannya. Setiap kali merokok atau melakukan aktiviti lai ia dilakukan bersama rakan-rakanya.Ini dapat di perhatikan dari jawapan yang diberikan, (15) Dengan saing, (35) Erm, saing tingkatan 1 juga, (51) Saing tu lor,. Balik sekoloh, (108) Bbagi dengan saing. Jelas kepada kita bahawa hubungan antara responden dengan rakan-rakannya adalah sangat rapat. Ini yang menyebabkan beliau terpengaruh dengan rakan sebaya. Bila ditanya kenapa beliau merokok, beliau tanpa berselindung mengatakan rakannya yang

pelawa. Sukar bagi beliau jika tidak mengikut cara kumpulan mereka. Ini dibuktikan melalui katanya (22) erm, saing ajak , (117) Geng ajokk sokmo. Beliau tidak menhadapi masalah untyuk mendapatkan bekalan rokok kerana kawan-kawannya adalah pembekal percuma. Walaupun beliau tidak berduit, tapi rakannya sentiasa membekalkan secara percuma mengikut keperluan. Ini dibuktikan dari kata-katanya, (11) Ya erm takrajin beli sendiri,saing beli, (32) Saing wi, rumah dia jual rokok, (33) Ambik 2 3 bungkus, (34) Ya bagi ke saing2, (36) Erm Sedaplah isap rokok hok free (37) Dok beli, (38) Dok duit dia, (47) Toksir, saing bui sokmo, (60) Ho erm loni dia wi sokmo , (62) Dia ado pitih sokmo, (72) Dok seputung sore , (101) Dok, hok tu bbeli sebungkus sekalo, (102) Erm, Dua orang hok beli ado pitih banyok, (103) Erm, ..beli lain. Beliau tidak pernah belia dengan duit sendiri, Cuma beliau yang akan pergi membeli rokok. Oleh kerana beliau tidak brduit, senanglah beliau jadi orang suruhan diantara kawannya yang alain. Bekalan rokok sentiasa ada keran a ada antara kawan beliau yang sentiasa ada duit. Responden akan rasa selesa berada bersama rakan mereka, dan ia menjadi serasi kerana beliau boleh mengikut rentak rakan-rakannya. Beliau mengatakan bahawa beliau suka berkawan dengan rakan-rakan mereka bila beliau berkata, (124) Erm suka saing ngan dia. Beliau akan bersama rakan apabila ada kesempatan. Satu lagi sifat responden ialah mudah mendapat kawan terutama sekali jika mempunyai kegemaran yang sama. Beliau boleh melakukan aktiviti bersama walaupun tidak mengenali secara dekat, ini dapat diketahui apabila responden menjawab, (110) Dok eh, saing saing,apabila ditanya samada semuanya kawan atau tidak yang merokok bersama dari tingkatan yang berlainan. Kebanyakan rakan-rakannya terdiri daripada rakan lamanya semasa di sekolah kebangsaan lagi, merek sudah lama berkawan rapat, dan apabila terlibat dengan rokok mereka terlibat semuanya kerana sentiasa ada bersama-sama setiap masa lapang. Mereka berkumpul dalam kumpulan 3 hingga 8 orang pada satu-satu masa. Ini dapat dibuktikan dengan kata-katanya, (16) Dengan saing Masa jah 6, (18) Saing jauh2, (61) Dok..ramai saing, (73) Erm Saing isap rokok belako, (95) Ramai (99) 8 orang, (100) 3 orang, (109) Ada ting2, 3. Semua rakan-rakannya menghisap rokok. 4.4 TEMA DIRI SENDIRI Faktor diri sendiri juga memainkan pearana besar yang menyebabkan responden terlibat dengan aktiviti merokok. Hasil dari pergaulan dengan rakan sebaya yang merokok menyebabkan beliau menggagap merokok memberi kepuasan kepada mereka yang merokok, melihat rakan beliau seronok menyebabkan beliau ingin mencuba, ini dibuktikan dari jawapannya, (23) ha ya nampok sedap, (59) Nak try. Responden yang sentiasa bebas tanpa kawalan keluarga sentiasa bersama kawan sepanjang masa untuk melakukan perkara yang beliau suka buat, seperti mandi sungai, main basikal, main bola dan lain lain lagi. Setiap kali melakukan aktiviti ia disulami dengan aktiviti merokok. Ini boleh dirumuskan dari jawapan beliau bila disoal, antaranya, (21) ya saja nak isap jah, (24) Taukhayal, (27) Ngan saing2, (28) Tau, tali air, mandi sungai , (82) Main bola, (86) Buleh main bola, (91) Lepas locat basikal (94) Orang kat rumah ajok, ( 121 )Tau Suka. Aktiviti merokok yang berterusan menyebabkan responden menjadi ketagih dan sentiasa mencari peluang untuk bersama rakan supaya dapat merokok.

