You are on page 1of 10

E-PEMBELAJARAN: EVOLUSI INTERNET DALAM PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT Zahiah Binti Kassim & Abdul Razaq Bin Ahmad

Universiti Kebangsaan Malaysia zahiahkassim@yahoo.com Abstrak Globalisasi membawa perubahan teknologi kepada masyarakat. Ledakan maklumat dan keupayaan hebat teknologi terutamanya kuasa digital dan pengkomputeran telah mencabar sistem pendidikan termasuk teori pembelajaran untuk turut berubah. Kini konsep ruang siber dan universiti maya menyediakan persekitaran pembelajaran secara jarak jauh atau atas talian (online) melalui World Wide Web (WWW) dengan bantuan alat teknologi maklumat dan komunikasi. Alatan ini merupakan simulasi yang membolehkan pelajar mengalami pengalaman pembelajaran sebenar dan dapat berinteraksi dengan individu lain tanpa perlu bersemuka. Kemudahan ini menjadi agen sosialisasi terbaik yang menuntut individu sentiasa mengemaskini ilmu, pengetahuan dan kemahiran di sepanjang hayat mereka. Namun kajian mendapati ia masih lagi mempunyai isu dan cabaran yang perlu ditangani dengan bijak. Kertas konsep ini meneroka peranan dan cabaran e-pembelajaran menerusi internet terhadap pembelajaran sepanjang hayat orang dewasa. Abstract Globalisation brings technological changes to people. The huge amount of information and the power of technology especially the digital power and computerisation have threatened the education system including the educational theories to go along with the changes. Now the concepts of cyberspace and virtual university provide distance learning environment or online learning via World Wide Web (WWW) empowerd by information and communication technology. These tools are helpful simulations which enable students to feel the real learning experience dan enable them to interact with each other virtually. These facilities have became the best socialisation agents which require students to update their knowledge dan skills through a lifelong learning. But several research findings showed that there are issues and challenges that need to be handled intelligently. This concept paper is to explore the role and challenges of e-learning via the internet on the lifelong learning especially to adult education.

GLOBALISASI, TEKNOLOGI DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT: Pengenalan: Kepimpinan negara menekankan pentingnya modal insan kelas dunia untuk meningkatkan daya saing negara dalam era global berteraskan ilmu pengetahuan. Dua ciri utama ekonomi berteraskan ilmu yang sedang berlaku di seluruh dunia adalah tentang pantasnya aplikasi ilmu dan evolusi teknologi komunikasi yang secara signifikan mengubah masyarakat moden. Kini, revolusi transmisi maklumat membentuk masyarakat digital dan nettizen (net citizen) yang semakin pantas dan lebih dekat, yang hidup dalam ledakan maklumat, berinteraksi tanpa batas geografi fizikal dan tiada had ruang masa. Komunikasi berasaskan komputer bukan hanya memperhebatkan revolusi maklumat, malah potensi teknologi itu sendiri berkembang menjadi lebih canggih untuk

