You are on page 1of 4

"Ambillah iktibar dari kisah benar ini..

Melihat pendedahan yang dibuat oleh sebuah stesen televisyen swasta


baru-baru ini mengenai anak bangsa kita yang melakukan perbuatan
terkutuk di dalam hutan terutamanya di pusat-pusat perkelahan
mengingatkan. Pengalaman saya berhadapan dengan sepasang
tunang yang mengadu menghadapi masalah besar beberapa tahun
lalu," beritahu Ustaz Abdullah Mahmud, penceramah bebas yang
dikenali ramai. Tambahnya, beliau memang tidak hairan dengan
pendedahan tersebut kerana sepanjang menjadi penceramah,
kaunselor dan merawat orang, dia didatangi oleh golongan remaja
yang mengadu menghadapi masalah akibat terlanjur terutamanya si
wanita yang mengandung setelah berzina di merata tempat tak kira
hutan, hotel, rumah kosong, dalam semak, kereta dan sebagainya.
"Adakalanya saya menitiskan air mata apabila mengingatkan
pergaulan bebas anak muda kita yang makin menjadi-jadi.

Mereka ini langsung sudah tidak takut bala Tuhan. Mereka sudah tidak
dapat membezakan antara halal dan haram," tegas beliau dengan
nada kesal.

Berbalik kepada pasangan tunang yang datang menemui beliau di


pejabatnya di Batu Caves, Selangor ketika itu, Ustaz Abdullah
menjelaskan pasangan itu yang berumur lingkungan pertengahan 20-
an itu datang untuk meminta pertolongannya. "Apa yang boleh saya
bantu encik?" Tanya Ustaz Abdullah kepada mereka. Si lelaki kelihatan
malu-malu untuk menceritakan masalahnya manakala si perempuan
mencubit paha lelaki itu mungkin meminta agar segera menceritakan
masalah mereka.

Ustaz Abdullah yakin masalah yang dihadapi oleh pasangan itu agak
berat kerana berdasarkan pengalaman, lazimnya hanya mereka yang
menghadapi masalah besar saja akan pergi menemui kaunselor atau
ustaz bagi mencari jalan agar kekusutan yang dialami mereka terlerai.
"Ustaz...macam ini, saya dan tunang saya ada masalah sikit. Ketika
tidur, saya selalu nampak ular dalam rumah. Begitu juga dengan
tunang saya. Seringkali ketika tidur, tunang saya menjerit-jerit. Dia
kata ular besar datang membelitnya. "Saya sendiri sudah takut hendak
masuk di dalam semak kerana sering terbayang ada ular," beritahu
lelaki itu ringkas.

Mendengar masalah itu, Ustaz Abdullah termenung sejenak. Dia


merenung memikirkan "penyakit" aneh yang dihadapi oleh pasangan
itu. "Awak pernah pukul ular ke?" Ustaz Abdullah mengajukan soalan
rambang . Bagaimanapun lelaki itu menggeleng kepala sambil
memberitahu dia tidak pernah memukul ular. Lelaki itu turut
memberitahu dia dan tunangnya jadi fobia kepada ular dan akibat itu
badan mereka menjadi lemah tidak bermaya akibat sering terkejut.

Mereka juga menyatakan telah pergi menemui beberapa orang bomoh


meminta air penawar agar kelibat ulat tidak tergambar lagi dalam
bayangan matanya tetapi semuanya tidak menjadi. "Selalunya kalau
jadi macam ni, pasti ada sebabnya. Kalau tidak ada sebab tertentu,
setahu saya perkara seperti ini tidak akan berlaku tambahan lagi
berdasarkan pengamatan saya, awak berdua bukan terkena sihir," kata
Ustaz Abdullah yang menyedari pasangan tunang itu cuba
menyembunyikan cerita yang sebenar kepadanya.