Sikap responden yang tidak ambil kisah terhadap sesuatu, seperti kesan akibat merokok walaupun beliau tahu bahawa rokok itu membahayakan kesihatan. Daripada jawapan beliau pengkaji dapati beliau jenis tidak ambil peduli, sepertin katanya, 13) Tak tau. (39) Tahu, (40) Rajin dengar orang royak rokok ini bahaya, (41) Mak royak, (42) Sepupu, (43) Ada Dalam tV, (44) Tunjuk mulut buruk, mata takdok, (45) Erm tau kesan rokok, (48) Ya Kalu saing bui ambiklah. Responden juga tidak ambil kisah walaupun pernah ditegur atau dinasihatkan supaya tidak merokok, walaupun pernah bapa saudaranya menyepak beliau semasa menghisap rook, 54) Ya jumpa ngan dia nya sepak ko diolah. Penglibatan belaiau dalam aktiviti merokok bukanlah dipaksa oleh rakan tetapi dia sendiri yang ingin mencuba, dia tidak menyesal berkawan dengan kawan-kawannya malah tidak mahu berhenti dari kegiatan merokok. Ini rumusan dari kata-katnya, (57) Dok rajin pakso, (58) Dokerm saja nak isap, (115) Tak tau nak bereti ke tidak, (116) Tak tau, (117) Dok tak lari pada saing, (118) Erm Takleh bereti, (120) Tok sir, (123) Dok nyesal saing. Dari kata-katanya ini, bermakna responden tidak boleh dipisahkan dengan rakan dan rokok. Beliau sudah hanyut dalam keseronokan berkawan dan ketagihan rokok. Responden tidak memikirkan kesan keapada diri sendiri walaupun kesannya sudah mula kelihatan seperti batuk-batuk sepanjang sesi soal jawab, responden tidak ambil peduli kesihatan beliau, ini dibuktikan dari kata-katanya, (122) Dok tak rajin jumpa doctor. Beliau juga tidak kisah terhadap tindakan yang bakal dikenakan sekiranya tertangkap oleh pihak sekolah kerana memabawa dan menghisap rokok di sekolah, melalui kata-katanya, (104) Hok saing, (105) Tau nak nyoho ada rokok, (106) Ada sekali isap di skoloh. Beliau mengambil risiko akan dikenakan tindakan sekiranya tertangkap, malah rokok yang dikatakan kawannya yang suru pegang itu dia menunjukkan kepada pelajar lain dengan perasaan bangga. Dari segi didikan agama pula, responden tidak diberi penekanan oleh keluarga, sikap responden yang sambil lewa terhadap aktiviti agama menyebabkan beliau hanya jarang-jarang bersembahyang. Dari kata-katanya, (64) Erm, semayang jarang2 jah. Sikap responden yang tidak ambil peduli kepada nasihat, menyebabkan beliau ketagihan rokok, beliau akan merokok setiap hari. Bermula awal pagi sehinggalah lewat petang disikan dengan aktiviti yang mengasyikkan dan merokok. Ini dirumuskan dari kata-katanya, (49) Ketagih, (50) Masa balik sekoloh, (75) 3 batang, (76) Pagi sebatang, (80) 5.40..6.30, (81) Erm Lepas main bola isap rokok, (83) Tau kadang 4, (89) Sekali sekala 5 batang, (90) Tagih, (111) 3 batang. Beliau akan merokok sekurang-kuaranya 3 batang sehari iaitu pagi, tengahari dan petang, dan ia menjadi smakin baying sehingga 5 batang sekiranya adal peluang merokok setiap kali membuat aktivi bermain beliau. Sikap responden yang tidak mempunyai kesedaran dan ambil iktibar dari apa yang berlaku menyebabkan beliau tidak berubah dan tidak mahu berubah.

