You are on page 1of 14

PELAJARAN 8 KOMUNIKASI LISAN: TEMURAMAH 1.

0 Pengenalan Dalam tajuk ini, pelajar akan diperkenalkan dengan satu lagi aspek komunikasi lisan iaitu temuramah. 2.0 Hasil Pembelajaran Pada akhir pengajian ini, pelajar akan: 2.1 Memahami maksud temuramah. 2.2 Memahami bentuk-bentuk temuramah. 2.3 Mampu menjalankan temuramah secara praktikal. 3.0 Senarai Tajuk 3.1 Temuramah, Ciri dan Format 3.2 Persediaan Sebelum Temu Ramah 3.3 Perkara Yang Perlu Dihindari Oleh Orang Yang Ditemu Ramah 4.0 Istilah 4.1 Temu bual Temuh ramah, wawancara, temuduga 4.2 Temu ramah Tanya jawab antara pemberita dengan tokoh masyarakat atau tokoh politik dan sebagainya untuk mendapatkan berita. 4.3 Wawancara Soal jawab antara wartawan dan sebagainya dengan orang yang terkemuka dan yang seumpama dengannya untuk mendapatkan keterangan atau pandangan, untuk disiarkan.

5.0 Tajuk 5.1 Temu Ramah, Ciri dan Format 5.1.1Persembahan Apakah maksud temu ramah? Temu ramah ialah proses komunikasi dua hala yang formal. Temu ramah dilakukan secara terancang. Proses asas dalam temu ramah adalah menyoal (oleh orang yang menemu ramah) dan menjawab (oleh orang yang ditemu ramah). Tujuan temu ramah adalah untuk mendapatkan maklumat. Oleh itu, temu ramah selalunya adalah berdasarkan suatu tajuk, isu atau persoalan yang telah ditetapkan terlebih dahulu. Ciri-ciri temu ramah Terdapat beberapa ciri temu ramah iaitu mempunyai objektif untuk mendapatkan maklumat, mempunyai pihak yang menyoal, mempunyai orang yang ditanya, bersifat dialog, dan berbentuk soal-jawab. 1. Mempunyai objektif mendapatkan maklumat Temu ramah mempunyai objektif untuk mendapatkan maklumat. Oleh itu semua soalansoalan yang dikemukakan adalah bersifat soalan yang mengharapkan jawapan. 2. Mempunyai orang yang menyoal Temu ramah mempunyai orang yang menyoal. Soalan-soalan tertentu disediakan oleh orang yang menemu ramah itu. Soalan-soalan dibentuk khas

untuk mendapatkan jawapan dari orang yang ditemu ramah. 3. Mempunyai orang yang ditanya Temu ramah mempunyai orang yang ditanya, atau yang ditemu ramahkan. Mereka ialah pihak yang diharapkan untuk memberikan maklumat yang diperlukan. Mereka akan diajukan soalan-soalan tertentu oleh penemu ramah. 4. Bersifat dialog Temu ramah lebih bersifat dialog atau perbualan. Ini kerana temu ramah adalah perbualan antara dia pihak iaitu pihak yang bertanya dan pihak yang menjawab pertanyaan. 5. Berbentuk soal-jawab Temu ramah mempunyai soalan. Soalan-soalan ini adalah ringkas, padat dan jelas. Soalan yang dikemukakan itu perlu ringkas dan tepat kerana itu akan memudahkan kefahaman pemberi maklumat. Jika soalan-soalan yang dikemukakan itu rumit dan sukar difahami, sudah pastilah jawapan yang diinginkan sukar diperolehi. Format temu ramah Ada tiga bahagian temu ramah iaitu bahagian pendahuluan, bahagian isi dan bahagian penutup. 1. Pendahuluan Pada bahagian ini, orang yang menemu ramah akan memulakan majlis dengan kata-kata aluan atau ucapan aluan. Selepas itu penemu ramah akan

