You are on page 1of 3

KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN ANATOMI DAN FISIOLOGI SISTEM JANTUNG AMALI

9 Latihan: Nama Ahli Kumpulan: 1.SYAHEEMA BINTI SAFUAN Opsyen:PISMP MATH

Arahan; Dalam kumpulan kecil, pelajar dikehendaki menyelesaikan soalan yang diberikan dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai. 1. Melabel dan mengenalpasti bahagian-bahagian jantung.

Aorta Vena kava superior Katup aorta Vena pulmonaris kanan Atrium kanan Katup trikuspidalis trikuspidalui Vena kava inferior Ventrikal kanan Katup mitral Ventrikal kiri Atrium kiri Vena pulmonaris kiri Arteri pulmonaris

2. Fungsi-fungsi bahagian jantung. Jantung terbina daripada otot jantung atau miorkardium yang diliputiepikardium di permukaan luarnya dan endokardium di bahagian dalam.Dua ruang atas iaitu atrium mempunyai dinding otot yang nipis dan kedua-dua ruang ini dipisahkan antara satu sama lain oleh septum interatrial.Dinding otot yang membentuk dua ruang bawah iaitu ventrikel adalah lebih tebal. Septum interventrikel terdapat di antara kedua-dua ventrikel. Atrium berperanan sebagai ruang penerima darah. Atrium kanan menerima darah yang kurang beroksigen daripada tisu-tisu tubuh

sementara atrium kiri pula menerima darah yang kaya dengan oksigen dari paru-paru.Ventrikel pula bertindak sebagai pam yang mengepam keluar darah yang diterima dari atrium. Ventrikel kanan mengepam darah ke paru-paru sementara ventrikel kiri mengepam darah ke seluruh bahagian tubuh. Injap-injap yang terletak antara atrium dan ventrikel dan pada arteri-arteri yang terbit daripada jantung, membenarkan pengaliran darah pada satu arah sahaja. Injap atrioventrikular (injap mistral dan trikuspid) hanya membenarkan aliran darah daripada atrium ke ventrikel sahaja. Injap semilunar pulmonari dan injap semilunar aortik pula menghalang aliran darah ke belakang yang keluar dari jantung menerusi arteri pulmonari dan aorta. Dinding otot jantung terdiri daripada lapisan epikardium, miokardium dan endokardium. Pada jantung terdapat injap atrioventrikular (AV) dan injapsemilunar. Injap atrioventrikular membenarkan darah mengalir ke satu arah sahaja iaitu dari atrium ke ventrikel dan seterusnya ke arteri. Terdapat dua injap (AV) iaitu injap trikuspid pada sebelah kanan jantung dan injapbikuspid pada bahagian kiri jantung. Injap semilunar menghalang pengaliran balik darah dari arteri pulmonaridan aorta. Setiap injap semilunar mempunyai tiga bucu. 3. Proses pertukaran darah dalam jantung. a. Kitaran Sistemik b. Kitaran Pulmonari Peredaran darah Sistem peredaran darah terbahagi kepada kitaran pulmonari dan kitaran sistemik. Kitaran sistemik Kitaran sistemik membolehkan darah beroksigen serta nutrien dibawa ke organ-organ badan dan membawa darah nyahoksigen kembali ke jantung. Atrium kiri menerima darah beroksigen daripada paru-paru. Ventrikel kiri mengepam darah tersebut ke seluruh tubuh melalui aorta Oksigen dibekalkan kepada tisu-tisu tubuh dan karbon dioksida diangkut keluar. Kitaran pulmonari Peredaran darah dalam kitaran ini membawa darah nyahoksigen ke paru-paru untuk pertukaran gas sebelum darah beroksigen dikembalikan ke jantung. Atrium kanan menerima darah daripada tisu-tisu badan. Ventrikel kanan mengepam darah tersebut ke paru-paru melalui batang pulmonari

Di paru-paru, darah mengambil oksigen dan melepaskan karbon dioksida.

You might also like