You are on page 1of 10

Amali 5 Tajuk: Memahami trend populasi Pengenalan: Populasi boleh ditakrifkan sebagai sebuah kumpulan organisma yang datang

daripada spesis yang sama, habitat yang sama dan pada waktu yang tertentu. Pertumbuhan populasi adalah perubahan bilangan individu dalam sesebuah populasi melalui sukatan sepanjang suatu tempoh yang akan memberi kesan kepada saiz populasi (N). Pertumbuhan populasi ini boleh ditentukan berdasarkan kadar kelahiran, kematian, imigrasi dan emigrasi. Faktor pertumbuhan populasi ini boleh dilihat seperti formula berikut ; Pertumbuhan Populasi = (Kelahiran + Imigrasi ) (Kematian + Emigrasi )

Kelahiran dapat menigkatkan saiz populasi sesuatu spesis, manakala kematian pula akan mengecilkan saiz populasi spesies itu. Begitu juga, dengan imigrasi kepada sesebuah populasi yang akan menambah individu baru sedangkan Emigrasi akan mengurangkan populasi

Kadar pertumbuhan populasi yang positif berlaku apabila lebih ramai individu ditambah daripada individu yang keluar dan kadar pertumbuhan populasi juga dianggap positif apabila kadar pertumbuhan adalah sama dengan sifar iaitu apabila jumlah individu yang bertambah dan berkurang dalam satu populasi adalah sama, manakala pertumbuhan populasi yang negatif pula apabila lebih ramai individu yang keluar daripada yang

ditambah. Saiz penduduk yang maksimum dikenali sebagai Keupayaan Muatan (K). Yang ditentukan oleh faktor-faktor alam sekitar

Kajian bagi pertumbuhan

populasi bagi sesebuah organisma boleh dimodelkan sama ada yang berbentuk sigmoid atau

berdasarkan lengkungan graf geometri

eksponen. Bentuk lengkungan graf dikawal oleh 3 faktor iaitu; 1. Saiz populasi awal (N0) 2. Faktor pertumbuhan populasi (R) yang mengira kadar pertumbuhan 3. Keupayaan muatan (K) yang menentukan faktor persekitaran yang dipengaruhi oleh bekalan makanan, jangkitan penyakit, persaingan dan pemangsa di dalam sesebuah populasi itu.

Tujuan/objektif: Untuk menyiasat mengenai trend populasi

Prosedur : 1. Pertumbuhan populasi diplot menggunakan paksi yang sama. Masa, t sebagai pemboleh ubah dimalarkan pada paksi-X dan saiz populasi, N sebagai pemboleh ubah bergerak balas pada paksi-Y. Satu garis dilukis mewakili garis pertumbuhan berdasarkan data yang diberikan. 2. Bentuk graf dikenal pasti. 3. Faktor pertumbuhan, R dikira bagi setiap populasi bagi setiap selang masa dan dimasukkan ke dalam Jadual 1.

4. Purata geometrik dikira bagi kedua-dua populasi.

Populasi Haiwan A, Purata R = Populasi Haiwan B, Purata R =

Keputusan dan perbincangan Tugasan 1

Selang masa (t) = generasi

Populasi Badak A Saiz Populasi (N) N0 = 30 58 123 236 484 955 Faktor Pertumbuhan (R) 1.9 2.1 1.9 2.0 1.9

Populasi Badak Sumbu B Saiz Populasi (N) N0 = 20 39 82 161 318 643 Faktor Pertumbuhan (R) 2.0 2.1 2.0 2.0 2.0

0 1 2 3 4 5

Populasi badak A, Purata R = 1.98 2.0 Populasi badak B, Purata R = 2.02 2.0

1. Semak ketiga-tiga faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan. Mengapa terdapat perbezaan dari segi saiz penduduk antara kedua-dua penduduk pada selang masa ke 5? Adakah ia disebabkan oleh perbezaan dalam saiz penduduk awal, faktor pertumbuhan, atau alam sekitar? Saiz populasi berbeza pada selang masa ke 5 adalah disebabkan oleh saiz awal populasi (N0) badak itu. Bilangan saiz populasi awal (N0) adalah berbeza kerana badak A mempunyai bilangan yang lebih tinggi, iaitu sebanyak 30 ekor manakala saiz populasi awal (N0) badak B hanya terdapat sebanyak 20 ekor sahaja. Faktor pertumbuhan (R) bagi kedua-dua populasi badak adalah sama iaitu sebanyak 2.0 dan kedua-dua populasi badak ini berada di dalam persekitaran yang sama.