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

209

menyedia, mencipta, mengumpul, memproses dan menyebarkan maklumat serta pengetahuan. Justeru, pada abad ke 21 ini, teknologi internet dan World Wide Web (WWW) memainkan peranan utama sebagai agen komunikasi, interaksi, pendidikan dan sosialisasi masyarakat dunia. Sesebuah negara yang mahu terus berjaya dalam ekonomi berteraskan ilmu, harus menyediakan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada modal insannya sehingga menjadi satu budaya hidup. Pencarian ilmu yang berterusan adalah penting kerana ilmu dan kemahiran yang diperolehi di sekolah dan universiti akan menjadi lapuk selepas satu tempoh yang tertentu. Terutamanya, kini aktiviti ekonomi telah berubah kepada berasaskan pengetahuan atau di panggil k-economy. K-economy memerlukan k-pekerja kerana pendekatan aktiviti ekonomi yang menggunakan ilmu pengetahuan, modal intelek dan teknologi maklumat. E-pembelajaran merupakan asas kepada ekonomi bermaklumat dan ekonomi berpengetahuan (k-economy). Penggunaan jaringan teknologi terutamanya internet adalah satu evolusi yang menjana kekayaan maklumat dalam pembelajaran dengan kuasa membawa maklumat dan kemahiran tertentu untuk mengupaya pekerja, pelajar dan setiap individu yang benar-benar memerlukannya. E-PEMBELAJARAN: EVOLUSI INTERNET Sejarah telah membuktikan bahawa perindustrian dan perkembangan teknologi mampu mengubah sesebuah masyarakat. Perkembangan teknologi terutamanya evolusi internet telah mencabar konsep dan teori pendidikan tradisional, terutamanya terhadap konsep bilik darjah serta metod pengajaran dan pembelajaran (Hunt, 2004; Resnick dan Wirth, 1996.) Pembelajaran berbantukan komputer telah mencipta universiti maya yang semakin popular pada masa kini. Universiti maya menyediakan modul-modul kursus serta komunikasi interpersonal yang hanya memerlukan pelajar mempunyai kebolehan pembelajaran arahan kendiri, serta kemudahan komunikasi sinkroni dan asinkroni sebagai syarat asas. Salah satu kaedah pendidikan sepanjang hayat ialah pendidikan secara jarak jauh (PJJ) yang diupayakan oleh jaringan elektronik dan konsep elektronik pembelajaran (pembelajaran melalui elektronik) atau e-pembelajaran. E-pembelajaran juga dikenali sebagai m-pembelajaran atau mobile learning. Kemudahan pengurusan maklumat membolehkan individu belajar dalam pelbagai pengalaman pembelajaran menerusi internet. Ia boleh dilakukan dalam dua cara iaitu dalam ruang kerja peribadi dan ruang kerja kolaboratif yang memerlukan pelajar bertukar maklumat secara sinkroni (synchronous) atau asinkroni (asynchronous) dalam global village yang dibina oleh laman-laman sesawang (web) sehingga membolehkan sesiapa sahaja dihubungkan. E-pembelajaran bermula dengan kebolehan mengakses laman-laman sesawang di internet yang menjadi akses kepada pelbagai sumber e-pembelajaran, termasuklah laman-laman capaian maklumat, program dan pelbagai pilihan pembelajaran berasaskan hipermedia yang menggunakan atribut dan sumber dari laman web WWW supaya berlaku suasana pembelajaran yang sebenar (Rozinah 2007; Rosenberg 2001; Talesra et al 2003, Smith dan Ragan 1993). E-pembelajaran boleh berlaku samada secara formal iaitu dengan mengikuti program khas yang dikendalikan oleh pihak institusi dan universiti secara maya atau pun merupakan sumber pengurusan maklumat secara tidak formal sebagai lokasi perbincangan maya. Maka, PBW memberi peluang kepada orang dewasa meneruskan pembelajaran sepanjang hayat secara jarak jauh. Infrastruktur epembelajaran secara asasnya memerlukan item-item berikut:

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

210

OBJEK PEMBELAJARAN Kandungan: data/maklumat, proses, dokumen,alat Sumber: arkib,internet, intranet Format: video, grafik, teks, audio

Rekabentuk instruksional maklumat Portal pembelajaran: Asinkronasi dan sinkronasi Latihan online, Pengurusan pengetahuan, Proses bimbingan, Polisi & garispanduan, Bantuan prestasi, Bantuan kerja/belajar

&

(sumber: Rosenberg 2001)

Rajah 1: Kerangka Infrastruktur Proses E-pembelajaran Teori E-pembelajaran (e-learning) dan Teori Andragogi Teori e-pembelajaran berpendapat bahawa pelajar dapat mengawal pembelajaran mereka dengan lebih baik melalui peluang pembelajaran secara kolaboratif, interaktif dan persendirian kerana media elektronik menyediakan persekitaran pembela jaran berdasarkan prinsip just-intime dengan kompetensi anywhere, anytime, anyone (Talesra et al. 2003, Karoulis et al, 2004). Konsep ini sangat sesuai dengan teori andragogi iaitu orang dewasa belajar dengan motivasi kendiri mengikut kesesuaian peribadi (Knowles et al . 2005; Mazanah, 2001 ; Merriam & Caffarella., 1999; Baddeley dan Hitch pada tahun 1974 telah mengemukakan teori working memory yang menyatakan bahawa pembelajaran melalui multimedia menyebabkan otak berfungsi secara langsung mengenkod dua jenis maklumat iaitu stimulasi audio dan stimulasi visual. Kajian psikologi membuktikan bahawa maklumat verbal akan lebih mudah diingati jika disertai dengan imej visual. Teori tersebut kemudiannya di aplikasikan oleh Richard Mayer yang memperkenalkan teori dua koding multimedia, menurut teori ini pelajar lebih mudah memindahkan pembelajaran mereka melalui arahan multimedia yang memberi kesan kepada kognitif (Cognitive Theory of Multimedia Learning). Teori pembelajaran dewasa boleh disesuaikan dengan metodologi e-pembelajaran ini. Apabila teori ini diintegrasikan dalam persekitaran pembelajaran, ia mampu mencipta pelajaran atau program kursus yang sesuai dengan teknologi terkini dan pada masa sama berfokus kepada kehendak dan keperluan orang dewasa supaya mereka dapat meneruskan pembelajaran di sepanjang hayat mereka.