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 PENGENALAN Bahagian bab 5 ini adlah terdiri daripada perbincangan, rumusan dan cadangan kajian. Dapatan kajian yang didapati dalam bab 4 akan dibincangkan dalam bab ini berdasarkan objektif dan persoalan kajian yang telah ditetapkan dalam bab 1. Akhirnya cadangan dikemukakan untuk tujuan kajian lanjutan pada masa akan dating. 5.2 ADAKAH FAKTOR KELUARGA YANG MENDORONG PELAJAR SEKOLAH MENENGAH MEROKOK? Hasil kajian ini mendapati bahawa faktor keluarga memang mendorong pelajar merokok. Kesibukan ibubapa mencari nafkah menyebabkan perhubungan mereka menjadi renggang. Keluarga mengabaikan tanggungjawab mereka dalam mendidik anak-anak supaya tidak terdedah kepada anasir luar. Pengabaian dari segi kasih sayang menyebabkan anak-anak mencari alternative lain untuk mengisi kekosongan jiwa mereka, lantas mereka cari orang lain yang boleh mendengar masalah mereka dan berkonsi masalah. Keluarga yang tidak mengambila tahu pergerakan harian anak-anak menyebabkan anak-anak bebas melakukan aktiviti yang tidak seharusnya. Keluarga tidak melarang atau member ansihat yang berguna sebagai panduan untuk anak-anak mereka menyebabkan mereka mudah terjebak kerana tiada garis panduan daripada keluaraga. Kajian Wan Asiah( 2003 ) juga mendapati pengabaian dari sudut kasih sayang dan kurangnya komunikasi yang berkesan antara remaja dan ibu bapa adalah punca utama gejala sosial. Anak-anak remaja dianggap sudah matang untuk berfikir dan dilepaskan untuk bertindak mengikut kehendak hati mereka tanpa pengawasan dan pengawalan keluarga. 5.3 ADAKAH FAKTOR PENGARUH RAKAN SEBAYA YANG MENDORONG PELAJAR SEKOLAH MENENGAH UNTUK MEROKOK? Hasil kajian yang dibuat terbukti yang pengaruh rakan sebaya memainkan peranan yang besar dalam amalan menghisap rokok di kalangan pelajar. Berkawan dengan rakan sebaya yang mempunyai masalah iaitu sebagai ringkasnya tidak pandai memilih kawan menyebabkan mereka hanyut bersama dalam keseronokan. Mereka akan rasa bebas dan yakin melakukan sesuatu dalam kelompok yang ramai tanpa rasa takut atau bimbang. Mereka akan membrontak jika ditegur, dan mereka rasa senang apabila berada didalam kelompok mereka. Azizah( 2002) mengatakan bahawa pengaruh rakan sebaya adalah juga antara faktor gejala sosial pelajar. Beliau menghubungkan kaitan antara faktor ibu bapa dan rakan sebaya dalam mencetus dan menyemarakkan gejala sosial pelajar. Beliau menjelaskan ajakan dan pujukan rakan untuk melakukan gejala sosial menyebabkan pelajar terjebak dalam salah laku tersebut. Ini kerana rakan sebaya adalah individu yang paling hampir dengan remaja selepas keluarga.

