You are on page 1of 5

AMALAN PROGRAM INTERVENSI AWAL KANAK-KANAK AUTISME MENGIKUT PERSPEKTIF IBU BAPA

PENGENALAN

Jurnal ini ditulis oleh Manisah Ali dan Liew Ping Yee telah diterbitkan pada tahun 2008. Jurnal ini mengandungi 15 muka surat dan diterbitkan oleh Jurnal Pendidikan bilangan ke -33. Kajian yang dilakukan adalah untuk melihat pandangan ibu bapa

mengenai perkhidmatan, jenis intervensi awal yang dijalankan, dan tahap penglibatan ibu bapa terhadap intervensi awa yang diterima oleh kanak-kanak Autisme di Malaysia.

PERBINCANGAN

Pada awal penulisan dan kajian yang dijalankan pengkaji menulis mengenai maksud intervensi awal yang merupakan satu proses yang memberikan perkhidmatan, pendidikan dan juga sokongan kepada kanak-kanak khas dan berisiko. Penulis juga menerangkan mengenai lima perkembangan yang diperlukan oleh kanak-kanak khas dan keluarga iaitu perkembangan fizikal, kognitif,komunikasi, sosial dan emosi. Program intervensi ini diberikan kepada kanak-kanak yang telah dikenalpasti mempunyai kelambatan atau ketidakupayaan perkembangan yang berumur di antara 06 tahun. Kanak-kanak bekeperluan khas di Malaysia terbahagi kepada tiga kategori iaitu masalah pembelajaran, masalah pendengaran dan masalah penglihatan. Berdasarkan kategori yang dinyatakan, kanak-kanak autisme adalah kanak-kanak yang tergolong dalam kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran. Berdasarkan kajian-kajian lepas yang dibuat oleh penulis, intervensi awal berfungsi sebagai perkhidmatan awal yang boleh mengurangkan kesan kelambatan yang akan
1

dihadapi oleh kanak-kanak ini dan boleh mengelakkanya daripada menjadi semakin serius. Intervensi awal ini juga boleh membantu dan meningkatkan potensi yang ada pada kanak-kanak ini. Hal ini dibuktikan melalui kajian Addison (2003) yang menyatakan bahawa terdapat pengaruh positif kepada kanak-kanak ini seperti perkembangan pada tahap tertentu, mengurangkan tekanan keluarga dan keperluan pendidikan khas serta mengelakkan atau mengurangkan masalah susulan. Melalui dapatan kajian penulis menyatakan Wolfendale (1997) menyatakan terdapat empat tujuan intervensi awal iaitu, membekalkan sokongan kepada keluarga supaya menyokong perkembangan kanak-kanak, meningkatkan perkembangan kanakkanak dalam bidang utama iaitu dalam bidang komunikasi dan mobiliti. Tujuan seterusnya ialah untuk meningkatkan keyakinan kanak-kanak dan mengelakkan berlakunya masalah pada masa hadapan. Ciri-ciri kanak-kanak autisme dalam model ketidakupayaan Tiga Segi yang dikemukakan oleh Wing dan Gould(1979) iaitu ketidakupayaan komunikasi sosial, ketidakupayaan interaksi sosial dan ketidakupayaan imaginasi. Kanak-kanak autism juga didapati mempunyai masalah tingkah laku, keminatan dan aktiviti yang terbatas dan berulangan (Wing, 1996). Penulis juga ada mencatatkan mengenai konsep autistic yang diperkenalkan oleh Wing (1998) iaitu kecelaruan Spetktrum Autistik yang menerangkan cirri-ciri autistik iaitu mempunyai kelambatan perkembangan atau kefungsian yang tidak normal pada atau sekurang-kurangnya satu ciri ketidakupayaan sebelum berumur tiga tahun. Pengesanan kanak-kanak autism ini boeh dibuat seawal usia dua tahun dan melalui kajian-kajian lepas yang dibuat oleh penulis jelas menunjukkan bahawa intervensi awal yang diberi seawal mungkin di usia kanak-kanak mempengaruhi tahap penerimaan dan perkembangan mereka dan intervensi merupakan satu program yang amat penting untuk dijalankan. Berdasarkan kajian yang dibuat oleh penulis, pelaksanaan intervensi awal ini perlulah dilaksanakan mengikut kajian empirikal yang telah dijalankan. Hal ini adalah melalui kajian yang telah dijalankan telah mempunyai buktibukti yang sahih dalam
2

pembentukan kesihatan, tingkah laku dan kualiti hidup kanak-kanak autisme ini. Seterusnya kajian dijalankan untuk melihat perspektif ibu bapa terhadap amalan yang terdapat dalam intervensi awal dari segi penerimaan, cara penyampaian perkhidmatan dan bentuk penglibatan keluarga terhadap perkembangan kanak-kanak autisme.

