You are on page 1of 10

Amalan Reflektif

Berfikiran reflektif merupakan amalan berfikir atau merenung kembali sesuatu pengalaman yang kita alami dan menyedari implikasinya terhadap diri kita. Budaya ini bagi kalangan guru mampu untuk membantu guru mengimbangkan kepercayaan kita dengan keperluan pelajar. Apabila kita membuat refleksi, kita menjadi lebih sedar dan kritis mengenai amalan kita sendiri dan dengan ini sesuatu pengajaran mampu dipertingkatkan. Pengajaran reflektif adalah penting kerana pengajaran ini membolehkan kita memahami pengalaman praktik tanpa mengetepikan hakikat bahawa terdapat nilai, andaian, kepercayaan dan perspektif kendiri yang mempengaruhi kedua - dua amalan dan bagaimana amalan itu dialami.

Schon (1993) berpendapat bahawa amalan reflektif ialah proses belajar pada peringkat tinggi yang melibatkan pemikiran tentang pembelajaran berasaskan amalan untuk mendapat perspektif baharu untuk memperbaharui pertimbangan dan meningkat inkuiri sehingga menjadi suatu himpunan. Kepentingan amalan ini adalah membantu dalam mengimbangi antara pengalaman sendiri dengan orang lain, suatu elemen dalam Penyelidikan Tindakan, memudahkan perbincangan dilakukan, suatu pembelajaran kendiri dan sebagai penilaian terhadap amalan kendiri.

Antara jenis - jenis amalan reflektif adalah seperti berikut: i. Amalan reflektif semerta (Reflection in Action) ii. Amalan reflektif ke atas tindakan (Reflection on Action) iii. Amalan reflektif untuk tindakan (Reflection for Action)

Manakala proses pengajaran reflektif pula berlaku dalam dua cara iaitu penulisan jurnal refleksi dan pengurusan portfolio.

Penulisan jurnal refleksi merupakan salah satu aktiviti yang menggalakkan pemikiran reflektif dalam kalangan pelajar dan guru. Tindakan susulan dalam pengajaran reflektif adalah apabila guru yang terlibat dalam amalan reflektif berasa puas dengan peranan yang dimainkan dalam menangani masalah pengurusan bilik darjah dan P&P.

Pengurusan portfolio pula adalah menjadi suatu alat yang menggalakkan pelajar menjana pengetahuan dan kemahiran serta merangsang pemikiran terhadap tugas mereka dalam pengajaran. Bagi Wolf (1996), portfolio pengajaran ialah satu koleksi maklumat mengenai amalan pengajaran seseorang guru yang terdiri daripada rancangan pengajaran, tugasan pelajar, rakaman video dan bahan bahan lain yang berkaitan dalam P&P.

Kolaborasi dan Musyawarah


Kolaborasi didefinisikan sebagai bekerja dengan orang lain dalam projek bersama yang tidak mempunyai matlamat yang sama hendak dicapai. Musyawarah ialah rundingan yang berlangsung dan mencapai kata sepakat atau persetujuan terhadap sesuatu tindakan yang diambil. Kepentingan kolaborasi ini adalah kerana melalui kajian mendapati bahawa guru boleh berkembang secara profesional melaluinya. (Lieberman, 1986a, 1986b; Hopkins et all.,1994).

Lieberman juga menekan bahawa sesebuah sekolah akan lebih berjaya untuk guru dan muridnya sekiranya guru bekerja secara kolaboratif untuk menyelesaikan masalah,dan diberi kuasa autonomi yang maksimum untuk menjalankan kerja mereka. Di mana kepakaran dalam pengajaran lahir daripada proses perkongsian, mencuba idea - idea baharu, membuat refleksi ke atas amalan dan membina pendekatan - pendekatan baharu.

Antara elemen kolaborasi ini adalah: i. Hubungan kerja berterusan ii. Kepercayaan dan sukarela iii. Peningkatan kemahiran dan daya usaha berterusan iv. Bekerjasama untuk perkembangan v. Penghargaan secara langsung.

Cara - cara guru berkolaborasi pula adalah: i. Pengajaran berpasukam ii. kolaborasi melalui Kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) iii. Kolaborasi antara organisasi/institutsi/agensi Rumusannya, musyawarah dan kolaborasi perlu dijadikan amalan oleh para guru dalam menentukan sesuatu keputusan bersama - sama demi perolehi hasil yang cemerlang.

You might also like