menyatakan tajuk temu ramah. Kemudian orang yang bakal ditemu ramah akan diperkenalkan. 2. Isi Pada bahagian isi, penemu ramah memulakan dialog dengan orang yang ditemu ramahnya. Penemu ramah mengemukakan soalan mengikut turutan. 3. Penutup Pada bahagian penutup, penemu ramah membuat ulasan tentang temu ramah tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada orang yang telah ditemu ramah tadi. 5.1.2Aktiviti Sediakan satu temu ramah untuk rakan anda. Hantar soalan temu ramah tersebut kepada seorang kawan anda dengan menggunakan email. 5.2 Persediaan sebelum temu ramah 5.2.1Persembahan Orang yang ingin mengadakan temu ramah perlu membuat persediaan rapi sebelum memulakan temu ramahnya. Persediaan ini bertujuan untuk menentukan yang matlamat temu ramah untuk mendapatkan maklumat itu akan memberikan hasil yang diharapharapkan. 1. Menentukan objektif temu ramah Sebelum memulakan temu ramah, penemu ramah perlu menentukan terlebih dahulu apa yang ingin

dicapai melalui temu ramah tersebut. Objektif atau matlamat temu ramah perlu ditentukan terlebih dahulu. 2. Menentukan tajuk dan skop temu ramah Selepas mengenalpasti matlamat temu ramah, penemu ramah perlu menentukan tajuk dan skop temu ramah yang sesuai. Tanpa menentukan skop dan tajuk yang sesuai, adalah sukar untuk mencapai matlamat temu ramah yang diinginkan. 3. Mengenalpasti kesesuaian orang yang ditemu ramah Orang yang ingin ditemu ramah mestilah orang yang sesuai dengan matlamat temu ramah. Jika menemu ramah orang yang salah maka matlamat temu ramah tidak akan dicapai. Misalnya, maklumat tentang strategi peperangan perlu ditanya kepada tentera dan bukan nelayan. Di sekolah-sekolah pula, maklumat tentang masalah disiplin pelajar perlu ditanya kepada Guru Disiplin sekolah dan bukan kepada tukang kebun sekolah. 4. Menyediakan soalan-soalan yang sesuai Dalam temu ramah, soalan-soalan yang dibina adalah untuk membantu orang yang ditemu ramah menjawabnya dengan baik dan menyampaikan maklumat yang diperlukan. Soalan-soalan yang tidak berkaitan dengan persoalan asal akan hanya mengelirukan orang yang ditemu ramah. 5. Menjangkakan jawapan kepada soalan-soalan Penemu ramah perlu menjangkakan jawapanjawapan balas dari pihak yang ditemu ramah. Ini akan membolehkan orang yang menemu ramah itu

menyediakan soalan-soalan balas tambahan yang berkaitan dengan persoalan yang dikemukakan.

6. Memastikan jawapan adalah mencukupi Jawapan yang tidak mencukupi tidak akan mencapai matlamat asal temuramah. Oleh itu, penemu ramah perlu memastikan yang jawapan-jawapan yang diberi adalah mencukupi dan menjawab persoalan yang dikemukakan. Sekiranya jawapan yang diberikan itu dirasakan kurang menjawab soalan, penemu ramah perlu memberi beberapa soalan tambahan. 7. Memastikan soalan-soalan berkembang Maksud di sini ialah penemu ramah perlu soalansoalan yang diberikan itu akan berkembang daripada tahap mendapatkan pengetahuan (maklumat) hinggalah kepada tahap memberi penilaian. Dalam erti kata lain, orang yang menjawab soalan-soalan temu ramah tadi bukan sekadar memberikan jawapan tetapi juga menilai jawapannya. Ini akan memberikan maklumat yang lebih baik. 8. Memastikan komponen temu ramah yang lengkap Temu ramah yang lengkap ialah yang mempunyai pendahuluan, isi dan penutup. Penemu ramah perlu memastikan temu ramahnya mempunyai tiga komponen ini. 9. Menentukan masa dan tempat yang sesuai Masa dan tempat yang sesuai untuk temu ramah perlu diambil perhatian. Orang yang ditemu ramah perlu diberitahu terlebih dahulu tentang lokasi temu ramah dan bila temu ramah akan diadakan.

10. Memastikan penggunaan laras bahasa yang betul Penggunaan bahasa yang betul adalah penting dalam sesuatu temu ramah. Penemu ramah perlu mengambil perhatian terhadap laras bahasa yang digunakan, pemilihan kata, nada dan intonasi. 11. Mempersiapkan diri Persiapan diri adalah penting. Penemu ramah perlu mempunyai ciri-ciri seperti berpengetahuan luas, bijak, berfikiran kritis, menghormati orang lain, penyabar, mudah ditegur, menepati masa, mudah ditemui dan berpakaian kemas. 5.3.2Aktiviti Cari di dalam internet contoh-contoh temu ramah wartawan dengan mana-mana ahli politik tentang konsep 1Malaysia. 5.3 Perkara yang perlu dihindari oleh orang yang ditemu ramah 5.3.1Persembahan Semasa ditemu ramah, orang yang ditemu ramah itu perlu menghindari perkara-perkara berikut: 1. Gaya diri yang tidak baik Semasa ditemu ramah, anda perlu menjaga gaya anda. Jangan berkelakuan tidak senonoh atau bergaya sambil lewa. Anda perlu menampakkan keterampilan diri.