KAEDAH DAN DAPATAN KAJIAN

Kaedah kajian yang dijalankan oleh penulis ini adalah berbentuk reka bentuk tinjuan yang menggunakan pendekatan kualitatif iaitu dengan temubual dan kuantitatif dengan soal selidik. Responden yang dipilih adalah seramai 50 orang ibu bapa yang mempunyai pengalaman mengenai intervensi awal sekurang-kurangnya 6 bulan di lima buah pusat latihan yang dipilih secara rawak. Manakala bagi temubual, pengkaji memepih tiga puluh orang daripada jumlah yang telah dinyatakan. Dapatan kajian dianalisis melalui deskriptif peratusan dan ditranskripkan secara verbatim. Tiga elemen telah diberikan penekanan iaiatu jenis intervensi awal yang diterima, cara penyampaian perkhidmatan dan bentuk penglibatan keluarga. Melalui dapatan kajian ini, penulis menunjukkan bahawa jenis intervensi awal yang diterima dan mencatatkan peratusan yang tinggi adalah dalam bentuk terapi pertuturan. Seterusnya intervensi awal yang mencatat peratusan yang berikutnya adalah komunikatif augmentataif, sokongan tingkah laku, terapi cara kerja, latihan ibu bapa, percubaaan diskrit dan integrasi sensori. Kesemua intervensi awal ini mencatat peratusan 40% ke atas. Kebanyakan responden yang menerima terapi ini menyatakan bahawa mereka berpuas hati terhadap intervensi yang diterima dan intervensi ini juga menyumbang kepada perkembangan anak-anak mereka. Manakala dalam data kualitatif pula menunjukkan bahawa intervensi awal ini dimulakan oleh ibu bapa dengan menghantar mereka ke pusat latihan autistik sebaik sahaja anak-anak ini dikenalpasti sebagai anak-anak autism. Dapata kajian

menunjukkan mereka telah menerima perkhidmatan intervensi ini lebih dari satu buat
3

pusat latihan dan juga menerima intervensi ini secara serentak. Jenis intervensi yang diterima pula adalah lebih kurang sama yang menekankan kepada kemahiran motor halus, koordinasi mata dan tangan, kemahiran sensori dan kemahiran kognitif. Anakanak ini juga dihantar ke aliran perdana supaya mereka mampu berinteraksi dan bersosial dengan kanak-kanak biasa. Melalui kajian ini perkara yang dapat dinyatakan adalah intervensi awal yang diterima adalah melalui latihan di pusat latihan dan juga pusat terapi. Namun begitu masih terdapat kurang pendedahan terhadap beberapa jenis intervensi seperti khidmat sokongan sosial, sokongan tingkah laku dan perkhidmatan inklusif kerana terdapat kurangnya pengetahuan atau pengabaian daripada ibu bapa dan juga pengamal intervensi ini. Kajian mengenai cara penyampaian pula mencatat peratusan yang kurang memberangsangkan. Hal ini kerana kebanyakkan ibu bapa kurang bersetuju dengan beberapa cara penyampai seperti perkhidmatan keluarga, penyelaras program intervensi untuk anak mereka dan juga program dijalankan di pelbagai setting. Manakala daripada hasil temubual menunjukkan bahawa terdapat tempat pusat latihan yang membenarkan ibu bapa menemani anak-anak dan ada juga pusat latihan yang tidak membenarkan mereka berbuat demikian. Seterusnya dalam kebanyakan rancangan individu yang dibina tidak melibatkan ibu bapa yang menyebabkan ibu bapa kurang yakin sama ada pengamal intervensi ini membuat perancangan atau tidak terhadap perkembangan anak-anak mereka. Namun begitu, ada juga penglibatan ibu bapa dalam perancangan pengajaran subjek

dicatatkan kerana terdapat pengamal intervensi yang mengadakan perbincangan sebelum perancangan individu dibuat. Ibu bapa ini juga menyatakan tidak ada hasil atau laporan bertulis mengenai kemajuan anak-anak mereka diadakan. Kebiasaanya hasil yang didapati adalah melalui perbincangan dan penerangan yang dibuat oleh pengamal intervensi. Berdasarkan dapatan ini penulis menyatakan bahawa tahap perkhidmatan lain yang diterima adalah merupakan perkhidmatan yang asas sahaja. Oleh itu pengubahsuaian dan perkembangan harus diadakan untuk mencapai perkhidmatan yang afektif.
4

Seterusnya kajian dilakukan untuk menilai tahap penglibatan ibu bapa dan keluarga dalam intervensi awal ini. Melalui dapatan kajian ini menunjukkan bahawa setiap tahap penglibatan ibu bapa adalah berbeza bedasarkan kecenderungan pusat atau pengamal intervensi itu menerima kehadiran ibu bapa. Terdapat pusat yang memberikan penekanan dan memberikan tunjuk ajar yang berguna kepada ibu bapa untuk diamalkan di rumah. Perkara yang pasti, melalui dapatan kajian ini tahap penglibatan ibu bapa ini masih lagi tidak menyeluruh walaupun kebanyakkan ibu bapa bersetuju bahawa penglibatan mereka dalam intervensi ini adalah penting.

RUMUSAN

Rumusan yang dapat dibuat melalui kajian ini adalah penerapan intervensi awal terhadap perkembangan kanak-kanak austime adalah sangat penting dan perlu diberikan penekanan seawal yang mungkin agar kanak-kanak ini mampu berkembang. Namun begitu bedasarkan kajian yang dibuat oleh penulis ini didapati amalan intervensi ini masih lagi kurang teratur dan memerlukan penambahbaikan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa, kebanyakkan ibu bapa mengambil inisiatif sendiri untuk mendapatkan maklumat mengenai intervensi awal yang diperlukan. Manakala dari segi penyampaian perkhidmatan pula dilihat tidak selaras diantara satu pusat latihan dengan pusat latihan yang lain dan penyampaian perkhidmatan ini juga dilihat kurang jelas. Penglibatan ibu bapa juga dilihat harus ditingkatkan agar mereka juga terlibat dalam proses intervensi awal ini untuk membantu dan memperkembangkan potensi anak-anak mereka. Secara kesimpulannya, kerjasama diantara pelbagai pihak dilihat amat penting dalam memberikan perkhidmatan intervensi awal kepada kanak-kanak ini agar kanakkanak ini mampu menguruskan diri sendiri dan sekaligus mengembangkan bakat yang mereka ada.

You might also like