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

211

Pengaplikasian online dan laman web telah memulakan evolusi komunikasi jarak jauh yang memberi peluang pembelajaran dilaksanakan secara kolaboratif dan kerja projek dari pelbagai lokasi. Evolusi ini bukan sahaja mampu membentuk masyarakat bermaklumat, malah memberi peluang kepada orang dewasa untuk meningkatkan kemahiran sepanjang hayat, dalam dua elemen iaitu elemen pembelajaran kendiri ( self study) menerusi penggunaan, pengurusan maklumat berasaskan media seperti bahan kursus (courseware) dan mencipta entiti pembelajaran melalui pelayaran capaian maklumat dengan bantuan media maklumat elektronik. Pembelajaran interaktif berperanan meningkatkan pembelajaran pelajar melalui pengalaman melakukan eksplorasi kendiri mengikut pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran, dan penemuan baru semasa proses penyelesaian masalah. Oleh kerana nota pengajaran syarahan dan tutorial dapat disampaikan secara komunikasi asinkroni dan sinkroni, maka media komunikasi telah mengubah caragaya pelajar dan guru (tutor) melakukan kajian, membaca dan menulis. Kini, terdapat pelbagai kaedah kajian, pembacaan dan penulisan yang melibatkan konsep-konsep seperti hiperteks, dan penulisan kolaboratif. Dalam pembelajaran dewasa, teknologi diintergrasikan sebagai kaedah untuk penyampaian pengetahuan dan arahan tugas sehingga membolehkan orang dewasa mempunyai privasi untuk membuat latihan disamping dapat memperkembangkan konsep pembelajaran arahan kendiri yang dapat disesuaikan dengan mod individu. Tekonologi juga mengubah generasi dan bentuk hubungan sosial (Talesra et al 2003;), apabila program software dipertingkatkan, sebenarnya ia meningkatkan interaktiviti, meningkatkan komunikasi, meningkatkan kebolehan adaptasi, menambah perkongsian dan meningkatkan pengalaman pembelajaran (Zoraini Wati, 2008; Robertson, 1992). Maka, teknologi mencipta masyarakat dunia baru yang saling berinteraksi dan berkuasa bukan hanya sebagai alat perhubungan malah menjadi alat pendidikan. Disamping itu, perkongsian meluas dapat menggalakkan individu termasuk ahli akademik berkongsi kurikulum dan sumber di serata dunia.

PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) Pengenalan: Pembelajaran sepanjang hayat adalah proses memperkayakan modal intelek yang semakin menjadi sebahagian daripada cara hidup. Ia boleh dilakukan dalam pelbagai konteks, pelbagai situasi dan untuk semua orang pada semua peringkat umur atau tempoh hayat. PSH juga dikenali sebagai pembelajaran terbuka yang memberi masyarakat satu kapasiti untuk belajar dan terus belajar terutamanya berdasarkan arahan kendiri (Hargreaves,. 2004; Aspin et al, 2001; Gelpi, E. 1995) Idea tentang pembelajaran sepanjang hayat ini telah diperkenalkan oleh UNESCO lebih 30 tahun yang lalu. Idea asalnya dikaitkan dengan harapan membentuk masyarakat yang mempunyai kualiti kehidupan yang lebih tinggi. Namun begitu, pada generasi kedua, idea tersebut mula berkembang sebagai satu usaha memenuhi keperluan tenaga buruh berkemahiran dan berkompetensi. Iaitu pembelajaran sepanjang hayat dikaitkan dengan elemen teori modal ekonomi manusia (Toth, 2002). Akhirnya, ia menjadi satu pendekatan berintegrasi dengan progam yang lebih konkrit telah diimplementasikan pada tahun 2001. Pendekatan berintegrasi ini terhasil dari satu persidangan negara-negara Eropah iaitu The Lisbon European Council pada Mac 2000. Komisyen persidangan tersebut telah mengeluarkan memorandum A Memorandum of Lifelong Learning yang mendefinisikan pembelajaran sepanjang hayat sebagai semua aktiviti pembelajaran yang