2. Tidak bersemangat Orang yang ditemu ramah perlu menunjukkan semangat dan jangan kelihatan letih atau tidak bermaya.

3. Terlalu yakin Jangan kelihatan terlalu yakin kerana orang yang ditemu ramah perlu kelihatan biasa dan tenang. 4. Tidak berupaya menyatakan pendapat dengan jelas Kelemahan umum orang yang ditemu ramah ialah gagal menyatakan pendapat dengan jelas. Ini menyebabkan orang yang menemu ramah tidak akan atau sukar memahami apa yang cuba disampaikan. Dalam keadaan ini, maklumat tidak akan dapat disampaikan. 5. Pasif Sikap pasif bermakna kelihatan tidak begitu giat malah menunjukkan sikap yang beku terhadap aktiviti temu ramah tersebut. 6. Tidak menunjukkan minat Orang yang ditemu ramah perlu menunjukkan minat terhadap aktiviti temu ramah tersebut. Tidak menunjukkan minat akan memberi gambaran seolaholah dia dipaksa melakukan perkara tersebut. 7. Tidak menjawab soalan dengan tepat Ini adalah kelemahan asas. Tujuan temu ramah ialah untuk mendapatkan maklumat dan menyampaikan sesuatu fakta. Kegagalan menjawab dengan tepat

akan menyebabkan maklumat yang ingin diperolehi itu tidak akan dapat disampaikan. 8. Tidak matang Orang yang ditemu ramah tidak boleh menunjukkan sikap kebudak-budakan kecuali yang mereka itu memang masih budak-budak. Dalam keadaan temu ramah, orang yang ditemu ramah perlu menunjukkan sikap matang. 9. Tidak berhemah tinggi Orang yang ditemu ramah perlu berhemah tinggi dan menunjukkan sikap yang baik. 10. Gagal mengawal hubungan mata dengan penemu ramah Orang yang ditemu ramah perlu mengawal hubungan mata dengan penemu ramah. Ini memberi gambaran bahawa mereka memang sedang berkomunikasi. Orang yang ditemu ramah tidak wajar melarikan diri dari mata penemu ramah kerana ia akan memberi gambaran bahawa dia takut dan seolah-olah tidak menghormatinya. 11. Kurang membuat persediaan Pelbagai persediaan perlu dilakukan sebelum sesi temu ramah. Jika tidak membuat persediaan, orang yang ditemu ramah itu akan gagal menjawab soalansoalan dengan baik. Contoh persediaan temu ramah dengan tokoh pendidikan

Berikut adalah contoh persediaan untuk menemu ramah seorang tokoh pendidikan. 1. Tajuk Temu ramah dengan Menteri Pendidikan tentang pengkorporatan institusi pengajian tinggi. 2. Matlamat Temu 1. Untuk mengumpul Ramah maklumat-maklumat tentang kebaikan pengkorporatan institusi pengajian tinggi. 2. Mendapatkan maklumat tentang kesan-kesan pengkorporatan tersebut. 3. Untuk mendapatkan wawasan Kementerian Pendidikan Tinggi terhadap pengkorporatan institusi pengajian tinggi. 3. Maklumat awal yang 1. Rasional di sebalik perlu diperolehi langkah pengkorporatan institusi pengajian tinggi. 2. Faedah-faedah pengkorporatan institusi pengajian tinggi. 3. Kesan pengkorporatan itu terhadap golongan pelajar 4. Kesan terhadap pekerja di sector pendidikan swasta 5. Kesan kewangan 4. Pemilihan Kata 1. Apakah 2. Bagaimanakah

