You are on page 1of 11

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan

peristiwa penting yang berlaku dalam sejarahIslam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam serta merupakan hari pertama dan tahun baru bagi Takwim Hijrah. Di Malaysia hari tersebut merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia.

Ashura
Rencana utama: Hari Asyura Ashura dirayakan oleh umat Islam Syi'ah pada hari kesembilan dan kesepuluh Muharram pada Kalendar Islam. Ashura adalah suatu perkataan Arab yang bermakna "sepuluh", dan ia adalah sehari puasa yang pilihan. Umat Yahudi di bandar Madinah hanya berpuasa sehari, (pada Yom Kippur hari ke-10 Tishrei) oleh itu Nabi Muhammad juga berpuasa, mempercayai bahawa umat Islam lebih hampir dengan Nabi Musa daripada umat Yahudi sendiri. Pada hari inilah Tuhan menyelamatkan Nabi Musa dan Bani Israel dari Firaun di Mesir ketika dia melintasi Laut Merah (hari Exodus). Menurut adat Islam Nabi Muhammad berpusa bersama masyarakatmasyarakat Yahudi pada upacara ini, dan menurut riwayat, Nabi Muhammad merancang berpuasa pada hari ke-9 dan ke-10 Muharram. (Menurut agama Yahudi Bani Israil meninggalkan Mesir pada hari pertama Passover, dan mereka melintasi Laut Mensiang kemudian pada hari ke-21 Nisan, kedua-duanya yang dirayai sebagai cuti dengan makanan.) Hari ini juga cucu Nabi Muhammad, Hussein bin Ali, was dibesarkan menurut adat dalamPertempuran Karbala. Untuk umat Islam Syi'ah ini adalah sehari berkabung.

Laylat al-Qadr
Rencana utama: Lailatul Qadr Laylat al-Qadr adalah bahasa Arab untuk "Malam Kuasa". Ia terletak pada salah satu akhir sepuluh hari Ramadan pada hari nombor ganjil. Ia dianggap malam tersuci pada keseluruhan bulan Ramadan, sejak ia adalah malam di mana al-Quran pertama diwahyukan. Ia dianggap lebih baik dari seribu bulan [al-Quran 97:1-3]. Ia dikatakan bahawa seorang yang melakukan sembahyang sunat pada malam ini, sembahyang itu akan sama dengan seribu bulan atau lebih kurang 80 tahun.

Laylat ul Isra dan Miraj


Rencana utama: Isra dan Mi'raj

Laylat ul Isra dan Mi'raj adalah bahasa Arab untuk Malam Pengembaraan dan Kenaikan. Ia adalah pada hari ke-27 Rejab. Ia adalah malamnya apabila Nabi Muhammad, menurut Hadith, diambil masjid terjauh (umumnya difahami sebagai Baitulmuqaddis) pada seekor Buraq (dikisahkan sebagai suatu haiwan merupai kuda dengan sayap; sesetengah orang menganggapnya sebagai cherub) dan naik ke tingkat tertinggi langit. Ia adalah dikatakan bahawa dia menerima arahan dengan Tuhan berkaitan bilangan solat, yang bermula pada lima puluh sehari, tetapi ketika dia bertemu Nabi Musa, yang meminta baginda untuk mengurangkan bilangannya kerana keperluan itu adalah susah untuk orang Muhammad. Muhammad kembali ke Tuhan dan banyak kali memintanya, dan diluluskan dengan kurangan lima solat, hingga bilangan dikurangkan ke lima dalam jumlah, dengan kurnianya bahawa jika mereka didirikan dengan sempurna, orang yang bersolat kekal akan mendapat kadar pahala sama dengan pahala lima puluh solat.

Laylat ul Bara'ah
Rencana utama: Laylat ul Bara'ah Laylat ul Bara'ah adalah bahasa Arab untuk Malam Kebebasan dari Api. Ia bermuncul pada malam di antara ke-14 dan ke-15 Syaaban. Ia dianggap suatu malam ketika umat Islam disayangi dengan Ramah Kasih dan Rahmat. Malam itu digunakan dengan pembacaan al-Quran dan solat istimewa dan juga menziarahi yang sudah meninggal.Ia juga merupakan satu peristiwa bersejarah dalam Islam di mana perpindahan kiblat umat Islam dengan izin Allah swt dari Masjid Al Aqsa di Baitul Muqaddis di Palestin ke Masjid Al Haram di Makkah Al Mukarramah di Arab Saudi.