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

212

dilaksanakan sepanjang kehidupan dengan tujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi dalam perspektif peribadi, sivik, sosial dan/atau pekerjaan. all learning activity undertaken throughout life, with the aim of improving knowledge, skills and competences within a personal, civic, social and/or employmen-related perspective (A Memorandum of Lifelong Learning) Definisi dan Konsep Pendidikan Sepanjang Hayat: Pembelajaran sepanjang hayat ialah pencarian ilmu pengetahuan untuk peribadi atau profesional yang dilakukan sepanjang masa, sukarela dan atas motivasi kendiri. Ia juga pembangunan potensi manusia melalui proses pembelajaran berterusan yang memotivasi dan mengupayakan individu menguasai ilmu, menghayati nilai murni yang diperlukan sepanjang hayat dan meluasi pengalaman hidup supaya individu mengambil tanggungjawab dalam berbagai peranan dan keadaan dengan yakin serta kreatif menghadapi segala cabaran hidup (Ibrahim Ahmad Bajunid 2006; Hargreaves,. 2004; Aspin et al,2001; Gelpi, E. 1995). Ini bermakna seseorang akan menghadapi perubahan dalam peringkat kehidupan, maka keperluan belajar menjadi penting, tetapi jenis maklumat, ilmu dan fokusnya adalah berbeza pada setiap peringkat. Selain itu, ia selari dengan kehendak sosial dan ekonomi sezaman, yang memaksa individu menjadi aktif untuk kebaikan diri sendiri. Ini telah menyedarkan masyarakat terutamanya golongan dewasa bahawa pendidikan formal yang diperolehi semasa muda tidak lagi sesuai di sepanjang hayat mereka (Hargreaves,. 2004; Aspin et al,2001; Gelpi, E. 1995; Long,1990). Terdapat beberapa konteks dan konsep pembelajaran sepanjang hayat iaitu: home schooling yang melibatkan pembelajaran tidak formal di rumah; pendidikan dewasa iaitu usaha pembelajaran formal dan berstruktur untuk mendapatkan sijil atau kelayakan dan kemahiran kerja untuk kehidupan seterusnya; menyambung pelajaran adalah progam pembelajaran formal dan berstruktur iaitu usaha meneruskan pengajian atau menghadiri kursus anjuran institusi pendidikan tinggi; latihan dalam perkhidmatan (on-the-job training) meliputi perkembangan profesional dan latihan kerja, samada dilakukan atas usaha peribadi atau anjuran organisasi; Pembelajaran maya (online learning) adalah persekitaran pembelajaran peribadi atau pembelajaran arahan kendiri samada secara formal atau tidak formal melalui pelbagai sumber dan alat multimedia secara atas talian (online). Model Pembelajaran Sepanjang Hayat Pendidikan jarak jauh telah lama wujud di kebanyakan negara dan telah dianggap sebagai suatu model pendidikan yang dapat memajukan dasar PSH. Ciri utama PSH ialah fleksibiliti program yang membolehkan pembelajaran berlaku pada masa dan tempat yang sesuai dengan pelajar. Ciri-ciri pelajar juga telah berubah dari segi umur yang semakin meningkat dan kini terdapat pelbagai mod cara belajar tanpa batasan masa dan tempat. Antara kumpulan sasaran utama PSH ialah golongan dewasa yang bekerja, suri rumah dan warga emas yang mahu memberikan sumbangan kepada negara, menambah baik diri dan mempelbagaikan kemahiran . Penggunaan format media terkini seperti fail MP3 dan MP4 telah membolehkan bahan tutorial dimuatturun dalam bentuk video, audio, imejan dan slaid digital. Selain itu, kaedah pembelajaran ini tidak mendatangkan masalah kerana bahan pembelajaran adalah direka dengan arahan kendiri (self-instructional), interaktif, mesra-pelajar (leaner friendly) dan sistematik (Zoraini Wati, 2008; Rozinah 2007; Rosenberg 2001; Talesra et al 2003) . Sehubungan itu, Zoraini Wati (2008) telah mengemukakan satu teori pembelajaran global yang dibentuk oleh Siemen (2005). Menurut teori tersebut, pada masa akan datang, sistem pendidikan akan menggunakan alat perhubungan online sosial seperti laman web, blog, wikipedia dan ruang sosial seperti My Space

