You are on page 1of 7

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU PEMULIHAN KHAS

Menjalankan tugas-tugas berkaitan Program Pemulihan khusus untuk murid-murid lemah yang terpilih dari Tahap 1 dan Tahap 2. Keutamaan hendaklah diberi kepada muridmurid Tahun 1 hingga 3. Antaranya : 1. Membantu guru-guru asas dalam hal: Mengenalpasti murid-murid lemah yang memerlukan pengajaran pemulihan sama ada di kelas biasa atau kelas khas. Merancang dan menyediakan aktiviti-aktiviti serta bahan-bahan pemulihan. Mengatur jadual pemulihan khas. waktu untuk pengajaran

Mengajar sebagai guru pembimbing untuk membantu guru mata pelajaran asas sekiranya keadaan memerlukan.

2. Berjumpa dan berbincang dengan guru , ibubapa,doktor, pegawai kebajikan dan pihak-pihak lain yang boleh membantu untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tingkah laku, kesihatan dan keterangan lain mengenai latar belakang murid. 3. Melaksanakan penilaian dan merekodkannya secara berterusan untuk mengetahui prestasi murid-murid yang mengikuti kelas pemulihan. Isi-isi rekod hendaklah mengandungi:

Laporan prestasi murid. Latar belakang murid. Laporan kesihatan murid. Hasil-hasil temubual dan rujukan 4. Menyediakan fail diri bagi setiap murid pemulihan. Fail diri murid mengandungi: Borang Pencalonan. Borang Latar belakang Murid Pemulihan. Borang Pengumpulan Maklumat. Ujian Saringan dan Diagnostik Lembaran Kerja Hasil Penilaian yang telah dijalankan. Catatan-catatan lain yang berkaitan dengan murid.

5. Membentuk jawatankuasa Program Pemulihan Khas serta menjadi ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. 6. Mengadakan bengkel di peringkat sekolah atau daerah di mana keadaan memerlukan. 7. Tugas-tugas yang berkaitan dengan kebajkan muridmurid pemulihan di sekolah.

Pelaksanaan Program Pemulihan Khas


CARTA ALIRAN PROSES PELAKSANAAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS
Pencalonan & Pengumpulan Maklumat

Kelas Biasa (Kerja Susulan)

Sudah Menguasai Kemahiran 3M Ujian Saringan

Belum Menguasai Kemahiran 3M

Ujian Diagnostik dan Ujian Pengamatan

Analisa Ujian Diagnostik & Ujian Pengamatan

Penyediaan Rancangan Pengajaran

Pengajaran Dan Pembelajaran

Belum Menguasai Kemahiran 3M Meneruskan Pengajaran Pemulihan

Penilaian Sudah Menguasai Kemahiran 3M

1.

Pencalonan Murid i. Pencalonan murid : Tahap Satu berdasarkan Saringan Linus Tahun Satu selepas Saringan 2 Linus Tahap Dua berdasarkan pencalonan guru

2.

Saringan / Ujian Saringan : Menentukan calon yang layak untuk mengikuti Program Pemulihan Khas o Tahap Satu Saringan Linus o Tahap 2 IPP2M

Pelepasan : Setelah murid berjaya melepasi Saringan Linus / IPP2M

3.

Ujian Diagnostik Ujian Diagnostik perlu dijalankan untuk membantu guru mengesan aras kelemahan dan kekuatan murid secara khusus supaya perancangan pengajaran yang lebih teliti dan lebih berkesan dapat

pembelajaran dan disediakan.

4.

Ujian pengamatan Ujian Pengamatan adalah satu proses untuk mendapatkan maklumat daripada tindakbalas pancaindera. kemampuan Ujian murid ini disediakan untuk untuk

membantu mengesan

membeza,

mengumpul dan membuat penumpuan.

5.

Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran (IPMBDP) dan Instrumen Senarai Semak Disleksia ( ISD ) Murid-murid yang telah menjalani proses pembelajaran dan pengajaran selama setahun dalam Tahun 1 dan gagal melepasi Saringan 3 adalah

dicadangkan untuk menjalani IPMBDP dan ISD bagi mengenalpasti sama ada murid tersebut mempunyai ciri-ciri murid berkeperluan khas.

6.

Penyediaan Rancangan Pengajaran Rancangan Pembelajaran dan Pengajaran murid boleh dibuat

berdasarkan analisa Ujian Diagnostik.

7.

Penyimpanan Rekod Penyimpanan rekod prestasi kemajuan murid adalah sangat penting bagi memastikan proses pemulihan dilaksanakan dengan berkesan.

8.

Tindakan Susulan Murid Pemulihan Khas yang melepasi Ujian Pelepasan akan dikembalikan semula ke kelas arus perdana. Pemantauan akan dibuat dari semasa ke semasa bagi memastikan perkembangan pembelajaran murid tersebut.

Pengurusan Kelas Pemulihan Khas

1. Jadual Waktu Tentukan masa yang diperlukam mengikut keperluan kelas berpandukan jadual waktu induk sekolah selaras dengan waktu Literasi dan Numerasi. Waktu mengajar tidak kurang 900 minit dan tidak melebihi 1020 minit termasuk waktu persediaan 120 minit. Pamerkan jadual waktu kelas pemulihan. Waktu untuk persediaan hendaklah digunakan untuk : o o o o Membuat persediaan BBM Mengemas kini rekod-rekod dan fail-fail Bimbingan dan kaunseling kepada murid-murid Runding cara dengan guru kelas atau guru mata pelajaran tentang perkembangan murid di kelas biasa o Runding cara dengan guru besar untuk

meningkatkan prestasi murid o Mengemas kini sudut-sudut pameran pembelajaran

2.

Jumlah murid dalam Kelas Pemulihan Khas Bilangan murid dalam kelas pemulihan khas hendaklah tidak melebihi 15 orang pada setiap sesi pembelajaran.

3.

Pengurusan fail Tahap 1 Tahap 2 Mengikut sistem fail dalam Program Linus Fail Individu Murid Fail Lembaran Kerja Fail Jawatankuasa Pemulihan Khas Peringkat Sekolah Fail Data Prestasi Murid Fail Perancangan program Pemulihan Khas Fail Pengurusan

4.

Rekod Kedatangan Murid Rekod Kedatangan murid di Kelas Pemulihan Khas hendaklah disediakan bagi merekod kehadiran murid setiap hari untuk dijadikan rujukan kekerapan kehadiran murid ke Kelas Pemulihan Khas.

You might also like