You are on page 1of 1

Alzheimer (Altz-hi-merz) merupakan punca utama bagi nyanyok (dementia), ia meruapakan salah satu penyakit mental yang tiada

penyebab atau punca yang jelas, malah tiada cara rawatan yang khusus untuk menyembuhkannya. Namun, biasanya keadaan ini berlaku apabila berlakunya kemerosotan neuron didalam otak terutamanya di hipotalamus serta frontal dan temporal lobes di cerebal kortek. Tempat-tempat ini merupakan bahagian otak yang terlibat dalam kegiatan memori (daya ingatan), bahasa, dan kognitif. Alzeimer menyebabkan seseorang itu menjadi pelupa, keadaan ini biasa terjadi pada orangorang yang sudah berusia apabila fungsi saraf otak yang komplek dan progresif semakin menurun. Selain daripada itu, Alzheimer menyebabkan seseorang itu gagal atau sukar untuk menguruskan diri sendiri dan memerlukan orang sekeliling membantunya. Semua ini berlaku apabila sistem otak kita terganggu. Antara ciri-ciri pesakit Alzheimer Pertuturan menjadi lemah.

Kewarasan yang semakin menurun. Daya ingatan semakin teruk. Perubahan personaliti. Perubahan tingkah laku. Pertimbangan yang semakin teruk.

Tanda-tanda awal yang akan dialami oleh pesakit Alzheimer Terlupa akan perkara yang baru sahaja dilakukan.

Terlupa untuk melakukan sesuatu yang penting sedangkan sebelum ini dia melakukannya setiap hari dan tidak pernah lupa. Secara perlahan-lahan kemampuan pesakit menguruskan diri semakin hilang. Pesakit semakin keliru dengan keadaan persekitaranya. Ingatan terhadap diri sendiri, ahli keluarga, jiran dan jalan raya semakin hilang.

Pesakit menjadi agresif, cepat marah dan hilang minat untuk berinteraksi atau melakukan perkara yang diminatinya. Adakalanya pesakit menjerit, terpekik tanpa sebab.

Individu yang berisko mendapat Alzeimer Individu berusia 40 tahun keatas yang mempunyai penyakit tekanan darah tinggi (risiko semakin tinggi jika individu terbabit turut mempunyai kencing manis dan juga masalah saluran darah tersumbat, keras dan sebagainya). Pesakit kencing manis. Individu yang kurang melakukan aktiviti senaman. Individu yang mempunyai masalah kolesterol dalam badan yang tinggi. Faktor keturunan.

You might also like