Professional Documents
Culture Documents
Sembahyang itu ibaratkan kita membunuh diri atau mati maka itu ada ayat yang
menyatakan "Matikan lah diri kamu sebelum kamu dimatikan"
Yang nak di ihramkan adalah diri kita ini kerana yang hidup hanya Allah.
Maka takbir lah dengan kalimah Allahu Akhbar.
Dia lah yang Hidup, Berilmu,Berkuasa,Berkehendak,Melihat,Mendengar dan
Berkata2.
Kalau dialah yang Berkata2 apakah kita yang membaca didalam solat itu,adakah
kita yang Mendengar,adakah kita yang Berdiri......dah tentu bukan kan kerana kita
bersifat Laa Haw La Wala.
Jadi sifat siapa tuu yang solat kerana kita sendiri tak ada kuasa.
Maka disini dapat lah kita simpulkan yang mendirikan solat itu adalah ruh kita yang
dianugerahkan dengan 7 sifat ma'ani dan yang mempersembahkan solat itu adalah
jasad yang bersifat muhaddas(sementara).Boleh lah dikatakan dari sudut hakikat
nya Roh lah yang menjadi Imam dan Jasad kita menjadi Makmum kerana Jasad
hanya mengikut apa yang dilakukan oleh Roh.
Tanya sikit:
Saya boleh huraikan kecuali kalau kita dapat bersua muka kerana soal2 begini perlu
dibincangkan dengan panjang lebar maka itu ada lah lebih baik kalau awak
dapatkan seorang guru yang berdekatan.
Itu terlebih baik.
Assalamualaikum
Sila tuan berikan penjelasan lanjut agar memberi manfaat bagi kita semua,
1. Sembahyang itu ibarat membunuh diri atau mati…apakah mati itu hanya berlaku
dlm sembahyang?
2. Jika roh yg bersifat ma’ani itu mengawal jasad tidakkah keadaan jasad itu
menghakikatkan ma’ani kepada maknawiyah?
Wa alaikum salam.
Saya yakin para ahli2 disini semua nya ada guru masing2 maka lebih afdhal kalau
kita rujuk kepada mereka2 yang lebih berilmu dari kita kerana kalau bersua muka
lebih cantik perbincangan itu dan dapat mencapai satu persetujuan.Tujuan saya
disini bukan nak memancing atau setakat nak sampaikan persoalan tapi untuk
membuka minda2 kita dan boleh dijadikan bahan rujukan pada guru2 kita.Lain guru
mungkin lain cara penyampaian nya walaupun persoalan dan akar nya sama.Maka
itu terlebih dulu saya minta maaf lah kalau apa yang saya nak sampaikan ini
bercanggah dengan pendapat2 ahli disini.
Maka pada keseluruhan sembahyang yang dilakukan oleh kita itu adalah
menggambarkan sebagai bentuk huruf:
Berdiri seperti Alif
Rukuk seperti Ha
Sujud seperti Mim
Duduk seperti Dal.
AKHBAR
Siddiq,Amanah,Tabligh dan Fatanah(Juga ada disitu)
Maka bahawasa nya pada hakikat Qasad itu dikehendaki "Zat Allah" semata2 dan
Ta'arad itu "Sifat Allah" semata2 dan Ta'in itu "Af'al Allah semata2.Maka oleh kerana
itu dikatakan:
Laa Maujuda Fissalah Ilallah > Tak ada yang Wujud didalam sembahyang melainkan
Allah.
Laa Hayata Fissalah Ilallah > Tak ada yang Hidup didalam sembahyang melainkan
Allah.
Wala Fa'ila Fissalah Ilallah > Tak ada yang Empunya Perbuatan didalam
sembahyang melainkan Allah.
Maka itu saya katakan sembahyang itu ibarat bunuh diri atau mati malah pada
ketika kita melaungkan Takbiratul Ihram Tak ada satu yang keluar dari diri kita dan
Tak ada ssesuatu yang Masuk pada ketika itu.
Semua nya berlaku dengan satu nafas ajer.
Inilah hakikat Ihram(macam orang mati lah).
Baik lah sekian ajer yang saya dapat sampaikan disini dan saya sudahi dengan
mohon maaf andai nya ada kesilapan atau kekeliruan.
Maksud mati disini bahawa diri Kamu Tiada kuasa yaitu hal keadaan kamu seperti
mayat kerana Sifat kamu itu adalah Sifat bagi Zat dan hendak lah mandikan diri
kamu dengan air Riyadha yaitu air yang suci yang boleh menyuci bagi yang lain
yaitu keikhlasan diri kamu.
(Orang mati mesti nak dimandikan dulu kan)
Dan hendaklah diri kamu itu dikapankan yaitu dengan mentauhidkan pada
perbuatan.Sifat dan Ujud kamu itu kepada Zat Allah Ta'ala yang Wajibal Wujud.Dan
hendaklah sembahyang kan diri kamu dahulu yaitu sucikan diri yaitu serahkan
segala sifat2 kamu itu kepada yang Haq kerana Sifat yang ada pada kamu itu
adalah Sifat bagi bagi Zat dan hendak lah tanamkan dahulu diri kamu didalam
kubur yang Terusalli yaitu Asal Kita Tiada, Kembali Lah Kita Pada Yang Tak Ada.
Ok lah setakat ini aje.
hakikat solat ialah sedar bahwer kita adalah hamber dan kita sedang sembah
Tuhan....abih citer...syarat ialah dari awal takbir hingga salam ingatan ingat
Allah...nak power skit ikut cam ihya ulumiddin citer...rasa tuh rasa nih...gambar tuh
inih..sbenonyr kalau ingat saje pun kira amat orait dan terorait ...kunci jangan
pakcik lihat ape yg korang citer pusing pusing lam ruang lingkup ahad jer...cumer
guner bahser kitab pesal TG ajar...
pakcik lihat apa saje peringkat ilmu yg korang dakwa awal pertengahan baru blaja
etc..maka tak lepaih dari menghurai pekataan Ahad...tul besar kebesaran tuhan yg
menurunkan Surah al Ikhlas...bebagai TG ngan zaman dok tafsir tapi cukup satu
pekataan mewakili sekalian huraian manusia...lum abih kot ??tatau pesal ilmu
Tuhan mane kita tahu kan
Maka belajar dari ayat dapat lah ayat nya tapi kalau nak dapat Jabal Uhud belajar
lah ilmu nya.