Tugasan 2

Selang masa (t) = generasi

Populasi Koala A Saiz Populasi (N) N0 = 20 36 63 118 212 375 Faktor Pertumbuhan (R) 1.8 1.8 1.9 1.8 1.8

Populasi Koala B Saiz Populasi (N) N0 = 20 31 47 66 103 150 Faktor Pertumbuhan (R) 1.6 1.5 1.4 1.6 1.5

0 1 2 3 4 5

Populasi koala A, Purata R = 1.82 1.8 Populasi koala B, Purata R = 1.5

Soalan

1. Bagi kedua-dua populasi koala, mengapa terdapat perbezaan dari segi saiz penduduk pada selang masa ke 5? Adakah ia disebabkan oleh perbezaan dalam saiz penduduk awal, faktor pertumbuhan, atau alam sekitar?

Saiz populasi berbeza pada selang masa ke 5 adalah disebabkan oleh faktor pertumbuhan (R), populasi koala A mempunyai faktor pertumbuhan (R) yang lebih tinggi iaitu sebanyak 1.8 berbanding dengan faktor pertumbuhan populasi koala B yang hanya sebanyak 1.5 sahaja. Saiz awal populasi (N0) bagi kedua-dua populasi koala adalah sama iaitu sebanyak 20 ekor dan kedua-dua populasi koala ini hidup di dalam persekitaran yang sama.

2. Di dalam Jadual 2, jika data bagi populasi Koala A adalah sama tetapi di bawah keadaan hujan yang sedikit dan data bagi populasi Koala B adalah di bawah keadaan kemarau, mengapa adanya perubahan bagi faktor

pertumbuhan, R populasi tersebut? (Faktor pertumbuhan, R = Kelahiran Kematian).

Perubahan alam sekitar seperti kemarau dan keadaan hujan boleh mempengaruhi populasi sesuatu spesies. Kerana ianya mempengaruhi kadar kelahiran, kematian dan migrasi yang berlaku. Perubahan alam sekitar seperti hujan dan kemarau dapat mempengaruhi populasi sesuatu spesies kerana, keadaan persekitaran yang kurang ideal menyebabkan keperluan asas spesies tersebut menjadi terhad yang akan membuatkan populasi haiwan itu mempunyai kadar kematian yang tinggi kerana tidak mempunyai keperluan asas yang mencukupi dan kadar emigrasi yang tinggi kerana individu di dalam populasi itu berhijrah ke tempat lain untuk mencari keperluan asas di tempat lain. Oleh itu, kadar pertumbuhan akan berkurang kerana berlakunya peningkatan pada kadar emigrasi dan kematian dalam sesebuah populasi berbanding dengan kadar kelahiran dan imigrasi.

Tugasan 3

Selang masa (t) = generasi

Populasi Kuda Belang A Saiz Populasi (N) N0 = 20 80 230 400 500 550 580 590 595 600 600 Faktor Pertumbuhan (R) 4.0 2.9 1.7 1.3 1.1 1.1 1.0 1.0 1.0 1.0

Populasi Kuda Belang B Saiz Populasi (N) N0 = 20 50 100 220 360 460 520 550 570 580 600 Faktor Pertumbuhan (R) 2.5 2.0 2.2 1.6 1.3 1.1 1.1 1.0 1.0 1.0

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Populasi kuda belang A, Purata R = 1.62 1.6 Populasi kuda belang B, Purata R = 1.5

Soalan

1. Populasi yang manakah sama ada A atau B yang mempunyai faktor pertumbuhan yang paling tinggi?

faktor pertumbuhan (R), kuda belang A adalah yang paling tinggi, iaitu sebanyak 1.6 manakala kuda belang B hanyalah sebanyak 1.5.

2. Adakah

faktor

pertumbuhan,

tersebut

tetap?

Terangkan

sebarang

perubahan yang berlaku pada R.

Tidak, ini kerana faktor pertumbuhan (R), semakin berkurangan bermula dari selang masa ke 2 hinggalah ke selang masa yang ke 6, dan tetap pada selang masa ke 7 hingga ke 10

3. Apakah keupayaan muatan (carrying capacity) bagi setiap populasi?

Keupayaan muatan (K), bagi populasi kuda belang A dan B ialah sebanyak 600 ekor sahaja.