Namun lelaki itu tetap berkeras menyatakan mereka tidak pernah


melakukan sesuatu kesalahan seperti memukul ular dan
sebagainya."Tak perlu hendak malu. Saya hendak tahu ini pun,
bukannya saya bermaksud hendak campur hal encik tapi dengan
mengetahui puncanya, mudahlah sikit saya berikhtiar kalau-kalau ada
serasi, Allah akan makbulkan permohonan kita," pujuk Ustaz Abdullah
lagi. Sebaik saja mendengar kata-kata itu, wajah mereka tiba-tiba
berubah. Si perempuan pula tiba-tiba menitiskan air mata manakala
yang lelaki tunduk ke bawah memandang lantai. Dia kelihatan malu
untuk bertentangan mata dengan Ustaz Abdullah. "Macam ini Ustaz,
sebenarnya saya kena belit ular sawa setahun yang lalu, sejak itu saya
mengalami masalah ini, sering diganggu dengan bayangan ular.
Tunang saya juga kena belit ular," akui lelaki itu agak mengejutkan
Ustaz Abdullah. Ustaz Abdullah yang tidak begitu faham dengan
penjelasan itu terus bertanya kepada mereka bagaimana cerita yang
sebenarnya.

Barangkali setelah yakin dengan keikhlasan Ustaz Abdullah untuk


membantu, akhirnya pasangan itu menceritakan segala-galanya.
Cerita lelaki itu, kejadian itu berlaku sebelum mereka bertunang. Pada
suatu hari, mereka yang mengaku bekerja di sebuah syarikat yang
sama di Shah Alam, Selangor mengatur janji untuk pergi ke sebuah
tempat perkelahan di Selangor. Mereka yang kebetulan bekerja syif
malam telah mengambil keputusan untuk pergi pada hari biasa kerana
pada hari tersebut orang tidak ramai maka mudahlah mereka bermadu
asmara dan bercengkerama.

Menurut lelaki itu lagi, sebelum itupun, mereka pernah pergi ke situ
pada hujung minggu. Bagi mereka, pada hujung minggu tidak sesuai
kerana, pengunjung terlalu ramai, maka menyukarkan mereka untuk
bercumbu rayu. Itupun mereka memilih tempat terlindung tetapi tidak
terlepas daripada gangguan pemuda-pemuda yang suka mengendap.
"Hanya dua bulan perkenalan, kami sudah terlanjur. Ketika saya dibelit
ular tempoh hari, saya berkenalan dengan tunang saya ini sudah enam
bulan. Banyak kali sudah kami melakukan perbuatan terkutuk itu,"
nyata lelaki itu sambil menangis. Sebaik saja sampai di kawasan
perkelahan yang mempunyai sebatang anak sungai itu, dia
menyorokkan motosikal di dalam semak. Manakala tempat mereka
bersama terlindung di sebalik pokok balak berhampiran gigi air sungai.

Pada tengahari itu memang sunyi. Seorang manusia pun tidak


kelihatan. Bukan main seronoklah mereka berdua kerana dapat
bermadu kasih tanpa gangguan, meskipun terbit rasa bimbang kalau
ada yang mengintip di sebalik semak atau diserbu pihak berkuasa tapi
perasan rindu dendam yang membara mengatasi segala-galanya. Di
situ, pada mulanya mereka berbual-bual sambil berpegangan tangan.
Kemudian melarat ke bahagian lain pula. Seterusnya nafsu mula
menguasai diri masing-masing. Berbekalkan kertas suratkhabar, ia
dijadikan alas untuk mereka berbaring. Pakaian si perempuan
dilucutkan satu demi satu, selepas itu yang lelaki pula menanggalkan
pakaian. Mereka bercumbu rayu dan terus berzina tanpa menyedari di
dalam rumpun semak di hujung kaki mereka berlengkar seekor ular
sawa sebesar paha orang dewasa sedang mengeram. "Kami tak sedar
ada ular. Tengah-tengah buat benda tu, kaki saya tertendang ular itu
menyebabkan dengan pantas ia terus menyerang dan membelit kami
berdua.

Ia berlaku dengan pantas sekali, tidak sempat kami hendak melarikan


diri," cerita lelaki itu dengan perasaan kesal. Akibat belitan ular sawa
itu, mereka berdua merasakan ajal mereka akan tiba pada bila-bila
masa kerana setiap kali mereka meronta, semakin kuat ular itu
menjerut tubuh mereka. "Saya menjerit sekuat hati meminta tolong.
Perasaan malu sudah tidak ada lagi dalam diri saya pada masa itu.
Yang penting, nyawa kami harus diselamatkan dan pada masa yang
sama, saya semakin sesak nafas kerana belitan ular itu yang sungguh
kuat dan mulutnya terngaga luas seperti tidak sabar-sabar hendak
menelan saya," beritahunya tanpa segan silu lagi. Keadaan kekasihnya
semakin lemah. Mukanya pucat lesi seperti sudah kehilangan darah.