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi. Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih. Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala. Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.
[sunting]

Terdapat dua pendapat mengikut ahli sejarah, termasuk pendapat para ahli hadis, tentang AlQuran yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad S.A.W. Pendapat pertama menyatakan bahawa Al-Quran diturunkan pada malam Isnin tanggal 17 Ramadhan, 13 tahun sebelum hijrah (6 Ogos 610 M). Pendapat kedua pula menyatakan bahawa Al-Quran telah diturunkan pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan (13 Ogos 610 M). Pendapat yang pertama adalah berdasarkan ayat 41 dari Surah Al-Anfaal, manakala pendapat kedua dasarnya adalah ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan. Walaupun tradisi Nuzul Al-Quran telah lazim diperingati pada tanggal 17 Ramadhan, namun sesungguhnya pendapat kedua adalah lebih kuat dan lebih mungkin benarnya. Ini adalah kerana malam Lailatul Qadar yang dipercayai sebagai malam turunnya Al-Quran bukanlah terjadi pada tanggal 17 Ramadhan. Adapun dalam firman Allah SWT pada ayat 41 surah Al-Anfaal, yaitu: jika kamu beriman kepada Allah dan apa-apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Nabi Muhammad S.A.W) pada hari Furqan, iaitu di hari bertemunya dua pasukan (diperang Badar, antara muslimin dan kafirin) (Al-Anfaal 8 : 41) Ayat tersebut tidak ada sangkut-pautnya dengan Nuzul Al-Quran. Tetapi sebenarnya ayat tersebut merupakan penjelasan tentang hukum pembahagian harta rampasan perang (seperti yang terdapat pada awal ayat tersebut). Ketahuilah sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, RasulNya, kerabat-kerabat (Rasul), anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil

(orang yang sedang dalam perjalanan) (Al-Anfaal 8 : 41). Dan apabila diteliti dengan lebih lanjut, yakni dengan menghubungkan hadis-hadis tentang turunnya Al-Quran, iaitu pada Lailatul-Qadar dan kelahiran Rasullullah pada hari Isnin serta pada catatan-catatan waktu di dalam takwim, maka akan diperolehi kesimpulan yang lebih tepat, iaitu Al-Quran diturunkan pada hari Isnin, malam 21bulan Ramadhan, 13 tahun sebelum Rasullulah S.A.W berhijrah ke Madinah. Menurut para mufassirin, Al-Quran yang diturunkan pada malam Lailatul Qadar sebagaimana disebut di atas adalah Al-Quran yang turun sekaligus di Baitul Izzah di langit dunia. Sedangkan Al-Quran yang diturunkan ke bumi dan diterima Rasullullah sebagai wahyu terjadi secara beransur-ansur selama sekitar 23 tahun. Adapun ayat-ayat yang pertama diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad S.A.W adalah ayat 1-5 surah Al-Alaq. Dan peristiwa ini terjadi ketika nabi S.A.W sedang bertahannus (menyendiri) di Gua Hira. Sedangkan ayat Al-Quran yang terakhir sekali diturunkan adalah ayat-ayat riba iaitu ayat 278 sehingga 281 dari surah Al-Baqarah.
Maulud nabi

Jawapan: Sebagaimana yang kita semua tahu bahawa amalan perayaan memperingati seseorang pemimpin itu sudah menjadi budaya amalan umat manusia di seluruh dunia malah diakui ia suatu perbuatan yang baik dan banyak kebaikannya daripada keburukan. Sebab itu tidak ada sesiapa yang boleh menolaknya, sekalipun amalan itu bidaah (tidak ada pada masa Nabi menurut sesetengah pendapat.) Tetapi mengikut kata kebanyakan ulama, ia adalah bidaah hasanah dan diberi pahala ganjaran mengikut keikhlasan dan kecintaan masing-masing kepada pemimpin mereka itu. Apa lagi pemimpin agung kita Nabi Muhammad sudah tentu lebih utama lagi, cuma bagi mereka yang tidak tahu mengenang jasa saja yang tidak mahu menyertai sambutan ini. Sebab itu umat Islam seharusnya mengambil bahagian dan berperanan sama merayakan hari itu bukan sekadar membesar kelahiran junjungan agung Nabi kita tetapi menyambut kehadiran pengurniaan Allah dan rahmat-Nya ke seluruh alam semesta ini. Sebagaimana kita semua tahu bahawa baginda adalah penyelamat alam maya seluruhnya. Perayaan ini ada asas dan dalilnya berdasarkan satu peristiwa sejarah yang diriwayat oleh Bukhari dalam sahihnya iaitu, bila Nabi berhijrah ke Madinah, baginda melihat orang Yahudi sedang berpuasa pada 10 Muharam. Bila ditanya mengapa; jawab mereka; Kami berpuasa ini kerana menyambut dan merayakan hari kemenangan Musa dari serangan dan kepungan Firaun.