Tugasan 4

Selang masa (t) = generasi

Populasi Kuda Belang A Saiz Populasi (N) N0 = 20 90 220 340 410 440 450 450 440 460 450 Faktor Pertumbuhan (R) 4.5 2.4 1.5 1.2 1.1 1.0 1.0 1.0 1.0 1.0

Populasi Kuda Belang B Saiz Populasi (N) N0 = 20 50 120 210 260 260 230 200 170 150 150 Faktor Pertumbuhan (R) 2.5 2.4 1.8 1.2 1.0 0.9 0.9 0.9 0.9 1.0

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Populasi kuda belang A, Purata R = 1.59 1.6 Populasi kuda belang B, Purata R = 1.39 1.4 Soalan

1. Populasi yang manakah sama ada A atau B yang mempunyai faktor pertumbuhan yang paling tinggi?

Faktor pertumbuhan (R), kuda belang A adalah yang paling tinggi, iaitu sebanyak 1.6 manakala kuda belang B hanyalah sebanyak 1.4.

2. Adakah

faktor

pertumbuhan,

tersebut

tetap?

Terangkan

sebarang

perubahan yang berlaku pada R.

Faktor pertumbuhan (R) bagi populasi kuda belang A semakin berkurangan bermula dari selang masa ke 2 hinggalah ke selang masa ke 5, dan tetap pada selang masa ke 6 hingga ke 10. bagi populasi kuda belang B pula, faktor pertumbuhan (R) nya semakin berkurangan bermula dari selang masa ke 2 hinggalah ke selang masa ke 4, dan tetap pada selang masa ke 5 hingga ke 10.

3. Adakah keupayaan muatan (carrying capacity) bagi populasi A berubah? Nyatakan mengapa.

Ya, keupayaan muatan bagi populasi A berubah. Hal ini demikian kerana berlakunya perubahan pada saiz populasi A. Semakin besar saiz populasi, semakin besar keupayaan muatan populasi tersebut.

4. Kedua-dua populasi kuda belang mempunyai populasi saiz awal yang sama. Mengapakah satu populasi tidak bersaing dengan yang lain? Kenal pasti tiga faktor yang mengawal pertumbuhan populasi.

Antara faktor yang mengawal pertumbuhan populasi ialah kepelbagaian genetik, persaingan dan kemampuan untuk beradaptasi dengan persekitaran. Selain itu, faktor pertumbuhan iaitu kadar kelahiran populasi A dan B. Daripada pemerhatian, kadar kelahiran populasi A adalah lebih tinggi daripada populasi B. Manakala, kadar kematian populasi B adalah lebih tinggi daripada populasi A. Selain itu, faktor alam sekitar iaitu setiap haiwan bersaing untuk mendapatkan sumber air dan makanan. Populasi B kurang berdaya saing daripada populasi B. Maka, kadar pertumbuhan populasi B adalah lebih rendah daripada populasi A.

5. Jika data di dalam Jadual 3 menunjukkan dua populasi yang hidup berasingan dan di dalam Jadual 4 menunjukkan dua populasi yang hidup bersama, apakah kesan persaingan bagi R untuk kedua-dua populasi kuda belang?

Bagi Jadual 3, persaingan bagi R untuk populasi kuda belang adalah rendah kerana mereka hidup di dalam satu persekitaran yang berbeza. Bagi jadual 4, persaingan bagi R untuk populasi kuda belang adalah tinggi kerana kesemua individu memerlukan keperluan asas yang sama di kawasan yang sama. Kesannya saiz populasi atau keupayaan muatan (K) bagi dua populasi kuda belang yang hidup di kawasan yang berbeza adalah lebih tinggi berbanding dengan dua populasi kuda belang yang hidup di kawasan yang sama. Selain itu dua populasi kuda belang yang hidup di kawasan yang berbeza mempunyai keupayaan muatan (K) yang sama, manakala bagi dua populasi kuda belang yang hidup di kawasan yang sama akan terdapat perbezaan pada saiz populasi atau keupayaan muatan (K).

Kesimpulan : Bentuk lengkungan graf dikawal oleh 3 faktor iaitu; 1. Saiz populasi awal (N0) 2. Faktor pertumbuhan populasi (R) yang mengira kadar pertumbuhan 3. Keupayaan muatan (K) yang menentukan faktor persekitaran

Rujukan : (tiada nama pengarang). 2011 Modul sains SCE 3107 Ekosistem dan Biodiversiti Asmah (2012) nota kuliah pertumbuhan populasi

You might also like