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

213

dan Facebook. Ini bermakna pembelajaran masa kini dan akan datang adalah satu proses aktif di antara bahan pembelajaran, interaksi sosial dan kompetensi teknologi. Berikut adalah model pembelajaran sepanjang hayat yang dikemukakan oleh Garrison (1997).

Mengenali diri ( Kesedaran Kendiri)

Penilaian Pembelajaran ( Pemantauan Kendiri)

Pelajar Sepanjang Hayat

Perancangan Untuk Belajar ( Pengurusan Kendiri)

Memahami Cara Belajar ( Meta Belajar) RAJAH 2: Model Pembelajaran Sepanjang Hayat (Garrison, 1997)

Rajah 2: Model tersebut menunjukkan pembelajaran sepanjang hayat adalah proses berkitar dengan empat tonggak utama: (a) Kesedaran kendiri (Self awareness) pelajar mengenalpastikan identiti dan autonomi mereka. Pelajar yang berautonomi mempunyai nilai dan kepercayaan sendiri, secara tidak langsung akan mempengaruhi mereka semasa belajar (Candy 1991; Knowles et al., 2005). (b) Merancang Pembelajaran - Planning for learning (Self management) : penetapan objektif dan perancangan untuk mencapai objektif tersebut. (c) Sedar apa yang perlu dipelajari - Understanding how to learn (Meta-learnig) ;Menggambarkan kesedaran pelajar tentang kaedah yang berbeza semasa belajar dan pelbagai cara belajar. (d) Penilaian pembelajaran - Evaluating learning (Self monitoring): Menunjukkan analisis sistematik terhadap pelaksanaan belajar. Garrison mendefinisikan self monitoring ialah tanggunjawab seseorang untuk menilai pengurusan pembelajaran mereka sendiri.

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

214

PERBINCANGAN KAJIAN E-pembelajaran : Isu dan Cabaran Berdasarkan teori dan sorotan literatur terutamanya tentang pembelajaran berasaskan web (PBW), dapat disimpulkan bahawa e-pembelajaran adalah evolusi pembelajaran yang memudahkan orang dewasa meneruskan proses pembelajaran sepanjang hayat. Pembelajaran arahan kendiri secara jarak jauh dan cross border education didapati lebih relevan, fleksibel dan memberi kebebasan kepada pelajar untuk memulakan pembelajaran pada bila-bila masa berdasarkan keperluan peribadi serta kesesuaian dengan komitmen terhadap keluarga, kerja dan kehidupan sosial mereka (Zoraini Wati, 2008; Rozinah 2007; Rosenberg 2001; Talesra et al 2003, Smith dan Ragan 1993). Namun apa yang penting ialah universiti maya perlu mengekalkan kualiti dan legitimasi program akademik yang ditawarkan. Maka cabaran kepada pendidik adalah untuk menyediakan ruang siber bagi menjayakan transformasi pengalaman pembelajaran dari persekitaran sebenar kepada persekitaran pembelajaran secara maya. Salah satu prinsip teori pembelajaran dewasa adalah peranan tutor hanya membantu pelajar untuk mampu berdikari dan mempunyai arahan kendiri supaya bertanggungjawab berhadap pengalaman pembelajaran mereka sendiri. Namun begitu pembelajaran kendiri tetap mempunyai masalah. Seandainya pelajar lewat atau kurang mendapat maklumbalas dari tutor, maka mereka tidak dapat maju dalam proses pembelajaran kendiri mereka. Ini kerana guru atau tutor masih lagi merupakan orang yang pakar dan berautomi dari segi bahan kursus pembelajaran. Maka, tutor perlu merekabentuk bahan dan aktiviti pembelajaran yang benar-benar dapat membimbing pelajar kepada situasi pembelajaran persendirian secara online. Selain itu konsep pembelajaran kendiri dan berautonomi bukan bermakna individu belajar secara terasing dari tutor dan pelajar lain. Sebaliknya ia merupakan konsep pembelajaran yang memberi kuasa kepada individu untuk bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka bersendirian dan pada masa sama terlibat secara aktif dengan tutor dan pelajar lain. Dari aspek sosioemosi, pembelajaran secara online terutamanya secara asinkroni bukan sahaja mengubah peranan guru, tetapi sangat berfaedah kepada golongan pelajar yang pendiam dan pemalu. Orang yang pendiam dan pemalu mungkin tidak berpeluang untuk memberi pendapat di bilik darjah tradisional, sebaliknya mereka boleh turut serta secara aktif dalam forum perbincangan maya, terutamanya di dalam forum e-kumpulan berbentuk asinkroni. Bagi golongan pekerja, ICT membolehkan mereka lebih cepat menjadi k-pekerja (kworkers) di tempat kerja berteknologi (technological savvy). Ini kerana penggunaan internet bukan sahaja menjana pengetahuan, idea dan kemahiran baru kepada pekerja, malah pengupayaan telekomunikasi seperti e-mel, e-chat, sidang video, telesidang dan kebolehan akses kepada pangkalan data telah merevolusi e-pengurusan tanpa kertas. Selain itu, ia menjadi penghubung antara kerja dan pembelajaran. Kini bilik darjah boleh datang ke persekitaran tempat kerja secara latihan online atau melalui pengurusan maklumat tanpa mengira masa dan tempat. Tetapi akan timbul masalah jika ada pegawai atasan yang tidak memahami dan berpendapat bahawa pembelajaran atau latihan hanya diperolehi di dalam bilik darjah fizikal serta pelayaran maya dianggap sebagai satu pembaziran masa. Maka menjadi cabaran kepada organisasi kerja menwujudkan komuniti pembelajaran/berpengetahuan serta budaya pembelajaran. Globalisasi dan teknologi internet telah berjaya menwujudkan senario pembelajaran berterusan. Namun begitu, internet hanyalah teknologi yang memudahkan proses pencarian ilmu