5. Soalan-soalan Lazim

6. Penutup

3. Sejauhmanakah 4. Setakat manakah 5. Bilakah 6. Bukankah.. 1. Apakah rasional di sebalik langkah pengkorporatan pendidikan pengajian tinggi ini? 2. Apakah kebaikan langkahlangkah pengkorporatan ini? 3. Sejauhmanakah langkah ini akan memberi kesan kepada pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi? 4. Mungkinkah pelajarpelajar institusi pengajian tinggi nanti akan dibebankan dengan masalah kewangan? 5. Apakah harapan dan wawasan Kementerian 1. Ucapan terima kasih

5.3.1Aktiviti Berpandukan contoh di atas, tuliskan satu kertas persediaan temu ramah untuk menemu ramah Menteri Pelancongan Malaysia. 6.0 Ringkasan 6.1 Temu ramah ialah proses komunikasi dua hala yang formal. 6.2 Tujuan temu ramah ialah untuk mendapatkan maklumat. 6.3 Antara ciri temu ramah ialah: mempunyai objektif mendapatkan maklumat; mempunyai orang yang

menyoal; mempunyai orang yang ditanya; bersifat dialog; dan berbentuk soal-jawab. 6.4 Format temu ramah terbahagi tiga iaitu pendahuluan, isi dan penutup. 6.5 Sebelum mengadakan temu ramah, seseorang penemu ramah perlu menentukan objektif temu ramah, menentukan tajuk dan skop temu ramah, mengenal pasti kesesuaian orang yang ditemu ramah, menyediakan soalan-soalan yang sesuai, menjangkakan jawapan soalan-soalan, memastikan jawapan adalah mencukupi, memastikan soalan-soalan berkembang, memastikan komponen temu ramah adalah cukup, menentukan masa dan tempat yang sesuai. 6.7 Perkara-perkara yang perlu dihindari semasa ditemu ramah ialah gaya diri yang tidak baik, tidak bersemangat, terlalu yakin, tidak berupaya menyatakan pendapat dengan jelas, bersikap pasif, tidak menunjukkan minat, tidak menjawab soalan dengan tepat, tidak matang, tidak berhemah tinggi, gagal mengawal mata dengan penemu ramah. 7.0 Latihan Kendiri 1. Apakah maksud temu ramah? 2. Nyatakan ciri-ciri temu ramah. 3. Nyatakan format-format temu ramah. Jawapan: Jawapan 1: Temu ramah ialah proses komunikasi dua hala yang formal. Temu ramah dilakukan secara terancang. Proses asas dalam temu ramah ialah menyoal (oleh orang yang menemu

ramah) dan menjawab (oleh orang yang ditemu ramah). Tujuan temu ramah ialah untuk mendapatkan maklumat. Oleh itu temu ramah selalunya adalah berdasarkan suatu tajuk, isu atau persoalan yang telah ditetapkan terlebih dahulu. Jawapan 2: Ciri-ciri temu ramah ialah mempunyai objektif mendapatkan maklumat tentang sesuatu perkara. Oleh kerana itulah temu ramah bersifat soalan dan jawapan. Ciri seterusnya ialah mempunyai orang yang menyoal, iaitu orang yang menemu ramah. Temu ramah tidak akan sempurna tanpa soalan. Ciri lain ialah mempunyai orang yang ditanya. Oleh kerana temu ramah adalah berasaskan soalan, maka perlulah mempunyai orang yang menjawab soalan-soalan itu. Ciri berikutnya ialah bersifat dialog. Ini kerana temu ramah lebih berbentuk perbualan antara dua orang, atau lebih. Temu ramah juga berbentuk soal-jawab. Ini kerana temu ramah mempunyai soalan. Soalan-soalan ini adalah ringkas, padat dan jelas. Soalan yang dikemukakan itu perlu ringkas dan tepat kerana itu akan memudahkan kefahaman pemberi maklumat. Jika soalan-soalan yang dikemukakan itu rumit dan sukar difahami, sudah pastilah jawapan yang diinginkan sukar diperolehi. Jawapan 3: Format temu ramah terdiri dari tiga bahagian iaitu bahagian pendahuluan, bahagian isi dan bahagian penutup. Dalam bahagian pendahuluan, penemu ramah akan memulakan majlis dengan kata-kata aluan dan mennyatakan tajuk temu ramah. Orang yang akan ditemu ramah juga dinyatakan diri. Dalam bahagian isi, penemu ramah memulakan dialognya. Pada bahagian penutup, penemu ramah membuat ulasan tentang temu ramah tersebut.

You might also like