Sabda Nabi, kalau begitu aku lebih berhak dengan Musa dari kamu semua. Kata Nabi lagi, aku juga mahu berpuasa pada hari itu dan kalau diberi kesempatan aku akan berpuasa bukan satu hari tetapi dua hari iaitu hari ke-10 Muharam asyura dan tasuaa iaitu 9 Muharam. Jadi daripada hadis ini semua ulama mengatakan sunat berpuasa pada dua hari tersebut, tetapi sebahagian daripada mereka mengambil daripadanya banyak hukum lain dan pengajaran yang berguna yang tidak disedari olah mereka tadi, bukan sunat berpuasa sahaja tetapi perayaan itu sendiri adalah sunat dan digalakkan. Sebab itu para sahabat semasa ketibaan baginda ke Madinah mengadakan pesta dan sambutan dengan cara masing-masing. Malah ada yang bernasyid seperti melafazkan talaa al badru alaina hingga akhir dan ada yang memanjat pokok tamar dan ada yang menaiki atas bumbung rumah dan ada pula yang memukul tabuh dan keluar ke padang meninjau dan ingin menyambut kedatangan Rasulullah. Begitu juga pengajaran dan hukum mengambil apa yang baik dan berguna untuk kebaikan kita daripada orang bukan Islam. Berhubung hal ini, Baginda ada bersabda yang bermaksud: Hikmah suatu kebaikan itu merupakan barang kepunyaan orang mukmin yang hilang dan bila dijumpainya pasti diambilnya. Nabi sendiri tidak pernah melarang perbuatan itu dan mengapa pula ada yang cuba melarang. Sedangkan kita tahu bila sesuatu amalan itu dikatakan sunat atau khilafiah, maka logiknya siapa yang mengamalkannya akan mendapat pahala sedangkan orang yang tidak mahu (tidak dapat pahala) dan terpulang kepada individu itu sendiri. Inilah pendirian dan etika ahlussunah yang diamalkan di rantau ini. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menurunkan beberapa dalil yang boleh difikirkan bersama iaitu pertama firman Allah yang bermaksud: Adapun dengan nikmat tuhanmu maka cerita dan sebarkan. (adhuhaa: 11). Dan firman-Nya lagi yang bermaksud: Katakanlah wahai Muhammad dengan limpah kurnia Allah itu maka dengan yang demikian itu hendaklah mereka bergembira. (berpesta dan beraya). (Suruh Yunus: 58). Dan firman-Nya lagi yang bermaksud: Tidak Aku utuskan engkau wahai Muhammad melainkan sebagai rahmat ke seluruh alam maya ini. (al-Ambiya: 107).

Kalau Nabi itu sebagai rahmat kurniaan Allah, maka salahkah kita merayakan dan menyambut kedatangannya? Pastilah bagi mereka yang tahu mengenang budi tuhannya akan mensyukurinya dengan melakukan bermacam cara dan ibadah seperti yang diamalkan dalam masyarakat kita hari ini. Antara ibadah yang dilakukan seperti berselawat, tilawah al-Quran, perarakan, syarahan agama, berzanji, memberi makan fakir miskin, yang semuanya ada asas daripada agama. Adapun bidaah dhalalah itu ialah perkara yang tidak ada asasnya dari agama, tetapi amalan yang dilakukan ini banyak kebaikan dan hikmatnya yang perlu dihormati oleh kita semua. Wallahualam.

Awal muharam

DOA AKHIR TAHUN Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun

DOA AWAL TAHUN Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan

dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan.

Semoga tahun baru ini membawa keberkatan pada diri kita semua dan umat Islam sedunia. Amin.
MUHARAM MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri. Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Amalan-amalan sunat :
Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam: 1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun. 2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya. 3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X 4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X

Doa akhir tahun:


: dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah

ampunkan dosanya setahun." Berikut adalah Doa Akhir Tahun: Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Ya allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam...Amin... Waktu membacanya: Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun."

Doa awal tahun:


: dibaca 3 kali selepas Maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan." Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari segala kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendoong ke arah kejahatan danmelalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan paa sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam....Amin... Waktu membacanya: Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu Maghrib pada malam 1 Muharram, Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkaa syaitan, "Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan."

Peristiwa-peristiwa penting:
1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran. Pada 10 Muharam juga telah berlaku: 1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah. 2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit. 3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan. 4. 5. 6. 7. 8. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.

9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar. Hari pertama Allah menciptakan alam. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat. Hari pertama Allah menurunkan hujan. Allah menjadikan 'Arasy. pengikutnya dari tentera Firaun.

17. 18. 19. 20.

Allah menjadikan Luh Mahfuz. Allah menjadikan alam. Allah menjadikan Malaikat Jibril. Nabi Isa diangkat ke langit.

You might also like