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

215

pengetahuan dan kemahiran, jika individu tidak komited, maka internet akan gagal meningkatkan kualiti pembelajaran itu sendiri. Pembelajaran terbuka dan jarak jauh masih boleh diancam oleh masalah pelajar yang tidak aktif dan kehilangan minat. Keadaan ini boleh disebabkan oleh isu bahawa transmisi maklumat secara maya menyebabkan kehilangan konteks personal antara individu yang terlibat. Motivasi orang dewasa juga satu masalah dan isu e-pembelajaran. Orang dewasa yang berhasrat meneruskan pembelajaran secara online perlu membuat penilaian tahap kesediaan belajar, serta mempunyai tahap kompetensi penggunaan komputer. Masalah teknikal seperti teknofobia dan kekurangan latar belakang teknikal perlu diselesaikan sebelum memulakan program pembelajaran berasaskan teknologi. Apabila kompetensi baik, maka lebih selesa dan mudah menyesuaikan diri dengan e-pembelajaran. Selain itu, pengantara atau tutor hendaklah menyediakan pelbagai strategi dan mengambil kira tahap pembelajaran yang boleh disesuaikan dengan kepelbagaian latar belakang dan tahap kompetensi sedia ada pelajar. Selain itu, kemudahan program hendaklah mesra pengguna iaitu pengguna boleh maju mengikut keselesaan sendiri. Misalnya, dengan pengetahuan dan pengalaman sedia ada maka tidak mustahil ada program atau bahan telah dikuasai oleh pelajar, maka bahan pembelajaran hendaklah memberi alternatif yang membolehkan pengguna skip atau meninggalkan bahan yang tidak diperlukan. Memandangkan tugas tutor hanya sebagai fasilitator, tidak mustahil tutor membiarkan pelajar belajar sendiri tanpa bimbingan dengan alasan orang dewasa mempunyai motivasi dalaman yang tinggi. Ini menyebabkan kekurangan maklumbalas dari tutor sehingga boleh menyebabkan pembelajaran tidak mempunyai haluan yang kukuh. Selain itu, masalah kecelaruan komunikasi mungkin boleh berlaku akibat kesilapan melakukan pentafsiran disebabkan cara gaya sesuatu isu atau komen ditulis. Komen fasilitator atau tutor mungkin disalah tafsir sebagai kritikan. Maka tutor perlu berhati-hati semasa menghantar maklumbalas berkenaan tugasan pelajar. Selain itu, potensi teknologi ini juga tidak menjamin akan wujud interaksi yang berkualiti kerana fleksibiliti masa juga boleh mendatangkan masalah, seperti soalan pelajar kepada tutor atau forum perbincangan kumpulan, mungkin mengambil masa yang lama untuk mendapat maklumbalas. Selain itu, kemungkinan akan berlaku ketandusan nilai insaniah, dan kegagalan untuk berhubung dengan orang lain. RUMUSAN DAN KESIMPULAN: Era globalisasi telah membawa arus perubahan kepada corak hidup dan sistem sosial masyarakat dunia, termasuk di Malaysia. Oleh kerana kesan globalisasi tidak dapat dielakkan maka, masyarakat perlu bergerak seiring dengan kepantasan perubahan yang dibawa oleh globalisasi itu sendiri. Sebagai usaha untuk penyesuaian dalam era globalisasi maka penguasaan ilmu dan pengetahuan baru dapat dilakukan melalui pembelajaran sepanjang hayat Apa yang penting, komputer dan teknologi internet membantu meningkatkan keupayaan pembelajaran dan perkembangan profesionalisme individu. Internet memberi peluang kepada setiap orang meneruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai cara. Malah ia membantu sistem masyarakat ke arah perkongsian maklumat. Maka pembuat dasar hendaklah mengambil kira kesan teknologi terhadap latihan teknikal, pedagogi dan infrastruktur baru yang diperlukan untuk melakukan transformasi terhadap sistem pendidikan terutamanya sekolah.