Lelaki itu tidak mampu berbuat apa-apa. Kudratnya tidak terdaya


menandingi ular besar itu. Dalam keadaan cemas, tiba-tiba muncul
seorang pemuda dari sebalik semak sambil memegang sebatang kayu
untuk memukul kepala ular itu yang hendak membaham kepala lelaki
tersebut. Pemuda itu teragak-agak untuk memukul kepala ular sawa
itu mungkin bimbang kalau terkena kepala lelaki itu. "Saya menjerit
dan merayu agar ditolong dengan nada yang tersekat-sekat kerana
sesak nafas. Kemudian pemuda itu dengan laju menghayun kayu
sebesar betis itu beberapa kali mengenai kepala ular tersebut.
"Akhirnya, ular itu terkulai dan belitannya terurai. Saya tidak mampu
bergerak lagi manakala kekasih saya pengsan. Pemuda itu
memakaikan semula baju kami. Kemudian dia pergi meminta bantuan
orang untuk menghantar kami ke hospital. Dia hanya seorang diri.
Saya tidak pasti siapa pemuda itu dan dari mana dia datang. Saya
syak mungkin pada mulanya dia sedang mengintai saya buat "projek,"
cerita lelaki itu lagi. Akibat belitan ular tersebut, pasangan itu
mengalami kecederaan agak teruk iaitu si lelaki patah satu tulang
rusuknya manakala kekasihnya patah dua batang tulang rusuk. Empat
bulan selepas kejadian itu, mereka melangsungkan pertunangan dan
merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat setelah didesak
oleh keluarga yang mengetahui kejadian itu.

Bagi mereka, masalah sering dihantui oleh bayangan ular lebih perit
daripada menanggung kesakitan akibat patah tulang rusuk. Akibat
"badi" itu, tidur malam mereka terganggu setiap malam dan walau
kemana sekalipun berada,mereka terbayang berhampiran mereka ada
banyak ular. Mendengar penjelasan lelaki itu, fahamlah Ustaz Abdullah
apa sebenarnya yang terjadi. Namun sebelum merawat pasangan itu,
beliau telah menasihatkan mereka agar bertaubat kerana telah
melakukan perbuatan zina. Ustaz Abdullah juga memberitahu mereka,
berkemungkinan peristiwa dibelit ular itu adalah balasan Tuhan di
dunia di atas perbuatan mereka itu. "Awak berdua patut bersyukur.
Saya rasa Allah sayangkan awak berdua. Dia bagi azab kecil kepada
awak berdua mungkin supaya awak insaf dan segera bertaubat. Kalau
nak ikutkan, ramai orang berzina tetapi Allah tidak mahu menunjukkan
balanya di dunia ini, maka kerana tidak pernah dijatuhkan bala itu,
mereka ini berterusan melakukan zina," nasihat beliau membuatkan
pasangan itu menangis tersedu-sedu sambil berjanji akan bertaubat
serta berkahwin secepat mungkin.

Ustaz Abdullah memberi sebotol air penawar. Air itu digunakan untuk
mandi dan minum. Di samping itu, Ustaz Abdullah menasihatkan
pasangan itu agar sering mengingati Tuhan semoga penyakit fobia
mereka hilang. Mereka pulang dengan wajah riang dan tidak lama
kemudian lelaki itu menghubungi Ustaz Abdullah memberitahu mereka
berdua telah sembuh sepenuhnya dan menjemput beliau hadir ke
majlis perkahwinan mereka.

DIRIWAYATKAN OLEH IBNUL JAUZI BAHAWA : "SESUNGGUHNYA NERAKA


JAHANAM MEMILIKI TUJUH BUAH PINTU. YANG PALING MENAKUTKAN,
PALING PANAS DAN PALING BUSUK BAUNYA ADALAH PINTU YANG
DIPERUNTUKKAN KEPADA PARA PENZINA YANG MELAKUKAN
PERBUATAN TERSEBUT SETELAH MENGETAHUI HUKUMNYA."

You might also like