5.4 ADAKAH FAKTOR DIRI SENDIRI YANG MENDORONG PELAJAR SEKOLAH MENENGAH MEROKOK? Sikap pelajar sendiri adalah faktor utama yang mendorong mereka terlibat dengan merokok. Mereka tidak membina tembok untuk memisahkan dari gejala negative menyebabkan mereka mudah terjebak dalam aktiviti kurang sihat seperti merokok. Jika diri mereka mempunyai perisai pertahanan yang boleh menahan godaan dari gejalan negative nescaya mereka selamat. Sikap mereka yang sentias ingin tahu dan mencuba tanpa memikirkan baik buruk menyebabkan mereka terjebak. Mereka tidak pandai memilih kawan yang boleh membawa kebaikan diri mereka. Sikap mereka yang tidak acuh kepada nasihat orang yang lebih tua menyebabkan mereka hanyut tanpa haluan. Laporan Pembangunan dan Permasalahan Sosial Selangor 2001 yang menjelaskan bahawa umur antara 16 hingga 18 tahun ( remaja )merupakan satu tahap kritikal dalam hidup manusia di mana berlaku tempoh peralihan daripada alam kanak-kanak kepada alam dewasa. Pada peringkat ini seseorang itu mula bertindak balas kepada tuntutan emosi untuk mencari gaya penampilan tersendiri. 5.6 CADANGAN KAJIAN Kajian ini yang bertujuan untuk mementukan faktor yang mendorong pelajar sekolah menengah merokok supaya sesuatu langkah dan tindakan boleh diambil untuk mengatasi atau mencegahnya daripada terus berkembang. Gejala ini kalau dibiarkan ia akan menjadi duri dalam daging kepada pihak sekolah, masyarakat dan Negara. Sebagaimana kita tahu, kebanyakan penagih dadah adalah berpunca dari amalan merokok diperingkat remaja. Kajian seperti ini perlu dijalankan keatas sampel yang lebih besar agar mendapat input yang lebih baik dan berkesan. Seharusnya kajian ini juga berterusan keatas sampel yang sama supaya dapat melihat perkembangannya sebagai pedoman kepada semua. Mungkin akan berlaku perubahan apabila mereka meningkat umur kematangannya. Keputusan kajian dapatan diharapkan dapatdilanjtkan. Begitu juga hasil kajian ini dapat member cadangan kepada pihak sekolah agar : 1. Penerangan untuk kesedaran bahaya merokok perlu dipergiatkan lagi supaya pelajar merasakan merokok adalah satu perbuatan yang hina dan keji yang merosakkan diri sendiri. 2. Hubungan sekolah dan keluarga serta masyarakat perlu lebih erat suapay dapat berganding bahu membanteras amalan merokok ini dari teru menjadi penyakit dalam masyarakat. 3. Program motivasi perlu dipergiatkan supaya pelajar yang terabai atau yang terjebak akan merasakan kekuatan untuk kembali ke pangkal jalan. 5.7 KESIMPULAN Daripada kajian yang dijalankan, saya telah mendapat maklumat tentang amalan merokok dikalangan pelajar sekolah yang disebabkan oleh faktor diri sendiri, keluarga dan rakan sebaya. Dengan dapatan ini diharapkan ia boleh menjadi panduan kepada pihak sekolah terutamanya kaunselor untuk membasimi amalan yang kurang baik ini. Diharapkan kajian ini member manfaat kepada pihak sekolah, keluarga, masyarakat dan Negara.

6.0 KESIMPULAN Kegiatan merokok di kalangan remaja merupakan masalah serius yang wujud di semua tempat tidak kira di sekolah, rumah atau di mana-mana. Amalan ini berkait rapat dengan perkembangan masalah social dan jenayah dalam Negara. Jika perkara akar umbi ini tidak dibanteras segera, dibimbangi suatu hari nanti ia menjadi barah yang tidak dapat diuabati lagi. Jika perkara ini berlaku ia bukan sahaja memeberi kesan kepada diri pelajar itu sahaja tetapi ia menjejas kan semua. Negara akan menjadi mundur kerana rakyatnya yang asyik leka dan lalai dalam keseronokan berpanjangan tanpa melihat kemajuan yang telah dicapai oleh Negara lain. Peranan guru kaunseling disekolah harus digunakan secara optimIa tidak boleh diabiarkan sehingga sudah jadi sebati dalam diri pelajar kerana buruk akibatnya nanti. Mencegah adalah lebih bai dari merawat, oleh itu ia harus dimulakan sgera tanpa perlu digerakkan oleh pihak atasan. Inisiatif setiap orang perlu supaya perkara ini tidak menjadi lebih serius. Semua pihak harus berganding bahu untuk menangani masalah ini bersama-sama. Semoga suatu hari nanti Negara kita akan menjadi contoh sebagai sebuah Negara yang sihat tanpa rokok.

You might also like