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

216

RUJUKAN Abdul Razaq Ahmad, Rozita Abdul Latif & Didin Saripudin. 2008. Masyarakat dan Pendidikan. Bangi: Sutra Publication. Asan Ali Golam Hassan (pnyt). 2007. Hala Tuju dan Cabaran Pembangunan Sektoral dan Sumber Manusia dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Sintok: Universiti Utara Malaysia. Aspin, David N., Chapman, J., Hatton, M. & Sawano Y. 2001. International handbook of lifelong learning. 1st Ed. New York: Springer Publishing. Chamhuri Siwar, Suetahman Kasstin Hassan & Norshamliza Chamhuri. 2007. Ekonomi Malaysia. Ed.ke-6. Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Colleta, N.J. 1996. Formal, Nonformal and Informal Education. Dlm. Tuijman, C. (pnyt.). International Encyclopedia of Adult Education and Training. 2nd Ed. New York: Pergamon Press. Department for Education and Employment. 1998. Learning Communities: A Guide to Assessing Practice and Processes. Sudbury: DfEE Publications Centre. Garrison, D.R., 1997. Self-directed learning: Toward a comprehensive model. Adult Education Quarterly 48: 16-18. Gelpi, E. 1995. Lifelong Education. United Kingdom: Bertrams Print On De. Gunn, S. & Cedric Cullingford. 2005. Globalisation, Education and Culture Shock: Monitoring Change in Education. United Kingdom: Ashgate Publishing Company. Hairi Abdullah. 1989. Penduduk Semenanjung Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Hargreaves, David H. 2004. Learning for Life: The Foundations of Lifelong Learning. United Kingdom: Policy Press. Hasan, A. 1996. Lifelong learning. Dlm. Tuijnman, C. (pnyt.). International Encyclopedia of Adult Education and Training. 2nd Ed. New York: Pergamon Press. Holford, Jarvis. 1998. International Perspectives on Lifelong Learning. 1st Ed. United States: Routledge. Hunt, L. 2004. Creative E-Transition. Dalam E-education Applications: Human Factorss and Innovative Approaches. (Claude Ghaoui, editor). UK:Idea Group Inc. Jabatan Perangkaan Malaysia. 1991. Laporan banci penduduk 1980, 1991. Jil. 1. Kuala Lumpur: Jabatan Perangkaan Malaysia. Jabatan Perangkaan Malaysia. 2000. Buku Tahunan Perangkaan Malaysia 2000. Kuala Lumpur: Jabatan Perangkaan Malaysia. Karoulis, A. et al. 2004. An Expert-Based Evaluation Concerning Human Factors in ODL Programs: A Preliminary Investigation. Dalam E-education Applications: Human Factors and Innovative Approaches. (Claude Ghaoui, editor). UK:Idea Group Inc. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. 2007. Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara Melangkah Tahun 2020. Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi. Knowles, Malcolm S., Holton, Elwood F. & Swanson, Richard A. 2005. The Adult Learner: The Definitive Classic in Adult Education and Human Resource Development. 6th Ed. Burlington: Elsevier. Long, H.B. 1990. Lifelong learning: Pressure for Acceptance. Journal of Research and Development in Education 7: 2-12. Longworth, N. 2003. Lifelong Learning in Action: Transforming Education in the 21st Century. London: Kogan Page Limited. Mahathir Mohamad & Hashim Makaruddin. 2002. Globalisation and the new realities: Selected Speeches of Dr. Mahathir Mohamad, Prime Minister of Malaysia . Subang Jaya: Pelanduk Publications (M) Sdn. Bhd. Malaysia. 1996. Racangan Malaysia Kesembilan 2006-2010.

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

217

Mazanah, M. 2001. Adult and Continuing Education in Malaysia. Kuala Lumpur: Universiti Putra Malaysia. Merriam, S.B. & Caffarella. R.S. 1999. Learning in Adulthood: A Comprehensive guide. San Francisco: Jossey-Bass Publishers. Mok Soon Sang. 2007. Pengajaran dan Pembelajaran: Kursus Penilaian Tahap Kecekapan. Puchong: Multimedia-ES Resources Sdn. Bhd. Noe, Raymond A. et al. 2006. Human Resource Management: Gaining a Competitive Advantage. 5th Ed. Boston, Mass: McGraw-Hill. Okamoto, T & Kayama, M. 2004. Integrated E-Learning System and Its Practice. Dalam Eeducation Applications: Human Factorss and Innovative Approaches. (Claude Ghaoui, editor). UK:Idea Group Inc. Oliver, Paul. 2005. The Concept of Globalisation and Culture. Dlm. Gunn, S. & Cedric Cullingford (pnyt.). Globalisation, Education and culture shock. United Kingdom: Ashgate Publishing Company. Resnick, L.B and Wirth, J.G. 1996. The changing of workplace: New challenges for Education Policy and Practice. San Francisco: Jossey-Bass Publishers. Robertson, Roland. 1992. Globalization: Social Theory and Global Culture. London: Sage Publications. Sarjit Kaur, Morshidi Sirat & Norzaini Azman. 2008. Globalisation and Internationalisation of Higher Education in Malaysia. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia. Sekolah Pendidikan Jarak Jauh. 2009. Universiti Sains Malaysia. Shahril @Charil Marzuki, 2005, Mengurus dan Membiayai Pendidikan di Malaysia, Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Sharifah Norazizan & Nurizan Yahya. 2005. Peranan dan Cabaran dalam Mensejahterakan Warga Tua. Serdang: Universiti Putra Malaysia. Sharon, B, M et al, 2007, Learning in Adulthood: A Comprehensive Guide (3rd edt), USA: Jolley Bass Sufean Hussin, 2004, Pendidikan di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah (2nd edit), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sutherland, P. 2006. Lifelong Learning: Concepts and Contexts. United States: Routledge. Thomas, Elwyn. 2005. Globalisation, Cultural Diversity and Teacher Education. Dlm. Gunn, S. & Cedric Cullingford (pnyt.). Globalisation, Education and Culture Shock. United Kingdom: Ashgate Publishing Company. Toth, Janos, 2002, Learner Partnership An Integrated Approach to Adult Education, International Conference on Lifelong Learning, ASEM, University of Malaya. Williams, Elizabeth, 1996, SoYou Want To Teach Adult?, Canada: Pifin Publishing. Zoraini Wati Abas. 2008. Globalisation of education through open distance learning. Dlm Sarjit Kaur, Morshidi Sirat & Norzaini Azman (pnyt.). Globalisation and Internationalisation of Higher Education in Malaysia. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

(Atas talian) http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0120&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka _Hadapan&pg=mh_07.htm http://linux.or.id/files/MKP-13-2-6.pdf http://www.jpa.gov.my/docs/pelbagai/ubulanan/2005/Feb-BL.pdf http://www.lppkn.gov.my/bm/artikel_disember.pdf

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010

218

You might also like